Keputusan Rayuan Anwar Didengar 17 Februari
KUANTAN, 12 Feb [2.30 pm] - Para penduduk Taman Atabara Perdana, Bandar Indera Mahkota (foto), kecewa dan hairan dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang masih tidak menjalankan penguatkuasaan terhadap premis haram yang dibina atas tanah rizab surau dekat sini. Tambah mengejutkan, biarpun beberapa kali isu tersebut telah disiarkan di media arus perdana namun ternyata ia tetap tidak menjadi halangan untuk pihak terbabit meneruskan perniagaan di tapak itu. Sabtu lalu, penduduk yang sudah terlalu marah dengan pencerobohan tanah tersebut telah mengadakan bantahan dan suara itu akhirnya didengari oleh seluruh rakyat Malaysia apabila pihak media yang terdiri daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro serta beberapa buah akhbar berbahasa Cina, Tamil dan Inggeris memaparkan isu panas itu. Malahan, kontroversi itu turut dipaparkan di slot Buletin Utama TV3 selama dua hari berturut-turut awal minggu ini. Sangkaan kita, selepas perkara ini didedahkan kepada umum maka langkah drastik akan diambil bagi menyelesaikannya. Namun, ternyata sangkaan itu jauh meleset. Perniagaan haram itu masuh terus beroperasi seperti biasa, seolah-olah mereka pula berada di pihak yang benar walahl sebaliknya.
Sementara itu ketika dihubungi oleh Pahang Daily Online, Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak "Selamatkan Tanah Rakyat" Taman Atabara Perdana Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), berkata beliau amat hairan melihat apa yang berlaku."Pengaruh kuasa telah mengatasi segalanya. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan rakyat mendapat hak mereka. Premis haram yang jelas diusahakan tanpa permit dan lesen itu dibiarkan terus beroperasi biarpun isu ini sedang hangat diperkatakan" katanya. Beliau juga agak hairan kerana pemilik premis terbabit masih "keras kepala" dan tidak mahu keluar dari tapak terbabit, sedangkan amat jelas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tapak itu kepada pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Surau Al-Amin taman berkenaan untuk dijadikan kegunaan keagamaan seperti surau dan sebagainya kepada penduduk setempat. "Surat tersebut membuktikan bahaya Kerajaan Negeri Pahang sendiri memberi hak kepada penduduk, lantaran itulah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) tapak itu tidak disambung kepada individu tersebut selepas ianya berakhir pada 31 Disember 2009 yang lalu. Soalnya sekarang, kenapa beliau tidak mahu keluar dari tanah itu, sedangkan sudah jelas berdasarkan undang-undang dan akta berkaitan rakyat di kawasan ini berhak ke atas tanah terbabit" kata Shukri.
[Satu kes yang cukup memalukan sebenarnya. Tidak pernah terjadi dalam sejarah satu lot tanah rizab rumah ibadat orang Islam diceroboh sendiri oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Bayangkan jika isu ini melibatkan tanah rizab rumah ibadat kaum lain, maka sudah pasti insiden yang lebih buruk akan berlaku. Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik haruslah dilakukan segera. Undang-undang dan peraturan yang sudah tertakluk dalam Akta Kanun Tanah Negara wajar dijadikan panduan untuk menentukan siapakah pemilik sah tanah terbabit. Jika tidak, sudah pasti perkara yang diluar jangkaan pasti akan berlaku akibat gelombang kemarahan penduduk yang semakin membuak-buak sekarang ini. Laungan keramat "Juara Rakyat" dan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" haruslah dijadikan panduan dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan ini]. Lagi info klik sini
PUTRAJAYA 12 Feb [2.45 pm] - Keputusan sama ada pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal atau digugurkan akan diumumkan oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Februari ini.
Kerajaan Negeri Pahang Wajar Campur Tangan
Kerajaan Negeri Pahang Wajar Campur Tangan
Sementara itu ketika dihubungi oleh Pahang Daily Online, Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak "Selamatkan Tanah Rakyat" Taman Atabara Perdana Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), berkata beliau amat hairan melihat apa yang berlaku."Pengaruh kuasa telah mengatasi segalanya. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan rakyat mendapat hak mereka. Premis haram yang jelas diusahakan tanpa permit dan lesen itu dibiarkan terus beroperasi biarpun isu ini sedang hangat diperkatakan" katanya. Beliau juga agak hairan kerana pemilik premis terbabit masih "keras kepala" dan tidak mahu keluar dari tapak terbabit, sedangkan amat jelas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tapak itu kepada pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Surau Al-Amin taman berkenaan untuk dijadikan kegunaan keagamaan seperti surau dan sebagainya kepada penduduk setempat. "Surat tersebut membuktikan bahaya Kerajaan Negeri Pahang sendiri memberi hak kepada penduduk, lantaran itulah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) tapak itu tidak disambung kepada individu tersebut selepas ianya berakhir pada 31 Disember 2009 yang lalu. Soalnya sekarang, kenapa beliau tidak mahu keluar dari tanah itu, sedangkan sudah jelas berdasarkan undang-undang dan akta berkaitan rakyat di kawasan ini berhak ke atas tanah terbabit" kata Shukri. [Satu kes yang cukup memalukan sebenarnya. Tidak pernah terjadi dalam sejarah satu lot tanah rizab rumah ibadat orang Islam diceroboh sendiri oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Bayangkan jika isu ini melibatkan tanah rizab rumah ibadat kaum lain, maka sudah pasti insiden yang lebih buruk akan berlaku. Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik haruslah dilakukan segera. Undang-undang dan peraturan yang sudah tertakluk dalam Akta Kanun Tanah Negara wajar dijadikan panduan untuk menentukan siapakah pemilik sah tanah terbabit. Jika tidak, sudah pasti perkara yang diluar jangkaan pasti akan berlaku akibat gelombang kemarahan penduduk yang semakin membuak-buak sekarang ini. Laungan keramat "Juara Rakyat" dan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" haruslah dijadikan panduan dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan ini]. Lagi info klik sini






rayulah sigila ooiiiii,betul malukan melayu
BalasPadam