script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penyokong Anwar Adakan Demonstrasi Aman Di Hadapan Masjid Wilayah Persekutuan Berikutan Membantah Pendakwaan Liwat Ke Atas Dirinya !!

KUALA LUMPUR, 5 Feb [2.30 pm] - Pendakwaan liwat kali kedua ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibantah. Sekumpulan penunjuk perasaan dari pelbagai kaum menunjuk perasaan di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan berhampiran kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas solat Jumaat di sini, hari ini. Para demonstrator membawa kain rentang ‘Keadilan Untuk Anwar’ dan ‘Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2’. Mereka melaungkan Reformasi dan mengutuk pendakwaan yang hanya bertujuan untuk menghancurkan karier politik Anwar. Ketua Biro Strategik PKR Tian Chua, menyatakan kes Anwar hanyalah ulangan dari kes 1998 yang hanya punya satu matlamat iaitu menzalimi seorang peribadi untuk membenarkan Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri. “Apa yang berlaku ini adalah satu ulangan yang familiar dalam sejarah tanah air. Kita akan berjuang berhabis-habisan menentang satu sistem yang sanggup menzalimi hak individu untuk kekal berkuasa pada kedudukan mereka. “Ini adalah satu perkara yang kejam,” tegasnya. Seorang lagi tokoh Reformasi Datuk Johari Abdul menyatakan pendakwaan terpilih tersebut hanyalah usaha terdesak regim BN untuk meneruskan kekuasaan. Oleh itu para penggerak Reformasi akan kembali bersatu untuk menggerakkan perhimpunan massa seperti mana yang pernah mereka lakukan sepuluh tahun lalu. Perhimpunan aman itu berakhir dalam masa lima belas minit kemudian tanpa sebarang gangguan oleh pihak polis.

[Rakyat perlu bangkit di seluruh negara untuk menentang perbicaraan kes liwat ini, memandangkan ia jelas mencabuli keadilan dan perundangan negara. Biarpun ia nampak benar diluar, tetapi hakikatnya jelas sekali mengundang seribu persoalan dan kemusykilan. Kita tidak hairan Saiful boleh mengusung apa sahaja untuk dibawa ke mahkamah, kerana senario yang sama berlaku dalam kes liwat I dulu. Tilam diusung sebagai bukti, tetapi akhirnya dibuang kes itu begitu sahaja dan kes rasuah kerana menghalang pegawai polis menjalankan siasatan pula yang dijaja sebagai senjata untuk menjatuhkan hukuman. Akhirnya Anwar terpenjara 6 tahun atas kesalahan kes rasuah "bukan wang" yang tidak sepatutnya berlaku].
Share:

1 ulasan:

  1. The media has been capitalizing on the dismal turnout on yesterday's demo of only 30 people

    Then I thought 2 hell wit the mainstream media
    Let's hold snap polls n then,we'll see the numbers

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.