script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Sultan Hj.Ahmad Shah Akan Teliti Dari Skop Undang-Undang Perihal Perlaksanaan Hukuman Sebat Terhadap Si Kartika Sari Dewi !!

TEMERLOH, 8 Mac [4.10 pm] - Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah (foto) bertitah, baginda akan meneliti dan mendapatkan pandangan serta nasihat daripada penasihat undang-undang terlebih dahulu berhubung pelaksanaan hukuman sebat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno. Sultan Ahmad bertitah, sehingga kini juga, baginda tidak menerima sebarang rayuan daripada Kartika Sari Dewi, 33, yang didapati bersalah kerana meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008. "Sehingga kini saya belum lagi dimaklumkan atau pun menerima sebarang permohonan darinya (Kartika Sari Dewi) berkaitan perkara itu. "Saya kena teliti dan mendapat pandangan serta nasihat daripada penasihat undang undang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan," titah baginda selepas merasmikan Jambatan Baru Kuala Krau di sini, hari ini. Kartika Sari Dewi ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan. Pada 3 Mac lalu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda akan mempersembahkan kes Kartika Sari Dewi untuk makluman Sultan Pahang sebelum perkara itu diputuskan, selepas baginda (Tengku Abdullah) mengadakan perjumpaan dengan model sambilan berkenaan. Menurut Tengku Abdullah, Kartika Sari Dewi mungkin diampunkan oleh Sultan Pahang dan bebas daripada hukuman itu atau akan disebat dalam tempoh terdekat. "Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun dia (Kartika Sari Dewi) tidak minta diampunkan (atau membuat rayuan)," titah Tengku Abdullah.

[satu keputusan dan hukuman yang akan mendapat perhatian dari seluruh dunia. Dalam kes ini ia berlaku di negeri Pahang, maka sudah semestinya Tuanku Sultan selaku ketua agama boleh memainkan peranan penting untuk menyelesaikan kemelut yang melanda ini. Masalahnya yang timbul ialah model sambilan terbabit bukan mahukan pengampunan atau pembelaan, sebaliknya beliau hanya mahukan hukuman terhadapnya dipercepatkan. Beliau sudah menunggu lebih enam bulan untuk berhadapan dengan hukuman. Soalnya sekarang, apakah beliau sendiri berpuas hati andainya mendapat pengampunan oleh Tuanku Sultan Pahang. Apapun, diharap baginda akan membuat satu keputusan yang akan diterima oleh segenap lapisan rakyat di negeri ini. Tuaku Sultan adalah payung seluruh rakyat di negeri ini. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.