script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Pelaburan RM1 Billion Setahun Untuk 1Malaysia F1, Sah Kini PM Najib Razak Dahulukan Dr.Mahathir Daripada Rakyat Yang Memerlukan !

Kenyataan "Penasihat Kerajaan Malaysia", Mahathir Mohamad bahawa nilai faedah iklan yang akan diraih daripada pasukan Formula Satu (F1) negara adalah 100 kali lebih banyak daripada kos pelaburan bagi pasukan itu adalah amat dikesali sama sekali oleh rakyat. Malah Mahathir pelaburan dalam pasukan F1 negara bukan satu pembaziran kerana kebaikan daripada segi pelancongan dan kemajuan teknologi adalah lebih banyak. "Malah, semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan negatif, terdapat industri yang terus berkembang seperti pelancongan. "Kami berpandangan F1 adalah wadah penting untuk mempromosikan Malaysia kepada dunia," katanya. Apa yang jelas dapat dilihat sekarang ini ialah ternyata Perdana Menteri, Najib Razak lebih mengutamakan "tembolok Mahathir" daripada hasratnya untuk mendahulukan rakyat. Dalam sekelip mata, ketika rakyat masih menderita dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Dengan kenaikan harga minyak di pasaran, tiba-tiba perkara ini diumumkan oleh kerajaan. Soalnya sekarang, kenapa Najib tiba-tiba begitu "utamakan F1" daripada rakyat?. Apa motifnya untuk mempopularkan Malaysia dalam aspek pelancongan?. Tidak cukupkan dengan menjadi penganjur kejohanan itu selama ini?.Apa yang kita tahu, selepas beberapa tahun F1 dianjurkan di Litar Sepang belum ada pun anak Malaysia yang berjaya menyertai perlumbaan berprestij itu.

RM1 Billion Itu Untuk Mahathir Dan Anaknya

Biarpun kita ada Alex Yoong, namun anak muda itu sekadar dianggap pelumba kelas tiga. Penampilan beliau dalan F1 dilihat gagal menyengat dan sekadar memanaskan bada semata-mata. Akhirnya beliau terkeluar daripada senarai pelumba hebat F1. Malaysia sudah gagah dimata duni apabila berjaya membawa perlumbaan F1 ke negara ini. Malahan, pasukan Sauber-Petronas juga telah berjaya mempromosikan Malaysia di mata dunia. Apakah tidak cukup semua itu, lantaran kerajaan BN mahu berbelanja hingga mencecah RM1 billion setiap tahun untuk sukar permotoran seperti itu. Bukankah kita sendiri tahu, gara-gara langkah kerajaan membawa masuk F1 dan Motor Grand Prix, ianya telah menyebabkan gejala Mat Rempit semakin berleluasa. Malahan, kemalangan jalan raya dilihat semakin menjadi-jadi, mungkin dek kerana pemandu kenderaan melihat aksi hebat sukan permotoran yang diapaparkan di kaca TV itu. Apakah tidak cukup melihat apa yang berlaku selama ini, lantaran mahu membawa menubuhkan pasukan 1Malaysia F1 pula. Malah kenyataan Mahathir bahawa Malaysia terpaksa membayar AS$1 juta semata-mata untuk membeli iklan selama tiga minit di Jepun juga merupakan satu pembaziran wang rakyat sebenarnya. Dalam pada itu selaku PM, Najib Razak juga berkata bahawa projek itu adalah inisiatif kerajaan dan sektor swasta dengan pelaburan kerajaan adalah melalui pengeluar kereta nasional, Proton. Soalnya sekarang, kenapakah idea ini tiba-tiba muncul?. Bukankah ini semua adalah datangnya daripada Mahathir Mohamad yang baru dilantik semula sebagai Pengerusi Proton. Maknanya Mahathir berpakat dengan Najib untuk merompak wang rakyat semata-mata untuk kepentingan mereka. Apatah lagi Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) adalah anak beliau iaitu Mohzani Mahathir (foto). Makanya sebagai penasihat Proton, Mahathir menggunakan pengaruhnya untuk memaksa Najib menerima idea beliau ini sebenarnya.

Kerana Mahathir, Najib Gagal Dahulukan Rakyat

Dengan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Najib Razak itu, ia mengesahkan bahawa beliau lebih mengutama dan mendahulukan Mahathir Mohamad daripada rakyat seperti yang diwar-warkan selama ini. Bayangkan, begitu besar jumlah RM1 billion yang mahu dirompak untuk diberikan kepada Mahathir dan anaknya itu. Rakyat pula terpaksa menanggung berbagai masalah dan kezaliman yang diwarisi oleh Mahathir itu sendiri. Kini Najib seolah-olah berjaya mengelirukan rakyat dengan apa yang telah difikirkan selama ini, iaitu Mahathir memang Penasihat kepada beliau. Ia bererti Mahathir yang mengawal segala pergerakan Najib sekarang. Najib adalah badut yang dipergunakan oleh Mahathir untuk kembali bermaharajalela setelah belian dipinggirkan ketika zaman pemerintahan Pak Lah Badawi sebelum ini. Mahathir masih bertenaga untuk merompak wang rakyat. Kini namanya sering dipaparkan di media arus perdana. Malah, terdapat usaha untuk mengembalikan semula imej Mahathir yang telah tercalar sebelum ini. Mahathir bakal naik semula, itulah kata-kata sesetengah pemerhati politik sekarang ini. Namun, kita amat kecewa dengan senario ini. Mahathir yang dilihat sudah semakin insaf satu ketika dulu bahkan pernah disembur dengan gas pemedih mata ketika berkunjung ke Kelantan satu ketika dulu. Kini mantan PM itu bangkit dengan semangat baru, selepas melihat Najib benar-benar mengharapkan beliau sebagai penasihat. Isu Anwar mungkin menjadi pokok utama, menyebabkan Najib terpaksa mengikut telunjuk Mahathir. Beliau tahu, jika Anwar berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara maka bukan sahaja Najib yang bakal menanggung derita malahan juga Mahathir. Oleh itulah, kita tidak hairan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tiba-tiba menghalang Anwar untuk memaksa pihak pendakwaraya kes liwatnya menarik diri. Ini kerana semua itu adalah campur tangan Mahathir. Ini kerana Mahathir tahu kelemahan Anwar dan strategi terbaik untuk menghancurkan Anwar setelah beliau gagal dalam kes liwat pertama dulu. Inilah "target Mahathir"!

[Apa yang penting sekarang ialah rakyat sebulat suara menolak Najib dan Mahathir dalam pilihanraya umum akan datang. Langkah pertama pastikan BN terbenam di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Oktober ini. Jika mereka ini dibiarkan, sudah pastu berbillion lagi wang rakyat akan dirompak dan diagih-agihkan sesama mereka. Mahathir memang mudah lupa apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dulu. Bahkan kini, Najib mewarisi segala perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh Mahathir terutamanya dalam isu menzalimi rakyat. Bangkitlah dari lamunan dan lakukan perubahan mulai sekarang. Yakinlah kita bahawa pembaziran Rm1 billion untuk satu sukan permotoran yang mana anak Mahathir dan Proton terlibat, maka ia jelas sekali merupakan satu lagi penyelewengan wang rakyat sebenarnya. Amat malang jika kita terus menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Ingatlah Mahathir adalah PM yang telah banyak merosakkkan negara ini sebenarnya. Baik dari segi perundangan, kehakiman, ekonomi, kebajikan dan berbagai lagi. Nyahkan Mahathir !!].


Share:

Eksklusif: Saiful Ke Masjid Wilayah Kerana Solat Tarawih Atau Menyiapkan Skrip Terbaru Menagih Simpati Rakyat Terhadanya Menjelang Aidil Fitri !

Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tuduh mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau. Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci". Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful. Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.


Aksi menarik, Saiful dan bapanya di dalam Masjid Wilayah itu

Kelibat Saiful Bukhari, seolah-olah untuk mencari populariti dilihat di Masjid Wilayah baru-baru ini. Masjid yang menjadi saksi "sumpah laknat" anak muda itu, dikunjungi sekali lagi oleh Saiful untuk tujuan "bergambar dan membuat rakaman video" atas nama bersolat Tarawih. Apakah benar niat Saiful ini, atau hanya kerana untuk mencari satu lagi "publisiti murahan" selepas setahun berlalu. Kehadiran Saiful siap dengan jurugambar jelas sekali menunjukkan bahawa niat beliau sememangnya untuk "menunjuk-nunjuk". Kononnya beliau dipihak yang benar dan sudah insaf atas segala keterlanjuran yang berlaku selama ini. Malahan kelibat beliau itu langsung tidak mendapat perhatian dari kalangan jemaah yang hadir, kerana mereka tahu siapakah Saiful sebenarnya. Saiful adalah "manusia munafik dan terkutuk" kerana sanggup membenarkan "duburnya ditusuk dari belakang" oleh orang lain. Itu pun jika ia benar-benar berlaku. Namun, ramai dikalangan rakyat sebenarnya melihat apa yang terjadi ini hanya "imiganasi Saiful Bukhari" sendiri, yang amat mengidamkan untuk popular dan hidup dalam kemewahan selepas berjaya melakukannya. Kini, harapan beliau untuk "menuju puncak" dalam sandiwara ini sudah hampir tercapai, pabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar baru-baru ini. Saiful bertambah yakin yang beliau pasti akan berjaya dan habuan yang dijanjikan bakal diterima bila-bila masa sahaja selepas ini agaknya.


Inilah dia rakaman video skrip terbaru yang disiapkan oleh Saiful itu


[Terkadang, lucu juga pabila melihat permainan politik Saiful Bukhari Azlan ini sebenarnya. Tambah menarik skrip terbaru ini terus disiarkan didalam blog peribadinya. Apa yang jelas, bagi puak-puak UMNO mereka akan bertambah yakin dan bersemangat bahawa Saiful dipihak yang benar dan memang mangsa liwat Anwar. Namun, bagi mereka yang bijak melihat permainan Saiful ini maka kami yakin kehadiran Saiful ke Masjid Wilayah itu tidak lain tidak bukan untuk menunjuk-nunjuk dan membuktikan beliau dipihak yang benar. Jika dulu beliau tergamak bersumpah laknat di dalam masjid berkenaan, dan kini beliau hadir untuk bersolat Tarawih. Soalnya sekarang, kenapa mahu dihebaoh-hebohkan kiranya benar beliau bersolat Tarawih? Bukankah kehadiran beliau ke situ telah dirancang dan skripnya telah diatur. Apakah benar beliau bersolat Tarawih dan duduk di saf hadapan, sedangkan jemaah nampak lengang ketika itu. Harap mereka yang melihat kehadiran Saiful memberi maklumat di sini. Apapun, jika benar Saiful sudah insaf maka kita amat berbangga dengan beliau. Namun, beliau harus membersihkan pula nama orang yang difitnahnya terlebih dahulu. Jika tidak, sudah pasti rakyat tidak akan menerima keinsafan itu].

Share:

Cyberita: Penyelewangan Dalam Isu PKFZ, Najib Dan Semua Menteri Terlibat Wajar Letak Jawatan Demi Kepercayaan Rakyat Terhadap Kerajaan !!

KUALA LUMPUR, 17 Sept - Perdana Menteri Malaysia Naijb Razak, Timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk “What the Cabinet hid from the Malaysian public” adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (foto). Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00. “(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu. “Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta,” tegas Mahfuz. Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja. Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya? Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion. “Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ. “Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ ini.

Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu. Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu,” katanya. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ. “Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan ‘dibanjirkan’ dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan,” kata beliau. Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion. Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan. Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ. KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil (foto). Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003. Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

[Skandal PKFZ ini bakal membenamkan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil DUNBagan Pinang tidak lama lagi. Isu PKFZ ini jika dikaji secara logiknya sekali pun memang menunjukkan bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Dari segi pembelian tanah, kelulusan projek, penjualan balik dan sebagainya sudah jelas menunjukkan bahawa terdapat campurtangan pihak atasa yang mahu mempercepatkan proses ini. Cuma apa yang berlaku sekarang, selepas isu ini didedahkan maka kesemua mereka bagai cacing kepanasan untuk mencari jalan keluar agar tidak didakwa. Mereka beruntung kerana orang UMNO dan BN. Bayangkan jika ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekarang, sudah pasti akan ditangkap dan dibelasah oleh SPRM. Apa yang dilakukan sekarang, mereka semua cuba untuk mereka dan merubah segala bukti-bukti yang ada. Mereka tidak menyangka bahawa kerajaan Selangor akan bertukar tangan dan menyebabkan perkara ini terbongkar. Bayangkan, jika kerajaan BN masih memerintah Selangor sekarang ini?. Sudah pastilah kes ini akan ditutup rapat-rapat oleh mereka dari pengetahuan hamba rakyat].


Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber

Hj.Suhaimi Dilantik Pengerusi Biro Felda Pusat

Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Tn. Hj Suhaimi Said (foto), telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Biro Felda PKR Pusat baru-baru ini. Perlantikan telah dibuat dalam satu mesyuarat Biro Felda PKR Pusat yang telah diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Jalan Tengku Antah, Seremban pada 12hb September lalu. Beliau yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Kuala Krau Pahang adalah merupakan aktivis masyarakat yang cukup disegani oleh kawan mahu pun lawan. Pengalaman yang luas dalam mendekati masyarakat Felda telah menyebabkan dirinya diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab tersebut. Manakala itu Tuan Hj Zahari Mamat selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar pula dilantik sebagai Naib Presiden Biro Felda Pusat dan Saudara Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Berkenaan. Dengan perlantikan ketiga-tiga pemimpin PKR Pahang ini, maka diharap ianya dapat memberi kesan positif bagi menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat di kawasan tanah rancangan Felda di Pahang khasnya dan Malaysia amnya.

[Perlantikan Hj.Suhaimi bakal memberi tamparan hebat kepada PM Najib Razak yang ditugaskan menjaga Felda. Difahamkan, Felda kini sudah menjadi badan korporat yang menzalimi para peneroka. Harga yang lebih rendah manakala kos penyelengaraan yang tinggi jelas sekali menekan rakyat. Peneroka Felda diberikan bonus raya, yang sebenarnya merupakan duit mereka sendiri yang dirompak dari hasil keringat mereka selama ini. Akhirnya para peneroka tertipu dan terlalu seronok dengan hadiah raya tersebut, walhal mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah ditipu oleh kerajaan UMNO dan BN. Oleh itu, diharapkan agar masyarakat Felda akan lebih terbuka minda mereka selepas ini, dalam membawa arus perubahan negara secara keseluruhannya pada masa akan datang].
Share:

Eksklusif: Bonus RM500, Kakitangan Kerajaan Di Negeri Pakatan Rakyat Dapat Tambahan Bayaran Bonus RM500, Apa Cerita Mereka Dari Negeri BN !

Ramai kakitangan awam, nyata tidak berpuas hati dengan pemberian bonus RM500 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Mereka menganggap, keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu jelas sekali melambangkan bahawa jasa mereka tidak dihargai sepenuhnya. Walhal, semenjak Najib Razak menjadi Perdana Menteri Mac lalu merekalah yang telah bertungkus lumus melaksanakan agenda 1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau. Apa yang lebih memeritkan lagi ialah bayaran RM500 itu pula dibuat dalam dua kali bayaran iaitu sebelum hari raya dan sebelum buka sekolah awal tahun depan. Ini bermakna mereka hanya menerima duit raya sebanyak RM250 sahaja pada tahun ini. Susulan daripada itu, beberapa orang kakitangan awam yang ditemui nyata kecewa dengan senario tersebut. Tambahan pula kerajaan baru sahaja memberi bebanan kepada mereka susulan kenaikan harga minyak sekarang ini. Malahan bagi mereka yang bakal pulang ke kampung halaman menaiki bas pula, mereka juga bakal terbeban dengan sur caj 30% yang dibuat oleh kerajaan sebelum raya tahun lepas yang akhirnya dijadikan kenaikan kadar tambang kenderaan awam itu. Semua ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN tidak prihatin dengan nasib golongan terbabit sebenarnya. Mereka hanya digunakan ketika perlu sahaja, dan tidak diutamakan ketika mereka pula amat memerlukan bantuan kewangan tersebut terutamanya menjelang Hari Raya ini.

Apalah yang dapat dilakukan sangat dengan wang sebanyak RM250 itu, jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi hari ini. Biarpun kakitangan awam kecewa dengan perkembangan ini, namun lain pula jadinya dengan mereka yang bertugas di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Difahamkan, tiga negeri terbabit setakat ini iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing telah mengumumkan pemberian bonus RM500 lagi kepada kakitangan terbabit. Ini bermakna mereka akan mendapat tambahan RM500 yang keseluruhannya berjumlah RM1,000. Tambah menarik lagi bonus tambahan itu bakal diberikan sekali gus RM500 menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Ini bermakna mereka bakal menerima RM750, iaitu RM250 diberikan oleh kerajaan pusat dan bakinya oleh kerajaan negeri. Soalnya sekarang, disaat Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba apa pula ceritanya kerajaan negeri BN sekarang?. Amat memalukan bila mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang disekat peruntukan kerajaan pusat dapat memberikan kebajikan kepada kakitangan mereka. Sedangkan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN yang menadapat berbagai peruntukan kerajaan, gagal untuk memberi "duit raya" kepada kakitangan awam.

[Senario yang berlaku ini jelas sekali menunjukkan bahawa kerajaan negeri BN sebenarnya mempunyai masalah kewangan yang serius untuk berbuat demikian terutamanya negeri Pahang Darul Makmur ini sendiri. Hutang yang banyak dan belanjawan yang defisit telah menyebabkan kerajaan negeri gagal untuk menghargai kakkitangan kerajaan di negeri ini. Berbanggalah rakan-rakan mereka yang bertugas di negeri Pakatan Rakyat. Kerana ketelusan dan sikap berhemah dalam berbelanja menyebabkan berbagai kebajikan rakyat dapat diagih-agihkan ketika saat memerlukan. Oleh itu, diharapkan agar kakitangan awam yang menjadi tulang belakang kerajaan di negeri BN dapat melakukan sesuatu untuk merubah fenomena ini. Lakukan perubahan untuk kesejahteraan dan keselesaan hidup pada masa yang akan datang. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua!].

Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Sept - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tudu mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin membuat keputusan tersebut di kamar hakim hari ini. Anwar pada 11 Ogos lalu memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes Anwar II. Tujuh individu terbabit adalah Peguamcara I Datuk Idrus Harun, Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwaraya Datuk Nordin Hassan, Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Samsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin. Permohonan ini dibuat berdasarkan tindakan prejudis Peguam Negara Gani Patail dalam pendakwaan, dengan merujuk kepada insiden 'mata lebam' 1998 yang mendapati Gani bertindak merekacipta bukti terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dalam afidavitnya, Anwar berkata pihak pendakwaraya yang terbabit bersekongkol dalam komplot Gani. Pemimpin reformasi ini mahu Mahkamah Tinggi melucutkan pembabitan mereka kerana beliau percaya pasukan pendakwaraya turut prejudis dalam pendakwaan. Antara faktanya adalah dokumen-dokumen dari pihak pendakwaan yang mengesampingkan bukti menyokong pembelaan Anwar Ibrahim. Ini termasuk laporan perubatan dari empat doktor pakar yang mendedahkan Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat. Sekiranya mahkamah menyabitkan kesalahan pada Anwar, kerjaya politiknya akan berakhir.

[Satu keputusan yang nyata tidak berpijak di bumi yang nyata dan sengaja dibuat-buat, sedangkan rakyat majoritinya tahu penglibatan Gani dan Musa dalam kes mata lebam Anwar dulu. Malah, media juga telah melaporkan bahawa Anwar mencederakan dirinya sendiri bagi menagih simpati rakyat. Namun, selepas siatan Suruhanjaya Di Raja di buat maka terbukti bahawa ia dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor. Soalnya, kenapa Musa dan Gani menipu rakyat?. Bukankah ini membuktikan adanya komplot jahat antara mereka. Maka itu, adalah wajar Gani tidak terlibat dalam kes terbaru Anwar ini demi keadilan dan kepentingan perbicaraan tersebut. Namun, jika ini keadaannya maka kita tidak hairan dan yakin bahawa Anwar pasti akan kembali ke penjara].


Share:

Isu Pahang: Mercu Tanda Kebanggaan Puak-Puak UMNO "Bera Water Front" Kini Terbiar Layu, RM2 Juta Wang Rakyat Lebur Dirompak Oleh Mereka !!

BERA, 16 Sept - Orang ramai di sekitar kawasan ini amat kecewa dan musykil dengan projek "Bera Water Front" yang dilihat semakin kaku dan lesu. Projek yang dibina dengan kos mencecah RM2 juta sejak setahun lalu itu, ternyata menjadi satu lagi projek "gajah putih" yang dimonopoli oleh puak-puak UMNO terutamanya kroni-kroni Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekarang ini iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ternyata projek ini jelas sekali merupakan satu pembaziran yang amat nyata oleh puak-puak UMNO, dalam usaha untuk merompak wang rakyat sesuka hati mereka. Soalnya sekarang, apakah rasional Bera Water Front itu dibina, kiranya ia gagal dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh masyarakat setempat. Promosi yang kurang dan tidak jelas, bagi menarik perhatian pelancong ke situ juga menyebabkan keadaan di tapak terbabit begitu menyedihkan sama sekali. Inilah bukti kerakusan pihak-pihak berkenaan dalam melakukan sesuatu projek yang jelas hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Sedangkan hasilnya tidak ada, malah projek itu dilihat gagal berperanan akibat ketiadaan perancangan rapi untuk memajukan lokasi tersebut.


Amat menyedihkan, mercu tanda Bera yang kini semak samun tidak terjaga

Semakin rosak dan terbiar, keadaan jalan berhampiran Bera Water Front
Kini Bera Water Front yang kononnya bakal menjadi mercu tanda pelancong ke daerah terbabit, semakin tidak terjaga dan bakal musnah sedikit hari lagi. Kemusnahan yang membawa bersama jutaan wang rakyat bakal mengalir mengikut arus deras Sungai Pahang. Rakyat yang bijak sahaja dapat menilai Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati lampu-lampu yang pecah dan sejak dari awal lagi tidak bernyala dan berfungsi serta keadaan semak-samun yang jelas kelihatan disamping keadaan permukaan jalan (premix) yang telah mulai rosak sejak akhir-akhir ini. Manakala di Jeti pula masih kelihatan sebatang 'Concrete Pile' yang masih tertanam didasar sungai yang masih belum dikeluarkan. Keadaan ini amat mencacatkan pemandangan kita sama sekali. Turut menjadi kehairanan kita semua ialah ketiadaan papan tanda (Sign Board) Bera Water Front ini sejak awal lagi. Keadaan ini boleh dielakkan seandainya pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Bera (MDB) mengambil langkah-langkah segera bagi menyelenggara keadaan sedemikian. Bera Water Front ini yang terletak dilaluan utama Temerloh-Bera-Bahau di Mengkarak sentiasa disinggahi pemandu untuk berhenti rehat terutamanya di bulan ramadhan ini untuk berbuka puasa. Diharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan segera.

[Artikel ini dipetik dari blog pkrbera. Sememangnya projek yang dijalankan di tebing Sungai Pahang itu amat merugikan wang rakyat. Ia nyata menjadi punca dan alasan untuk puak-puak UMNO merompak wang rakyat. Mereka tidak langsung memikirkan masa depan projek itu, sebaliknya apa yang penting ialah hasil keuntungan tender yang dikaut oleh puak-puak mereka. Bayangkan dengan kos sehingga RM2 juta, projek berkenaan ternyata memberikan pulangan besar kepada puak-puak mereka. Lantaran itulah mereka tidak pedulikan kesudahan projek berkenaan, sama ada mendapat manfaat atau tidak, Inilah dia satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang telah membazirkan wang rakyat].

Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Pilihanraya, Lima Lagi Tahanan ISA Di Bebaskan

PUTRAJAYA - Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia. Hishamuddin juga berkata keputusan pembebasan kelima-lima tahanan itu itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

[Seperti yang sudah sedia maklum bahawa pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang bakal diadakan tidak lama lagi. Maka seperti biasa pemimpin UMNO BN cuba melakukan "Magic Trick" untuk mengelirukan rakyat. Sebelum ini perkara yang sama dilakukan sebelum pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kini ia sekali lagi dilakukan menjelang pilihanraya kecil di Bagan Pinang pula. Apapun rakyat lebih bijak menilai apa yang dilakukan oleh mereka ini sebenarnya].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

H1N1, Tiada Rumah Terbuka Aidil Fitri Di Pahang

BENTONG, 15 Sept - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), tidak akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini kerana bimbang dengan penularan selesema babi atau influenza A (H1N1) yang disifatkannya kini berada di tahap serius. Adnan berkata, beliau tidak mahu membiarkan orang ramai terdedah kepada bahaya penyakit berkenaan. "Kita tidak boleh memandang ringan wabak influenza A atau H1N1 ini kerana mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ia akan memasuki gelombang kedua pada pertengahan bulan depan. "Mengikut laporan WHO itu, lebih ramai penduduk dunia akan menjadi mangsa gelombang kedua H1N1," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rahmat Ramadan di masjid Felda Sungai Kemahal, dekat sini, hari ini. Pada majlis itu beliau menyampaikan bonus hari raya kepada peneroka Felda Wilayah Mempaga dan bantuan raya kepada golongan miskin.

[Satu tindakan yang tepat dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Langkah ini haruslah disokong dan wajar dituruti juga oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Ini kerana masalah H1N1 adalah bersifat global dan tidak mencakupi fahaman politik kepartian. Justeru itu, seluruh rakyat digesa untuk mengambil perhatian dengan saranan yang dibuat oleh MB Pahang ini, tidak kira mereka daripada penyokong kerajaan mahupun pembangkang. Semoga dengan ini kita dapat terus hidup selesa dan selamat dari sebarang malapetaka yang cukup berbahaya itu].

Tol Percuma Di Lebuhraya LPT Dan KL-Karak

KUALA LUMPUR, 15 Sept - Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan menikmati laluan tol percuma sempena Aidilfitri pada awal pagi Jumaat dan Khamis depan. Tawaran itu adalah bagi perjalanan mulai jam 12 tengah malam hingga 5 pagi pada dua hari berkenaan. Presiden dan Ketua Pegawai Operasi MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata kemudahan itu diberikan untuk menggalakan pegguna merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan.

[Tahniah diucpkan kepada pengurusan kedua-dua lebuhraya itu. Nampaknya, warga Pantai Timur yang berada di Lembah Kelang bakal mendapat faedah yang cukup menarik ini. Sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh pihak terbabit selama ini. Cuma harapan kita agar pihak pengurusan dapat memastikan keadaaan lebuhraya terabit lebih selesa dan terjamin, bagi mengelakkan lagi berlakunya kemalangan pada masa akan datang. Orang ramai juga diharap lebih berhati-hati untuk pulang ke kampung. Ingatlah formula "Biar Sampai Lambat Tapi Jangan Tak Sampai Langsung" di sepanjang perjalanan menjelang hari raya ini.].

Share:

Isu Rakyat: Kerajaan Negeri Digesa Beri Perhatian Kes Masalah Air Yang Menghantui Warga Felda Di Pahang Setiap Kali Menjelang Hari Raya Aidil Fitri

Perayaan Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelang tiba. tidak lama lagi. Kemeriahan sudah terasa dimana-mana. Sanak saudara dan ahli keluarga bakal pulang berhari raya ke kampung halaman bertemu ibu bapa tercinta. Namun jauh disudut hati, ramai warga peneroka Felda di negeri ini kini bagai dirundung sedih dan pilu. Biarpun mereka bakal menerima durian runtuh daripada Felda bagi meringankan beban ekonomi. Namun, segalanya bagai tidak bermakna kerana wang itu sebenarnya adalah wang milik mereka sendiri yang telah diseludup awal-awal oleh Felda bagi tujuan menipu peneroka. Harga getah dan sawit yang jauh lebih rendah dengan harga pasaran sejak dulu, kini dan selamanya adalah bukti bahawa mereka sebenarnya telah terpedaya oleh satu sistem yang menekan serta memerah keringat mereka. Apapun, bantuan Hari Raya yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu terpaksa juga diterima biarpun dalam keadaan berduka cita. Tambahan pula pemberian sumbangan itu sedikit pun tidak memberi makna, kerana Najib awal-awal lagi sudah "mendahulukan rakyat" dengan menaikkan harga minyak baru-baru ini. Apa yang jelas, yang menjadi mangsa ialah orang-orang kampung dan warga Felda yang tidak berdosa itu. Mereka terpaksa berhadapan dengan satu situasi yang amat mengelirukan iaitu subsidi kerajaan yang cukup membebankan.

Kini masalah yang lebih besar bakal menimpa warga Felda di negeri ini sejak sekian lama iaitu masalah air. Saban tahun berita ini akan terpapar di dada-dada akhbar dan media-media arus perdana yang lain. Janji-janji manis kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini, seolah-olah hanya "melepaskan batuk ditangga" sahaja. Setiap kali musim pilihanraya berlaku, maka isu air ini menjadi pokok utama yang dijanjikan perubahan oleh kerajaan. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Masalah air terus membelenggu dan menghantui masayarakt Felda di seluruh negeri ini. Alasan yang diberikan tetap sama, iaitu kos untuk pembaikan dan menaik taraf saluran paip lama kepada yang baru memerlukan belanja yang tinggi. Maka itu, kerajaan tidak dapat melaksanakannya dalam masa terdekat. Masalahnya, jika Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut bukankah mereka boleh menggunakan peruntukkan kerajaan pusat dan juga Felda itu sendiri. Dalam masa yang sama, kerajaan pusat dan Felda kini dipimpin oleh orang yang sama itu Najib Razak. Jika Felda sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk melabur di dalam dan diluar negara, maka adalah wajar Felda juga perlu menjaga kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Felda itu sendiri. Kami difahamkan, gara-gara masalah air ini ramai dikalangan anak dan menantu peneroka Felda takut untuk pulang berhariraya di tanah rancangan terbabit terutamanya pada hari raya pertama. Malah, mereka juga gusar kerana terpaksa mencari perigi, anak sungai atau paya untuk mandi gara-gara masalah air yang sering menghantui mereka selama ini.

Bayangkan jika keluarga peneroka yang mempunyai anak dan menantu yang ramai. Sudah pasti masalah yang lebih besar akan terjadi dan membebankan mereka sebenarnya. Saban tahun mereka terpaksa berhadapan dengan masalah ini. Bila diajukan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) mereka mengatakan jawapan yang sama. Iaitu tekanan rendah kerana saluran paip air yang telah puluhan tahun digunakan itu sudah tidak sesuai dan berkarat. Kononnya masalah itu akan selesai bila saluran paip baru PVC digantikan dengan saluran sedia ada. Masalah sudah puluhan tahun itulah alasan yang diberikan. Manakala untuk diperbaiki tiada peruntukan, seolah-olah negeri Pahang ini ditadbir oleh pembangkang. Amatlah memalukan bilamana perkara serius seperti ini dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Malah, jika mana-mana peneroka yang mahu air laju di kawasan mereka maka caj tambahan akan dikenakan. Masalah ini bukan sahaja berlaku setiap kali musim hari raya, malahan juga ia melibatkan hari keramaian lain terutamanya ketika kenduri-kendara. Soalnya, sampai bilakah warga Felda di perantauan harus dihantui masalah air ini lagi?. Oleh itu diharapkan pihak kerajaan negeri dapat mendesak kerajaan pusat dan Felda menangani masalah ini dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan terus benci dan menolak kerajaan negeri itu sendiri akhirnya.

[Tinjauan krew PDO mendapati masalah yang besar ini sering melanda gugusan tanah rancangan Felda di kawasan Jengka, Mempaga, Chini, Keratong dan sebagainya. Masalah tetap sama berlaku sedangkan tiada tindakan sewajarnya dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikannya. Alasan yang diberikan juga tetap sama iaitu tiada peruntukan, sedangkan pemimpin dan wakil rakyat UMNO di kawasan terbabit berbelanja besar setiap kali mereka terus berkuasa. Janji-janji manis menjelang pilihanraya ditaburkan dan wang ringgit dijadikan senjata untuk memancing undi. Akhirnya warga Felda yang tidak mengerti semua ini terus leka dibuai mimpi dan menyokong kerajaan BN itu biarpun mereka tahu masalah itu amat menghantui mereka. Adalah disyorkan Exco Kerajaan Negeri yang menjaga urusan Felda iaitu Dato' Tan Aminuddin (foto), mengambil tindakan segera mulai sekarang. Jangan hanya mengenyangkan perut dan tembolok sendiri untuk terus menipu peneroka dengan projek-projek ternakan dan pertanian, walhal hutan balak yang terus dirompak untuk kemewahan sendiri. Rakyat yang tidak berdosa akhirnya terus menjadi mangsa kerakusan puak mereka untuk terus mempertahankan kuasa].

Share:

Edisi Pahang: Kampung Kelahiran Pahlawan Mat Kilau Kini Terbiar Layu, Kerajaan Negeri Pahang Digesa Kembalikan Kegemilangan Pulau Tawar !!

JERANTUT, 14 Sept - Sebelum ini kami pernah membicarakan persoalan tempat kelahiran Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau (foto) dan Tok Gajah yang terus dipinggirkan daripada arus permodenan negara. Kampung Pulau Tawar yang suatu ketika dulu cukup dikenali seantero dunia terus terbiar kaku tanpa pembelaan yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang bertanggung jawab terutamanya Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Bahkan sejak terbinanya jalan baru antara simpang Jengka 8 ke Jerantut, ianya jelas mematikan terus destinasi tersebut dari mata dunia. Apa yang lebih menyedihkan tidak ada satupun papan tanda sejarah yang menunjukkan Pulau Tawar adalah sebuah destinasi sejarah yang harus dikunjungi seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain. Terpinggirnya Pulau Tawar dari arus pembangunan, mungkin ada kaitan dengan kelemahan Kerajaan Negeri Pahang untuk membangunkan tempat bersejarah seperti ini. Malah, kami juga difahamkan, Kerajaan Negeri Pahang tidak mengeluarkan satu sen pun peruntukan untuk program "Jejak Mat Kilau" yang pernah disiarkan oleh TV3 satu ketika dulu. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Malahan ramai juga yang amat kecewa dengan sikap berdiam diri Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha membangunkan kembali banyak peninggalan sejarah di Pulau Tawar.


Kemunculan semula Pahlawan Mat Kilau gemparkan seluruh negara

Kemunculan Mat Kilau menjadi pencetus reformasi rakyat Pahang
Jika dulu Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, tatkala Dr.Ahmad Shukri Ismail (foto), menjadi Exco Kerajaan Negeri Pahang banyak perancangan yang mahu dilaksanakan. Namun, ianya ditolak bulat-bulat oleh ADUN terbabit, yang secara jelas melambangkan bahawa pahlawan Melayu Pahang itu bukanlah pejuang tetapi merupakan pengkhianat bangsa katanya. Lantaran itu, banyak aktiviti bagi membangunkan kawasan pelancongan bersejerah itu kini diluputkan dari ingatan beliau. Malah, beliau langsung tidak mempunyai komitmen yang kuat ke arah itu. Kami merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena atas keengganan semua pihak untuk melakukan perubahan kepada bumi yang penuh dengan peninggalan sejarah dan sudah sinonim dengan sejarah Melayu Pahang sejak zaman dahulu lagi. Malahan bagi para peminat dan pencinta sejarah, nama Pulau Tawar sememangnya sudah dikenali sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini jelas membuktikan kepada kita supaya warisan sejarah Pulau Tawar ini harus digilap kembali dan dipertahankan agar ianya tidak terus tenggelam dek zaman. Banyak kesan-kesan sejarah yang perlu dipulihara semula seperti Makam Mat Kilau, Rumah Kelahiran Mat Kilau, Masjid Pulau Tawar yang dibina oleh Mat Kilau Istana Sultan Pahang (Kini diruntuhkan dan dibangunkan Sekolah Menengah Pulau Tawar atas tapak tersebut), Tapak pertemuan Sultan Pahang dengan pembesar-pembesar Melayu semasa British berusaha memujuk Sultan Pahang menerima wakil British sebagai penasihat sultan "Residen" serta macam-macam lagi peninggalan yang perlu dinaikkan semula untuk dinikmati oleh generari akan datang. Bahkan Pulau Tawar sepatutnya dimasukkan dalam peta pelancongan negeri Pahang sebagai salah satu desitinasi sejarah di negeri ini. Tambahan pula Gua Kota Gelanggi yang kononnya dikatakan di Johor telah disahkan sendiri oleh Menteri Besar Johor sebenarnya terletak dalam kawasan Pulau Tawar.


Terbiar kaku, Makam dan Masjid Lama P.Tawar yang dibina Mat Kilau

Lambang perjuangan
, Gua Kota Gelanggi dan Sg.Pulau Tawar jadi saksi
Persoalannya mengapakah pihak-pihak yang bertanggung jawab masih bermain politik dalam usaha membangunkan Pulau Tawar ? Atas alasan apakah semua bahan sejarah ini tidak mahu dibangunkan semula. Timbul tanda tanya dikalangan pencinta sejarah sebenarnya. Bukankah kiranya Pulau Tawar dibangunkan ianya juga akan memberikan pulangan yang baik terhadap hasil pelancongan negeri ini. Sikap "Double-Standard" ini jelas dapat dilihat sebagai usaha untuk menghapuskan peta Pulau Tawar dalam lakaran sejarah negeri ini. Siapakah yang harus dipertanggung jawab atas semua ini. Sepatutnya dalam usaha ini pihak Kerajaan Negeri Pahang haruslah menubuhkan satu jawatankuasa khas ke arah pembangunan semula sejarah kegemilangan Pulau Tawar. Usaha ini pernah dilakukan ketika penemuan Mat Kilau, dimana pada tanggal 6 Ogos 1970 kerajaan negeri yang dipimpin oleh Tan Sri Yahya Mohd Seth ketika itu telah melantik Dato' Abdul Aziz Ahmad selaku ketua jawatankuasa tersebut. Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang telah mengisytiharkan kesahihan seorang tua yang dikenali sebagai Mat Din adalah sebenarnya Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123 tahun. Mengapakah dizaman era siber yang serba canggih ini, jawatankuasa yang sama sukar untuk ditubuhkan dalam usaha untuk mengembalikan semula pembangunan Pulau Tawar iaitu tempat kelahiran Pahlawan Melayu Pahang untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Kami merasa amat kecewa melihat fenomena ini.


Biarpun legenda, komplek sejarah Mahsuri megah berdiri dan dikanan,
Kompleks Sejarah Pasir Salak yang menjadi kebanggaan rakyat Perak

Seharusnya menjadi tanggung jawab generasi keturunan Pulau Tawar untuk merealisasikan hasrat ini demi keperintingan semua pihak agar sejarah ini tidak terus dibiarkan. Terkadang kami senantiasa merasa cemburu melihat keperihatinan Kerajaan Negeri Melaka membangunkan tempat sejarah Kg.Duyung iaitu kampung kelahiran Hang Tuah, Kerajaan Negeri Perak membangunkan Pasir Salak kawasan sejarah Dato' Maharajalela, Kerajaan Negeri Kedah membangunkan Padang Mat Sirat , kampung kelahiran Mahsuri. Biarpun kisah Mahsuri hanya sekadar lagenda namun ia tatap dijaga dan dipulihara dengan sebaik mungkin. Namun jika dilihat kepada kisah sejarah terbabit Sejarah Mat Kilau adalah yang terkini, bahkan Mat Kilau masih ditemui dalam era moden iaitu sekitar tahun 1970. Apa yang menarik sejarah salur galur keturunan Pulau Tawar menerusi buku "Salasilah 13 Generasi Pulau Tawar" yang masih tersimpan, jelas membuktikan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Dato' Hishahmuddin Tun Hussein adalah dari keturunan Pulau Tawar. Bahkan Pulau Tawar pernah menjadi tempat bersemayamnya baginda Sultan Pahang sekitar tahun 1880-an semasa kedatangan British ke negeri ini. Pun begitu apakah nasib malang Pulau Tawar, siapakah yang harus dipersalahkan?. Harus diingat, bahawa Pulau Tawar adalah satu destinasi bersejarah yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri Pahang secara keseluruhannya. Oleh itu langkah terbaik harus diatur bagi mengembalikan semual zaman kegemilangannya. Jika dibiarkan, maka ia akan terus layu ditelan dek zaman yang mana merugikan generasi akan datang.

[Kami difahamkan, Kerajaan Negeri Pahang memang tidak mahu bertanggungjawab membangunkan Pulau Tawar kerana mereka berpendapat disitulah terhimpunnya ramai pemimpin pembangkang yang akan menakluki negeri ini satu hari nanti. Salah seorangnya ialah Blogger Cucumatkilau, iaitu salah seorang Krew PDO yang semakin panas sekarang ini. Bahkan difahmkan juga, beliau masih memegang buku "Kanun Salasilah 13 Generasi Keturunan Pulau Tawar" dan beberapa ilmu lain. Harapan kami agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memainkan peranan bagi membangunkan kembali kawasan ini agar ia tidak lapuk ditelan dek zaman. Apakah jasa-jasa Mat Kilau dan Tok Gajah tidak mahu diikhtiraf sebagai pejuang bangsa?. Hanya kerana mereka berjuang menentang Inggeris?. Mungkin juga kerajaan UMNO dan BN hanya menganggap pemimpin mereka sahaja yang berjasa terhadap kemerdekaan negara ini, lantaran itu jasa pahlawan terdahulu terus mahu dilupakan. Biarpun kita ada mendengar sebuah filem bertajuk "Mat Kilau" akan dilancarkan, namun apakah ia dapat membantu pembangunan Pulau Tawar itu sendiri. oleh itu, diharapkan jawatankuasa khas yang pernah ditubuhkan oleh waris Tok gajah dan Mat Kilau dapat memainkan peranan untuk mendesak kerajaan mempercepatkan pembangunan Pulau Tawar sebagai destinasi pelancongan Sejarah baru di negeri Pahang].

Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, 11 Okt

KUALA LUMPUR, 14 Sept [12.35 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh 11 Oktober sebagai hari mengundi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Manakala itu 3 Oktober pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon. Pengumuman itu telah dibuat oleh Pengerusi SPR, Aziz Yusuf tengahari tadi.

[Jika dilihat kepada tarikh-tarikh tersebut, nampaknya SPR sudah pandai untuk tidak bermain silpa mata bilamana kerusi yang dipertandingkan itu melibatkan kerusi BN. Jika kerusi itu adalah kerusi pembangkang, maka SPR dengan bangganya akan mengumumkan tarikh pilihanraya jatuh pada hari Selasa iaitu hari bekerja. Ini bagi tujuan menghalang lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat untuk keluar mengundi. Namun dek kerana Bagan Pinang adalah kerusi BN, SPR dengan profesional menetapkan tarik 3 Oktober iaitu Sabtu dan 11 Oktober iaitu Ahad untuk menjalankan proses pilihanraya kecil itu. Tahniah kepada SPR kerana bijak merencanakan jadual penting untuk meneglirukan rakyat Malaysia].

Bapa Altantunya Tarik Balik Kes Terhadap Gani


KUALA LUMPUR, 14 Sept [12.32 pm] - Bapa kepada mangsa pembunuhan pegawai pengiring Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Shaariibuu Setev (foto, menarik balik permohonan mendesak Peguam Negara merayu terhadap keputusan mahkamah membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda. Peguam Karpal Singh berkata tindakan in dibuat selepas pihaknya mendapati keputusan untuk merayu dalam kes ini terletak sepenuhnya pada budi bicara Gani. Beliau menambah beban kos yang tinggi sekiranya rayuan ini dibawa Mahkamah Persekutuan juga diambil-kira. "Saya terima arahan untuk menarik balik kes ini, namun kita akan tetap teruskan saman terhadap dua anggota polis terbabit dan Abdul Razak," katanya. Hakim Hinshawato Shariff membenarkan permohonan Karpal untuk menarik balik kes berkenaan. Shaariibuu menarik balik permintaan untuk memaksa Peguam Negara mengemukakan rayuan bantahan terhadap pembebasan Abdul Razak daripada kes tanpa dipanggil membela diri. April lalu, dua pegawai polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan dijatuhkan hukuman mati.

[Ramai yang tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada Azilah dan Sirul sekarang ini?. Apakah mereka benar-benar menerima hukuman, atau pun kini bebas menghirup udara segar tanpa gangguan daripada sesiapa pun di luar negara. Ini kerana ramai yang berpendapat bahawa mereka sebenarnya dibebaskan ikut pintu belakang. Lantaran itulah mereka sering bertopeng "ala ninja" untuk mengelakkan dikenali oleh orang ramai. Kes ini amat mengelirukan kerana Sirul dan Azilah dituduh membunuh tanpa sebab. Sedangkan sebagai anggota UTK sudah pasti mereka mendapat arahan seseorang untuk melakukannya. Namun dek kerana undang-undang di Malaysia ini "boleh", maka kini kebenaran akhirnya ditutup rapat-rapat. Malah pembunuhan Altantunya terus menjadi msiteri].

Share:

Isu Kontroversi: Adengan Berahi Tarian Bikini Di Bulan Ramadan, Mana Perginya Menteri Agama Dan Para Ulamak UMNO Kerajaan Islam Hadhari

Sungguh mengejutkan pabila membaca artikel panas di muka hadapan akhbar arus perdana Metro Ahad yang bertajuk "Umpan, Goyang Bikini" semalam. Ia berkaitan dengan kisah pesta bikini yang dikatakan berlaku di sebuah pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur. Biarpun amat terkejut dengan pendedahan ini, namun kami tidak hairan melihat senario yang berlaku. Ini kerana kami amat yakin, inilah yang dimahukan sangat oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Islam Hadhari yang mereka canangkan sebelum ini ternyata gagal menyekat hatta membendung masalah gejala sosial yang kian parah sekarang ini. Amatlah memalukan, kerana adengan seperti ini disajikan kepada kita di saat sepuluh hari menjelang berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya sekarang, siapakah yang harus dipersalahkan?. Anak muda terbabit atau kerajaan yang meluluskan lesen premis berkenaan. Selama ini memang telah banyak kes seperti ini berlaku, namun ia seolah-olah tidak memberi keinsafan langsung kepada pihak terbabit. Malahan terdapat juga maklumat bahawa, agensi yang dipertanggungjawab untuk membendung gejala seperti ini juga akhirnya termakan dengan duit "under table" bagi menutup mulut. Mereka terkadang merampas harta benda premis berkenaan, namun akhirnya selang beberapa hari ia dipulangkan semula. Inilah yang sering berlaku didepan mata kita. Lantaran itulah kita tidak hairan wujudnya begitu banyak pusat hiburan haram yang menyajikan arak, seks dan berbagai lagi unsur negatif yang tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam seperti Malaysia ini. Soalnya sekarang, mana perginya Menteri Agama dan juga para ulamak UMNO yang kononnya menjaga agama di negara Islam Hadhari ini?. Apakah mereka masih berdiam diri tanpa melakukan sesuatu tindakan drastik atas kejadian ini?

Senario yang berlaku ini memang tidak asing bagi warga kota. Istilah "clubbing" adalah menjadi mainan di mulut anak-anak muda seperti ini. Disamping berparti liar, mereka juga bebas bercampur lelaki perempuan dan meneguk air minuman keras. Inilah yang dilaporkan oleh wartawan Metro yang meninjau keadaan ini. Sesungguhnya, amat malang bagi mereka yang sudah menerima perkabaran untuk kebaikan, tiba-tiba melakukan keburukan pula. Ini menunjukkan mereka sedikit pun tidak merasa takut dengan hukuman yang bakal diterima. Malah, kes yang berlaku kepada pragawati sambilan Kartika Seri Dewi langsung tidak menakutkan mereka. Malah mereka pula yang lebih berselera meneguk minuman keras yang disajikan. Kes seperti ini bukan berlaku di ibu kota sahaja, sebaliknya berlaku dimana-mana sahaja. Kenapa kerajaan kita tidak meniru apa yang berlaku di Palembang Indonesia terutamanya di kawasan Acheh?. Kerajaan terbabit mengarahkan semua pusat-pusat hiburan ditutup pada bulan Ramadan. Ia bagi menghormati kesucian bulan tersebut. Kenapa ini tidak berlaku di negara kita? Apakah terlalu sukar untuk yang berkuasa memberi arahan supaya aktiviti seperti ini dihentikan?. Sepatutnya pusat-pusat hiburan yang menyajikan seks dan arak seperti ini dibenteras sehabis-habisnya. Kerana majoriti pengunjung yang hadir adlaah terdiri daripada kalangan anak-anak orang Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam itu sendiri sebenarnya.

[Satu langkah drastik perlulah diambil demi menjaga kesucian dan keharmonian agama Islam itu sendiri. Langkah membiarkan pusat-pusat hiburan ini tumbuh bagaikan cendawan, jelas sekali melanggar undang-undang itu sendiri. Pusat hiburan yang jelas membawa ke arah kemaksiatan tidak wajar diberikan lesen. Ia jelas telah merosakkan akhlak dan akidah umat Isdlam terutamanya anak-anak orang UMNO sendiri. Apakah ini yanh mereka mahukan. Generasi yang rosak akhlak?. Supaya bila mereka boleh mengundi nanti mereka sudah pasti akan menolak kebenaran dan mengangkat orang yang tidak layak sebagai pemimpin].

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.