script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Dato' Mufti Kemungkinan Disaman, Akibat Arahan Menghalang Dr.Asri Zainul Abidin Menjadi Ahli Panel Dalam Satu Forum Di Kuantan

Jawatankuasa Musolla Ar-Raudah dan penduduk Taman Pelindung Perdana, Beserah dekat sini kecewa dengan tindakan pihak berkuasa menggangu program Forum Ad-Deen yang diadakan sempena menyambut Maulidur Rasul yang diadakan baru-baru ini. Forum yang bertajuk "Perlaksanaan Syariah Di Malaysia" itu, menampilkan ahli panel yang terdiri dari Dr.Azhar Yaazob, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Mohd Fadli Ramly dan bekas Mufti Perlis Dr.Asri Zainul Abadin (Dr.Maza). Kekecewaan timbul akibat tindakan pihak polis, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman (foto) yang menghalang program itu dijalankan dek kerana terdapat seorang ahli panel yang dikatakan kontroversi iaitu Dr.Maza. Amat mendukacitakan bila terdapat arahan supaya Dr.Maza ditangkap jika memberikan ucapan dan bersuara dalam majlis tersebut. Program yang berbentuk intelektual, wacana ilmiah dan bersifat akademik itu gagal berjalan lancar akibat tekanan daripada pihak berkuasa supaya nama Dr.Maza digugurkan. Walhal kehadiran beliau bukanlah untuk berceramah, tetapi sekadar berdebat dan memberi pandangan tentang tajuk yang ditetapkan sahaja. Menurut Pengerusi Surau Ar Raudhah, Syed Ali Badaruddin (foto bawah) mereka kecewa kerana tindakan Mufti Pahang yang menghalan program ilmu seperti itu. Mereka telah berbelanja besar untuk menyediakan segala kelengkapan berkaitan, namun agak mendukacitakan bilamana terdapat arahan daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang supaya melarang Dr.Asri daripada menyampaikan dakwahnya. Sebelum ini Mufiti Pahang juga adalah tokoh agama yang paling awal menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis itu, sila Klik sini.


Dr.Asri bersama Ustaz Nasharuddin sempat bersama seketika sebelum
meninggalkan majlis akibat suasana yang agak tidak tenteram ketika itu
Akibatnya, keadaan menjadi serba tidak kena dan Dr.Asri terpaksa bergegas pulang selepas hanya memberi mukadimah tentang latar belakang beliau sahaja. Beliau terpaksa dikawal ketat oleh petugas akibat terdapat desas-desus mengatakan dia akan ditangkap pada malam tersebut. Soalnya sekarang, kenapa Mufti Pahang tergesa-gesa mengeluarkan arahan terhadap Dr.Asri sedangkan beliau belum pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah syariah atau kesalahan sivil di dalam negara kita. Justeru itu ada beberapa perkara yang amat mengecewakan penganjur pada berkenaan dengan perkara tersebut kata Syed Ali. "Dato' Mufti Pahang tidak dapat memberi alasan mengapa Dr.Asri dihalang daripada berhujjah dalam forum tersebut. Malah Mufti juga tidak dapat mengemukakan fakta-fakta yang dikatakan kontroversi dalam surat yang disertakan. Ini jelas menunjukkan yang Dr.Asri telah difitnah oleh Dato' Mufti Pahang sebenarnya" kata Syed Ali. Malah katanya juga carian telah dibuat di Jabatan Agama Islam Pahang dan ternyata tidak ada sebarang pekeliling yang diedarkan atau surat yang dinyatakan untuk melarang bekas Mufti Perlis itu daripada dakwahnya di negeri Pahang.

"Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mewartakan supaya Dr.Asri dilarang untuk menyampaikan dakwah beliau. Ini jelas menunjukkan bahawa tindakan Dato' Mufti Pahang adalah bersifat persepsi dan hanya pandangan peribadi beliau sendiri. Kami tidak teragak-agak akan melantik peguam untuk menfailkan tindakan saman terhadap Dato' Mufti Pahang atas tindakan keterlaluan beliau yang menfitnah serta memalukan Dr.Asri. Program yang diadakan bukanlah berbentuk ceramah dan sekadar forum yang memberi peluang kepada umat Islam untuk bersoal jawab secara lebih jelas dengan Dr.Asri seandainya beliau ada melakukan kesalahan selama ini. Malah, kami juga mengundang pihak yang berkenaan untuk sama-sama hadir bagi dalam program itu. Namun, akhirnya program kami yang diganggu hanya kerana mereka melihat kelibat Dr.Asri Zainul Abidin sebagai ahli panel forum", tambah Syed Ali lagi.

[Nampaknya Dato' Mufti Pahang sekali lagi menimbulkan kontroversi selepas beliau mengeluarkan fatwa mengharamkan rokok baru-baru ini. Ramai rakyat yang keliru dengan keputusan yang telah dibuat itu, malah ia menimbulkan reaksi yang berbeza dikalangan rakyat jelata. Tentang soal Dr.Asri, apakah Mufti mempunyai bidang kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu menangkap pendakwah yang merupakan bekas mufti terbabit?. Sedangkan, beliau bukanlah pengganas atau penjenayah yang pernah ditahan di mana-mana penjara di Malaysia. Amatlah tidak adil bila menghalang rakyat mendapatkan maklumat secara terus dalam hal ini. Biarlah rakyat dan Dr.Asri berdebat dan mengeluarkan hujjah, kerana itu lebih afdal daripada menghalang beliau menyampaikan dakwah itu sendiri].
Share:

11 ulasan:

  1. Negara kita ada undang2 dan peraturan tak boleh nak suka2 anjur itu anjur ini.

    Yg mengarah dan diarah itu Dato Mufti bukan sebarang orang, kena faham. Kepentingan umum melebihi segalanya. Niat saja tidak menghalalkan cara.

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum, adalah wajar sekiranya isu Dr Dmaza segera difatwakan bagi memastikan kedudukan intelektual beliau adakah baik/buruk/tak mengikut ajaran sebenar/sesat.Buatlah keputusan muktamad.

    Saya sebagai umat islam biasa jadi pening dan wazan tidak tahu yang mana yang tulin apatah lagi yang diterima Allah. Saya rasa ajaran oleh mereka paling hampir dengan kaabah adalah lebih tulin daripada kita yang jarak jauhnya berpuluh ribu kilometer. Fikirkan lah.

    BalasPadam
  3. Dr Asri tu membawa fahaman wahabi. Wahabi ni bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah. Mufti Pahang dan JAIP hanya nk pastikan org Pahang tidak terpengaruh dgn fahaman ini. Itu saje. Jgnla sbb Asri tu sokong PR kita pon men ikut je.

    BalasPadam
  4. sekarang ni ada fatwa ke Dr.Asri tu sesat kerana fahaman Wahabi??

    BalasPadam
  5. SS Dr. Mohd Asri adalah tetamu yang diundang pada malam itu dan sepatutnya kita disyariatkan untuk menghormati tetamu. Inilah jadinya bila Mufti yang bekerja kerana wang bukan kerana ilmu. Adakah Dr. Asri membawa ajaran yang salah? Kalau betullah Mufti Pahang di pihak benar saya cadangkan agar satu wacana ilmu diadakan antara mufti pahang dan Dr. Asri.

    BalasPadam
  6. Saya amat terkilan dengan sikap para ilmuan Islam seperti Mufti Pahang. Salahkah Dr. ASri menyampaikan ilmunya? Kepada Mufti Pahang ingatlah apa yang anda lakukan sentiasa dalam pemerhatian Allah. Berkatalah yang benar walaupun pahit.

    BalasPadam
  7. Jelas kan siapa dia ulama upahan?..yg takut memperjuang kan kebenaran

    BalasPadam
  8. Anon-anon muslim sekalian.anda semua tahu buat baik dpt balasan baik buat jahat.....balasannya pasti..neraka
    Tak kira dia mufti ke org kampung org jahil tukil mengharamkan yg halal pastinya celaka. menghalalkn yang haram itu wajib sebab saya yg menurut perintah.
    Sampai bila nk turut perintah jika perintah itu perintah laknat..
    amal makruf nahi mungkar....
    tidak guna anda bergelar mufti jika kerja anda memboikot kebaikan. berlambak rakyat dok teguk arak...berzina di kuantan...knp itu tidak kamu halang.membiarkan zina arak lbh mulia dari menghalang dr.maza memberi tazkirah maulid.
    inilah tokoh agama negara islam haduri

    BalasPadam
  9. Diaorg bukan nak kerja sgt..musim2 Sure heboh sebuk la buat operasi..nie ade pulok kat padang mpk tu..ape ke jadah acara Suarasa(bukak seluo baru rasa agaknya)acara yg membungakan maksiat! kenapa tak halang?..sari dua lg ade la operasi tu...lepas tu senyap

    BalasPadam
  10. PDO,

    Mana satu yang benar dan betul ni ?. Keliru sungguh aku di buat nya. Dunia dah akhir jaman. Atau pokok kemalaun dah berbuah ketapi kok. Eheeeeeeeee........ehhhhhhh, Atau Dr. Maza tak de Tauliah ke. Atau kecil nampak besar atau kancil nampak macam kijang, dua nya diburu. ehheeeeeeeee.......ehhhh.

    TQ

    BalasPadam
  11. klu ada percanggahan hukum antara kaum muda dan kaum tua,ia cuma bercanggah dari sudut hukum fiqah....ia nya tidak bercanggah dari sudut pegangan tauhid,kaum bukan muktazilah,qadariah,jabariah atau syiah,ai nya tetap ahlussunnah wal jamaah,kenapa mesti di perbesar2kan mcm nak berperang pulak,kenapa pengikut2 mazhab assyafiee boleh bertaqlid bila nak mengambil wudhu mengikut cara mazhab hanafi berwudhu di waktu nak melakukan tawaf di mekah,knp mesti bertaklid,haruskah hukum taklid,klu dah berpegang kuat pada mazhab syafie knp mesti bertaklid....siapa mengharuskan hukum taklid itu...apa imam syafie sendiri ketika hendak berwudhu untuk melakukan tawaf di kaabah,beliau bertaklid....adakah riwayat2 pernah menceritakan yg beliau bertaklid atau ulama2 terkemudian yg menghukumkan begitu,saya masih tak faham akan hukum taklid yg di bolehkan dan di haruskan....harap2 yg ada pengetahuan dan ada hujah2 sila lah beritahu supaya kemuskilan ini terjawab dari sudut ilmiah bukan dari sudut, fanatik terhadap sesuatu mazhab WALLAHUALAM

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.