script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Program "Orang Muda Geng Kita" Anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan Telah Berjaya Dapat Sokongan Golongan Muda !

KUANTAN, 16 Mac [3.10 pm] - Dewan pemuda PAS kawasan kuantan baru-baru ini telah menganjurkan program "Orang Muda Geng Kite". Program itu telah dilangsungkan di Taman Esplanade berhadapan dengan Hospital Tg.Ampuan Afzan dekat sini. Program yang bermula dari jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 malam itu telah mengejutkan anak-anak muda yang melepak di sekitar taman itu. Semasa program dijalankan, makanan dan minuman juga telah disediakan sebanyak 200 bungkus untuk diagihkan kepada anak-anak muda pada malam itu. Sementara itu Ustaz Riduan Mohd Nor, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat pula telah melancarkan risalah "Anti Zina" untuk diedarkan kepada orang ramai. Program turut disertai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadli Ibrahim. Menurut beliau, antara lain objektif program tersebut ialah bagi mendekati golongan muda dengan parti PAS. "Kita juga menyebarkan risalah larangan zina dan melatih petugas-petugas yang terlibat memberi penerangan secara berkhemah serta menyantuni golongan ini" katanya.


Ust Riduan Mohd Nor (berjubah putih)bergambar bersama-sama
pemuda PAS kuantan selepas pelancaran risalah "Anti Zina"


Ust Fadhli (berbaju Biru Merah) sedang menyantuni pemuda dan
pasangannya dengan memberikan makanan, minuman dan risalah

[Taman Espalanade adalah satu lokasi yang menjadi tumpuan anak-anak muda setiap malam terutamanya hari minggu di bandar Kuantan. Selain daripada aktiviti maksiat, golongan ini juga menjadikan lokasi itu sebagai medan lumba haram yang cukup popular. Sudah puas dan banyak tindakan dilakukan oleh pihak polis untuk menghindarinya, namun ternyata golongan ini sudah tidak ambil peduli dengan mana-mana undang-undang. Kegiatan mereka ini amatlah dikesali dan mencemari situasi tenang di hospital yang berhampiran. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan ini amatlah baik sekali untuk mendidik jiwa-jiwa mereka agar kembali mencintai Islam dan menjauhkan daripada melakukan perbuatan terkutuk terutamanya Zina. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan. Kami tertunggu juga, bilakan agaknya Pemuda UMNO Pahang akan anjurkan program yang sama seperti ini. Berilah kesedaran kepada golongan muda agar kembali kepada Islam].
Share:

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan,

    Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
    Perak dengan aman dan jayanya.

    Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
    Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
    kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
    rakan bloggers yang lain.

    Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
    Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
    Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
    politik Perak YANG SEBENARNYA.

    Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
    penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
    semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
    MEREKA MAHUKAN?


    Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
    ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
    blog kami,

    http://perakreform.blogspot.com/


    dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
    agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
    tercinta.

    Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
    tuan/puan.

    Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
    kami dahului dengan ucapan terima kasih.

    Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.

    BalasPadam
  2. syabas dan tahniah kepada pemimpin PAS Kuantan,yg berusaha dan berjuang untuk menghapuskan kemungkaran...mana perginya puak UMNO dan PKR?????

    BalasPadam
  3. ye lah..elok gak kalu umno wat program ni.

    apak kata yb lepo? ada bran? hehehe

    BalasPadam
  4. KEPADA PEMUDA PAS KUANTAN..
    KAMI PEMUDA UMNO DAN BN TAK BERMINAT DENGAN PROGRAM ISLAMIK MACAM NI. KAMI SUKA KONSERT2 DAN HIBURAN,JANGAN GANGGU KAMI, MUDA HANYA SEKALI, HIDUP UMNO, HIDUP BARISAN NASIONAL..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.