script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Lompat Parti Kerana Islam, Kenapa Hanya Pemimpin PKR Dan Bukan Pemimpin PAS ?

KUANTAN, 4 Mac [11.45 am] - Ramai pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari parti PAS terkejut dengan insiden lompat parti yang semakin menjadi-jadi dalam PKR sekarang ini. Insiden yang dilihat boleh menggugat keyakinan rakyat pakatan itu haruslah dibendung dengan segera. Jika tidak peluang Pakatan Rakyat untuk mengambilalih tampuk kepimpinan negara akan terlepas. Soalnya sekarang, apakah benar motif kesemua yang melompat itu kecewa dengan tindak-tanduk pemimpin PKR mutakhir ini?. Malah jika dilihat kepada tindakan beberapa orang pemimpin Islam yang terlibat, mereka secara jelas mengatakan bahawa hilang keyakinan terhadap PKR kerana dikatakan menghina Islam itu sendiri, terutamanya dalam isu khalimah Allah. Masalahnya di sini, jika diperkatakan soal Islam seharusnya pemimpin PAS yang keluar parti atau mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Kenapa ini tidak berlaku, sedangkan PAS adalah parti yang berjuang untuk Islam itu sendiri sebenarnya. Kenapa harus pemimpin PKR yang bertindak demikian. Mungkin benar telahan ramai pihak yang mengatakan semua ini adalah dirancang oleh UMNO Barisan Nasional bagi memalukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahan pula Anwar sekarang sedang menghadapi kes fitnah liwat II yang masih tiada kesudahannya. Apakah benar pemimpin yang melompat itu ikhlas, atau memang dibeli dan mendapat habuan lumayan sebenarnya. Hanya rakyat yang dapat menilai dan memberi pengajaran kepada semua mereka yang terlibat. Ikuti pandangan peribadi salah seorang pemimpin iaitu Yang Dipertua PAS kawasan Kuantan, Ustaz Rosli Jabar tentang perkara ini.


[Isu lompat parti tidak bertali ini sememangnya sudah diketahui siapakah yang punya angkara. Cuma puak-puak UMNO BN malu untuk mengaku bahawa merekalah yang telah memancing dan menawarkan berbagai ganjaran kiranya ada mana-mana pemimpin pembangkang melompat. Bagi mengelakkan aib yang lebih besar, semua pemimpin yang melompat dijadikan wakil rakyat bebas. Padahal mereka telah diberikan arahan dan panduan tentang kitab UMNO BN itu sebagai syarat kemasukkan. Oleh itu, kita tidak hairan dengan berbagai alasan dangkal yang diberikan oleh pemimpin laknat itu sebenarnya. Apa yang penting tindakan yang dilakukan itu adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya bersama rakyat. Justeru itu, kita tidak perlulah gusar dengan senario yang berlaku. Biar sepuluh yang melompat, namun beribu-ribu lagi rakyat kembali memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat. Inilah yang diperlukan dalam merealisasikan hasrat untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13 nanti].
Share:

10 ulasan:

  1. Shukri, kata-kata engkau terlalu banyak sangat andaian...jikalau, andaikata, barangkali tu bahaya tau...

    BalasPadam
  2. pelik juga kan. dah dua org yg kata sebab keluar kerana isu kalimah Allah ni. Yakin ke dia jika dia masuk BN, isu ini akan mengikut syariat. Yakin ke dia jika dia masuk UMNO, Syiar Islam akan ditegakkan. Saya rasa org kg yg tak bpendidikan tinggi nampak bentuk perjuangan UMNO ni. Tapi depa ni kan org yg HIGH Educated, takkan tak leh nampok. ya lah kita lihat dari kacamata iman kan... moga-moga depa semua mendapat petunjuk dari Allah...

    BalasPadam
  3. Hai, yakin sangatkah anda dengan PR Islam ditegakkan...kau ni perasan jer lebih kot..

    BalasPadam
  4. Umno lagi la aku tak yakin..huhuhu

    BalasPadam
  5. yakin tak yakin dah berpuluh tahun perintah..aman aje m'sia ni...cuma adanya anwar ni yg mengharukan m'sia...ya la panggil kafir2 amerika/australia dok tlg mau tak haru

    BalasPadam
  6. Kalau baru sekadar telahan (konfirm)tak payah la tulis lagi....kan fitnah tu dosa besar...

    BalasPadam
  7. A ah aman.. rakyat aman dlm sengsara...rakyat miskin dlm negara yg kaya..pemimpin bn aman bahagia kaya raya..rakyat dapat gula gula..aman la tu

    BalasPadam
  8. aman awak kata? buta hati betul,hari-hari ada kena bunuh,rogol,liwat,rasuah ,ugut,syirik,minum arak, sembah berhala,fitnah,tindas,tipu,rompak, samun,tu awak kata aman.

    BalasPadam
  9. huhu... kt mana2 pun ada kes macam2... kalo nk kira gitu dlu zaman rasulullah pun ada org mencuri ada org fitnah, rompak, samun dll.. negara kita ada undang2.. cuma yg jahat ni pjg je akal nak wat jahat.. tp pendek akal dlm buat kebaikan.. so pandai2 ler jaga diri.. lgpun dr pemerhatian aku, semenjak kedah, selangor, penang di ambil alih oleh PR, masalah makin menjadi2..

    BalasPadam
  10. betul tu ridzwan,aku tak kata negeri PR aman sebab kat situ pun ramai yang melanggar perintah Allah.Orang politik ni mana boleh didik manusia jahat jadi baik.pasal tu Allah turunkan hukum syariat.sapa ada kuasa tapi banyak alasan untuk tegakkan hukum ini nantikan hukuman kat akhirat bersama penyokong-penyokongnya.BN dah kontrol pusat jelas gagal tegakkan hukum islam, apa salah cuba PR pulak, kalu gagal kita pelingkup PR pulak, aku tak taksub pun kat PR ni tapi tak ada pilihan lain nak pelingkup BN ni.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.