script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Dipecat PKR, PAS Sedia Buka Pintu Kepada YB Zulkifli Noordin Jikalau Beliau Ikhlas Mendokong Prinsip Serta Perjuangan Parti Itu !!

PETALING JAYA, 7 Mac [3.30 pm] - PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka. Naib Presidennya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS. "PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB Zulkifli. "Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP. Zulkifli juga ada menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat. Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan. Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti. "Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya. Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat. "Kami hargai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat dari PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.

[Ramai yang terkejut sebenarnya dengan kenyataan ini. Namun, kemungkinan besar Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mempunyai alasan tersendiri untuk mengatakan demikian. Apapun ramai penyokong Pakatan Rakyat sendiri yang amat kecewa dengan sikap Zulkifli Nordin. Beliau bukanlah manusia yang layak berada dalam jemaah sebenarnya. Sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menerima pandangan orang lain jelas sekali akan merosakkan parti jika orang seperti Zulkifli Nordin diterima. Oleh itu, adalah lebih baik beliau masuk team Ibrahim Ali Al-Kataki N The Geng demi masa depan politiknya. Itu lebih afdal daripada orang menuduh beliau boleh dijual beli pada hari kemudian. Terkejut benar melihat Zulkifli dipecat dari PKR, sedangkan sebelum ini beliau pernah berada dalam parti PAS itu sendiri. Maknanya, Zulkifli memang tidak layak untuk diberi nasihat lagi. Kerana beliau merasa dirinya lebih hebat dari mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang ada].

Share:

7 ulasan:

  1. Komen yang bodoh. Sebagai rakan komponen Pakatan, kenyataan di atas tidak mengguna akal. Lagi pula pendirian Zul dalam isu kalimah 'Allah' bercanggah dengan pendirian rasmi PAS. Sayang, ilmu banyak akal sikit.

    BalasPadam
  2. Jika benar beginilah kenyataan drp Tuan Ibrahim, maka saya berpendapat hal ini amat tidak kena. Satu respons yang bersifat khianat oleh PAS terhadap kawan (PKR). Tuan Ibrahim, apa yang ada dalam otak anda?

    BalasPadam
  3. Tahniah Yb ZUL.

    Kini kamu sudah bebas.

    Lupakan parti UMNO
    Lupakan parti PAS

    Kedua-dua parti tersebut tidak pandai menjaga MELAYU dan ISLAM

    Pilihlah NGO MELAYU ISLAM

    BalasPadam
  4. Aku rasa OK bawak si Zul tu masuk PAS tapi bukan sekarang.Nanti UMNO tempelak kita balik kata kita mcm 'Tong Taik' (Rujuk YB Mahfuz),kita kena relax dulu bagi benda ni reda baru kita masuk jarum.Kita bukan saja nak bawak masuk hampas,kita nak juga bawak masuk emas dan berlian sebab kita bukan tong sampah/tong taik mcm UMNO.

    BalasPadam
  5. tidak belajar ke pas, apabila memberi laluan kpd brahim menggunakan lambang bulan di pru-12 dan brahim menang, apa yg terjadi....brahim langsung tak berterima kasih, sekelumitpun berahim tak terasa yg dia jadi mp kerana bendera pas, dan si zul telah meniru langkah brahim....tn brahim. terlajak perahu boleh digustan...terlajak kata.....semoga menjadi lebih cerdik.

    BalasPadam
  6. Dalam politik semuanya serba mungkin. Undi semua orang adalah juga penting. Ingat Mereka yang dipecat ini juga mempunyai pengikut dan penyokong mereka. YB Zul dilihat oleh rakyat sebagai pejuang kepentingan melayu dan islam yang takut disuarakan oleh pas dan umno. Simpati akan bersama mereka yang ditindas.

    BalasPadam
  7. PAS janganlah bawa masuk Zul Nordin ke dalam parti. Dia ni hentam mana2 parti yang dia masuk...amat bahaya bawa virus masuk ke dalam parti...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.