script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra Failkan Permohonan Cerai Talak Tiga Terhadap Isteri Keduanya Hari Ini !!

KOTA BHARU, 9 Mac [10.35 pm] - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra hari ini memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu di sini. Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada 3.30 petang. "Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai antara Tuanku dan Elia Suhana binti Ahmad yang dilafazkan sendiri oleh baginda Tuanku terhadap Elia Suhana pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa orang saksi,” katanya. Zainul Rijal berkata, mahkamah menetapkan 21 Mac ini bagi mendengar permohonan itu.

[Apapun rakyat Kelantan terus memberi sokongan moral kepada Tuanku Sultan selepas baginda pulang dari menerima rawatan di Singapura baru-baru ini. Semoga Sultan Kelantan akan berada dalam situasi yang memuaskan dan dapat melaksanakan agenda pembangunan untuk sekalian hamba rakyat. Walau sehebat mana pun musibah yang melanda, namun Sultan Kelantan tetap dihati rakyat negeri itu. Malah kerjasama yang baik antara istana dengan kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membawa kejayaan parti Islam di negeri itu].
Share:

7 ulasan:

  1. Kalau dah dicerai talak 3 tu maknanya Sultan Kelantan dah tak nak kat dia le....maknanyer dia bebas la kalau nak berjodoh lagi.Aku rasa kita kena cepat2 adjust janda Sultan ni,kalau lambat mesti si UMNO haramjadah tu kebas punyer.Ini kira kita memberi pembelaan pada kaum yg lemah la kan? Lagi pun pada hemat aku dia tu janda berhias,belum di usik lagi kot.Hehehe!
    Pulon Awe Pulon! Jange Mu Tok Pulon!!

    PAS FOR ALL

    BalasPadam
  2. Tapi dia tu bekas polis...
    Ambillah kpd sesiapa yg berani...

    BalasPadam
  3. Cerai talak 3 bukan cara Islam...
    Takut nanti...

    BalasPadam
  4. Salam to all muslim melayu cina india. cakap mlm pandang2 ckp siang toleh kiri kanan...
    Sedara sedari semua kita ni ada adat dan susila. hormat org tua. hormat tok guru hormat raja kita.
    sekurang2nya jgnlah celupar sgt mulut sedara.nanti kena bedal dgn hamba baru mu tahu..
    cepat sembah ampun pada raja...aku sepok mulut budak ni mapuh

    BalasPadam
  5. cakap elok elok budak anon atas tu....

    mu nk kena sula ke apa....berani nk ckp pasal janda sultan..

    dah keras sgt ke kulit mung

    BalasPadam
  6. anon 2.14 si manjung mari tu org PAS apa nya... maki dimulut...org pas diajar camtu erk... ISLAM konon..tapi dok maki org sentiasa dimulut... lu fikir la sendiri

    BalasPadam
  7. dah jodoh setakat tu.. apa nak dikatakan lagi... wpun menjanda, kita harus menghormatinya..kerana dia pernah berpasangan dengan Yang Teramat Mulia Al-Sultan Kelantan..syabas..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.