script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Kita Memang "Double Standard", Puak-Puak UMNO Berdemo Di Masjid Negara Dikatakan Halal Tapi Penyokong Anwar Mahu Berhimpun Haram !

Hari ini tanggal 2 Februari 2010 maka bermulalah satu lagi episod baru dalam perbicaraan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hakim Zabidin dijangka memutuskan sama ada kes tersebut akan diteruskan atau ditangguhkan seperti yang dipohon oleh peguam Anwar. Malam ini satu majlis solat hajat diimamkan oleh Ustaz Ramlang Porigi dan ceramah berhubung dengan isu ini di Temerloh Pahang. Semua mata sudah pasti akan tertumpu ke Mahkamah Tinggi esok. Seperti biasa pihak polis sekali lagi mengeluarkan arahan agar penyokong Anwar tidak hadir beramai-ramai ke mahkamah esok. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta penyokong Anwar berkumpul di Mahkamah Tinggi jam 9 pagi ini. Katanya, pihak polis akan ambil tindakan tegas jika mereka tetap mengadakan perhimpunan haram itu. Inilah dia kerja Polis Di Raja Malaysia, tanpa menghiraukan khalimah "Muhammad" dan "Allah" yang terletak diatas kepala mereka maka mudah sahaja mengeluarkan arahan tersebut. Perhimpunan haram masih terus dijadikan alasan bagi menidakkan rakyat berkumpul secara aman. Anehnya, bila perhimpunan-perhimpunan yang dilakukan oleh puak-puak UMNO dan BN pihak polis tidak pula mengatakan perhimpunan itu haram biarpun tidak mempunyai permit. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam demonstrasi dalam isu "khalimah Allah" di Masjid Negara (foto) baru-baru ini. Polis bukan sahaja tidak menyuraikan perhimpunan tersebut, malah mereka siap pula berkawal supaya tidak ada tindakan provokasi daripada pihak-pihak tertentu. Jika beginilah caranya polis melaksanakan tugas, maka memang benarlah telahan kita selama ini bahawa mereka mengamalkan sikap Double Standard terhadap majoriti rakyat Malaysia sebenarnya.
[Jika perhimpunan memberi kelebihan kepada kerajaan UMNO BN, maka dibiarkan. Sebaliknya jika memudaratkan mereka maka ia akan dihalang atas nama perhimpunan haram. Rakyat yang tidak berdosa sudah pasti akan diperlakukan sesuka hati seperti binatang oleh mereka. Kami difahamkan, pihak polis akan menempatkan seramai mungkin anggota mereka di jalan-jalan sekitar masuk ke Mahkamah Tinggi esok. Malah, seperti biasa kenderaan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) juga akan dapat dilihat di sana-sini. Soalnya sekarang, beranikah rakyat bangkit untuk mempertahankan keadilan buat Anwar hari ini. Ramai yang dijangka hadir untuk memberikan sokongan kepada mantan TPM itu khabarnya].
Share:

4 ulasan:

  1. lumrah hidup kat malaysia bro..terima jela sambil kita melawan tetap lawan k

    BalasPadam
  2. apakah tindakan kerajaan terhadap blog celaka ini?

    BalasPadam
  3. kenapalah Ala suka maki2,bukankah syaitan menjadi gemuk disebabkan bahasa keji yang digunakn.

    mudah2an Allah mempercepatkan tenggelamnya perkara yang bathil,sedangkan DIA yang lebih mengetahui.Berjuanglah Pahang Daily Online.

    BalasPadam
  4. Inilah yg dinamakan PDRM Anjing Kerajaan Hakiki.Seantero dunia mengetahui.

    Kebatilan tidak akan kekal lama, samalah mcm si tupai lama lama akan jatuh jua walau cekap mana pun bergayut di dahan.

    Ingatlah hari ini hari anda hari esok hari kebenaran terserlah. Subhanallah. Allah yg lbh berkuasa dari kuasa kuasa yg ada dlm negara ini.Berani kerana Benar...

    Jgn sesekali bekerja utk memhalalkan yg salah mengharamkan yg benar. Itu namanya Celaka!!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.