KUALA LUMPUR, 21 Mac [12.45 pm] - Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (foto) hari ini mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan presiden pada pemilihan parti 28 Mac ini. Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan maklumbalas pemimpin peringkat akar umbi. Beliau menjadi individu kedua yang umumkan bertanding jawatan tersebut selepas bekas Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan hasratnya.
[Nampaknya, pergolakan politik yang berlaku dalam parti kaum Cina terbesar di negara kita ini semakin panas dan menghangatkan. Dalam pada kerajaan UMNO BN mengatakan bahawa Pakatan Rakyat berpecah serta berkecamuk, rupa-rupanya parti komponen mereka sendiri yang dilanda musibah yang lebih besar malah boleh membawa kehancuran kepada parti komponen kedua terbesar BN itu. Jika ini berlaku, maka harapan besar untuk Pakatan Rakyat memastikan kemenangan 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan terlaksana jua. Apapun kita tunggu apa yang akan terjadi kepada pemilihan MCA itu nanti. Apakah senario "besi buruk MCA" yang digunakan balik ini bakal terjadi kepada UMNO pada masa akan datang. Khabarnya, bekas PM Mahathir kini berhasrat untuk bertanding semula di kerusi parlimen Kubang Pasu dalan pilihanraya umum nanti. Jika ini terjadi lebih ramai akan terpinggir dalam UMNO ].






MCA adalah parti masyarakat China yang bernaung di bawah panji BN. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk memperkuatkan kembali pengaruh mereka dengan kepimpinan yang lebih berwawasan, bersatu padu, bermaruah dan bersungguh-sungguh demi survival parti MCA untuk masa depan.
BalasPadamPilihlah pemimpin yang boleh bekerjasama dengan pemimpin lain dalam dan luar MCA.
Untuk selesaikan masaalah dalaman MCA senang je formulanya....masuk Pakatan Rakyat....abis cerito.Hihihi.....
BalasPadamSelepas pemilihan nanti berlaku semula sebagaimana sekarang kerana orang yang sama akan bertanding. Mungkin berlaku sedikit perubahan pemenangnya tetapi mereka akan bertanding semula pada pemilihan akan datang. So, apa yang selesainya. Membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit sahaja.
BalasPadamjgn pelik la,siapa pun yg masuk puok BN ni mesti berebut kuasa je la.. Org yg bodoh je yg x tahu menda..
BalasPadam