script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Rakyat: Kerajaan Negeri Digesa Beri Perhatian Kes Masalah Air Yang Menghantui Warga Felda Di Pahang Setiap Kali Menjelang Hari Raya Aidil Fitri

Perayaan Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelang tiba. tidak lama lagi. Kemeriahan sudah terasa dimana-mana. Sanak saudara dan ahli keluarga bakal pulang berhari raya ke kampung halaman bertemu ibu bapa tercinta. Namun jauh disudut hati, ramai warga peneroka Felda di negeri ini kini bagai dirundung sedih dan pilu. Biarpun mereka bakal menerima durian runtuh daripada Felda bagi meringankan beban ekonomi. Namun, segalanya bagai tidak bermakna kerana wang itu sebenarnya adalah wang milik mereka sendiri yang telah diseludup awal-awal oleh Felda bagi tujuan menipu peneroka. Harga getah dan sawit yang jauh lebih rendah dengan harga pasaran sejak dulu, kini dan selamanya adalah bukti bahawa mereka sebenarnya telah terpedaya oleh satu sistem yang menekan serta memerah keringat mereka. Apapun, bantuan Hari Raya yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu terpaksa juga diterima biarpun dalam keadaan berduka cita. Tambahan pula pemberian sumbangan itu sedikit pun tidak memberi makna, kerana Najib awal-awal lagi sudah "mendahulukan rakyat" dengan menaikkan harga minyak baru-baru ini. Apa yang jelas, yang menjadi mangsa ialah orang-orang kampung dan warga Felda yang tidak berdosa itu. Mereka terpaksa berhadapan dengan satu situasi yang amat mengelirukan iaitu subsidi kerajaan yang cukup membebankan.

Kini masalah yang lebih besar bakal menimpa warga Felda di negeri ini sejak sekian lama iaitu masalah air. Saban tahun berita ini akan terpapar di dada-dada akhbar dan media-media arus perdana yang lain. Janji-janji manis kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini, seolah-olah hanya "melepaskan batuk ditangga" sahaja. Setiap kali musim pilihanraya berlaku, maka isu air ini menjadi pokok utama yang dijanjikan perubahan oleh kerajaan. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Masalah air terus membelenggu dan menghantui masayarakt Felda di seluruh negeri ini. Alasan yang diberikan tetap sama, iaitu kos untuk pembaikan dan menaik taraf saluran paip lama kepada yang baru memerlukan belanja yang tinggi. Maka itu, kerajaan tidak dapat melaksanakannya dalam masa terdekat. Masalahnya, jika Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut bukankah mereka boleh menggunakan peruntukkan kerajaan pusat dan juga Felda itu sendiri. Dalam masa yang sama, kerajaan pusat dan Felda kini dipimpin oleh orang yang sama itu Najib Razak. Jika Felda sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk melabur di dalam dan diluar negara, maka adalah wajar Felda juga perlu menjaga kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Felda itu sendiri. Kami difahamkan, gara-gara masalah air ini ramai dikalangan anak dan menantu peneroka Felda takut untuk pulang berhariraya di tanah rancangan terbabit terutamanya pada hari raya pertama. Malah, mereka juga gusar kerana terpaksa mencari perigi, anak sungai atau paya untuk mandi gara-gara masalah air yang sering menghantui mereka selama ini.

Bayangkan jika keluarga peneroka yang mempunyai anak dan menantu yang ramai. Sudah pasti masalah yang lebih besar akan terjadi dan membebankan mereka sebenarnya. Saban tahun mereka terpaksa berhadapan dengan masalah ini. Bila diajukan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) mereka mengatakan jawapan yang sama. Iaitu tekanan rendah kerana saluran paip air yang telah puluhan tahun digunakan itu sudah tidak sesuai dan berkarat. Kononnya masalah itu akan selesai bila saluran paip baru PVC digantikan dengan saluran sedia ada. Masalah sudah puluhan tahun itulah alasan yang diberikan. Manakala untuk diperbaiki tiada peruntukan, seolah-olah negeri Pahang ini ditadbir oleh pembangkang. Amatlah memalukan bilamana perkara serius seperti ini dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Malah, jika mana-mana peneroka yang mahu air laju di kawasan mereka maka caj tambahan akan dikenakan. Masalah ini bukan sahaja berlaku setiap kali musim hari raya, malahan juga ia melibatkan hari keramaian lain terutamanya ketika kenduri-kendara. Soalnya, sampai bilakah warga Felda di perantauan harus dihantui masalah air ini lagi?. Oleh itu diharapkan pihak kerajaan negeri dapat mendesak kerajaan pusat dan Felda menangani masalah ini dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan terus benci dan menolak kerajaan negeri itu sendiri akhirnya.

[Tinjauan krew PDO mendapati masalah yang besar ini sering melanda gugusan tanah rancangan Felda di kawasan Jengka, Mempaga, Chini, Keratong dan sebagainya. Masalah tetap sama berlaku sedangkan tiada tindakan sewajarnya dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikannya. Alasan yang diberikan juga tetap sama iaitu tiada peruntukan, sedangkan pemimpin dan wakil rakyat UMNO di kawasan terbabit berbelanja besar setiap kali mereka terus berkuasa. Janji-janji manis menjelang pilihanraya ditaburkan dan wang ringgit dijadikan senjata untuk memancing undi. Akhirnya warga Felda yang tidak mengerti semua ini terus leka dibuai mimpi dan menyokong kerajaan BN itu biarpun mereka tahu masalah itu amat menghantui mereka. Adalah disyorkan Exco Kerajaan Negeri yang menjaga urusan Felda iaitu Dato' Tan Aminuddin (foto), mengambil tindakan segera mulai sekarang. Jangan hanya mengenyangkan perut dan tembolok sendiri untuk terus menipu peneroka dengan projek-projek ternakan dan pertanian, walhal hutan balak yang terus dirompak untuk kemewahan sendiri. Rakyat yang tidak berdosa akhirnya terus menjadi mangsa kerakusan puak mereka untuk terus mempertahankan kuasa].

Share:

4 ulasan:

  1. sabar orang pahang....no more BN....

    BalasPadam
  2. Memang kera jaan beri perhatian, tak nampak ke, kan air dah naik, kena pulak sewa meter, dulu kan tak kena sewa, haaa ambil perhatian lah tu. Di Terengganu dulu masa Pas perintah, tak kena cukai pintu, BN perintah, kena cukai pintu semula siap ngan charge tertunggak. Kalau tak reti beza jugak, kira ngok lah.

    BalasPadam
  3. Lepas PRU 13 ni, kena buat penjara lagi satu lah, tak muat lah nak sumbat menteri menteri umnongok nih.

    BalasPadam
  4. yang ni aku sokong PDO, memang geram aku kat Felda, aku pun anak peneroka pahang gak.. patutnya peneroka ni dah lame hidup senang.. habis dikikisnya keringat peneroka2 ni semata2 nak kaut keuntungan. kalo korang kaji, sebabtu la Felda satu2nya badan yg duduk kat bawah Jabatan Perdana Menteri. pelik kan? patutnya bwh pertanian ke hape ke.. sebab diorang tahu, duit dari felda ni banyak.. memang la felda bagi macam2, rumah dan tanah sebagainya.. tapi tu semua dibayar bulan potong gaji berbelas tahun..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Serbu Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.