Rakyat Pahang di seluruh dunia bakal mendapat satu lagi ruang maklumat media alternatif baru apabila portal berita pahangkini dilancarkan baru-baru ini. Portal yang dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pahang itu boleh dilayari menerusi URL www.pahangkini.net. Antara kandungan menarik yang dipaparkan dalam portal terbabit ialah ruangan berita nasional, negeri dan daerah di Pahang. Juga turut dimuatkan ruangan rencana, kolumnis dan banyak lagi. Justeru itu anda bolehlah berkunjung juga ke laman terbabit untuk mendapatkan berita-berita terkini dan semasa. Kami di Pahang Daily Online mengucapkan syabas kepada Jabatan IT PAS Pahang atas pelancaran portal berita ini. Semoga ianya akan menyemarakkan lagi perjuangan rakyat untuk membawa perubahan.
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu





