KUANTAN, 11 Mac [11.45 am] - Pertama kali selepas enam tahun, akhirnya dua sahabat akan bertembung dalam satu ceramah berbeza pada tarikh dan lokasi yang sama 12 Mac ini. Rakyat Kuantan terutamanya penduduk di kawasan Parlimen Paya Besar masih ingat dengan kisah "Pembubaran Parti KeADILan Bahagian Paya Besar" beberapa hari menjelang pilihanraya umum ke-11 tahun 2004 yang lalu. Ketika itu Ketua Bahagian Paya Besar ialah Wan Jusoh Wan Kolok, dan orang yang bertanggungjawab dalam insiden itu ialah Mohd Shukri Mohd Ramli yang lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau. Pertemuan sulit dan perjanjian rahsia yang dibuat semua berpunca daripada kelicikan Lokman Noor Adam iaitu bekas pemimpin pemuda parti ketika itu. Beliau dipecat dari parti oleh Presiden, Dr.Wan Azizah selepas berlaku perselisihan fahamnya dengan Ketua Pemuda ketika itu iaitu Ezam Md Noor. Banyak rahsia sulit yang berlaku hingga menyebabkan bahagian Paya Besar dibubarkan. Semuanya kerana kebijaksaan anak muda bernama Lokman Noor Adam mencatur permainan sehingga membolehkan beliau kini kembali bersama UMNO, malahan bergelar Exco Pemuda UMNO Malaysia semula. Segala rahsia yang terjadi kini berada ditangan Cucumatkilau, dan Lokman Noor Adam sengaja mencari padah apabila dikatakan akan mengadakan ceramahnya di rumah ADUN Inderapura, Dato' Shafik Fauzan yang letaknya tidak jauh dari lokasi ceramah PAS di Pasti As-Sa'adah, Kg.Razali pada hari Jumaat ini (Esok). Jarak tempat ceramah yang begitu hampir, malahan difahamkan bunyi speaker dari lokasi ceramah PAS khabarnya boleh didengar hingga ke rumah YB terbabit. Maka kini, "buku akan bertemu dengan ruas", kerana Cucumatkilau akan mendedahkan siapakah Lokman Noor Adam yang sebenarnya. Pertembungan dua ceramah dalam lokasi yang sama ini bakal memberi satu tamparan hebat buat UMNO sebenarnya. Tambahan pula program "Juara Rakyat" anjuran mereka baru-baru ini langsung tidak mendapat sambutan jika dibandingkan dengan program "Cakna Rakyat" anjuran PAS yang diadakan selepas itu. Maka, sudah pastilah ceramah yang akan berlangsung ini bakal menarik perhatian rakyat.
Poster Tipu Rakyat, Ruslan Kassim Juga Hadir
Sungguh memalukan apabila maklumat yang kami terima, program anjuran UMNO yang bakal menampilkan Lokman Noor Adam itu memaparkan poster yang tertera lambang PAS dan PKR serta nama Pasti As-Sa'adah yang diperbesarkan. Ia bertujuan untuk mengaburi mata rakyat kononnya ceramah tersebut adalah anjuran Pakatan Rakyat. Walhal, ia adalah anjuran UMNO sendiri. Tindakan ini amat memusykilkan kita kerana apakah tidak ada cara lain untuk UMNO memancing rakyat terutamanya penyokong PAS, PKR dan DAP hadir ke ceramah mereka itu?. Jika penyokong UMNO, mungkin puak-puak mereka boleh mengupah dan memberi rasuah untuk hadir. Inilah budaya UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Malah kami difahamkan turut akan hadir berceramah bagi membantu Lokman Noor Adam ialah bekas pemimpin PKR juga iaitu Ruslan Kassim (foto). Ini amat mengejutkan, kerana jarang sekali kedengaran Roslan dijadikan "badut UMNO" selepas beliau menyertai parti itu sebelum ini. Jika benar Ruslan Kassim turut sama dalam ceramah dalam program anjuran parti UMNO itu.
[Poster ceramah PAS dan ceramah UMNO itu kini sedang diedarkan dan ditampal di merata tempat. Makanya, sudah pastilah orang ramai akan berpusu-pusu membanjiri ke dua-dua lokasi berkenaan untuk mendengar sendiri penjelasan yang bakal dilakukan oleh kedua-dua penceramah terbabit. Selain Cucumatkilau, turut akan berceramah di Pasti As-Sa'adah itu nanti ialah Saudara Sany Hamzan (Exco Pemuda PAS Selangor) dan Ustaz Rosli Jabar (Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan). Apapun yang terjadi, Lokman ternyata membuat satu kesilapan apabila cuba menjadi "petualang rakyat" dengan menyertai UMNO. Sedangkan beliau tergamak membiarkan dirinya merengkok di Kem Kemunting selama dua tahun. Sia-sia sahaja pengorbanan beliau bila kembali menjilat ludahnya].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan