script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Institusi Polis Semakin Bercelaru, Bila Laporan Terhadap Para Pemimpin Pembangkang Diutamakan Daripada Usaha Tegakkan Keadilan

Apa sudah jadi dengan negara kita Malaysia ini agaknya. Undang-undang semakin bercelaru dan berkecamuk. Barang sesiapa mahu selamat hidup di Malaysia maka mereka perlu menjadi ahli UMNO BN atau setidaknya menjadi penyokong pakatan karat itu. Jika tidak mereka sudah pasti akan berhadapan dengan berbagai tindakan drastik sekiranya melakukan apa jua kesalahan. Inilah yang berlaku kepada pemimpin dan juga mana-mana rakyat yang menyokong parti pembangkang di negara ini. Menyokong pembangkang (Pakatan Rakyat) sudah dianggap sebagai satu kesalahan besar dalam negara kita. Malah, berbagai akta digunakan untuk menghalang rakyat menyokong parti pembangkang dan kembali bertopengkan UMNO Barisan Nasional. Rakyat akan dianggap serta dilabelkan seperti penjenayah hanya kerana memakai lambang yang berbeza dengan kerajaan yang ada. Atas nama demokrasi, apakah ini namanya corak pemerintahan yang diagung-agungkan sangat itu. Jika rakyat marhaen dihenyak dengan berbagai peraturan dan hukuman, apatah lagi bagi pemimpin yang berjuang untuk mereka. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada ramai pemimpin Pakatan Rakyar hari ini, yang senantiasa ditekan dengan berbagai tindakan yang tidak sepatutnya. Malah, mereka akan berhadapan dengan berbagai musibah akibat semangat perjuangan tinggi yang gagal dipatahkan oleh kerajaan. Mereka mahu, pemimpin yang mudah untuk dijual beli dan diperdagangkan supaya senang mereka mencatur masa depan. Lantaran itulah, puak-puak ini akan mengangkat mana-mana pemimpin pembangkang yang sanggup menjilat kembali ludah mereka dan menyokong kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jika mereka enggan, maka sudah pasti berbagai helah dan strategi diatur untuk mematikan riwayat politik pemimpin itu. Tidak cukup dengan pihak polis, mahkamah juga dijadikan alat pemuas nafsu mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

Laporan Polis Terhadap Anwar Di Siasat Segera

Akhirnya, rakyat yang bijak berfikir dan tidak rela bersekongkol dengan pemimpin serta kerajaan khianat seperti itu terpaksa memberontak dalam apa jua cara sekali pun. Inilah yang menakutkan mereka kerana rakyat yang sanggup menumpahkan darah hingga titisan darah yang terakhir akibat membela rakyat dianggap sebagai satu bebanan buat mereka. Maka itulah, berbagai tindakan yang menyalahi akta dan undang-undang terpaksa dilaksanakan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu salah seorang pemimpin rakyat yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN sekarang ini. Anwar menjadi mimpi ngeri buat ramai pemimpin UMNO sekarang ini, tambahan pula mantan TPM itu kini bergelar Ketua Pembangkang di parlimen pula. Tidak cukup dengan isu konspirasi liwat II untuk menghalang kemaraan Anwar, kini agenda "16 September" pula dijadikan "batu loncatan" untuk mendakwa Anwar. Malah, kenyataan "petualang rakyat" Zahrain Hashim di parlimen yang nyata diskripkan mereka itu mahu dijadikan sebagai alasan munasabah bagi menahan Anwar. Akhirnya pihak polis umumkan akan membuat siasatan terhadap Anwar berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahrain itu. Soalnya sekarang, bagaimana jika tohmahan Zahrain itu adalah omongan kosong dan sengaja diada-adakan akibat mengharapkan habuan seterusnya daripada UMNO?. Maka, banyak laporan polis dibuat oleh puak-puak UMNO terhadap Anwar. Terbaru hari ini, Pemuda UMNO Selangor pula membuat laporan polis berhubung pendedahan Zahrain itu. Laporan polis itu telah dibuat oleh Ketua mereka iaitu Suhaimi Mohd Ghazali kira-kira jam 9.50 pagi tadi.

Laporan Polis Terhadap Najib Razak Di Biarkan

Soalnya sekarang, kenapa pihak polis begitu berselera untuk menyiasat laporan yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim itu sendiri?. Masihkah kita ingat berbakul-bakul laporan polis dibuat terhadap pemimpin UMNO sebelum ini yang dibuat oleh rakyat, tetapi kenapa hingga ke hari ini masih gagal disiasat malah diambil tindakan?. Laporan polis di buat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap Perdana Menteri Najib Razak berkaitan dakwaan penglibatan Perdana Menteri Najib Razak dalam kes Altantunya, kenapa hingga ke hari tidak diumumkan untuk siasatan?. Kenapa bila Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap Anwar maka begitu "Cekap, Adil Dan Telus" polis melakukan tindakan. Kenapa ini berlaku, sedangkan kesalahan dan laporannya tetap sama dan mereka berdua adalah rakyat Malaysia yang kononnya mengamalkan dasar pentadibiran demokrasi. Jika inilah senario yang berlaku, maka Malaysia sudah menjadi "negara polis" dan bukan demokrasi lagi tetapi "kuku besi". Pasukan polis takut untuk menyiasat mana-mana pemimpin UMNO yang melakukan kesalahan termasuk jenayah, kerana mereka gusar dikenakan tindakan termasuk pemecatan. Ini bermakna pihak polis bukan bekerja untuk rakyat dan kerana Allah sepetri yang diusung dikepala mereka sejak sekian lama itu. Mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT yang mencipta mereka. Balasan akhirat yang dijanjikan itu, langsung tidak ditakuti. Malah mereka sanggup melakukan "sumpah taat setia" kepada manusia, biarpun tahu ia adalah satu kezaliman atau tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan. Jika ini berterusan, maka sudah pasti rakyat akan terus membenci institusi kepolisian itu sendiri akhirnya.

[Apapun yang terjadi, rakyat melihat peristiwa yang terjadi di parlimen tentang pendedahan "16 September" oleh Zahrain Hashim itu sememangnya satu strategi UMNO untuk memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka dapat menghidu bahawa "kes liwat II" yang dimain-mainkan itu bakal menemui jalan buntu setelah ia gagal meyakinkan masyarakat antarabangsa. Maka itulah, jalan terbaik ialah mencari alasan lain pula untuk mendakwa mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Rakyat sudah tidak yakin lagi dengan berbagai tuduhan yang sengaja dilemparkan oleh puak-puak UMNO dalam usaha mereka ingin mencemar dan menjatuhkan nama baik Anwar. Rakyat harus bijak menilai segala apa yang berlaku ini dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Yakinlah, kebenaran Islam dan keadilan pasti akan tertegak jua akhirnya].
Share:

20 ulasan:

  1. Lu pikirle ramai-ramaiAhad, Mac 21, 2010 4:56:00 PTG

    Berita paling lawok

    BalasPadam
  2. Telah terbukti dan telah dibuktikan bahawa AlJuburi memang seorang pengkianat negara dan bangsanya. Terbaru beliau dgn sokongan Hindraf telah memburukkan kerajaan di London dan melobi ahli parlimen British supaya mengeluarkan usul utk menekan kerajaan supaya menggugurkan kes liwatnya. Sebelum ini di Ausralia beliau telah berjaya memfitnah dan memburukkan kerajaan dan negara sehingga 50 MP Australia mendesak kerajaan supaya menggugurkan kes tersebut. Apakah motif si al-juburi ini? tidak lain tidak bukan ia hanya satu usaha untuk menyelamatkan dirinya dgn berselindung disebalik tuduhan dan fitnahnya terhadap negara ini yg telah mengamalkan politik penganiayaan pd pihak pembangkang, pemimpin dan kerajaan korup, ketidak adilan undang-undang, hakim-hakim yg tidak berintegriti, penindasan kaum bukan melayu, dan macam-macam keburukan dan fitnah dilemparkannya. Ini adalah siri 'road show'nya dseluruh pelusuk tanah air dan diluar negara (Eropah, Australia dan Amerika) utk menemplak dan memburukkan negara dan kerajaan dgn menggambarkan beliau telah dianiaya. Beliau menggunakan kepakaran dan kehebatan berpetah secara bersahaja dikhalayak ramai utk bebrbohong mengenai dirinya.
    Kebenaran telah terserlah satu demi satu mengenai si al juburi ini. Dlm kes pendedahan oleh Zahrain di Parlimen tempoh hari si al juburi lansung tidak berupaya utk menangkis segala pendedahan yg telah dibuat. Kerana malu disebabkan tembelangnya sudah pecah, si al juburi terus lari dari menghadapi situasi yg telah menjatuhkan maruah dan integritinya. Malah beliau telah lari jauh meninggalkan negara dan berkokok diluar negara kononnya beliau telah dianiaya secara terancang dan sistematik.
    Tetapi sebilangan besar rakyat dan penyokongnya telah sedar akan pembohongan dan tipu helah al juburi. Mereka telah insaf dan telah meninggalkan PKR yg sdng membusuk. Dari kalangan PR, hanya dari PAS iaitu Nik Aziz sesat yg tampil membela beliau dgn menghalalkan cara si al juburi itu. Tuan dewanya DAP lansung tidak membela si al juburi ini kerana mereka tahu bahawa si al juburi memang seorang penipu sejak sekian lama.
    So, sedarlah wahai penyokong tegar al juburi. Jangan bersekongkol dgn orang yg akan menjahanam dan memporak perandakan negara ini semata-mata untk menjadi PM dan utk membalas dendam kesumatnya.
    Negara akan aman dan selamat tanpa DSAI Al-Juburi.

    BalasPadam
  3. saudara pondan 06:00pm..
    kalau kau nak makan najis BN/UMNO dipersilakan.kalau dsai boleh dituduh kenapa najib tak boleh dan lagi satu jangan hina kan TGNA. pernah ke ada mana mana mp umno iman kan sembahyang? kita tak setanding nak pertikaikan pegangan islam TGNA.

    BalasPadam
  4. Langkah menyiasat tindakan mengkianati negara dan bangsa memang diutamakan oleh PDRM. Nasiblah terkena dekat batang hidung Anwar...ini memang kehendak Allah kepada orang yang berbuat mungkar...

    BalasPadam
  5. fidel castro,
    jangan hang tak tahu, nik aziz lah bapak segala ulama sesat yg telah mengharu birukan umat islam dinegara ini. sbg contoh, kenyataan beliau tentang bekerjasama dgn syaitan a.k.a dgn DAP, menghalalkan pembohongan al-juburi, menghalalkan lompat parti ke PR atas keinsafan dan kesedaran, manakala lompat parti ke BN atau Bebas adalah haram, melabelkan Ustaz Nasaruddin sbg sampah, menuduh orang UMNO mengamalkan islam plastik, bekerjasama dgn parti MCA dan MIC haram, tapi dihalalkan berpeluk cium dgn DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh, menentang sekeras2nya cadangan utk satu kerajaan perpaduan i.e satu usaha untuk menyelamatkan perpadauan dikalangan umat islam dinegara ini..Lain-lain bukiti nik aziz ulama sesat dan lidah biawak pasir ialah mengamalkan kronisma, menerima sponsor pergi haji (nasib baik tak jadi..)menghalalkan percukaian dari sumber yahudi i.e. Tesco di KB...dll..
    Apakah ini ulama sebenar yg harus dihormati dan dipercayai??? nik aziz memang sudah sesat dan mesti dibuang jauh-jauh supaya umat islam tidak terus dikeliru dan terkeliru kerana amalan dan kata kata beliau..

    BalasPadam
  6. YAAAAAAAAAAAAAAA ambik ko fidel castro... namapun lebih kurang suku yahudi aje...

    BalasPadam
  7. anwar dah takder penyokong di malaysia ni, semua pemimpin2 seperti mantan PM-Pak Lah & Mahathir semuanya tak sokong beliau. Itulah sebabnya dia minta simpati di luar Negara.

    Lepas ni, dia saya rasa, kalau kes beliau dah nak sampai ke penghujung, dia gerenti carik perlindungan di luar. Macam aritu dia gi ke turkey embassy untuk menyelamatkan dirinya..kes ngn saiful ni pun, ada possibility dia akan lari sebelum verdict dikeluarkan.

    BalasPadam
  8. Apalah nak dirisaukan....kerajaan BeerauN dikepalai UMNGOK dah semula jadi BONGOK!!!! Biarkan UMNGOK terjun dengan labu-labunya. Biarkan...biarkan!!!

    BalasPadam
  9. PKR di anggota oleh orang orang busuk hati dan pendengki, boleh jumpa dimana mana penyokong PKR hanya nak jatuhkan org saja kan ke busuk hati tu,,,

    BalasPadam
  10. org humno ni memang terlalu banyak rasuah sampai hati pun tahap sampah..kalu cakap tahap longkang..nak besar kan perut dengan dosa jek..ulama pun dicerca mcm dia pandai nak mampus pasal agama.baca fatihah pun dok betul lagi nak tegur ulamak...makan tahi lah puak humno sampah

    BalasPadam
  11. UMNO sekare meme bapok segalo celako dan hok mano dok sokong UMNO lagi tu bo lah weh UMNO wei gapo dio gak ko mung sapa mu sggp gadai maruah dan agamo nis... mapus lah UMNO cepat2 aku doh tok sabar nok tgk UMNO mapus

    BalasPadam
  12. Ya Allah ya Tuhanku, kau jadikanlah Najib Razak dan sekutu-sekutunya bisu, buta dan pekak. Jadikanlah hidupnya terseka kerana kekejamannya Ya Allah. Amin ya rabbilk alamain

    BalasPadam
  13. saudara pondan anon 6 pm
    pada diri manusia ini anugerah yang dikurniakan oleh allah adalah akal yang bersifat insan...yang mampu berfikir dengan nilai kemanusiaan..dan kembali kepada fitrah insaniah..
    maka sebab itulah apabila wujud sesuatu isu yang bersifat dangkal yang penoh dengan tuduhan melulu tanpa disertai oleh fakta dan ilmu,
    maka dapatlah dianggap saudara ini sememangnya bodoh serta selesa didalam kebodohan.

    BalasPadam
  14. Anon 22-8.51, 11.30, Anon 23-10.20 dan mr castello adalah contoh terbaik product dari tarbiyah nik aziz. memang dah jadi trend dan kebiasaan puak2 PR ini akan memaki hamun dan menggunakan kata-kata kesat bila keadaan tidak memihak mereka.
    Doa mohon keburukan dan kemusnahan pada orang-orang seagama sudah menjadi amalan mereka. Ini adalah ajaran tipikal dari nik aziz yg telah dipraktikan oleh golongan sesat mereka diseluruh negara. Apa jenis islam mereka ini? jawapannya ialah jenis islam yg dibawa oleh nik aziz dan anwar ibrahim.
    dan ia adalah salah satu contoh kemungkaran yg dibawa oleh kedua orang ini. Yg sedihnya mereka begitu yakin yg Allah yg maha esa akan memakbulkan doa mereka kerana mereka merasakan hanya diri mereka sahaja yg maha mulia dan maha suci disisi Allah. Pada mereka orang-orang UMNO semuanya kafir dan hina serta tidak layak berdoa mohon perkenan dari Allah kerana Allah hanya mengiktiraf dan menerima doa dari nik aziz sahaja. Inilah sifat-sifat takbur, riak, angkuh dan sombong yg mengalir dlm darah daging dari kalangan puak2 PR. Allah dan islam hanya milik mereka sahaja dan hanya mereka yg berkuasa dan layak utk bercakap pasal islam.
    Kpd puak2 diatas, sedarlah akan sikap dan perbuatan mungkar ini. Inikah jenis parti yg anda mahu kami sokong?
    Jawapannya TIDAK sama sekali...kami tidak sezalim itu. Yg benar tetap benar dan sebaliknya..

    BalasPadam
  15. peliklah dengan penyokong umno ini sanggup menghukum orang lain, jangan jadi macam ni akhlak dah lah tak baik sara anak isteri macam mana pula

    BalasPadam
  16. rasanya penyokong umno lagi teruk

    BalasPadam
  17. Allah yang maha adil tahu setiap apa jua perkara,sememangnya dah termaktub didalam ilmu Allah.
    sebagai manusia biasa seharusnya kita kembali kepada fitrah dan fikrah,kalau ianya zalim,tetap zalim..dan manusia yang waras tidak akan akur kepada kezaliman..
    begitu banyak peristiwa yang banyak terjadi mengenai kezaliman,penindasan sang penguasa yang nampak jelas terhadap pihak yang tidak sealiran dengannya..kemudian disajikan dengan info info yang sangat jelas
    mengenepikan daya keintelektual rakyat yang semakin celik..
    rakyat yang tersedar semakin hari semakin ramai,dan mereka yang berkuasa masih lagi bermimpi seolah olah dapat menggunakan kuasa mereka dapat menyekat kemaraan rakyat..
    menolak sebarang kezaliman adalah fitrah kemanusiaan yang melangkaui jurang kaum.
    isu ini tidak mengenai melayu atau cina atau india..itulah sebabnya dapat diperhatikan rakyat kini bangun bersama sama tanpa mengambil kira kefahaman serta kaum menolak secara total apa saja bentuk kezaliman...
    kembali lah kepada fitrah ini..

    BalasPadam
  18. Castello, takrif kezaliman yg tuan pakai dan tujukan tidak tepat. Tuan hanya mengambil kira dari perspektif yg negatif Kezaliman yg dilakukan oleh kerajaan hanyalah takrif tuan sahaja. Tuan harus faham apa erti dan maksud perkataan 'zalim' itu. Tiada kezaliman berlaku sebenarnya jika tuan memahami makna perbuatan zalim tersebut. Apa yg berlaku ialah salah laku, salah guna kuasa, manupulasi, penipuan, penyelewengan. Akibat dari perbuatan ini mungkin ramai yg menjadi mangsa. Tapi adakah mangsa tadi telah dizalimi secara lansung sehingga hilang nyawa dan harta benda? Belum pernah perkara sedemikian berlaku. Cuma utk menggambarkan perbuatan buruk mereka itu dari persaan benci dan marah pada perbuatan mereka itu maka perkataan zalim digunakan.

    BalasPadam
  19. hok tonggeng jubur masa pilihanraya sokmo tu ponyokong maner?doh lah jahil agama nak kata pulok ulamak PAS sesat doh nok kate guaner..kalu org kapir tahan lagi kate gitu ni ngaku islam konon2nye lah..tok salah doakan masuk longkang jek org humno ni..
    kat kemunting kuantan surau pon nok kucar gak..berebut jadi pengerusi surau sampai hok dok tahu ngaji pun nak jadi.pasal nak bahang petes

    suruh jadi iman lari terus..hok nilah geng humno longkang tahap lembu pendek..kerana duit tolok dosa pahala...

    BalasPadam
  20. Hairankah kita dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Fitnah menjadi amalan hidup kita. Nak hidup mesti ada yang akan menjadi kambing hitam. Seperti cerita zaman dulu, mesti ada yang menjadi korban bagi mengekalkan kekuasaan. Zaman jahilliah pula menjadikan anak perempuan sebagai korban untuk mengelakkan aib masa depan. Oleh itu berbaliklah kepada Islam, agama yang menjadi penyelamat umat manusia sehingga akhir zaman.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.