BIRMINGHAM 14 Mac [3.00 am] - Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei (foto), berjaya ke pertandingan akhir badminton All England. Beliau yang merupakan pemain nombor satu dunia itu dengan muda menjinakkan pemain Denmark, Peter Gade dengan keputusan 21-17 dan 21-14. Permainan yang konsisten sejak dari set pertama lagi membuatkan Chong Wei berjaya mengawal perlawanan dengan bijak. Malah, beliau begitu bagus sekali bermain di jaring dan banyak mata penting diperolehi menerusi strategi itu. Kegairahan penyokong Denmark untuk menyaksikan pemain mereka ke akhir selepas Peter Gade kalahkan Taufik Hidayat (20-22, 22-20, 22-20) dari Indonesia di suku akhir akhirnya gagal membuahkan hasil. Keputusan ini menyaksikan Chong Wei itu akan berhadapan dengan pemain dari Jepun iaitu Kenichi Tago yang menewaskan pemain China Bao Chunlai 18-21, 22-20 dan 21-18 di satu lagi perlawanan separuh akhir. Dengan kemenangan ini juga maka harapan untuk Lee Chong Wei muncul juara All England semakin cerah, tambahan pula musuh tradisinya Lin Dan tertewas dalam perlawanan suku akhir sebelum itu. Lain-lain perlawanan menyaksikan Tine Rasmussen (Denmark) menewaskan Seina Nehwal (India) 21-19, 21-17 dam Wang Yihan (China) tewaskan Wan Xin (China) 21-17, 26-24 dalam dua perlawanan separuh akhir wanita. Sementera itu dalam acara bergu wanita telah menyaksikan Cheng Shu/Zhao Yunlei (China) kalahkan Ma Jin/Wang Xiaoli (China) 21-17, 21-18 dan Du Jing/Yu Yang (China) kalahkan Pan Pan/Tian Qing (China) 24-22, 21-10. Bergu lelaki menyaksikan Mathias Boe/Carsten Mogensen (Denmark) kalankan Guo Zhendong/Xu Chen (China) 21-16, 21-16 dan Lars Paaske/Jonas Rasmussen (Denmark) kalahkan Markis Kido/Hendra Setiawan (Indonesia) 14-21, 21-13, 23-21. Sementara itu bagi perlawanan bergu campuran pula telah dimenangi oleh Zhang Nan/Zhao Yunlei (China) kalahkan He Hanbin/Yu Yang (China) 21-14, 23-21.
[Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei. Kemenangan yang cukup bermakna untuk memberi harapan besar kepada Malaysia kembali memenangi Piala Thomas yang akan berlangsung tidak lama lagi. Melihat kepada perlawanan antara beliau dengan Peter Gade, ternyata pemain negara itu telah berjaya membuktikan kehandalannya kini. Berstatus pemain nombor satu dunia, ternyata Chong Wei kini cukup kental untuk disaingi oleh pemain lawan terutamanya dari negara Eropah. Apapun, kita sama-sama berharap agar beliau akan bergelar juara All England pada kali ini hendaknya. Teruskan perjuangan, Malaysia Boleh!!].






Syabas Datuk Choong Wei...Tahniah!! tentukan All England kita yang punya.
BalasPadam