script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Memalukan: Utusan Malaysia Terus Pesongkan Minda Rakyat Bagi Membantu BN Menang Besar Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Akan Datang !!

Patutkan rakyat terus memboikot akhbar arus perdana Utusan Malaysia?. Inilah persoalan yang bermain difikiran mereka sekarang ini. Sangkaan kita dengan tindakan boikot yang diwar-warkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini, ia akan mengajar pihak pengurusan akhbar terbabit untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu artikel dan isu. Malah, dalam kes fitnah liwat Anwar pihak peguamnya juga mahu akhbar terbabit dikenakan tindakan kerana terus menjadi alat untuk mewujudkan propaganda seolah-olah Anwar sudah salah dalam kes tersebut. Tindakan Utusan Malaysia ini jelas sekali mencerminkan mereka memang mempunyai agenda untuk "memesongkan minda rakyat" dan bukannya "penyebar fikirann rakyat" seperti yang diperkatakan. Tugas Utusan hanyalah satu, bagi menarik perhatian rakyat supaya terus bersekongkol menyokong kerajaan UMNO BN yang kian nazak dan mereput itu. Utusan dilihat sebagai satu senjata sulit kerajaan dalam memastikan kuasa mereka terus dikekalkan buat selamanya. Lantaran itulah kita tidak hairan Utusan terus memainkan isu yang tidak boleh diterima oleh rakyat itu sendiri. Terbaru, laporan muka depan akhbar itu hari ini (8 Mac) menyiarkan laporan eksklusif kononnya "Pakatan Tiada Kesepakatan". Laporan tersebut dibuat susulan genapnya dua tahun, tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008 berada dalam genggaman Pakatan Rakyat. Laporan itu dibuat kononnya jika genap setahun memerintah sebelum ini, Pakatan Rakyat menganggap tidak wajar kepimpinan dinilai kerana dianggap masih baru tetapi kini setelah dua tahun maka bolehlah ia dinilai. Utusan juga membongkar soal segala yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat lalu.


Bukti, inilah keratan muka depan akhbar Utusan yang diperkatakan itu
Soalnya sekarang, apakah motif dan agenda Utusan Malaysia membuat laporan eksklusif itu?. Apakah semua negeri yang ditadbir oleh UMNO BN itu sudah memenuhi segala manifestonya terutamanya negeri Pahang ini sendiri?. Bagaimana dengan negeri Sabah dan Sarawak?. Negeri Perlis dan lain-lainnya. Kenapa perlu membuat penilaian terhadap Pakatan Rakyat sahaja?. Sepatutnya Utusan perlu adil dan saksama, penilaian perlu dibuat terhadap semua negeri di Malaysia. Namanya pun Utusan Malaysia, jika inilah keadaannya maka layaklah Utusan Malaysia ditukarkan kepada Utusan UMNO sahaja. Itu lebih afdal, kerana mereka membawa agenda kerajaan UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Terkadang, lucu dan meluat bila melihat pada tajuk utama akhbar itu hari ini. Seolah-olah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat gagal membawa kebajikan dan pembangunan kepada rakyat. Walhal, dalam tempoh dua tahu memerintah berbagai faedah telah diperolehi oleh rakyat untuk tempoh jangka pendek mahu pun jangkamasa yang panjang. Semua itu harus dilaporkan oleh Utusan dan bukannya hanya memutar belitkan fakta seolah-olah tiada langsung apa-apa yang diterima oleh rakyat. Utusan menafsirkan rakyat Malaysia semuanya bodoh dan dunggu macam puak-puak UMNO BN. Maka itulah mereka mengeluarkan artikel yang jelas cuba memperlekehkan kerajaan Pakatan Rakyat itu sendiri. Walhal, rakyat telah menilai dan menikmati berbagai keistimewaan sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Semua ini dilakukan oleh Utusan agar rakyat semakin benci dan akan menolak Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka meneruskan agenda UMNO BN yang telah memancing tiga orang wakil rakyat PKR untuk menjadi bebas dan menyokong BN. Matlamatnya satu iaitu bagi membantu kerajaan mendapat mandat 2/3 di parlimen. Dengan cara itu sahaja mudahlah kerajaan berpakat dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membuat persempadanan semula selepas ini. Itulah motif utama Utusan sebenarnya. Oleh itu rakyat wajar memboikot Utusan jika tidak mahu fikiran mereka terus dipesongkan buat selamanya !!.

[Kasihan benar melihat rakan-rakan serta kakitangan Utusan Malaysia di seluruh negara. Mereka terpaksa mencari rezeki dalam sebuah syarikat yang merosakkan fikiran mereka sendiri. Malah, ada diantara mereka yang tidak bersetuju dengan apa yang tertulis dalam akhbar terbabit. Namun dek kerena kerja dan demi periuk nasi maka mereka gagahi juga dengan melacurkan bidang kewartawanan dengan memutar belitkan fakta serta memesongkan minda rakyat agar hanya nampak UMNO BN sahaja yang layak menjadi pemerintah di negara ini. Sedangkan, mereka sendiri lebih tahu banyak kebobrokan dan penipuan yang dilakukan oleh akhbar arus perdana tersebut. Jika inilah caranya Utusan berkerja untuk rakyat, maka kami amat yakin lama kelamaan akhbar tersebut akan hilang ditelan zaman sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Oleh itu pengurusan Utusan wajar insafi semua ini !!].
Share:

Kontroversi: Polis Kembali Jadi Perkakas UMNO, Guna FRU Untuk Halang Ceramah Umum Pakatan Rakyat Dekat Kelab Sultan Sulaiman Malam Tadi !

KUALA LUMPUR, 8 Mac [10.00 am] - Seperti biasa, polis sekali lagi dijadikan sebagai alat dan perkakas kerajaan UMNO BN dalam mengekang pengaruh Pakatan Rakyat di negara ini. Mereka digunakan sewenang-wenangnya untuk menakut-nakutkan rakyat dari hadir untuk mendengar serta hadir dalam apa jua program yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri. Terbaru, malam tadi tercetus salu lagi kekecohan apabila pihak polis bertindak mengganggu ceramah umum Pakatan Rakyat yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampung Baru. Polis dipercayai menyerbu ke pentas utama ketika Naib Presiden PKR, Azmin Ali sedang menyampaikan ucapan beliau. Ceramah yang diadakan bagi mengingati ulangtahun kedua kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 itu telah dicemari dengan sikap rakus pihak polis terutamanya Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Mereka bertindak seperti biasa dengan alasan untuk menyuraikan perhimpunan yang diadakan tanpa permit itu. Walhal, perhimpunan diadakan dalam kawasan tertutup dan hanya melibatkan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Dalam kejadian malam tadi lebih 30 anggota FRU, dua trak meriam air dan berpuluh-puluh anggota polis dikerahkan untuk mengganggu dan menghalang program tersebut. Anggota FRU yang berpakaian lengkap merusuh masuk ke dalam perkarangan premis di mana acara sambutan diadakan apabila sahaja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan ucapan beliau dan Azmin Ali mula berucap pada pukul 9.45 malam. Ketika kejadian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya masih dalam perjalanan ke lokasi. Apa yang berlaku ini jelas membuktikan betapa takut dan baculnya UMNO BN dalam berhadapan dengan Pakatan Rakyat biarpun bangga bila beberapa orang ahli parlimen PKR yang keluar parti dan jadi bebas baru-baru ini.

[Terkadang kita naik hairan dan kesihan dengan mereka yang menjadi anggota polis. Mereka terpaksa melakukan kerja diluar batasan kewarasan fikiran mereka akibat arahan pihak atasan yang dikawal oleh pihak pemerintah. Akhirnya mereka terpaksa mengikut arahan secara membabi buta tanpa ada langsung sifat belas kasihan dan nilai kemanusiaan dalam diri masing-masing. Memang kita tahu, program yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman itu tidak mempunyai permit. Tetapi mereka harus sedar ia diadakan dalam kawasan milik persendirian dan bukannya tanah kerajaan. Makanya, keperluan untuk itu adalah atas pertimbangan. Inilah yang kita hairan. Anehnya, mereka tidak pula menggunakan gas pemedih mata atau water canon dalam mana-mana program tanpa permit anjuran puak-puak UMNO sendiri ataupun isu-isu yang tidak menjejaskan kepentingan kerajaan BN itu sendiri. Sebab itulah kita harus terima hakikat bahawa amalan double standard cukup menebal dalam perlaksanaan undang-undang di negara kita sejak dulu, kini danlamanya selagi BN berkuasa].

Share:

Edisi Pahang: Sekitar Program Cakna Rakyat PAS

KUANTAN, 7 Mac [4.15 pm] - Program Cakna Rakyat anjuran Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang berjalan lancar seperti yang dijadualkan hari ini. Program yang dipindahkan ke Perkarangan Masjid Al-Fatah, Batu 3 itu telah berjaya menarik perhatian ramai rakyat. Program yang bertembung dengan Sua Rasa TV9 di Padang MPK2 dekat sini itu, telah dikunjungi oleh orang ramai sejak awal-awal pagi lagi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dr.Hamzah Jaafar (foto). Sebelum itu, ucapan telah disampaikan oleh Ustaz Rosli Jabar (Yang Dipertua PAS Kuantan), Pn.Salmi Mohamad Noor (Ketua Muslimat PAS Negeri) dan Encik Balasubramaniam (Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang) dan isterinya. Dalam ucapannya Dr.Hamzah banyak memperkatakan soal kelebihan apabila bersama dalam perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Malah katanya kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat tetap utuh walau badai melanda mutakhir ini. "Rakyat perlu buat perubahan untuk memilih dalam pilihanraya. Beri peluang kepada Pakatan Rakyat, jika gagal melaksanakannya maka mereka boleh tukarkan semula kerajaan yang ada itu" katanya. Beliau turut memberi contoh kebajikan dan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan Pakatan Rakyat selepas mentadbir dengan kaedah yang betul, tidak rasuah dan mengamalkan dasar kronisme. Berbagai hadiah disediakan untuk pertandingan dan juga cabutan bertuah. Semua acara yang dijalankan mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta. Antara acara tersebut ialah Indoor games, gubahan kain, mengenal rempah, musang berjanggut dan sebagainya. Manakala untuk kanak-kanak pula turut diadakan peraduan mewarna untuk kategori 5 hingga 8 tahun.


[Terdapat banyak gerai jualan dan pameran yang disediakan. Antara yang paling penting ialah kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan secara percuma. Terdapat juga dua persembahan nasyid daripada kumpulan kanak-kanak pasti dan juga pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri, Jaya Gading. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir ialah Ustaz Nasharuddin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Saudara Siew yang mewakili Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat. Program berjalan mengikut jadual dan berakhir sekitar jam 4.00 petang selepas acara penyampaian hadiah berakhir. Tahniah diucapkan kepada semua urusetia dan petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Ternyata program Cakna Rakyat lebih mendapat sambutan daripada Juara Rakyat yang dianjurkan oleh puak-puak UMNO selama ini. Bertemu lagi dalam program-program yang akan datang].
Share:

Kontroversi: Dipecat PKR, PAS Sedia Buka Pintu Kepada YB Zulkifli Noordin Jikalau Beliau Ikhlas Mendokong Prinsip Serta Perjuangan Parti Itu !!

PETALING JAYA, 7 Mac [3.30 pm] - PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka. Naib Presidennya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS. "PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB Zulkifli. "Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP. Zulkifli juga ada menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat. Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan. Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti. "Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya. Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat. "Kami hargai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat dari PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.

[Ramai yang terkejut sebenarnya dengan kenyataan ini. Namun, kemungkinan besar Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mempunyai alasan tersendiri untuk mengatakan demikian. Apapun ramai penyokong Pakatan Rakyat sendiri yang amat kecewa dengan sikap Zulkifli Nordin. Beliau bukanlah manusia yang layak berada dalam jemaah sebenarnya. Sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menerima pandangan orang lain jelas sekali akan merosakkan parti jika orang seperti Zulkifli Nordin diterima. Oleh itu, adalah lebih baik beliau masuk team Ibrahim Ali Al-Kataki N The Geng demi masa depan politiknya. Itu lebih afdal daripada orang menuduh beliau boleh dijual beli pada hari kemudian. Terkejut benar melihat Zulkifli dipecat dari PKR, sedangkan sebelum ini beliau pernah berada dalam parti PAS itu sendiri. Maknanya, Zulkifli memang tidak layak untuk diberi nasihat lagi. Kerana beliau merasa dirinya lebih hebat dari mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang ada].

Share:

Cyberita: PAS Terus Menyokong Anwar Ibrahim Kekal Sebagai Ketua Pembangkang Di Parlimen Biar Pun Jumlah Ahli Parlimen PKR Terkurang


KUALA LUMPUR, 6 Mac [3.30 pm] - PAS hari ini menyuarakan sokongannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang walaupun beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar dari parti itu. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) akan terus memberikan sokongan penuh kepada Penasihat PKR itu. Katanya, kerajaan dan Speaker Dewan Rakyat tidak berhak untuk menentukan siapa Ketua Pembangkang di Parlimen kerana kedudukan tersebut ditentukan oleh anggota Parlimen pembangkang sendiri. Isu jawatan yang dipegang Anwar timbul selepas bilangan Ahli Parlimen PKR menurun kepada 28 berikutan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) bertindak keluar parti untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas. Mustafa memberitahu satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini bahawa kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu tidak terjejas ekoran beberapa kejadian keluar parti itu. Malah, katanya, gabungan pembangkang itu akan mengadakan sambutan dua tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung selama lima hari mulai malam ini. Pada Selasa lepas, DAP turut menyatakan sokongan sama kepada Anwar untuk mengekalkan jawatannya dalam Parlimen. Mengenai anggota PKR yang keluar parti itu, Mustafa berkata kemungkinan seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang dihadapi sebagai Ahli Parlimen pembangkang berbanding Ahli Parlimen kerajaan yang didakwa diberi peruntukan RM1 juta bagi membangunkan projek di kawasan masing-masing. "Ahli Parlimen pembangkang tidak mendapat semua itu dan ini mungkin memberi tekanan untuk mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat, dia rasa dia terhalang, mungkin orang lain boleh tahan tapi dia tak tahan...tapi sebagai orang politik, dia sepatutnya bersedia menghadapi suasana seperti ini. "Pepatah Melayu ada menyebut kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Pembangkang macam berumah di tepi pantailah, dia menghadapi ombak, belum tsunami lagi tu," katanya. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa perkara itu ada hubungkait dengan usaha BN mendapatkan sokongan Ahli Parlimen pembangkang untuk memperolehi dua pertiga majoriti di Parlimen.

[Inilah yang dikatakan sikap toleransi dan persefahamann yang utuh dalam Pakatan Rakyat. Biar pun jumlah Ahli Parlimen PKR terkurang daripada jumlah asal, namun atas dasar melihat kepada kekuatan dan pengaruh Anwar Ibrahim di dalam dan luar negara maka itu PAS tetap menerima beliau sebagai Ketua Pembangkang di parlimen. Anwar bukan sahaja disegani, malah ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman yang beliau ada semasa di dalam kerajaan dulu telah banyak mengajar dirinya. Oleh itu, memang amat sesuai Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dikekalkan bagi memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya].
Share:

Edisi Pahang: Kesilapan URL Jabatan Mufti Telah Diperbetulkan, Tetapi Masih Ada Kelemahannya !

KUANTAN, 6 Mac [11.00 am] - Susulan pendedahan eksklusif kami tentang kekeliruan URL laman web Jabatan Mufti Pahang yang memaparkan laman Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang semalam, maka begitu cepat perkara ini telah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Syabas dan tahniah kami ucapkan atas kepekaan pihak terbabit. Cuma, masalah yang timbul sekarang ialah URL terbabit langsung tidak memaparkan sebarang laman Jabatan Mufti Pahang. Menerusi URL itu yang tertera hanyalah "Internet Explorer Cannot Display The Webpage", yang bermakna tidak aa laman web yang tertera menerusi alamat berkenaan. Apakah benar Jabatan Mufti Pahang tidak mempunyai laman web seperti yang dinyatakan. Soalnya, kenapa sebelum ini paparan yang keluar ialah JBA Pahang. Inilah yang memusykilkan kami sebenarnya. Di saat ICT menjadi wadah informasi rakyat sekarang ini, masih ada jabatan kerajaan yang tidak mempunyai laman web rasmi mereka. Jika beginilah caranya, apalah guna kerajaan meningkatkan tahap pemahaman serta penggunaan internet jalur lebar seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Malah, Kerajaan Negeri Pahang juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan perkhidmatan broadband untuk rakyat.

[Terkadang kita hairan, dalam kesibukan orang memperkatakan tentang dunia ICT namun masih ada lagi jabatan kerajaan dan pemimpin politik yang ketinggalan zaman. Bukan sahaja mereka tidak mempunyai laman web atau blog sebagai wadah informasi. Malahan, ada juga yang "bodoh sombong" dan tidak mahu menerima takdir berada dalam dunia teknologi maklumat seperti hari ini. Akhirnya berlakulah berbagai masalah yang mereka sendiri akan terasa dan kecewa dengan semua ini. Jika ada pun laman web atau blog, tidak ada pula yang mamantau atau dipertanggungjawabkan untuk mengemaskininya. Inilah yang menyebabkan pihak terbabit dilihat gagal memberi komitmen yang tinggi terhadap tugasan mereka, walhal sebaliknya. Oleh itu, diseru supaya pihak terbabit mengambil kesempatan ini dengan segera bagi mengelakkan dikatakan bagai "katak di bawah tempurung" itu sebenarnya].
Share:

Edisi Pahang: Terbukti UMNO Juara Rakyat Bacul, Batalkan Penggunaan Dewan Orang Ramai Untuk Program Cakna Rakyat Dewan Muslimat PAS Esok

KUANTAN, 6 Mac [10.20 am] - Susulan laporan kami tentang program "Cakna Rakyat" anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang yang dijadualkan akan diadakan di Dewan Serbaguna Perkampungan Sg.Isap Damai esok, maka satu berita mengejutkan telah terjadi semalam. Program tersebut terpaksa ditukarkan ke Perkarangan Masjid Al-Fattah, Batu 3 akibat campurtangan puak-puak UMNO. Difahamkan, segala persediaan telah diatur dengan baik dilokasi asal, malah kebenaran menggunakan dewan tersebut telah diperolehi daripada Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang berkenaan. Namun, tiba-tiba sahaja satu arahan baru telah dikeluarkan supaya kebenaran tersebut dibatalkan. Kami amat terkejut dengan apa yang berlaku ini. Ternyata, dewan orang ramai kini bukan lagi untuk rakyat tetapi hanya untuk puak-puak UMNO sahaja. Malahan UMNO baru sahaja mengadakan program "Juara Rakyat" di dewan itu baru-baru ini. Sementara itu, ketika mengulas perkara ini Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan Ustaz Rosli Jabbar (foto) berkata "Saya agak hairan dengan sikap bacul pemimpin UMNO yang tergamak mempolitikkan segalanya untuk kepentingan mereka. Dewan tersebut adalah untuk kegunaan rakyat, maka apalah salah kami untuk menganjurkan program di situ. Kelulusan asal telah diberikan tetapi kemudian ditarik balik setelah terdapat ugutan dan campurtangan pemimpin mereka" katanya. "Puak-puak UMNO sebenarnya merasa takut dan gusar program anjuran PAS ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat, sedangkan program yang dianjurkan oleh mereka langsung tidak mendapat sambutan sebelum ini. Maka itulah, seboleh-bolehnya mereka akan menghalang program terbabit dilaksanakan di situ bagi mengelakkan malu yang besar. Kami memohon maaf kepada seluruh rakyat akibat sikap pengecut puak-puak UMNO ini maka program berkenaan terpaksa dipindahkan ke Perkarangan Masjid Al-Fattah" tambah beliau lagi.

[Difahamkan, pihak terbabit menghalang ia diadakan di dewan berkenaan kononnya tiada permit dan sebagainya. Namun, inilah dia sikap sebenarnya puak-puak UMNO. Mereka takut pada bayang-bayang sendiri. Apapun, berbagai acara menarik telah diatur sempena program "Cakna Rakyat" esok, antaranya ialah jamuan rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, persembahan nasyid, cabutan bertuah, pertandingan gubahan, pertandingan teka gula-gula, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan teka rempah, pertandingan musang berjanggut dan macam-macam lagi. Selain daripada aktiviti tersebut, terdapat juga beberapa acara indoor games seperti dam ular manusia, catur, congkak dan lain-lain lagi. Pengunjung juga boleh meninjau ke gerai-gerai jualan dan pameran yang disediakan. Upacara perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Dr,Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang. Orang ramai sekitar Kuantan dijemput hadir untuk memeriahkan program ini].
Share:

Edisi Pahang: Dato' Mufti Kemungkinan Disaman, Akibat Arahan Menghalang Dr.Asri Zainul Abidin Menjadi Ahli Panel Dalam Satu Forum Di Kuantan

Jawatankuasa Musolla Ar-Raudah dan penduduk Taman Pelindung Perdana, Beserah dekat sini kecewa dengan tindakan pihak berkuasa menggangu program Forum Ad-Deen yang diadakan sempena menyambut Maulidur Rasul yang diadakan baru-baru ini. Forum yang bertajuk "Perlaksanaan Syariah Di Malaysia" itu, menampilkan ahli panel yang terdiri dari Dr.Azhar Yaazob, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Mohd Fadli Ramly dan bekas Mufti Perlis Dr.Asri Zainul Abadin (Dr.Maza). Kekecewaan timbul akibat tindakan pihak polis, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman (foto) yang menghalang program itu dijalankan dek kerana terdapat seorang ahli panel yang dikatakan kontroversi iaitu Dr.Maza. Amat mendukacitakan bila terdapat arahan supaya Dr.Maza ditangkap jika memberikan ucapan dan bersuara dalam majlis tersebut. Program yang berbentuk intelektual, wacana ilmiah dan bersifat akademik itu gagal berjalan lancar akibat tekanan daripada pihak berkuasa supaya nama Dr.Maza digugurkan. Walhal kehadiran beliau bukanlah untuk berceramah, tetapi sekadar berdebat dan memberi pandangan tentang tajuk yang ditetapkan sahaja. Menurut Pengerusi Surau Ar Raudhah, Syed Ali Badaruddin (foto bawah) mereka kecewa kerana tindakan Mufti Pahang yang menghalan program ilmu seperti itu. Mereka telah berbelanja besar untuk menyediakan segala kelengkapan berkaitan, namun agak mendukacitakan bilamana terdapat arahan daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang supaya melarang Dr.Asri daripada menyampaikan dakwahnya. Sebelum ini Mufiti Pahang juga adalah tokoh agama yang paling awal menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis itu, sila Klik sini.


Dr.Asri bersama Ustaz Nasharuddin sempat bersama seketika sebelum
meninggalkan majlis akibat suasana yang agak tidak tenteram ketika itu
Akibatnya, keadaan menjadi serba tidak kena dan Dr.Asri terpaksa bergegas pulang selepas hanya memberi mukadimah tentang latar belakang beliau sahaja. Beliau terpaksa dikawal ketat oleh petugas akibat terdapat desas-desus mengatakan dia akan ditangkap pada malam tersebut. Soalnya sekarang, kenapa Mufti Pahang tergesa-gesa mengeluarkan arahan terhadap Dr.Asri sedangkan beliau belum pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah syariah atau kesalahan sivil di dalam negara kita. Justeru itu ada beberapa perkara yang amat mengecewakan penganjur pada berkenaan dengan perkara tersebut kata Syed Ali. "Dato' Mufti Pahang tidak dapat memberi alasan mengapa Dr.Asri dihalang daripada berhujjah dalam forum tersebut. Malah Mufti juga tidak dapat mengemukakan fakta-fakta yang dikatakan kontroversi dalam surat yang disertakan. Ini jelas menunjukkan yang Dr.Asri telah difitnah oleh Dato' Mufti Pahang sebenarnya" kata Syed Ali. Malah katanya juga carian telah dibuat di Jabatan Agama Islam Pahang dan ternyata tidak ada sebarang pekeliling yang diedarkan atau surat yang dinyatakan untuk melarang bekas Mufti Perlis itu daripada dakwahnya di negeri Pahang.

"Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mewartakan supaya Dr.Asri dilarang untuk menyampaikan dakwah beliau. Ini jelas menunjukkan bahawa tindakan Dato' Mufti Pahang adalah bersifat persepsi dan hanya pandangan peribadi beliau sendiri. Kami tidak teragak-agak akan melantik peguam untuk menfailkan tindakan saman terhadap Dato' Mufti Pahang atas tindakan keterlaluan beliau yang menfitnah serta memalukan Dr.Asri. Program yang diadakan bukanlah berbentuk ceramah dan sekadar forum yang memberi peluang kepada umat Islam untuk bersoal jawab secara lebih jelas dengan Dr.Asri seandainya beliau ada melakukan kesalahan selama ini. Malah, kami juga mengundang pihak yang berkenaan untuk sama-sama hadir bagi dalam program itu. Namun, akhirnya program kami yang diganggu hanya kerana mereka melihat kelibat Dr.Asri Zainul Abidin sebagai ahli panel forum", tambah Syed Ali lagi.

[Nampaknya Dato' Mufti Pahang sekali lagi menimbulkan kontroversi selepas beliau mengeluarkan fatwa mengharamkan rokok baru-baru ini. Ramai rakyat yang keliru dengan keputusan yang telah dibuat itu, malah ia menimbulkan reaksi yang berbeza dikalangan rakyat jelata. Tentang soal Dr.Asri, apakah Mufti mempunyai bidang kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu menangkap pendakwah yang merupakan bekas mufti terbabit?. Sedangkan, beliau bukanlah pengganas atau penjenayah yang pernah ditahan di mana-mana penjara di Malaysia. Amatlah tidak adil bila menghalang rakyat mendapatkan maklumat secara terus dalam hal ini. Biarlah rakyat dan Dr.Asri berdebat dan mengeluarkan hujjah, kerana itu lebih afdal daripada menghalang beliau menyampaikan dakwah itu sendiri].
Share:

Edisi Pahang: Memalukan !! Alamat URL Laman Web Jabatan Mufti Pahang Tetapi Laman Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang Pula Yang Di Paparkan

KUANTAN, 6 Mac [12.45 am] - Apa sudah jadi dengan laman web Jabatan Mufti Pahang?. Sama ada ia disedari atau pun tidak, kami sendiri kurang arif mengenainya. Namun, berdasarkan rujukan di www.google.com, tatkala ditaip ternyata apa yang ditemui sungguh menakjubkan. Alamat URL Jabatan Mufti Pahang www.mufti.pahang.gov.my tetapi paparan laman web yang tertera adalah Jabatan Bekalan Air Pahang dan bukannya carian yang berkenaan. Apa yang disedari ini sungguh memalukan sebenarnya. Ternyata, ramai kakitangan kerajaan yang tidak peka dengan kemudahan ICT yang disediakan sehingga terabai untuk memperbetulkan keadaan. Kami tidak menyalahkan pihak yang berkenaan, cuma apakah perkara yang sudah sekian lama ini langsung tidak disedari oleh orang ramai. Siapakah yang menguruskan laman web berkenaan sehingga kesilapan sebesar ini gagal untuk diperbetulkan dengan kadar segera. Imej Jabatan Mufti tercalar dengan apa yang berlaku ini. Seharusnya tindakan tegas harus diambil kepada pegawai yang berkenaan. Akibat kegagalan untuk memantau, ia telah merosakkan nama jabatan terbabit. Harapan kami agar perkara ini dapat diperbetulkan segera agar ia tidak memberi persepsi yang lebih negatif kepada Jabatan Mufti Pahang selepas ini. Kesilapan perlu diakui oleh semua pihak dan diperbetulkan sebenarnya.

[Sebenarnya banyak lagi laman web jabatan kerajaan di Pahang yang cukup daif seperti ini. Malah ada sesetengah jabatan yang gagal untuk mengemaskini laman masing-masing walaupun mempunyai unit yang berkenaan dan berfungsi ke arah itu. Sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh terhadap tanggungjawab ini jelas sekali menjatuhkan imej jabatan terbabit malah negeri Pahang sendiri. Oleh itu, rakyat perlu memantau jabatan yang berkenaan dan laporan perlu diserahkan kepada pihak terbabit agar mereka lebih peka serta mengambil berat kemudahan ICT yang telah disediakan hari ini. Apalah guna ada laman web rasmi, jika bahan serta isi kandungannya sudah basi serta menyukarkan rakyat mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti jabatan kerajaan yang berkenaan].
Share:

Edisi Pahang: Ambulans JPA3 Kemalangan Akibat Sikap Kurang Ajar Pemandu Samseng Jalanraya !!

KUANTAN, 6 Mac [12.32 am] - Satu kemalangan yang melibatkan kenderaan ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) telah berlaku dipersimpangan Jalan Wong Ah Jang ke Jalan Penjara lewat malam tadi. Tinjauan krew kami ke lokasi kejadian mendapati van berkenaan mengalami kerosakan yang agak serius dibahagian depan kenderaan tersebut. Kemalangan yang dipercayai berlaku akibat sikap orang awam yang tidak bertimbang rasa dan "kurang ajar di jalanraya" itu telah menyebabkan berlaku kesesakan di sepanjang jalan berkenaan. Difahamkan, kejadian berpunca daripada keenganan sebuah kenderaan memberi laluan kepada ambulans JPA3 yang sedang dalam kecemasan. Akibatnya, van terbabit telah terbabas akibat mengelak daripada bertembung dengan kenderaan itu. Susulan daripada kemalangan itu, van berkenaan telah terlanggar sebuah papan tanda jalan terbabit dan hampir melanggar lampu isyarat yang terletak berhampiran kawasan tersebut.

[Amatlah malang sekali bila ada sikap sesetengah pengguna jalanraya yang langsung tidak faham undang-undang sebenarnya. Kenderaan seperti ambulan dan ambulans JPA3 yang dalam kecemasan seperti ini dihalang dan langsung tidak diberi keutamaan oleh pemandu terbabit. Akibatnya kenderaan yang sepatutnya digunakan untuk membantu mangsa yang dalam kecemasan akhirnya terhalang akibat kemalangan yang tidak diduga. Rakyat Malaysia perlu berubah menjadi seorang manusia yang lebih berdisplin dan bertimbang rasa dijalanraya. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa berlaku. Bayangkan jika pemandu atau petugas JPA3 terbabit mengalami kecederaan parah dan terpaksa pula menerima rawatan, bukankah ia tambah menyiksakan. Oleh itu, belajarlah menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertimbang rasa ketika di jalanraya].
Share:

Edisi Pahang: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Beku Cuti Jika Kebakaran Hutan Makin Buruk !!

KUANTAN, 5 Mac [10.20 pm] - Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang akan membekukan cuti anggotanya jika kejadian kebakaran hutan di negeri itu semakin buruk. Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat negeri Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata buat masa ini pihaknya cuma memendekkan tempoh cuti yang boleh diambil mereka. Beliau berkata ianya adalah langkah berjaga-jaga memandangkan masalah kebakaran hutan di negeri itu sepanjang musim kemarau yang sedang melanda sekarang berada pada tahap terkawal. Katanya setakat ini hanya empat kebakaran hutan besar yang berlaku di negeri itu melibatkan kawasan di Hutan Simpan Ramin, Pekan; ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) Jalan Kuantan-Pekan; hutan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bistari, Sri Pekan; dan kawasan hutan di Kampung Sungai Ular, Gebeng.

[Cuaca panas semakin serius di negeri Pahang ketika ini. Apakah ini merupakah satu petanda yang kemarau berpanjangan akan menimpa. Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia yang hanya mendapat musibah seperti banjir dan cuaca panas seperti ini jika dibandingkan dengan negara yang sedang mengalami gempa bumi sekarang seperti di Chile. Apapun, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan jangan buangkan putung rokok di merata-rata tempat biarpun anda sedang memandu di jalanraya ketika ini. Kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja dalam keadaan cuaca panas yang semakin serius dan membimbangkan sekarang ini].

Share:

Edisi Sukan: Anuar Manan Cipta Sejarah Sebagai Pelumba Malaysia Pertama Menangi Pelumbaan Peringkat Dalam Kejohanan Le Tour De Langkawi

PORT DICKSON 5 Mac [3.02 pm] - Pelumba dari Terengganu, Anuar Manan (foto) mencipta sejarah hari ini apabila muncul sebagai pelumba rakyat Malaysia pertama memenangi perlumbaan peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) sejak acara itu diperkenalkan 15 tahun lepas. Anuar, yang mewakili pasukan Guemsan Ginseng Asia dari Korea Selatan, memenangi perlumbaan peringkat kelima sejauh 111.5 km dari Muar (Johor) ke Port Dickson (Negeri Sembilan). Beliau juga berjaya menyarung dua jersi iaitu hijau dan biru.

[Tahniah diucapkan kepada Anuar Manan kerana berjaya juga akhirnya mencipta sejarah baru dalam sukan berbasikal di Malaysia. Lebih indah lagi jika beliau dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan yang terunggul di rantau ini itu. Cuma, apa yang agak memusykilkan kita ialah langkah persatuan berbasikal Malaysia yang gagal mempertahankan beliau untuk beraksi dengan pasukan kebangsaan. Walaupun berbagai tawaran diterima daripada pasukan luar untuk mendapatkan khidmat beliau, namun jalan terbaik ialah menang dengan membawa nama negara dan bukannya Guamsan Ginseng Asia. Menteri berkaitan yang berasal dari Terengganu perlulah memikirkan langkah terbaik untuk membawa semula Anuar mewakili negara dalam kejonanan besar masa akan datang].

Share:

Speaker Haram: Pakatan Rakyat Memohon Sultan Perak Tidak Perkenankan Sidang DUN 30 Mac Ini!

IPOH, 5 Mac [2.50 pm] - Pakatan Rakyat memohon supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 30 Mac ini. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham (foto), berkata jika Sultan Azlan memberi perkenan, bermakna institusi istana negeri itu mengiktiraf Datuk R Ganesan sebagai Speaker sedangkan beliau dipilih secara tidak sah. Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan mendakwa, Ganesan dilantik sebagai 'Speaker' dalam Sidang DUN pada 7 Mei tahun lalu ketika Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah belum merasmikan sidang DUN ketika itu.

[Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebagai bekas seorang yang arif dalam bidang kehakiman perlulah memainkan peranan penting untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi beraja di negeri itu. Speaker Ganesan dianggat dalam keadaan yang cukup hina, selepas pihak polis dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk menghalang dan mengangkat Speaker yang sah V.Sivakumar dari tempat duduknya. Ini adalah satu penghinaan terhadap dewan yang mulia. Oleh itu, Sultan Perak perlu bersikap adil kepada rakyat dan melihat apa yang berlaku itu sebagai satu jenayah terancang yang telah merosakkan amalan demokrasi dalam negara ini. Oleh itu baginda tidak wajar memperkenankan sidang DUN pada 30 Mac ini selagi perkara tersebut tidak diselesaikan secara profesional].
Share:

Kontroversi: Zulkifli Nordin Keluar Sesi Panel Lembaga Displin PKR Kerana Tidak Berpuas Hati Pemimpin Bukan Islam Terlibat Sebagai Panel

PETALING JAYA, 4 Mac [4.30 pm] - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (foto), bertindak keluar sesi panel lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu kalimah Allah kerana tiga daripada empat anggotanya adalah bukan Islam. Zulkifli mendesak supaya panel lembaga disiplin bagi menyiasat kenyataannya berhubung isu kalimah Allah itu dianggotai oleh orang Islam sahaja. Tindakan Zulkifli ini pasti mencetuskan satu lagi kontroversi yang berpanjangan. Tambahan pula disaat ramai pemimpin PKR yang kini melompat parti dan menjadi Wakil Rakyat bebas beberapa hari lalu. Walau bagaimana pun ramai pemerhati berpendapatan Zulkifli tidak sesekali akan menjadi pengkhianat rakyat biarpun namanya disebut sebagai antara ahli parlimen PKR yang bersetuju untuk meninggalkan parti itu. Zulkifli dilihat membuat keputusan yang tepat apabila mengarahkan hanya anggota yang beragama Islam sahaja terlibat dengan jawatankuasa displin untuk menyiasat kesnya. Apapun, kita amatlah berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa ada sebarang perkara buruk yang berlaku. Tenaga dan buah fikiran beliau masih diperlukan untuk memantapkan lagi perjuangan rakyat dalam memastikan kemenangan besar pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Sebelum itu, Zulkifli dilaporkan bercadang mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang tadi bagi mengumumkan “satu” perkara penting. Beliau dijadual mumkan “perkara” itu sejurus sebelum menghadap Lembaga Disiplin Parti, berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS dalam isu kalimah Allah baru-baru ini.

[Zulkifli Noordin dilihat sebagai seorang pemimpin politik yang cukup bijak membuat percaturan. Malah, sikapnya yang langsung tidak boleh ditegur dan gemar membuat kenyataan dengan membelakangkan pucuk pimpinan parti dilihat bakal mengundang masalah pada akhirnya. Justeru itu, orang seperti Zulkifli perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya dalam mana-mana kes yang beliau sendiri tahu impaknya dari sudut perundangan. Ramai juga rakyat yang bosan dengan sikap Zulkifli selama ini, namun beliau masih terus kekal dengan Pakatan Rakyat sedangkan dirinya menerima berbagai tawaran yang cukup menarik daripada UMNO. Apa pun Zulkifli ada alasan tersendiri untuk kekal].
Share:

Edisi Pahang: MB Arahkan Supaya Semua Sekolah Di Negeri Ini Agar Kurangkan Aktiviti Luar Darjah Akibat Cuaca Panas Yang Kian Melanda Sekarang!

KUANTAN, 4 Mac [3.30 pm] - Semua sekolah di negeri Pahang diarah mengurangkan aktiviti luar darjah berikutan cuaca kering dan panas yang melanda negara ketika ini, kata Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto). Katanya, beliau telah menghubungi Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff hari ini berhubung perkara itu. "Cuaca di Pahang sekarang antara 37 hingga 38 darjah celsius, jadi kena kurangkan aktiviti," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama projek penanaman padi secara komersial antara Kerajaan Korea Utara dan syarikat Sungai Duri Plantations Sdn Bhd di sini, hari ini. Beliau berkata, keadaan cuaca tersebut turut memberi kesan kepada penurunan paras air di negeri itu. Katanya, sebagai contoh paras air di Empangan Chereh, dekat sini susut kira-kira 0.6 meter. "Empangan ini masih boleh membekalkan air untuk tempoh sehingga tiga bulan lagi bagi tujuan asas seperti makan dan minum," katanya.

[Cuaca panas yang berlaku di Kuantan dilihat amat serius sekarang ini. Banyak kebakaran kecil berlaku di sana-sini akibat tindakan segelintir individu yang membuang putung rokok di merata tempat. Cuaca yang panas menyebabkan banyak rumput-rumput kering dan tanah merekah akibat kepanasan. Oleh itu, orang ramai diseru menjaga kesihatan mereka sepanjang musim panas ini. Kami menyokong langkah MB Pahang yang amat prihatin dengan kesihatan para pelajar di seluruh negeri Pahang].

Share:

Timbalan Presiden MCA Dr.Chua Soi Lek Akhirnya Letak Jawatan Bagi Membolehkan Pemilihan Baru

KUALA LUMPUR, 4 Mac [2.52 pm] - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (foto) hari ini meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA dan mahu agar pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu. Ketika mengumumkan keputusannya itu pada satu sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini, beliau berkata tujuh lagi anggota jawatankuasa Pusat (CC) MCA juga telah meletak jawatan. Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu sudah berbuat demikian. Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. Selain Dr.Chua umumkan peletakan jawatannya, tujuh anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti turut berbuat demikian. Mereka ialah Kong Cho Ha, Gan Tian Loo, Dr Por Choo Chor, Tan Chai Ho, Chong Itt Chew, Tee Siew Keng dan Loh Seng Kok. Ketika ditanya sama ada beliau telah memberitahu Presiden Parti, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai tindakannya itu, Dr.Chua berkata beliau tidak berbuat demikian. "Saya masih belum beritahu kepada presiden, akan tetapi borang peletakan jawatan masih ada pada saya kerana setiausaha agung tiada di pejabatnya," katanya. Beliau juga meminta supaya mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu ini ditangguhkan. "Peletakan jawatan ini adalah untuk memenuhi janji saya pada EGM (mesyuarat agung luar biasa) tahun lepas di mana saya telah mengutarakan pandangan bahawa kita mungkin perlu pemilihan baru agar kemelut parti dapat ditangani. "Yang penting ialah parti bukannya soal pemimpin atau kepentingan diri melebihi parti," katanya. Chua berkata, sejak Januari hingga semalam, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada tujuh anggota Jawatankuasa Pusat (CC).

[Jika kerajaan mengatakan Pakatan Rakyat menghadapi kemelut politik yang kian parah, ia ternyata satu kenyataan yang salah. Sebenarnya BN lebih parah dan perbalahan yang berlaku sesama pemimpin dalam komponen parti itu kini sudah tiba ke kemuncaknya. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam MCA ini, ternyata pemilihan baru tidak akan memberi apa-apa makna jika ada dikalangan mereka tewas kelak. pasti perbalahan terus berpanjangan dulu, kini dan selamanya. Begitu juga dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) yang menyaksikan perbalahan jawapan presiden yang sah antara Murugiah dengan Kayveas. Semua ini membuktikan bahawa BN sudah menghampiri penghujung riwayat hidup mereka sebenarnya].
Share:

Mahkamah: Permohonan Dengar Rayuan Anwar Supaya Hakim Zabidin Tarik Diri Dari Mengadili Perbicaraan Kes Liwat Ditetapkan Pada 19 Mac ini

KUALA LUMPUR, 4 Mac [2.30 pm] - Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mac ini sebagai tarikh untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keengganan hakim dalam perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya, menarik diri daripada perbicaraan itu. Peguam Anwar, SN Nair, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pendaftar Mahkamah Rayuan semalam. Pada 19 Februari lalu, Anwar menfail notis rayuan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah, menolak permohonan Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes itu pada hari sebelumnya. Mohamad Zabidin berkata, tidak ada sebab baginya untuk menarik diri daripada terus mendengar kes itu, dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau melakukannya ia bermakna beliau melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawabnya. Pada 8 Februari lalu, Anwar menfail permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu. Perbicaraan terhadap pertuduhan liwat bermula pada 3 Februari dan pihak pembela dijadualkan menyoal balas Saiful apabila Karpal membuat permohonan supaya hakim menarik diri. Hakim Zabidin menetapkan 25 Mac untuk menyambung perbicaraan kes liwat itu sementara menanti keputusan rayuan tersebut.

[Nampaknya kes fitnah liwat II ini tidak habis-habis dengan berbagai kontroversi yang pastinya mengundang malu terhadap institusi kehakiman negara itu sendiri. Seolah-olah wujudnya perancangan yang cukup rapi bagi mensabitkan Anwar dengan satu kesalahan yang amat diragui itu. Malah, jika silap perhitungan sudah pasti Malaysia akan diboikot oleh masyarakat antarabangsa gara-gara sikap rakus pemimpin yang tamak dan gila kuasa untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara biarpun mereka tahu rakyat secara total menolak mereka. Jika ini berlaku rakyat secara keseluruhannya akan menanggung sengsara. Oleh itu, marilah kita sama-sama membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti !!].
Share:

Edisi Pahang: Lompat Parti Kerana Islam, Kenapa Hanya Pemimpin PKR Dan Bukan Pemimpin PAS ?

KUANTAN, 4 Mac [11.45 am] - Ramai pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari parti PAS terkejut dengan insiden lompat parti yang semakin menjadi-jadi dalam PKR sekarang ini. Insiden yang dilihat boleh menggugat keyakinan rakyat pakatan itu haruslah dibendung dengan segera. Jika tidak peluang Pakatan Rakyat untuk mengambilalih tampuk kepimpinan negara akan terlepas. Soalnya sekarang, apakah benar motif kesemua yang melompat itu kecewa dengan tindak-tanduk pemimpin PKR mutakhir ini?. Malah jika dilihat kepada tindakan beberapa orang pemimpin Islam yang terlibat, mereka secara jelas mengatakan bahawa hilang keyakinan terhadap PKR kerana dikatakan menghina Islam itu sendiri, terutamanya dalam isu khalimah Allah. Masalahnya di sini, jika diperkatakan soal Islam seharusnya pemimpin PAS yang keluar parti atau mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Kenapa ini tidak berlaku, sedangkan PAS adalah parti yang berjuang untuk Islam itu sendiri sebenarnya. Kenapa harus pemimpin PKR yang bertindak demikian. Mungkin benar telahan ramai pihak yang mengatakan semua ini adalah dirancang oleh UMNO Barisan Nasional bagi memalukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahan pula Anwar sekarang sedang menghadapi kes fitnah liwat II yang masih tiada kesudahannya. Apakah benar pemimpin yang melompat itu ikhlas, atau memang dibeli dan mendapat habuan lumayan sebenarnya. Hanya rakyat yang dapat menilai dan memberi pengajaran kepada semua mereka yang terlibat. Ikuti pandangan peribadi salah seorang pemimpin iaitu Yang Dipertua PAS kawasan Kuantan, Ustaz Rosli Jabar tentang perkara ini.


[Isu lompat parti tidak bertali ini sememangnya sudah diketahui siapakah yang punya angkara. Cuma puak-puak UMNO BN malu untuk mengaku bahawa merekalah yang telah memancing dan menawarkan berbagai ganjaran kiranya ada mana-mana pemimpin pembangkang melompat. Bagi mengelakkan aib yang lebih besar, semua pemimpin yang melompat dijadikan wakil rakyat bebas. Padahal mereka telah diberikan arahan dan panduan tentang kitab UMNO BN itu sebagai syarat kemasukkan. Oleh itu, kita tidak hairan dengan berbagai alasan dangkal yang diberikan oleh pemimpin laknat itu sebenarnya. Apa yang penting tindakan yang dilakukan itu adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya bersama rakyat. Justeru itu, kita tidak perlulah gusar dengan senario yang berlaku. Biar sepuluh yang melompat, namun beribu-ribu lagi rakyat kembali memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat. Inilah yang diperlukan dalam merealisasikan hasrat untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13 nanti].
Share:

Edisi Pahang: Kes Saman RM63 Juta Terhadap MB Mahkamah Persekutuan Dengar Rayuan Hari Ini!

KUANTAN, 4 Mac [9.10 am] - Mahkamah Persekutuan (Istana Kehakiman) di Putrajaya hari ini akan mendengar semula isu kes saman RM63 juta daripada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd terhadap Menteri Besar Pahang kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan Pahang. Kes itu menjadi panas akibat lanjutan daripada permohanan keputusan Mahkamah Rayuan yang difailkan oleh Peguam Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dimana Mahkamah Rayuan telah tidak membenarkan nama Menteri Besar Pahang untuk dinamakan sebagai mandamus. Hakim yang akan mendengar kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd lawan Menteri Besar Pahang hari ini ialah Tan Sri Ariffin Zakaria, Datuk Hashim Datuk Yusof dan Datuk Zulkifli Makiyuddin. Sementara itu Syed Ali Badarudin Syed Osman selaku Pengarah Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd akan mendengar perbicaraan kes tersebut.


[Kes yang sudah berjalan agak lama ini jelas sekali mengelirukan rakyat Pahang di seluruh dunia. Apa tidaknya, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Dato' Seri Adnan Yaakob kini cuba membuat alasan dan berdolak dalih gara-gara tidak mahu membuat bayaran kepada pihak berkenaan. Walhal kes ini sudah diputuskan diperingkat mahkamahh tertinggi. Kenapa pada awal perbicaraan mereka tidak mahu mengeluarkan hujjah yang bernas bagi memenangi kes. Ini tidak, bila sudah kalah MB mencari helah pula untuk tidak membayar. Sedangkan, kuasa yang ada telah disalahgunakan untuk kepentingannya. Masalah yang timbul dalam kes ini ialah sikap acuh tidak acuh dan "malas masuk campur" dalam kes yang panas seperti ini. Akibat tidak mahu berunding dan menyelesaikan isu diluar mahkamah, maka kini kerajaan negeri berhadapan dengan tindakan yang cukup memalukan. Apa yang berlaku ini, bukan sahaja menjatuhkan maruah beliau malah menyebabkan pelabur takut untuk menanam modal di negeri ini. Ia berpunca daripada sikap kerajaan yang menghina keputusan mahkamah itu sendiri. Apakah begini sikap pemimpin UMNO agaknya].
Share:

Edisi Pahang: Dewan Muslimat PAS Anjur Karnival Sehari Cakna Rakyat Pada Ahad 7 Mac Di Kuantan!

KUANTAN, 4 Mac [9.00 am] - Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang bakal mengadakan satu program "Cakna Rakyat" di Dewan Serbaguna Perkampungan Sg.Isap Damai pada hari Ahad, 7 Mac 2010 ini. Berbagai acara menarik telah diatur dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.00 petang itu, antaranya ialah jamuan rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, persembahan nasyid, cabutan bertuah, pertandingan gubahan, pertandingan teka gula-gula, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan teka rempah, pertandingan musang berjanggut dan macam-macam lagi. Selain daripada aktiviti tersebut, terdapat juga beberapa acara indoor games seperti dam ular manusia, catur, congkak dan lain-lain lagi. Pengunjung juga boleh meninjau ke gerai-gerai jualan dan pameran yang disediakan. Upacara perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Dr,Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

[Krew PDO dijangka akan turut berada di lokasi tapak untuk membuat liputan sepanjang program yang diadakan ini. Orang ramai terutamanya warga Kuantan adalah dijemput hadir beramai-ramai untuk bersama dalam program yang cukup bermanfaat ini. Sokongan semua terhadap berbagai program hiburan sebelum ini diharap dapat beralih kepada program anjuran Dewan Muslimat PAS Pahang ini hendaknya. Sebelum ini, program berkenaan sering diadakan di sekitar Pahang Barat (Temerloh), namun kini ia diadakan pula di Kuantan untuk memberi peluang penduduk di sini dan kawasan berhampiran hadir beramai-ramai. Difahamkan, turut akan hadir memberi sokongan program ini ialah Kelab penyokong PAS Pahang].
Share:

Untuk paparan yang lebih besar lagi, sila klik Al-Quran Digital


[UNTUK MENDENGAR SILA KLIK PAUSE/STOP ISLAMIC CHANNEL TV]
Share:

Edisi Pahang: Pengawal Keselamatan Dipenjara 16 Tahun Akibat Merogol Gadis Orang Kurang Upaya

KUANTAN, 3 Mac [10.20 pm] – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan di sini atas kesalahan merogol seorang gadis orang kurang upaya (OKU), tiga tahun lalu. Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohamad Ridha Zulkifli, 26, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan. Hukuman berkuat kuasa bermula pada tarikh ditahan 19 Februari 2007.

[Inilah akibatnya bila penjenayah tidak lagi takut dengan hukuman duniawi. Bapa sanggup merogol anak, kanak-kanak bawah umur dirogol dan dibunuh dan kini orang kurang upaya pula menjadi mangsa. Sewajarnya, hukuman yang lebih berat dan tegas perlu diambil terhadap penjenayah terbabit agar ia menjadi pengajaran kepada orang lain nanti].

Share:

Edisi Pahang: Bekas Model Sambilan, Kartika Sari Dewi Mungkin Di Ampunkan Oleh Sultan Pahang!

PEKAN, 3 Mac [5.25 pm] - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah kerana meminum arak mungkin diampunkan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan bebas dari hukuman itu atau akan disebat dalam tempoh terdekat. Menurut Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda akan mempersembahkan kes Kartika Sari Dewi, 33, untuk makluman Sultan Pahang sebelum perkara itu diputuskan. "Saya akan sembah kepada Tuanku Sultan tentang perkara ini dalam tempoh terdekat. "Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun dia (Kartika Sari Dewi) tidak minta diampunkan (atau membuat rayuan),” titah baginda kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Kartika Sari Dewi lebih satu jam di Kompleks Islam Sultan Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP), di sini, hari ini. Sementara itu, Baginda bertitah Kartika Sari Dewi telah menyuarakan tekanan perasaan yang dihadapinya berikutan kes itu ditangguhkan.

[Jika benar Kartika akan mendapat pengampunan dalam isu minum arak ini, maka kita amat khuatir ramai lagi umat Islam akan terjebak dengan gejala ini pada masa akan datang. Undang-undang Islam yang sudah termaktub jelas sekali mengelirukan orang ramai pabila kes sebegini ditangguhkan sekian lama. Terdapat banyak desakan termasuk dari kalangan pihak kerajaan sendiri agar hukuman ini tidak diteruskan, kononnya ia agak primitif dan boleh menyebabkan pelabur takut untuk menanam modal di negara ini. Apapun, kita masih berharap agar hukuman terhadap Kartika ini diteruskan demi kesucian agama Islam itu sendiri. Malah, tertuduh sendiri sudah mengaku salah dan mahu agar hukuman dilaksanakan. Soalnya, siapakah sebenarnya yang telah cuba untuk menghalang hukuman Islam ini dilaksanakan kepada tertuduh terbabit].
Share:

Mahkamah: Permohonan Dengar Kes Batal Saman Musa Hassan Terhadap Anwar Didengar 11 Mei Ini

KUALA LUMPUR, 3 Mac [3.25 pm] - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mei untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan saman difailkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkaitan siasatan insiden “mata lebam” 1998. Peguam yang mewakili Anwar, S.N. Nair, memberitahu pemberita, permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Prasad Sandosham Abraham. Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Tengku Amalin ‘A-Ishah Putri Sultan Ismail Petra. Peguam Lim Kon Keen hadir bagi mewakili Musa. Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu bulan lepas. Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 1 Julai, 2008, mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyikan beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998. Musa, dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 21 Julai, 2008, berkata, dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya. Beliau menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu. Katanya, beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar. Beliau berkata, Anwar berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadapnya dan Abdul Gani dan berbuat demikian kerana ketua pembangkang itu sedang menghadapi pertuduhan baru liwat. Musa menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Amaun yang dituntut tidak dinyatakan secara spesifik dalam pernyataan tuntutan itu.

[Atas apa jua alasan, Musa Hassan tidak boleh melarikan diri daripada kesalahannya. Biarpun beliau menafikan terlibat dalam kes mata lebam Anwar, namun seantero dunia tahu yang beliaulah pegawai penyiasat yang telah dipertanggungjawabkan untuk terlibat dalam kes ini. Malah, rakyat masih ingat ketika tilam liwat Anwar diusung ke hulu ke hilir dan akhirnya kes dibuang begitu sahaja. Malah Anwar pula dipenjara atas alasan menghalang polis (Musa Hassan) untuk menjalankan siasatan. Inilah yang mengelirukan rakyat sebenarnya, dan ketika Anwar ditumbuk oleh Rahim Noor, Musa jugalah antara pegawai polis yang telah melaporkan perkara sebaliknya. Sedangkan akhirnya terbukti Rahim Noor yang melakukan perbuatan tersebut. Apakah ini alasan Musa Hassan untuk menafikan dia terlibat memalsukan fakta kes mata lebam itu?. Sedangkan Suruhanjaya Di Raja yang ditubuhkan telah mengesahkan Anwar ditumbuk oleh Rahim Noor dan bukannya mencederakan dirinya seperti yang telah dilaporkan].
Share:

Panas: Seorang Lagi Ahli Parlimen PKR Umumkan Keluar Parti Serta Menjadi Wakil Rakyat Bebas !!

Seperti yang dijangka dan dirancangkan, nampaknya bagai menjadi kenyataan seperti yang digambarkan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim baru-baru ini bahawa ada 10 orang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal keluar parti. Nampaknya, kenyataan beliau itu nampak petandanya selepas Zahrain Hashim (Bayan Lepas), Tan Tee Beng (Nibung Tebal) dan terbaru hari ini Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohd Fadzli Samsuri (foto) pula berbuat demikian. Beliau mengumumkan keputusan untuk keluar PKR kerana kecewa kononnya Pakatan Rakyat mengkritik institusi raja dan kehakiman. Malah, beliau juga tidak berpuas hati dengan sikap pimpinan PKR yang menyokong penggunaan khalimah Allah oleh orang bukan Islam. Fadzli mengumumkan keluar parti dan meletakkan semua jawatannya serta menjadi Ahli Parlimen Bebas dengan serta merta. Ini bermakna, Ahli Parlimen Bebas semakin bertambah di parlimen Malaysia sekarang ini. Jika dulu, kita hanya melihat kelibat Ibrahim Ali Al-Kataki sahaja. Kini "team katak lompat" bertambah dengan tindakan ketiga-tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat itu.

Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman (foto), menjangka sekurang-kurangnya lima lagi anggota termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi. Tanpa menyebut anggota parti dari negeri tertentu, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, terdapat sebilangan anggota PKR yang tidak berpuas hati dan tidak menunjukkan prestasi di dalam parti itu dijangka berbuat demikian beberapa minggu lagi. "Saya nampak ada kira-kira lima anggota parti termasuk wakil rakyat akan keluar parti tidak lama lagi," katanya. Beliau mengulas tindakan bekas ADUN Penanti Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, keluar parti. Mansor juga meminta anggota parti yang kecewa supaya meninggalkan parti itu daripada mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti. "Kami tidak bimbang dengan anggota yang meninggalkan parti kerana kami menerima permohonan kira-kira 30,000 orang untuk menyertai parti setiap tahun," katanya.

[Terkadang, lucu benar tatkala mendengar alasan pemimpin PKR yang keluar parti ini. Seolah-olah kepala otak mereka sudah diskripkan oleh pihak-pihak tertentu agar memberi alasan yang sama atas tindakan tersebut. Namun, rakyat tidak harus gabra dan kecewa dengan apa yang berlaku ini. Berilah peluang untuk mereka mencipta kemewahan dan kekayaan dalam saki baki usia dan kuasa yang mereka ada sebagai "Ahli Parlimen" itu. Apa yang pasti, semua mereka ini pasti akan ditolak bulat-bulat oleh rakyat kerana mereka bukanlah pejuang sejati yang dilahirkan untuk membela nasib mereka. Mereka tidak lebih daripada seekor katak yang menunggu masa untuk melompat bila melihat makanan didepan mata. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PKR atas pembersihan yang sedang berlaku ini. Elok benar pemimpin yang sudah tidak dapat menjiwa watak itu dibiarkan berundur. Apa yang penting, sokongan rakyat terhadap PKR, PAS dan DAP semakin memuncak di seluruh negara. Tunggulah pilihanraya umum ke-13 nanti untuk rakyat mengajar pemimpin yang khianat itu].
Share:

Edisi Pahang: Pemandu Lori Dan Kelindan Sedang Baiki Kenderaan Mereka Yang Rosak, Maut Akibat Di Rempuh Oleh Lori Lain Dekat Indera Mahkota !!

KUANTAN, 3 Mac [10.12 am] - Seorang pemandu lori dan kelindannya yang sedang membaiki lori mereka yang rosak di tepi Jalan Gebeng-Gambang, berhadapan Kolej Shahputra, di sini maut selepas lori tersebut dirempuh sebuah lori muatan paip plastik, semalam. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian kira-kira 3.55 petang itu, Akhsan Samigin, 58, dan rakannya Azizan Tahrin, 45, berada di bawah lori tanpa muatan berkenaan bagi membaiki kerosakan. "Sebuah lori dengan muatan paip plastik yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba merempuh belakang lori mangsa menyebabkan mereka terseret dan berganjak ke hadapan sejauh beberapa meter," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan maut di tempat kejadian. Pemandu lori muatan paip plastik berusia 62 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atau menghubungi talian 09-5132222 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Orang yang sedang membaiki kenderaan mereka yang rosak pun mati dirempuh oleh kenderaan lain. Tragedi ini amatlah tidak wajar berlaku, dan kemungkinan besar pemandu lori terbabit gagal meletakkan sebarang tanda isyarat bahawa lorinya rosak. Oleh itu, setiap kenderaan wajar diwajibkan mempunyai kelengkapan khas ketika berlaku kerosakan bagai menggelakkan tragedi seperti ini berlaku lagi di masa akan datang hendaknya. Apapun, kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan mendapat rahmat dariNya].

Share:

Sensasi: Insiden Kes Keluar Parti, Rakyat Diminta Bersabar Kerana Itulah Saja Strategi Najib Untuk Buktikan Sokongan Terhadap Anwar Merudum !!

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara agaknya?. Seorang demi seorang pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Bermula dengan Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Lepas kemudian Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, Fairus Khairuddin. Terkini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula berbuat demikian. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim pula kemudiannya mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu. Sesuatu yang agak memusykilkan kita ialah kesemua mereka yang berbuat demikian adalah dari negeri Pulau Pinang, yang sudah begitu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah tindakan berkenaan sebagai langkah untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar telah hilang "taringnya". Lantaran itulah pemimpin terbabit bertindak meninggalkan PKR secara berturut-turut sekarang ini. Alasan yang diberikan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng ialah mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kononnya Guan Eng gagal membela nasib kaum Melayu di pulau itu. Kenyataan itu dinafikan oleh Anwar, malahan Guan Eng sendiri kemudian mendedahkan beberapa perkara yang menyebabkan pemimpin terbabit nekad meninggalkan PKR. Semua ini sebenarnya boleh membuatkan Pakatan Rakyat hilang serinya. Tindakan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, jelas sekali satu perbuatan khianat yang tidak wajar untuk dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.

Wajarkah tindakan keluar parti dilakukan sekarang ini dikatakan tanpa desakan dan tawaran oleh "petualang" terbabit?. Zahrain dan Tan Tee Beng, selaku wakil rakyat yang masih memegang jawatan itu mengatakan mereka keluar parti secara sukarela tanpa ada apa-apa tawaran daripada UMNO Barisan Nasional. Namun, bolehkah kita mempercayai kata-kata "melaun" ini?. Keluar parti dan tidak dapat apa-apa adalah sesuatu yang amat melucukan. Tambahan pula jika parti itu berada dalam Pakatan Rakyat. Jika parti itu berada dalam Barisan Nasional, mungkin juga tawaran tidak berlaku. Ini kerana, seseorang yang keluar dari "lubuk duit" dan kembali kepada rakyat sudah tentu tidak akan mendapat apa-apa habuan. Namun, sebaliknya jika seseorang yang datang dari rakyat tiba-tiba bersekongkol untuk menjadi wakil rakyat bebas "walhal menyokong BN seperti tiga ADUN di Perak dulu", boleh mengatakan mereka tidak menerima apa-apa habuan?. Zahrain dan Tan boleh menipu diri sendiri, tetapi mereka belum tentu boleh menipu rakyat sebenarnya. Rakyat lebih bijak menilai apa yang berlaku. Kita tidak hairan, jika Fairus berbuat demikian kerana beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam PKR. Maka, itu adalah keputusan peribadinya kerana memikirkan tiada langsung masa depan akibat projek yang dihalang oleh pentadbiran kerajaan negeri. Malah fairus dilihat lebih bijak kerana bertindak menyertai UMNO secara rasmi. Ini bermakna beliau berani untuk membuat tindakan tersebut. Namun bagi Zahrain dan Tan, keluarnya mereka berdua seolan-olah merupakan satu pembersihan dalam Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Mereka pergi membawa diri sendiri dan bukannya rakyat. Oleh itu, tunggulah kemarahan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Apakah mereka berdua ini akan terpilih sebagai calon bebas atau BN?. Rakyat yang akan menjadi hakim untuk memastikan riwayat politik "petualang rakyat" ini terkubur akibat kesilapan mereka. Apakah mata mereka sudah dibutakan agaknya dari melihat kebenaran?.


Inilah dia wajah tiga ekor petualang rakyat yang bakal dikorbankan
dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi itu sebenarnya !!


Seluruh dunia tahu bahawa Pakatan Rakyat kini semakin sebati di hati rakyat. UMNO Barisan Nasional hanya layak digelar "Juara Rakyat" tetapi hakikatnya, mereka hanya "syok sendiri". Laungan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" oleh Perdana Menteri, Najib Razak jelas dilihat gagal untuk menutup kepincangan, kezaliman dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran beliau mutakhir ini. Malah, isu-isu seperti kes fitnah liwat Anwar, kes Altantunya, kes kehilangan enjin pesawat pejuang ATM, komisyen kapal selam scorpene dan jet sukhoi serta banyak lagi isu-isu panas yang dikatakan melibatkan Najib Razak dilihat gagal menyakinkan rakyat. Biarpun ada kes-kes tertentu, mahkamah dijadikan alat dan perkakas untuk mereka "menghalalkan cara", namun realitinya rakyat semakin muak dan jelek melihat kelibat Najib 1Malaysia memerintah negara ini. Dasar yang jauh menyimpang dan jelas menipu rakyat itu sebenarnya berjaya membuang hasrat rakyat untuk menyokong UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka hanya mengharapkan "Ehsan Sabah dan Sarawak" untuk memastikan kerajaan yang ada dikekalkan. Jika tidak, sudah lama BN "terkubur" dan "dikapankan". Masyarakat antarabangsa juga mula melihat kes liwat yang melibatkan Anwar juga kini jelas satu penindasan terhadap Mantan TPM itu. Malah, saban hari sokongan terhadap Anwar semakin meningkat, bukan sahaja oleh dunia barat malah pemimpin dan ulamak dari negara Islam sendiri. Inilah yang menakutkan rejim Najib Razak sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah membuktikan kepada dunia bahawa sokongan terhadap Anwar semakin menurun. Bagi mengesahkan senario itu, maka wakil rakyat PKR dengan mudah diajak keluar parti kononnya kecewa dengan corak kepimpinan Anwar itu sendiri. Wajarkan kita percaya dengan apa yang berlaku ini?. Semakin Anwar dibenci, maka semakin ramai manusia diluar sana menyokong beliau. Terbuktilah kini, kerajaan Najib terdesak untuk menimbulkan isu sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah menarik seberapa ramai pemimpin PKR untuk menjadi bebas "atas kertas". Padahal mereka semua itu sebenarnya sudah kembali berkiblatkan parti karat "UMNO BN" dulu, kini dan selamanya.

[Rakyat di seluruh negara diminta bersabar melihat apa yang berlaku ini. Mereka yang keluar itu membawa diri masing-masing sebenarnya. Lainlah jika pemimpin terbabit membawa bersama mereka beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Inilah dia taktik kotor yang dimainkan oleh pemimpin yang sudah terdesak bagi meraih sokongan dan simpati rakyat. Apapun, rakyat perlu ingat bahawa keluarnya ketiga-tiga pemimpin itu dan yang lainnya adalah sikap individu itu sendiri. Sedangkan, dalam pilihanraya bukan mereka yang akan membuat keputusan untuk menjadi wakil rakyat, rakyat yang akan memangkah di kertas undi. Oleh itu, keluarnya "mangkuk hayun" terbabit sedikit pun tidak menjejaskan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Samalah dengan kemasukan Ezam Md Noor ke dalam UMNO yang kononnya akan menyebabkan PKR hilang sokongan rakyat. Namun, apa yang terjadi dalam piliharaya umum ke-12 yang lalu. Jangankan Ezam yang langsung tidak terpilih sebagai calon sebelum itu, malah UMNO BN juga hampir tumbang dibuat dek gelombang tsunami suara rakyat. Inilah yang kita mahukan sebenarnya daripada mempertahankan beberapa kerat pemimpin yang kemaruk untuk mengumpul harta dan khianat kepada perjuangan itu].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.