PEKAN, 3 Mac [5.25 pm] - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah kerana meminum arak mungkin diampunkan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan bebas dari hukuman itu atau akan disebat dalam tempoh terdekat. Menurut Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda akan mempersembahkan kes Kartika Sari Dewi, 33, untuk makluman Sultan Pahang sebelum perkara itu diputuskan. "Saya akan sembah kepada Tuanku Sultan tentang perkara ini dalam tempoh terdekat. "Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun dia (Kartika Sari Dewi) tidak minta diampunkan (atau membuat rayuan),” titah baginda kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Kartika Sari Dewi lebih satu jam di Kompleks Islam Sultan Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP), di sini, hari ini. Sementara itu, Baginda bertitah Kartika Sari Dewi telah menyuarakan tekanan perasaan yang dihadapinya berikutan kes itu ditangguhkan.[Jika benar Kartika akan mendapat pengampunan dalam isu minum arak ini, maka kita amat khuatir ramai lagi umat Islam akan terjebak dengan gejala ini pada masa akan datang. Undang-undang Islam yang sudah termaktub jelas sekali mengelirukan orang ramai pabila kes sebegini ditangguhkan sekian lama. Terdapat banyak desakan termasuk dari kalangan pihak kerajaan sendiri agar hukuman ini tidak diteruskan, kononnya ia agak primitif dan boleh menyebabkan pelabur takut untuk menanam modal di negara ini. Apapun, kita masih berharap agar hukuman terhadap Kartika ini diteruskan demi kesucian agama Islam itu sendiri. Malah, tertuduh sendiri sudah mengaku salah dan mahu agar hukuman dilaksanakan. Soalnya, siapakah sebenarnya yang telah cuba untuk menghalang hukuman Islam ini dilaksanakan kepada tertuduh terbabit].






haha.. kartika ni gila glamour agaknya.. sampai nak jumpa sultan nak minta ampun.. aritu sibuk sgt nak sebat.. org tanak sebat, ko sibuk nak kena sebat.. sekarang ni, ramadhan pun dah lepas, bila org dah nak sebat.. baru ko terhegeh2 nak mengadap sultan.. baru ko takut.. lalang!!!!!
BalasPadammeluat btul ler ngn minah sorang neh.. dh mcm giler publisiti lak... harap2 hukuman tu diteruskan.. 1 lg.. ermmm.. muka camtu bleh gak eh dpt jd model.. kt singapore kan? ish2.. dah takde org kot kt singapore neh kekkeke... (huhuu buat dosa dahhh.)
BalasPadam