Sungguh mengejutkan apabila mendengar hujjah yang didebatkan oleh "petualang rakyat" Si Zahrain Hashim di parlimen petang semalam. Beliau seolah-olah "gila meroyan" dan mula "menunjukkan isyarat" bahawa dia sememangnya sanggup berbuat apa sahaja demi menagih simpati pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak agar menerima beliau kembali. Biarpun dia tahu hayat politiknya akan berakhir beberapa tahun lagi, namun tidak mungkin Zahrain akan undur ke belakang semula. Bagi Zahrain "alang-alang menyelok pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Lantaran itulah kita tidak hairan dia sanggup menggunakan kesempatan untuk menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen semalam. Lebih membanggakan tindakan Zahrain itu, sudah pastilah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka melihat terbukti Zahrain boleh diharapkan untuk menggempur dan menghancurkan Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Zahrain mengambil tanggungjawab dan amanah itu dengan baik sekali. Namun, apakah beliau yakin yang puak-puak UMNO gembira dengan tindakannya itu?. Zahrain yang kini bergelar Ahli Parlimen Bebas "proksi BN", mungkin mengharapkan apa yang dijanjikan dapat ditunaikan dengan segera. Tindakan Zahrain semalam, jelas sekali berdasarkan skrip yang telah ditetapkan oleh pemimpin UMNO agar beliau buktikan di parlimen yang dia sudah bebas dari bayang-bayang Anwar. Mungkin dengan cara itu sahaja apa yang dijanjikan untuk Zahrain akan ditunaikan satu persatu. Nah, sekarang Zahrain berjaya menunaikannya. Apa yang nyata beliau bukan sahaja akann mendapat limpahan kemewahan selepas ini, bahkan namanya akan dikenang sebagai "pendekar" di Dewan Rakyat puak-puak UMNO BN itu akhirnya.
Agenda Pertama Huru-Harakan Pulau Pinang
Beliau sanggup mengumumkan keluar dari PKR dalam keadaan kemelut politik kosong yang dimainkan oleh media arus perdana bagi mencemarkan nama baik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto) ketika itu. Zahrain bersama Tan Tee Bing (Nibung Tebal) dan Fairus Khairuddin melakukan tindakan tepat pada masanya. Bagi mereka, langkah itu yang terbaik daripada terus bersekongkol dengan pemimpin DAP di Pulau Pinang yang kononnya gagal membela nasib orang Melayu di situ. Beliau lupa selama berpuluh tahun Pulau Pinang memang diperintah oleh pemimpin bukan Melayu terutamanya dari parti Gerakan yang telah gagal sebenarnya mempertahankan tanah-tanah Melayu di pulau itu. Ramai orang Melayu terpinggir dan akhirnya terpaksa berhijrah ke tanah besar selepas tanah tumpah darah mereka dirompak sesuka hati atas nama pembangunan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terdahulu di zaman pemerintahan BN di sana. Kini, apakah wajar dalam tempoh hanya dua tahun semua petualang rakyat ini mahu melihat perubahan besar berlaku?. Amat tidak logik dan masuk dek akal langsung bila mereka secara tergesa-gesa meninggalkann PKR kononnya gagal membela rakyat. Sedangkan, Pakatan Rakyat baru sahaja setahun jagung mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu selepas pilihanraya umum yang lalu. Jika mereka benar-benar ikhlas berjuang sudah pasti akan tahan sabar dan segala tohmahan yang dilemparkan. Namun, dek kerana mereka ini bukanlah pejuang sejati, maka akhirnya sanggp untuk mengkhianati rakyat dan diri mereka sendiri.
Zahrain Lupa Menang Kerana Kuasa Rakyat
Makanya, apakah rasional tindakan pemimpin pengkhianat itu sebenarnya. Sudah pastilah mereka kecewa akibat tidak diberi perhatian dalam banyak projek pembangunan negeri. Mereka kecewa selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng gagal membela syarikat-syarikat proksi mereka untuk mendapat projek yang dibuat tender secara terbuka. Inilah yang mereka kecewakan sangat, tambahan muka-muka seperti Zahrain, Fairus dan Tan Tee Beng yang memang jenis "kaki projek" itu. Atas alasan yang tidak munasabah dan masuk dek akal itulah mereka kononnya kecewa dengan pemerintahan Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim sendiri yang dikatakan gagal membela Melayu dann Islam di negara ini. Bagi mereka, tindakan perlu cepat dan tidak boleh tergesa-gesa. Zahrain yang sudah berpuluh tahun bersahabat dengan Anwar boleh dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran. Sia-sia sahaja ilmu dan kepakaran yang ada di dalam diri mereka selama ini. Soalnya sekarang, apakah tindakan "Zahrain N The Gang" itu dibuat semata-mata kerana rakyat?. Apa untungnya rakyat dengan tindakan ahli parlimen yang tidak bermoral dan bermaruah itu agaknya. Mereka lupa bahawa kemenangan besar dalam pilihanraya umum ke-12 lalu adalah dek kerana kuasa rakyat yang mengundi mereka atas nama Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Maka orang-orang PAS dan DAP serta "atas pagar" menyokong mereka dengan sepenuh hati demi masa depan yang ingin diperjuangkan. Apakah Zahrain fikir bahawa rakyat tidak kecewa langsung dengan tindakannya itu?.
Agenda Zahrain Di Parlimen Ialah Skrip UMNO
Tindakan tidak mahu meletakkan jawatan kerana dipilih rakyat adalah satu tindakan biadap yang dilakukan oleh "petualang rakyat" ini sebenarnya. Rakyat yang memilih mereka bukan kerana "batang tubuh" mereka, tetapi kerana parti yang menaungi mereka. Itupun puak-puak pengkhianat ini tidak boleh berfikir dan sanggup berpaling tadah. Hinanya mereka kini di sisi rakyat, bahkan ada rakyat yang mungkin sanggup meludah mereka gara-gara tindakan tidak berperikemanusian terbabit. Zahrain boleh menipu rakyat kononnya penhijrahan mereka adalah dengan ikhlas hati dan tidak ada apa-apa habuan yang diterima. Itu adalah kenyataan "memalukan" bagi seorang pejuang rakyat yang masuk ke dalam "kantung emas UMNO". Mereka menerjah masuk ke "lubuk emas" tetapi masih mahu menipu rakyat kononnya tidak dijanjikan apa-apa. Mereka terlupa yang Perdana Menteri UMNO, Najib Razak perlukan mereka untuk mencukupkan kuota 2/3 undi di parlimen bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persempadanan semula pilihanraya. Dalam keadaan terdesak, sudah pasti Najib sanggup melakukan apa sahaja sama seperti ketika merencana "rampasan kuasa di Perak" awal tahun lalu. Apakah Zahrain tidak terfikir semua ini boleh berlaku. Maka, apakah beliau fikir rakyat boleh percaya penghijrahan mereka hanya dengan hati yang ikhlas dan membawa tubuh badan semata-mata?. Baru dua tahun menjadi wakil rakyat, hati mereka telah goyah dengan cabaran dan godaan duniawi. Sia-sia sahaja perjuangan mereka selama ini apabila mengakhiri karier hidupnya dengan penuh noda dan kehinaan di mata rakyat.
[Justeru itu kita tidak hairan, apa yang dilakukan oleh Zahrain di parlimen semalam sebenarnya telah diskripkan oleh pihak-pihak tertentu dalam memastikan ramai lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat sertainya. Apa yang penting sekarang ialah Zahrain mesti pastikan cabaran pemimpin UMNO agar beliau benar-benar menghentam dan menjatuhkan imej Anwar barulah berpeluang mendapat habuan atau pun dipilih semula sebagai calon bagi puak-puak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Zahrain tidak akan boleh hidup dan bertanding atas nama "calon bebas" di parlimen Bayan Lepas sebenarnya. Oleh itu langkah terbaik ialah melakukan apa jua yang dikehendaki oleh UMNO sekarang. Jika tidak, sudah pasti nasibnya sama dengan petualang rakyat yang terlebih dahulu menjlat ludah sendiri iaitu Ezam Md Noor dulu. Jangankan mahu dipilih sebagai pemimpin UMNO, malahan mahu menjadi calon pilihanraya pun namanya ditolak oleh puak-puak UMNO sendiri. Akhirnya jadilah "mayat hidup" seperti sekarang yang sanggup meracau ke sana sini demi sebuah perjuangan yang tidak tentu hala. Apapun rakyat diminta bersabar dengan apa yang berlaku ini. Teruskan perjuangan dan yakinlah bahawa kuasa rakyat itu yang lebih utama untuk membawa perubahan sebenarnya].
Agenda Pertama Huru-Harakan Pulau Pinang
Zahrain Lupa Menang Kerana Kuasa Rakyat
Makanya, apakah rasional tindakan pemimpin pengkhianat itu sebenarnya. Sudah pastilah mereka kecewa akibat tidak diberi perhatian dalam banyak projek pembangunan negeri. Mereka kecewa selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng gagal membela syarikat-syarikat proksi mereka untuk mendapat projek yang dibuat tender secara terbuka. Inilah yang mereka kecewakan sangat, tambahan muka-muka seperti Zahrain, Fairus dan Tan Tee Beng yang memang jenis "kaki projek" itu. Atas alasan yang tidak munasabah dan masuk dek akal itulah mereka kononnya kecewa dengan pemerintahan Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim sendiri yang dikatakan gagal membela Melayu dann Islam di negara ini. Bagi mereka, tindakan perlu cepat dan tidak boleh tergesa-gesa. Zahrain yang sudah berpuluh tahun bersahabat dengan Anwar boleh dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran. Sia-sia sahaja ilmu dan kepakaran yang ada di dalam diri mereka selama ini. Soalnya sekarang, apakah tindakan "Zahrain N The Gang" itu dibuat semata-mata kerana rakyat?. Apa untungnya rakyat dengan tindakan ahli parlimen yang tidak bermoral dan bermaruah itu agaknya. Mereka lupa bahawa kemenangan besar dalam pilihanraya umum ke-12 lalu adalah dek kerana kuasa rakyat yang mengundi mereka atas nama Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Maka orang-orang PAS dan DAP serta "atas pagar" menyokong mereka dengan sepenuh hati demi masa depan yang ingin diperjuangkan. Apakah Zahrain fikir bahawa rakyat tidak kecewa langsung dengan tindakannya itu?.Agenda Zahrain Di Parlimen Ialah Skrip UMNO
Tindakan tidak mahu meletakkan jawatan kerana dipilih rakyat adalah satu tindakan biadap yang dilakukan oleh "petualang rakyat" ini sebenarnya. Rakyat yang memilih mereka bukan kerana "batang tubuh" mereka, tetapi kerana parti yang menaungi mereka. Itupun puak-puak pengkhianat ini tidak boleh berfikir dan sanggup berpaling tadah. Hinanya mereka kini di sisi rakyat, bahkan ada rakyat yang mungkin sanggup meludah mereka gara-gara tindakan tidak berperikemanusian terbabit. Zahrain boleh menipu rakyat kononnya penhijrahan mereka adalah dengan ikhlas hati dan tidak ada apa-apa habuan yang diterima. Itu adalah kenyataan "memalukan" bagi seorang pejuang rakyat yang masuk ke dalam "kantung emas UMNO". Mereka menerjah masuk ke "lubuk emas" tetapi masih mahu menipu rakyat kononnya tidak dijanjikan apa-apa. Mereka terlupa yang Perdana Menteri UMNO, Najib Razak perlukan mereka untuk mencukupkan kuota 2/3 undi di parlimen bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persempadanan semula pilihanraya. Dalam keadaan terdesak, sudah pasti Najib sanggup melakukan apa sahaja sama seperti ketika merencana "rampasan kuasa di Perak" awal tahun lalu. Apakah Zahrain tidak terfikir semua ini boleh berlaku. Maka, apakah beliau fikir rakyat boleh percaya penghijrahan mereka hanya dengan hati yang ikhlas dan membawa tubuh badan semata-mata?. Baru dua tahun menjadi wakil rakyat, hati mereka telah goyah dengan cabaran dan godaan duniawi. Sia-sia sahaja perjuangan mereka selama ini apabila mengakhiri karier hidupnya dengan penuh noda dan kehinaan di mata rakyat.[Justeru itu kita tidak hairan, apa yang dilakukan oleh Zahrain di parlimen semalam sebenarnya telah diskripkan oleh pihak-pihak tertentu dalam memastikan ramai lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat sertainya. Apa yang penting sekarang ialah Zahrain mesti pastikan cabaran pemimpin UMNO agar beliau benar-benar menghentam dan menjatuhkan imej Anwar barulah berpeluang mendapat habuan atau pun dipilih semula sebagai calon bagi puak-puak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Zahrain tidak akan boleh hidup dan bertanding atas nama "calon bebas" di parlimen Bayan Lepas sebenarnya. Oleh itu langkah terbaik ialah melakukan apa jua yang dikehendaki oleh UMNO sekarang. Jika tidak, sudah pasti nasibnya sama dengan petualang rakyat yang terlebih dahulu menjlat ludah sendiri iaitu Ezam Md Noor dulu. Jangankan mahu dipilih sebagai pemimpin UMNO, malahan mahu menjadi calon pilihanraya pun namanya ditolak oleh puak-puak UMNO sendiri. Akhirnya jadilah "mayat hidup" seperti sekarang yang sanggup meracau ke sana sini demi sebuah perjuangan yang tidak tentu hala. Apapun rakyat diminta bersabar dengan apa yang berlaku ini. Teruskan perjuangan dan yakinlah bahawa kuasa rakyat itu yang lebih utama untuk membawa perubahan sebenarnya].







Kalaulah si Zahrin ni kena beli ngan wang... maka nayalah hasil mahsul duit rakyat dikebas UMNO untuk bayar pada mereka..
BalasPadamBerapa jutalah agaknya yeee...!!!
makin byk juta, makin byk wang rakyat yg kena dikorbankan..
yg untung si Zahrin tu jugak...yg naya... sudah pasti kita yg jadi rakyat Malaysia yg sememangnya Bodoh lagi Dungu..
Assalamualaikum
BalasPadamKenapa perlu hairan dengan apa yang mereka katakan kerana itulah sikap mereka yang sebenarnya. Apa yang DSAI lakukan adalah mengikut prosedur dan aturannya. Mungkin berlaku kegagalan atas apa yang dirancang kerana ada musuh dalam selimut atau api dalam sekam. Mereka ini yang tidak sabar untuk berkuasa dan ingin mengambil kesempatan sebenarnya. Orang bacul dan penakut sahaja yang sanggup menikam rakannya dari belakang.
Assalamualaikum...
BalasPadamUdah2lah jgn yg kita semo betul yg orang lain semo salah. Pk sendiri selama ni ko semo hidup melarat ke, x boleh nak beribadat ke atau ada kekangan nak kemana-mana. Bersyukur dengan pemberian yang esa. Nak lebih berusaha jgn tunggu subsidi je. Orang yang kita dok kata dulu kita sanjung2. Tp bila perkara ni terjadi hilang sanjungan kata-mengata jadi pemuas diri. Bab beli2 lompat parti ada bukti kasi tunjuk baru boleh cakap berguni-guni. Tapi dah lumrah kita sekali orang buat salah x kena dihati kita yang beribu kali buat baik kita dah lupa. Jadi x perlu tanya Nabil pk lah sendiri.
baru tau langit tinggi ke rendah... ha lari keluar anwar tu...dah kena batang hidung... hangat pungkok...hehehe lucu tgk dia kena hentam ngan kawan baik dia sendiri... tu la yg salah pasti akan terserlah juga akhirnya...
BalasPadamAlahai si zahrain muka pecah rumah. Betapa hinanya hang di mata orang-orang Penang. Hang lebih BANGSAT daripada BABI!!!
BalasPadampADAN MUKA KAU anu war!!!!
BalasPadamAGAKNYA BERAPA JUTA NAJIB TUYA BAYAR ZAHRAIN??
BalasPadamKALAU TANYA AKU MUKA SAPER YANG MACAM KOMUNIS, JAWAPANNYA PASTI ZAHRAIN HASHIM DAN IBRAHIM ALI.. SEBUJIK MACAM DALAM FILEM BUKIT KEPONG, HAHAHA....
BalasPadamPASTI DEWAN RAKYAT MAKIN BINGIT SEKARANG, DAH ADA 7 EKOR SEKARANG. BILA AGAKNYA JABATAN HAIWAN NAK TANGKAP DAN BUNUH KATAK-KATAK NI, KALAU GELI BAGI KAT AKU, MEMANG MAMPUS KATAK- KATAK NI AKU BUNUH...
BalasPadamSape yg nak percaya dgn pendedahan Zahrain, kalau Datin Wan Azizah membuat pendedahan serupa pun org tak percaya sebab Anwar itu maha suci lagi menyucikan.
BalasPadamya la suci dalam debu...hahahaha... tgk muka pun la ni mcm hawar si anwar ni... mcm gengstar ... tak ada serinya pun... isk...mampuih bila 3 org lagi bercakap nnt... nak letak kepala kat mana no anwar... kepala apa ntah la..heheheh
BalasPadamAnwar bacul.Anwar pnakut,Anwar dayus,Anwar tak de telo,Anwar pondan..lari keluar dewan..lari keluar negara..macam ni pon ada angan2 nak jadi PM..jadi PM Israel bole la kot yeer..lepas tu balaci2 yang dok idam kerusi kabinet 16 sept.pun melompat sakan menyerang Zahrin..
BalasPadamyang sioknye..ramai juga yang mengaku cerdik PAs dan cerdik PKR masih dok puje Anwar..weii..bukalah mata korang luas2..bukalah hati u all luas2..tak yah la tunggu UMNO bagi duit baru nak ngaku macam Zahrin tuu..
...tapi kalau bagi bagus juga yee..bukan duit UMNO..duit rakyat.. pirahhhhhh..
anuar ibrahim busuk hati,,,,pandengki
BalasPadamALAHAIII ZAHRAIN....muka hang sudahlah tak rata...apatah lagi hati hang...busuk lagi membusukkan!!! Loya tekak aku tengok muka ZAHRAIN BONGOK!!! Arwah Osman Botak lagi hensem!!!
BalasPadamanon 938 loya sebab tak sangka anwar pujaan hati celaka punya kepala..buat busuk..berak bnyak2..lepas tu cabut lari..hero tua nak mampos pon masih ader yang julang..
BalasPadamnk sumpah tak meliwat pun mcm2 daleh..inikan pula nak sumpah pasai jual nama agung..
kesian kat org PR..dapat bakal PM pondan tua
Sah sudah di muka kulit babi (Zahrain le....) PENIPU...PEMBOHONG BESAR....!!! YM Ku Li yang dikaitkan YB UMNGOK nak rampas kuasa BN, menafikan dan mengatakan Zahrain berbohong!!!! Sedar-sedar le wahai spesis PELIK UMNGOK sekalian!!! Spesis pelik Lan Pot, Luzi dan yang sejenis...jangan le jadi taik melukut tepi jubur. MEMALUKAN!!!
BalasPadamZahrain ni spisis manusia ke reptilia... masa aku belajar sains sekolah rendah dulu contoh reptilia ni katak yg suka melompat tu.. yg kulit gerutu hodoh. katak suka makan serangga kecil lain dgn menggunakan lidahnya utk menjilat.
BalasPadamAdakah zahrain ni jelmaan atau sumpahan katak gerutu sbb muka dia pun cam sama gerutu. Apapun harap ini semua tidak benarlah sebab mukanya ada iras manusia cuma perangai je kot mcm katak dan tingkahlaku iras babi yg sangat keji lagi haram.
Apapun sekalung tahniah buat zahrain krn berjaya utk menukar status diri dari manusia kpd katak gerutu berhati babi...
Tahniah....zahrain teruskan usaha anda menuju kejayaan bersama seluruh keturunan anda
Kepada semua penyokong2 UMNO-shit mari kita bertepuk tangan bersorak riang memerhati org org kita membuka pekong mengaibkan sesama muslim kerana inilah tok guru islam haduri kita ajar untuk kekal memerintah kita kena palitkan musuh kita(pembangkang) dengan aib dgn marwah dgn kerjasama akhbar akhbar bahlol negara kita kena cepatkan proses kes liwat agar DSAI masuk dalam lagi 9tahun. Kita gemburkan kisah baru DSAI meliwat kambing lembu (movie terbaru selepas movie DSAI lwiat sepul)
BalasPadamKita bongkar semua cacat cela DSAi kita telanjangkan maruah nya..ya inilah agama islam kami ajar dan tokguru kami UMNO tokjib tok lah...
Arwah Tantukya maybe tersenyum melihat kekasih hatinya tokjib berjaya mengekal kuasa dgn kerjasama erat babi babi anjing2 peliharaannya yg semakin hari galak berkokok....terkini Bayan Baru boy.... U are my hero bayan baru boy....wacaya lu... lu lslam haduri celaka laknatullah
Muka ko macam babi hutan zahroin cuma cerah sikit jer.... tklah gelap cam babi hutan sgt..
BalasPadamApa pun tahniah skrip pertama dah siap di shoot... lusa skrip kedua zahroin hentam lg ya ok sedara ku zahroin islam sejati...
Kita kena telanjangkan aib DSAI secukup2nya kerana agama kita islam mengajar kita mcm ni... jika kita berjaya jatuhkan DSAI dgn kes kes telanjangnya kita akan dapat masuk syurga insyallah zahroin aku bersama mu....
Atas dunia lagi dah dpt balasan atas apa yg dia buat.....dimalukan sedemikian rupa....kesian anwar ek....nasib la nak wat camana...sendiri tanggung lerrr...(jgn salahkan suka salahkan org lain,kena muhasabah diri sikit kenapa dia (anwar) jadi camtu).....
BalasPadamAda bukti ke UMNO bayar Zahrain...kalau x der bukti jgn byk ckp sgt takut jadi fitnah pulak...kan u all semua arif sgt bab2 hukum Allah ni kan...
BalasPadamKENAPA ANWAR KELUAR DEWAN?????....PEGI CARI NYAWA KERRR.....NGEH...NGEH...NGEH...
BalasPadamItulah dunia politik yang dilakunkan semula oleh MP yang dibayar. Nampak macam real tapi ia tak ada kena mengena dengan yang telah mati. Mereka yang hidup aje yang boleh melihat, dengar dan beri komen. Jika ada peruntukkan atau sponsor mungkin akan dibuat dalam series.
BalasPadam