Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menolak cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekod keterangannya di kedutaan Malaysia di Singapura berhubung misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, kerana bimbangkan keselamatannya. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Bala mungkin dalam dilema untuk menerima cawangan itu kerana ia mungkin satu perangkap. Peguam Bala, Americk Sidhu sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya memang tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan keselamatan Bala. “Tidak keterlaluan jika saya katakan itu dilema Balasubramaniam. Saya cadangkan diskusi ataupun keterangan ini direkodkan di tempat yang neutral. Di tempat yang bebas. Di Asean Sekratariat di Jakarta sebagai contoh” kata Shamsul. Ujar Shamsul, wujud perjanjian ekstradisi antara Singapura dan Malaysia yang membolehkan SPRM melakukan tindakan luar jangka termasuk menahan Bala. Bala sebelum ini diberitahu, SPRM sedia merekodkan keterangan beliau di mana sahaja tapi kemudian menetapkan untuk berbuat demikian di kedutaan Malaysia di Singapura. “Antara Singapura dan Malaysia ini ada perjanjian ekstradisi yang pada saya, itu yang merisaukan Bala dari segi keselamatan beliau. Dalam hal ini saya merasakan SPRM harus memahami perkara ini dan tidak cuba menangguk di air yang keruh” katanya lagi. Bala berada di luar negara sejak setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah mengenai kaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006. Akuan bersumpah itu bagaimanapun dinafikan Bala melalui akuan bersumpah kedua sehari kemudian, sebelum beliau menghilangkan diri. Baru-baru ini, Bala muncul kembali dan menegaskan akuan bersumpah pertama sahih manakala akuan bersumpah kedua dibuat atas paksaan individu yang rapat dengan Najib dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. “Isu yang sebenarnya ialah sejauh mana SPRM itu dan kalau mereka bersedia dengan sesungguhnya, saya percaya tidak ada masalah untuk mencari tempat yang agak bebas bagi mereka merekodkan keterangan Bala" tambah beliau lagi.
[Dalam kes ini, Balasubramaniam kini boleh dikatakan sebagai "wanted" dan "rewards" yang ditawarkan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berjaya menangkap beliau mungkin mencecah jutaan ringgit. Lantaran itulah, beliau harus berhati-hati dengan trick yang akan dilakukan oleh mana-mana agensi dari negara ini, termasuk siasatan yang bakal dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perncegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Umum mengetahui bahawa Teoh Beng Hock boleh mati di pejabat SPRM, apatah lagi orang seperti balak yang cukup dikehendaki ini. Langkah terbaik ialah memilih tempat berkecuali dan ia terletak dibahu SPRM. Kiranya mereka jujur dan ikhlas untuk menyelesaikan kes ini. Namun, jika mereka juga menjalankan tindakan terhadap Bala atas arahan pihak tertentu, maka sia-sia sahaja laporan diambil daripada Bala. Mana mungkin SPRM tergamak untuk menganiaya kerajaan yang membayar gaji mereka sebenarnya. Oleh itu, kes ini pasti tiada jalan penyelesaiannya dalam masa terdekat sehinggalah kerajaan pusat UMNO BN itu sendiri ditumbangkan].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan