script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Nasional: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Menafikan Laporan Akhbar Cina Bahawa Beliau Ada Menghantar Surat Perletakan Jawatan

KUALA LUMPUR 13 Mac [1.32 pm] - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (foto), hari ini menafikan laporan yang menyatakan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan. Sambil mempersoalkan sumber yang digunakan akhbar terbabit dalam menerbitkan laporan itu, Musa berkata, laporan itu tidak berasas sama sekali kerana beliau tidak pernah mengemukakan surat peletakan jawatan seperti yang dilapor. "Saya tidak pernah menghantar sebarang peletakan jawatan kepada sesiapapun termasuk Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Berita itu tidak benar dan saya menafikan sekeras-kerasnya,” katanya. Musa berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat sumber laporan terbabit. "Saya terkejut bagaimana boleh tersiarnya berita seperti itu, seolah-olah ia telah dirancang oleh satu-satu pihak yang mungkin mempunyai kepentingan,” katanya. Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mengatakan Musa Hassan telah menghantar surat peletakan jawatan. Beliau menyifatkan laporan yang memetik sumber itu sebagai pembohongan dan ia adalah sesuatu yang serius. Sehubungan itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam untuk memanggil editor akhbar terbabit bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu. "Kalau ada sesuatu perubahan berkaitan (peletakan jawatan) saya akan tahu... keadaan hubungan saya dengan Ketua Polis Negara dan timbalannya amat baik sekali. "Tidak mungkin mereka akan letak jawatan tanpa pengetahuan saya dan saya tahu laporan itu adalah satu pembohongan dan saya akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Akhbar China Press Diberi Surat Tunjuk Sebab

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berbahasa Cina, China Press, berikutan penyiaran laporan berita eksklusif yang menyatakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatan. "Berita ini didapati tidak benar dan tidak disahkan betul,” kata KDN dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu berkata, akhbar China Press diminta mengemukakan penjelasan secara bertulis kepada KDN dalam tempoh tujuh hari. Tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Akhbar itu, dalam laporannya menyebut Musa akan bersara sebelum Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempat beliau akan diganti oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar. Sumber akhbar terbabit menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menerima surat itu. Hishammuddin dan Musa hari ini menafikan laporan akhbar itu

[Satu laporan yang cukup mengejutkan sebenarnya. Apakah ia ada kaitan dengan seteru Musa yang baru sahaja dibebaskan daripada tuduhan rasuah baru-baru ini iaitu Ramli Yusof agaknya. Umum mengetahui Ramli pernah mendedahkan beliau mempunyai bukti Musa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap ketika menjadi Ketua Polis Johor dulu. Malah, tindakan yang dilakukan terhadap beliau juga ada kaitannya dengan Musa. Maka, kemungkinan besar Ramli mencari jalan pula untuk menjatuhkan imej Musa. Apapun, pihak polis digesa menyiasat perkara ini dengan profesional dan harus diingat "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Akhbar Cina terbabit kemungkinan mendapat maklumat dalaman yang sah sebelum berani mengeluarkan laporan tentang perkara itu. Masakan mereka tidak tahu penangan laporan tersebut jika bukan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai sebenarnya].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.