Segala keputusan kini ditangan PM Najib Razak. Beliau yang layak menentukan siapakah yang bakal menjadi calon yang paling sesuai di situ. Jika menggunakan konsep "rakyat didahulukan" maka sudah pasti UMNO yang lebih layak. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa beliau kini diterima oleh rakyat biarpun terlibat dengan berbagai skandal sebelum ini. Paling menarik di sini, siapakah yang akan menjadi calon BN dari UMNO jika hak itu dipertahankan. Terdapat desas desus yang mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kini sedang mengintai untuk bertanding di situ. Apakah Samy Vellu dan MIC akan berdiam diri jika kerusi mereka itu dirampas oleh UMNO?. Sudah pasti sesuatu yang lebih menarik akan terjadi. Kemungkinan besar jika senario ini tidak berubah, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menang dengan majoriti yang lebih besar. Ini kerana, sudah pasti BN akan menerima tamparan undi protes daripada masyarakat kaum India jika calon MIC dibuang dari bertanding di situ. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu calon BN ini. Sesuatu harus diingat, masalah besar buat Pakatan Rakyat jika MIC terus dikekalkan kerana majoriti yang dimilik PKR hanya 198. Apapun boleh terjadi dengan jumlah undi sebanyak itu. Namun, harus diingat juga bahawa ramai pemimpin dan ahli UMNO pasti kecewa jika pucuk pimpinan gagal melantik calon UMNO bertanding di situ. Ini kerana pengundi Melayu adalah majoriti di parlimen itu. Kemungkinan besar mereka juga akan membuat undi protes jika isu ini gagal ditangani dengan baik oleh PM Najib Razak pada kali ini.
[Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor itu. Tambahan pula, rakyat terutamanya masyarakat di desa dan pendalaman telah mula menikmati berbagai faedah dan kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Selama ini, tatkala pilihanraya kecil diadakan di negeri-negeri lain, segala maklumat itu hanya diwar-warkan sahaja oleh pemimpin Pakatan Rakyat dari Selangor. Kini, pilihanraya kecil berada di negeri mereka, maka itu ianya lebih menarik untuk diperkatakan. Tambahan pula rakyat kini sudah mula percaya dan yakin kepada kewibawaan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka, itu BN dilihat agak sukar untuk memesongkan minda pengundi di situ biarpun media arus perdana sekali lagi bakal digunakan sewenangnya untuk menjadi senjata ampuh UMNO BN nanti].






Itulah UBN, kononnya berkompromi dalam semua perkara tetapi akhirnya menjerat diri sendiri.
BalasPadamKehendak rakyat kononnya didahulukan tetapi sebenarnya kroni yang kenyang.
Bukalah mata dan lihatlah sekeliling kita apa yang telah mereka laksanakan untuk kita.
Anuar Ibrahim semasa menjadi TPM 1993-1998 telah menzalimkan ustaz Azshari dan pertubuhan AL-Arkam, ustaz Azshari sekarang dah cacat lidah, kaki ankara Anuar Ibrahim, jumpa utz Azshari keadaan dia amat sedih, semua itu arahan Anuar ibrahim,,,, Kenapa nasib anuar tak jadi PM renunglah,,,Anuar memang zalim kan AL-ARKAM
BalasPadamanuar ibrahim kena tumbuk tak cerita pulak..tak baik2
BalasPadamusz. Aszhari kena dulu , anuar kemudian,,, tu pasal anuar takde rezeki jd PM, belum jadi dah zalim,,,, ke,
BalasPadamsemuanya ini adalah ketentuan Illahi..kita boleh merancang, tapi segalanya Allah yg menentukan..
BalasPadamAyuh semua pembaca PDO..baik semua yg mengaku Islam..ayuh kita kuatkan beribadat dan jgn sesekali menzalimi seseorg insan diatas muka bumi ini...
Takbir...takbir...takbir