script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Liwat: Berita Terkini Dari Mahkamah Tinggi !!

Perbicaraan Kes Liwat Ditangguhkan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Feb [4.00 pm] - Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan sehingga 2.30 petang esok perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan itu bagi membolehkan peguam Anwar bertemu dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif (foto) bagi menetapkan tarikh pendengaran permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan. Permohonan semakan itu adalah untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar mendapatkan dokumen dan material penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi persediaan pembelaan kes liwat itu. Peguam utama Anwar, Karpal Singh memberitahu mahkamah, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, mengarahkan Alaudin mengaturkan pertemuan itu dengan peguam Anwar esok di dalam kamar.

[Rakyat sebenarnya memang sudah muak dengan penangguhan kes seperti ini. Tambahan pula bagi puak-puak UMNO dan penyokong Saiful Bukhari Azlan. Namun, apalah gunanya diteruskan sekiranya perundangan itu sendiri tidak diikuti dengan betul. Keadilan hanya dilihat kepada Saiful, sedangkan bagi yang tertuduh banyak hak-haknya dinafikan. Atas alasan apa ia dinafikan, kononnya kerana pendakwaraya tidak mahu bukti-bukti tersebut diganggu. Soalnya, kenapa dalam perbicaraan lain yang tidak melibatkan Anwar ia dibolehkan pula dan memang menjadi amalan setiap perbicaraan kes jenayah di negara kita. Maka itu, eloklah sistem ini diperbetulkan terlebih dahulu barulah perbicaraan itu wajar diteruskan].

Perbicaraan Berkisar Soal Penangguhan Kes Liwat


KUALA LUMPUR, 2 Feb [2.30 pm] - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan petang ini dengan peguam Anwar, Karpal Singh (foto), berhujah kenapa perbicaraan itu perlu ditangguhkan. Mahkamah kemudian berehat sementara untuk hakim menimbang hujah dan membuat keputusan. Anwar pagi tadi memohon bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau. Karpal berkata, penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya. Terdahulu, kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff esok bagi membincangkan tentang perkara berkaitan permohonan semakan kes berkenaan. Karpal berkata Alauddin semasa dihubunginya menerusi telefon bersetuju menemui kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan, selepas kedua-dua pihak yang bergegas ke Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini gagal menemui Zaki. Karpal berkata beliau dimaklumkan Zaki hadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala Alauddin mempunyai temu janji perubatan.

[Mahkamah Tinggi dilihat sengaja menggunakan kuasa untuk memastikan Anwar gagal dalam perbicaraan yang bakal dilaluinya. Langkah tidak membenarkan salinan dokumen penting diberikan kepada tertuduh, termasuk laporan polis itu jelas sekali merupakan penganiayaan terhadap tertuduh. Jika bukan Anwar Ibrahim sekali pun, ia tetap salah disisi undang-undang dan sebagai rakyat Malaysia kita ada hak untuk itu. Bukankah dokumen original ada pada mereka, kenapa terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan jika yakin berada di pihak yang benar?].
Share:

2 ulasan:

  1. Yes!!!
    Gua konfiden ini kes mesti lepas punya sebab itu haji Kelantan sudah mari kasi support itu Anwar.Gua tau itu haji Kelantan Menteri Besar banyak popular punya,dia ada direct line sama tuhan,kasi doa bagi itu Anwar lepas,meseti lepas maaa!.Lagi itu loyar benggali Karpal Singh banyak pandai maa..! Dia punya bangsa manyak ini kes main belakang punya itu pasal Mr.Anwar angkat dia jadi dia loyar.Mesti menang maa!!

    BalasPadam
  2. Memang org dah mula ketawa sama Anwar, mengapa dia amat takut kali ini. Belum apa2 lagi dah cari byk hebat untuk mengelak. Kalau Anwar yakin dia dipihak yang benar. Yakinlah juga tuhan akan menolong org yg teranaya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.