KUALA LIPIS 20 Mac [2.20 pm] - Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri sekiranya rancangan “16 September” menjadi kenyataan. Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa akan meneliti sama ada berlaku pelanggaran undang-undang berhubung dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Terserah kepada pihak berkuasa, mereka (pihak berkuasa) akan meneliti sama ada apa-apa yang patut dilakukan. "Dari segi siasatan, mungkin ada undang-undang yang telah dilanggari sesiapa. Saya serah kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLB&W) di Dataran Lipis, di sini, hari ini.
[Rakyat sebenarnya juga amat terkejut dengan perkembangan yang berlaku ini. Namun, apakah pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan atas dakwaan tersebut, sedangkan ia dihebohkan oleh seorang petualang rakyat "Zahrain Hashim" yang memang sudah dilihat kini bersekongkol dengan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib itu sendiri. Jika begitu, rakyat juga boleh mendesak supaya pihak berkuasa menyiasat dakwaan PM Najib yang jelas telah membeli tiga ADUN Perak dalam misi rampasan kuasa di negeri itu dulu. Bukti jelas apabila, dua daripadan ADUN lompat terbabit dilihat berada di Pekan Pahang ketika mereka hilang. Bukankah ini memusykilkan kita, tambahan pula mereka dipercayai berada di rumah Najib ketika itu. Makanya, apa yang jelas dapat dilihat disini, apa yang dilakukan oleh Zahrain itu memang mendapat mandat daripada Najib sendiri kononnya mahu Anwar ditangkap secara terhormat sekali lagi selepas misteri kes liwat II nampak banyak jalan kepincangannya].






La ... buat apa siasat tentang ini. Kalau kena pun sikit masa dalam penjara je. Baik siasat Anwar dengan dakwaan kononnya nak memberontak terhadap Raja. Once and for all boleh gantung dia sampai mati. Kan senang begitu? Lepas dah gantung bleh la puak itu bermaharajalela.
BalasPadamTERKINI..! Aku baru dimaklumkan oleh satu sumber yg paling rapat dgn PKR dan PAS.Pada 16 Sept 08 dulu,bukanlah Anwar yg akan jadi PM tapi seorang individu yg akan mengepalai 'Badan Eksekutif Perdana Menteri'(BEPM) dimana Anwar dan beberapa pemimpin PR lain akan menganggutainya spr TGNA,Kit Siang Karpal,Guan Eng dll.BEPM' ini berbeza dgn kabinet kerana ia merupakan pembuat dasar yg akan dilaksanakan oleh kabinet.Kira macam 'Presidential Council'la! Tapi rundingan mereka menjadi buntu kerana antara DAP,PAS dan PKR mereka gagal memilih individu yg sesuai nak dijadikan PM. Akhirnya mesyuarat bersetuju melantik YB.Gobalakrishnan dpd Padang Serai sbg PM 'interim'.Kerana PM mestilah melayu dan beragama islam, YB.Gobala setuju masuk islam dgn memakai nama Anwar Ibraheem Abdullah.Dia juga bersetuju dikhatankan dan menikah dgn seorang gadis melayu yg juga seorang penyokong PAS.Sayangnya ada puak yg sabotaj perancangan ini,kalau tak ada chan la kita dapat seorang PM yg betul2 lantang dan berani macam YB.Gobala tu!
BalasPadamPAS FOR ALL
A'kum
BalasPadamInilah uniknya negara kita Malaysia yang mempunyai berbagai bangsa dan kaum di dalamnya yang bebas bersuara dan memberi pendapat. Pemimpin berebut kuasa rakyat menjadi mangsa.
Setiap cerita ditambah dan direka mengikut cita rasa masing-masing sehingga mendedahkan kebodohan dan kejahilan mereka.
Pengkianat banggsa, negara dan agama tidak akan selamat walau sekuat mana pun mereka. Kuasa dan pengaruh hanyalah sementara dan gunakanlah sebaik mungkin ke jalan yang benar.
Pengkianat bangsa, negara dan agama tidak akan selamat walau sekuat mana pun mereka. Kuasa dan pengaruh hanyalah sementara dan gunakanlah sebaik mungkin ke jalan yang benar.
BalasPadamAkan tiba masa nya jua untuk durjana2 pemimpin haram jadah negara ini tersungkur mampus dan akan berdiri sebuah kerajaan bersih cekap amanah, kerajaan yg dibina dari sokongan rakyat dan akan menjadi hamba buat rakyat.
Kerajaan ini akan menjadikan rakyatnya mewah dan makmur hidup dalam sebuah negara yang kaya raya hasil mahsumnya sebuah negara yg mempunyai segalanya untuk rakyat menikmati kehidupan serba senang dan damai
Ini semua jika pemimpinnya sanggup hidup sebagai rakyat biasa malah lebih miskin dari kehidupan rakyat
kepada manjung,
BalasPadamlebih baik ko masuk raja lawak dr buat lawak bodoh kt sini. komen macam budak tadika, BANGANG..