script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Pemandu Lori Dan Kelindan Sedang Baiki Kenderaan Mereka Yang Rosak, Maut Akibat Di Rempuh Oleh Lori Lain Dekat Indera Mahkota !!

KUANTAN, 3 Mac [10.12 am] - Seorang pemandu lori dan kelindannya yang sedang membaiki lori mereka yang rosak di tepi Jalan Gebeng-Gambang, berhadapan Kolej Shahputra, di sini maut selepas lori tersebut dirempuh sebuah lori muatan paip plastik, semalam. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian kira-kira 3.55 petang itu, Akhsan Samigin, 58, dan rakannya Azizan Tahrin, 45, berada di bawah lori tanpa muatan berkenaan bagi membaiki kerosakan. "Sebuah lori dengan muatan paip plastik yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba merempuh belakang lori mangsa menyebabkan mereka terseret dan berganjak ke hadapan sejauh beberapa meter," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan maut di tempat kejadian. Pemandu lori muatan paip plastik berusia 62 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atau menghubungi talian 09-5132222 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Orang yang sedang membaiki kenderaan mereka yang rosak pun mati dirempuh oleh kenderaan lain. Tragedi ini amatlah tidak wajar berlaku, dan kemungkinan besar pemandu lori terbabit gagal meletakkan sebarang tanda isyarat bahawa lorinya rosak. Oleh itu, setiap kenderaan wajar diwajibkan mempunyai kelengkapan khas ketika berlaku kerosakan bagai menggelakkan tragedi seperti ini berlaku lagi di masa akan datang hendaknya. Apapun, kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan mendapat rahmat dariNya].

Share:

3 ulasan:

  1. Wajar ke tak wajar ke, ini dah takdirlah bodoh!

    BalasPadam
  2. saya dimaklumkan bahawa lori yang rosak itu tidak meletakkan tanda amaran tiga segi yang mana wajib bagi setiap kenderaan perdahangan..persoalannya jika kita melihat ada kenderaan rosak adakah kita sedia membantu sedikit sebanyak yg termampu..mungkin dengan bantuan walaupun kecil kemalangan dapat dielakkan. takdir tetap takdir. yg dilaporkan itu kita jadikan peringatan

    BalasPadam
  3. wahai anon Wednesday, March 03, 2010 4:37:00 PM, nape kena guna perkataan b***h tu. Perlu ke guna perkataan tu. Saya tak faham lah manusia sekarang ni, senang2 guna perkataan tak elok tu. Setiap perkataan tu kan doa Takut doa tu berbalik kat yg mengeluarkan perkataan tu, kan naya tu....Berhati-hati lah bila berbicara samada melalui lisan atau tulisan

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.