script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Utara: Sivakumar Keluar Notis Sidang DUN Perak Dan Masih Yakin Beliau Speaker Yang Sah!

IPOH, 18 Mac [1.45 pm] - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar (foto) hanya mengeluarkan notis untuk 54 daripada 59 wakil rakyat bagi menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dipanggil menghadiri sidang itu kerana pengantungan selama 18 bulan berkuatkuasa pada 3 Mac 2009 masih berjalan. Katanya, enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan daripada menghadiri Sidang DUN sudah tamat tempoh pengantungan dan dibenarkan hadir. "Tiga Adun Bebas juga tidak dipanggil menghadiri Sidang DUN kali ini kerana saya sudah menerima surat perletakan jawatan mereka pada Februari 2009. "Mahkamah juga masih belum memutuskan sama ada mereka masih wakil rakyat yang sah kerana semakan kehakiman yang difailkan oleh saya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum dibicara," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Sivakumar juga menegaskan beliau masih Speaker yang sah kerana usul perlucutan Speaker dan usul pelantikan Speaker baru pada 6 Mei 2009 sudah ditolak oleh beliau ketika Sidang DUN 7 Mei belum diadakan. Bahkan, katanya, pelantikan Datuk R Ganesan pada Sidang DUN pada 7 Mei tidak sah kerana dilakukan ketika beliau (Sivakumar) masih duduk di kerusi Speaker manakala Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang mempengerusikan prosedur pelantikan tidak dibenarkan memasuki Sidang DUN kerana sudah meletak jawatan. "Pelantikan Ganesan juga dibuat sebelum titah perasmian oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan ini melanggar peraturan mesyuarat kerana perkara pertama dalam sidang perasmian ialah titah perasmian, bukan perkara lain. "Ganesan juga tidak meletak jawatan sebagai peguam dalam tempon tiga bulan selepas 'dilantik' pada 7 Mei 2009," katanya. Sivakumar berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang mengatakan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah tidak kena-mengena dengan jawatannya sebagai Speaker atau kedudukan Ganesan. Katanya, mahkamah menentukan Zambry sebagai Ketua Kerajaan dan beliau (Sivakumar) adalah Ketua Legislatif dan masih memegang jawatan sebagai Speaker yang sah.

[Sivakumar memang dianggap sebagai Speaker yang sah di atas kertas. Namun, apakah UMNO BN Perak yang dipimpin oleh Zambry Kadir akan berdiam diri. Biarpun berlandaskan undang-undang ternyata tindakan mengangkat Sivakumar keluar dewan adalah satu tindakan biadap yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah negara moden. Namun, di Perak segalanya terjadi kerana perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang kian membara. Kami yakin sudah pasti Zambry Kadir tidak akan membenarkan perkara ini berlaku, malah menganggap Ganesan itu Speaker yang sah. Tambahan pula rampasan kuasa di Perak itu sendiri adalah percaturan yang dibuat oleh PM Najib Razak bersandarkan kelibat dua ADUN lompat parti Jamaluddin Razi dan Osman Jailu di Pekan ketika kehilangan mereka sedang hangat diperkatakan. Maka, apakah Najib akan melihat sahaja tindakan Sivakumar itu agaknya. Sedangkan beliau tahu bahawa kuasanya mengatasi mahkamah sebenarnya].
Share:

10 ulasan:

  1. dalam kes ini, tak payah perbesar-besarkan kerana puak-puak UMNO ni bukannya perangai baik sgt...

    Semua tau UMNO adalah sebuah parti yang jijik... oleh itu kita tunggu ajalah PRU 13..InsyaAllah, Perak akan diterajui oleh pemimpin yang benar-benar dapat membela nasib rakyat jelata yg selama ini ditindas dengan cara halus...

    Hidup PR..

    Lepas ni semua kerusi kita tawan... kalau setakat 5,6 orang lampat pun.. tidak akan terjejas sepertimana yang berlaku di Negeri Kelantan buat masa ini.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum
    Yang haram tetap haram dan putih tetap putih. Jangan menghalalkan cara untuk kepentingan golongan tertentu. Bagaimana kita ingin menghormati mereka kerana mereka sendiri tidak menghormati apa yang sepatutnya dihormati.

    BalasPadam
  3. gila kuasa tak habis2 p.... sorang ni

    BalasPadam
  4. Bukan gila kuasa tetapi mempertahankan sesuatu yg diambil secara tidak betul.

    BalasPadam
  5. tak betul geno...anwar betul sgt ke... dah bengkok pun... asyik .... tu yg bengkok... nizar betul ke... asyk ikut pungkok dap aje,.. melayu apa tu????

    BalasPadam
  6. tak betul pe..sah gila kuasa..kalau tak..mcm mana balaci PAS sanggup tido atas jalan..selama ni yg tido atas jalan cuma lembu jee..

    dan kita sepadankan pula kes gila kuasa nizar dan ahmad awang dgn kes 16 sept... selama nie aku ingatkan BN penakut kpd acahan PR...sampaikan buang duit bawa lari MP ke Taiwan..rupa2nya benar lagi sahih...bukan acahan lagi..rahsia beasr PKR rupanya..teringin juga Anwar peliwat alias Anwar bacul nak jadi PM nooo ..pulak tu tak sanggup dengar pendedahan Zahrin, lari keluar dewan dan semalam ponteng persidangan..lari ke London jumpa suami simpanan kat sana ler tuu..

    BalasPadam
  7. anuar ibrahim hati busuk.prk tu maknanya pakat kacau rakyat, parti busuk hati,,,

    BalasPadam
  8. KESIAN BETUL KAT SIVAKUMAR NIH....MASIH MIMPI LAGI KOT JADI SPEAKER...KESIAN...KESIAN...

    BalasPadam
  9. Bukannya apa dia tu, tak puas lagi duduk kat kerusi speaker tu dah kena pecat....kuang..kuang..

    BalasPadam
  10. A'kum
    Ramai penyokong yang menjadi hakim. Cerita sebenar pun akan dibelitkan mengikut cita rasa sendiri dan dijatuhkan hukuman sesuka hati. Bubur DUN Perak serahkan kepada rakyat untuk menentukan semula siapa yang berhak memimpin mereka. Tutup buka lama dan buka buku baru.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.