Dunia sudah terbalik, itulah istilah yang wajar diberikan kepada institusi kehakiman di negara kita. Apa tidaknya, orang yang tidak bersalah disuruh dan ditekan dengan berbagai usaha supaya akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah. Sebaliknya, orang yang mengaku bersalah tiba-tiba pengakuan itu tidak diterima atas alasan perlu melantik peguam mewakilinya pula. Wajarkan perkara ini berlaku dan sama-samalah kita fikirkan. Hari ini, pembunuh bersiri yang telah mengorbankan empat keluarganya di Gemencheh Negeri Sembilan iaitu Rasidi Ismail (foto) pada 5 Januari lalu dilepaskan daripada hukuman biarpun telah mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Seremban. Anehnya, hakim menolak pengakuan bersalah tertuduh kerana mahu memberinya peluang melantik peguam. "Kamu menghadapi empat tuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mahkamah perlu berhati-hati untuk menerima pengakuan kamu ini," kata Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin. Beliau kemudiannya menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes itu dan bagi Rasidi melantik peguam. "Mahkamah akan melantik peguam untuk beri nasihat dan melihat sama ada, ada keperluan atau tidak untuk pemeriksaan mental," katanya. Rasidi, 32, yang kelihatan tenang, sebelum itu mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Dia juga mengangguk tanda faham tentang hukuman yang akan diterima akibat daripada pengakuannya itu.
Kes Rasidi Mungkin Sama Seperti Hanef Basree
Jelas sekarang, biarpun Rasidi sudah mengaku bersalah membunuh keempat-empat mangsa, pengakuan itu masih tidak cukup untuk hakim menjatuhkan hukuman terhadap beliau. Soalnya sekarang, kenapa pula ini berlaku sedangkan tertuduh sudah memudahkan kerja polis dan mahkamah itu sendiri. Kenapa pula hakim sendiri tidak mahu menerima pengakuan tertuduh. Apakah tertuduh akan ditawarkan seorang peguam oleh pihak-pihak tertentu dan kemudiannya nanti disuruh mengaku pula "tidak bersalah". Akhirnya perbicaraan demi perbicaraan diadakan bagi membuktikan beliau memang tidak bersalah dan akhirnya tiada siapa yang akan dipersalahkan sama seperti kes Noritta Shamsuddin dulu. Hanef Basree (foto) akhirnya dilepaskan dan tiada siapa yang dituduh membunuh Noritta. Bahkan terdapat bukti dua lembaga yang membunuh. Siapa lembaga itu, hingga ke hari ini tidak dapat dipastikan. Apakah ini yang mahu disajikan kepada rakyat. Atau seperti dalam kes Altantunya, orang lain yang mengarahkan pembunuhan itu terlepas sebaliknya dua anggota polis UTK dituduh membunuh. Sedangkan mereka mendapat arahan dari seseorang dan mereka langsung tidak kenal siapa Altantunya ketika kejadian tersebut berlaku. Apakah senario sebegini akan terjadi lagi dalam kes pembunuhan ngeri empat saudara terbabit?. Bila hakim mengarahkan Rasidi melantik peguam, makanya ini mengesahkan lagi kepada kita bahawa amalan undang-undang di negara kita "orang yang bersalah pasti akan terlepas jika mempunyai wang dan kuasa untuk mengarahkan hakim bertindak sesuatu". Bayangkan jika seseorang itu tidak mempunyai wang untuk melantik hakim bagi mewakili dirinya?. Bukankah mereka yang tidak bersalah akan akhirnya terperangkap dengan satu hukuman yang tidak sepatutnya diterima oleh mereka itu sebenarnya.
Kenapa Kes Fitnah Liwat Lain Pula Alasannya
Samalah juga dalam kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hanya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan semata-mata. Kemudian bukti DNA yang entah betul entahkan tidak, kerana laporan perubatan mengesahkan beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun. Malahan, mahkamah dan pihak polis langsung tidak mahu menyiasat terdapat bukti konspirasi yang kukuh bahawa kes liwat tersebut adalah satu fitnah jahat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tambah kukuh lagi, apabila anak muda seperti Saiful Bukhari begitu "istimewa" dapat berjumpa PM Najib Razak kerana memohon biasiswa sedangkan dia gagal dalam pelajarannya. Tambahan pula, Najib juga adalah orang pertama sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful bahawa dia diliwat. Pengakuan pertemuan ini pula telah disahkan oleh Najib Razak sendiri menerusi media massa. Maksudnya, tidak logik dek akal Saiful boleh ditatang bagai minyak yang penuh oleh Najib jika tidak ada "udang disebalik mee". Malahan, jika anggota polis sendiri yang mempunyai anak-anak untuk memohon biasiswa sekali pun tidak mungkin boleh bertemu Najib dengan sebegitu mudah seperti Saiful Bukhari. Inilah bukti jelas bahawa kes yang berlaku terhadap Anwar sebenarnya adalah satu konspirasi semata-mata. Lantaran itulah tidak ada sesiapa akan percaya kes ini, melainkan puak-puak UMNO BN serta kuncu-kuncu terapat Saiful yang mengharapkan sesuatu daripada beliau hasil daripada pendedahan ini. Akhirnya apa yang berlaku, Anwar pula terpaksa mencari jalan dan bukti bahawa dia tidak bersalah dalam kes fitnah liwat yang cukup memalukan itu. Hukuman Qazaf pula mahu dinafikan oleh mereka dalam kes ini. Justeru itulah, jika pun Anwar dihukum kali ini rakyat tidak akan percaya sama sekali dengan keputusan hakim mahkamah yang dibuat itu. Selagi hakim-hakim dan mahkamah tidak ditransformasi, maka selagi itulah keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan akan terus pudah buat selama-lamanya itu.
[Kesimpulannya, orang yang bersalah diberi peluang supaya mendapatkan hakim agar boleh membela dirinya sampai tidak bersalah. Tetapi bagi kes-kes yang tidak logik dan masuk dek akal seperti kes liwat itu, mereka seboleh-bolehnya mencari jalan supaya orang yang belum tentu hujung pangkal bersalah didapati bersalah oleh mahkamah. Bolehkah kita percaya dengan undang-undang dan sistem kehakiman itu sekarang?. Sedangkan dalam banyak kes, orang yang mempunyai kuasa dan wang boleh mempergunakan kedudukan serta kemewahan itu untuk lari dari kesalahan yang telah dilakukan. Akhirnya rakyat yang lemah dan tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup akan senantiasa ditindas dan dizalimi supaya mengaku salah atau apa jua perbuatan yang belum tentu mereka salah. Melainkan jika mereka sanggup untuk kembali ke panggal "puak-puak UMNO BN" dan terus bersekongkol buat selamanya. Barulah mereka boleh terlepas daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu].
Kes Rasidi Mungkin Sama Seperti Hanef Basree
Jelas sekarang, biarpun Rasidi sudah mengaku bersalah membunuh keempat-empat mangsa, pengakuan itu masih tidak cukup untuk hakim menjatuhkan hukuman terhadap beliau. Soalnya sekarang, kenapa pula ini berlaku sedangkan tertuduh sudah memudahkan kerja polis dan mahkamah itu sendiri. Kenapa pula hakim sendiri tidak mahu menerima pengakuan tertuduh. Apakah tertuduh akan ditawarkan seorang peguam oleh pihak-pihak tertentu dan kemudiannya nanti disuruh mengaku pula "tidak bersalah". Akhirnya perbicaraan demi perbicaraan diadakan bagi membuktikan beliau memang tidak bersalah dan akhirnya tiada siapa yang akan dipersalahkan sama seperti kes Noritta Shamsuddin dulu. Hanef Basree (foto) akhirnya dilepaskan dan tiada siapa yang dituduh membunuh Noritta. Bahkan terdapat bukti dua lembaga yang membunuh. Siapa lembaga itu, hingga ke hari ini tidak dapat dipastikan. Apakah ini yang mahu disajikan kepada rakyat. Atau seperti dalam kes Altantunya, orang lain yang mengarahkan pembunuhan itu terlepas sebaliknya dua anggota polis UTK dituduh membunuh. Sedangkan mereka mendapat arahan dari seseorang dan mereka langsung tidak kenal siapa Altantunya ketika kejadian tersebut berlaku. Apakah senario sebegini akan terjadi lagi dalam kes pembunuhan ngeri empat saudara terbabit?. Bila hakim mengarahkan Rasidi melantik peguam, makanya ini mengesahkan lagi kepada kita bahawa amalan undang-undang di negara kita "orang yang bersalah pasti akan terlepas jika mempunyai wang dan kuasa untuk mengarahkan hakim bertindak sesuatu". Bayangkan jika seseorang itu tidak mempunyai wang untuk melantik hakim bagi mewakili dirinya?. Bukankah mereka yang tidak bersalah akan akhirnya terperangkap dengan satu hukuman yang tidak sepatutnya diterima oleh mereka itu sebenarnya.Kenapa Kes Fitnah Liwat Lain Pula Alasannya
Samalah juga dalam kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hanya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan semata-mata. Kemudian bukti DNA yang entah betul entahkan tidak, kerana laporan perubatan mengesahkan beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun. Malahan, mahkamah dan pihak polis langsung tidak mahu menyiasat terdapat bukti konspirasi yang kukuh bahawa kes liwat tersebut adalah satu fitnah jahat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tambah kukuh lagi, apabila anak muda seperti Saiful Bukhari begitu "istimewa" dapat berjumpa PM Najib Razak kerana memohon biasiswa sedangkan dia gagal dalam pelajarannya. Tambahan pula, Najib juga adalah orang pertama sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful bahawa dia diliwat. Pengakuan pertemuan ini pula telah disahkan oleh Najib Razak sendiri menerusi media massa. Maksudnya, tidak logik dek akal Saiful boleh ditatang bagai minyak yang penuh oleh Najib jika tidak ada "udang disebalik mee". Malahan, jika anggota polis sendiri yang mempunyai anak-anak untuk memohon biasiswa sekali pun tidak mungkin boleh bertemu Najib dengan sebegitu mudah seperti Saiful Bukhari. Inilah bukti jelas bahawa kes yang berlaku terhadap Anwar sebenarnya adalah satu konspirasi semata-mata. Lantaran itulah tidak ada sesiapa akan percaya kes ini, melainkan puak-puak UMNO BN serta kuncu-kuncu terapat Saiful yang mengharapkan sesuatu daripada beliau hasil daripada pendedahan ini. Akhirnya apa yang berlaku, Anwar pula terpaksa mencari jalan dan bukti bahawa dia tidak bersalah dalam kes fitnah liwat yang cukup memalukan itu. Hukuman Qazaf pula mahu dinafikan oleh mereka dalam kes ini. Justeru itulah, jika pun Anwar dihukum kali ini rakyat tidak akan percaya sama sekali dengan keputusan hakim mahkamah yang dibuat itu. Selagi hakim-hakim dan mahkamah tidak ditransformasi, maka selagi itulah keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan akan terus pudah buat selama-lamanya itu.[Kesimpulannya, orang yang bersalah diberi peluang supaya mendapatkan hakim agar boleh membela dirinya sampai tidak bersalah. Tetapi bagi kes-kes yang tidak logik dan masuk dek akal seperti kes liwat itu, mereka seboleh-bolehnya mencari jalan supaya orang yang belum tentu hujung pangkal bersalah didapati bersalah oleh mahkamah. Bolehkah kita percaya dengan undang-undang dan sistem kehakiman itu sekarang?. Sedangkan dalam banyak kes, orang yang mempunyai kuasa dan wang boleh mempergunakan kedudukan serta kemewahan itu untuk lari dari kesalahan yang telah dilakukan. Akhirnya rakyat yang lemah dan tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup akan senantiasa ditindas dan dizalimi supaya mengaku salah atau apa jua perbuatan yang belum tentu mereka salah. Melainkan jika mereka sanggup untuk kembali ke panggal "puak-puak UMNO BN" dan terus bersekongkol buat selamanya. Barulah mereka boleh terlepas daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu].






hahaha pdo mmg bagus... korek jgn tak korek sebab ko mmg org "TERPANDAI" di dunia utk mengandaikan semua org... hanya kau yg perfect... teruskan utk mudah menuju ke jalan ..... bertemu ALLAH swt
BalasPadamShukri, shukri..
BalasPadamjgnla marah PDO ni.. kesian dia.. dia ni buta prosedur mahkamah.. dia cuma tahu fitnah je..
BalasPadam