script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Tengah: ADUN Damansara Utama, Dr.Cheah Wing Patah Kaki Setelah Kenderaannya Dilanggar

SHAH ALAM, 14 Mac [11.20 am] - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Dr. Cheah Wing Yin (foto) patah kedua-dua kaki serta jari kelingking kanan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dilanggar di Plaza Tol Batu Tiga, di sini pagi tadi. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Husin Omar ketika dihubungi berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, kenderaan yang dipandu Dr Cheah dari arah Klang ke Kuala Lumpur tiba-tiba rosak dan terhenti di lorong smartTAG di plaza itu. Wakil rakyat DAP itu kemudian turun dan menuju bahagian belakang kenderaannya untuk memeriksa sebelum tiba-tiba sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda dalam haluan yang sama merempuh beliau dan kenderaannya, katanya. Berdasarkan siasatan awal, pemandu pacuan empat roda itu dikatakan tidak sempat mengelak daripada merempuh Dr Cheah dan kenderaannya. Che Husin berkata, "Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan rosak teruk dan mengakibatkan kecederaan parah pada ADUN tersebut dan beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Sunway."Lelaki dalam kenderaan sebuah lagi itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka mereka dilaporkan memandu bersendirian". Orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi balai polis terdekat atau cawangan trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi membantu siasatan polis.

[Amatlah mengejutkan sekali apabila kejadian ini berlaku, kecederaan yang dialami oleh ADUN Damansara Utama itu memungkinkan beliau akan gagal memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasannya. Soalnya sekarang, jika benar beliau sengaja dilanggar oleh pihak terbabit maka polis perlu melakukan siasatan yang rapi dengan insiden kes yang berlaku. Mereka yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan dan wajar menerima hukuman yang sepatutnya. Apapun, kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga ADUN terbabit dengan kemalangan yang berlaku. Semoga beliau cepat sembuh dan dapat bersama rakyat semula].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.