script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: LKIM Kuantan Alami Kerugian Kira-Kira RM400 Ribu Bila Empat Buah Unit Stor Ikan Musnah Akibat Kebakaran Pada Jam 11 Pagi Tadi !

KUANTAN 26 Mac [12.32 pm] - Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila empat unit stor tong ikan musnah dalam kebakaran, di sini, hari ini. Pengurus Kompleks LKIM, Saodi Mahusin berkata, beliau menerima panggilan daripada pekerja di situ berhubung kebakaran yang berlaku pada kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau kemudian bergegas ke tempat kejadian dan melihat empat unit stor yang berkenaan terbakar selain sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada bersebelahan dengan stor-stor tersebut turut terbakar. Salah seorang penyewa stor tersebut, Tan Guat Yian, 66, berkata, beliau kerugian RM2,400 selepas 150 buah tong ikan barunya yang berada dalam stor tersebut turut musnah. Beliau yang baru sahaja membeli tong ikan tersebut pada minggu lepas, kecewa dengan kejadian yang memusnahkan tong penyimpanan ikan dalam sekelip mata. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota Mohd Hamdani Madon berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

[Kebakaran di stor yang menempatkan tong ikan di LKIM Kuantan ini jelas sekali menimbulkan kemusykilan sebenarnya. Apatah lagi tong-tong yang diletakkan di situ adalah dari jenis yang tidak disukai oleh para nelayan semua. Tong jenis baru berinsulasi yang diperkenalkan oleh kerajaan menimbulkan kemarahan kepada majoriti nelayan. Apakah kebakaran yang berlaku itu ada kaitan dengan perbuatan khianat agaknya. Apapun, pihak berkenaan masih lagi membuat siasatan lanjut berhubung kes itu]

Share:

1 ulasan:

  1. Setiap apa yang berlaku ada sebab musababnya. Kita hanya pandai menunding jari apabila sesuatu kejadian buruk berlaku. Tetapi kita tidak mahu bertanggungjawab terhadapnya walaupun keuntungannya kita yang mendapat imbuhan yang besar.

    Siasatlah keseluruhan pengurusan kompleks tersebut. Adakah mereka telah mengikuti langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya.

    Bagaimana dengan premisnya, pekerjanya, pengawalnya, penyewanya, barangan yang disimpan di stor tersebut dan pengguna disitu.

    Setiap perkara akan dicaj apabila berurusan di situ. Tetapi kemudahan yang diberikan sangat tidak selesa dan tidak juga selamat.

    Seringkali juga berlaku kecurian di jetinya, didalam bot yang diikat disitu dan juga distornya. Disitu juga banyak terdapat penghisap dadah dan ada juga berlaku penjualan nombor haram. Pernah juga berlaku kebakaran disebabkan pendawaiannya.

    Apabila kita bersubahat dan merelakan perkara yang tidak baik berlaku, ia seolah-olah kita juga melakukannya sama. Pejam mata sebelah lebih baik pejamkan kedua-duanya sekali.

    Jangan mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain. Mengkhianati amanah dengan bersikap zalim tetap tidak akan selamat walau sebesar mana pangkat dan pengaruh kita.

    Hidup bermuka-muka dan berpura-pura samalah seperti makan daging manusia lain.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.