Tiada hadiah yang paling mahal buat rakyat Malaysia sempena menyambut hari Kebangsaan negara kita yang ke 52 melainkan pengumuman kenaikan harga minyak mulai 1 September 2009, apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan RON 97 dinaikkan antara 5 sen dan 25 sen menjadikan kini RON 95 RM 1.80 dan RON 97 melambung secara melampau daripada RM 1.80 menjadi RM 2.05! Berdasarkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Ahli Parlimen Bera, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob (foto), menjelaskan harga RM1.75 seliter bagi RON95 yang diumumkan Mei lalu ditetapkan berdasarkan harga minyak dunia ketika itu AS$40 setong. "Kini harga petrol dunia melonjak kepada AS$82 setong. Ini bermakna peningkatan sebanyak 102 peratus.Penetapan harga petrol di negara ini menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM) di mana ia bergantung kepada kedudukan harga kos produk di pasaran dunia. "Sekiranya harga minyak dunia mengalami penurunan, maka kerajaan akan menyemak semula harga petrol dan turunkan harga petrol. Jika harga minyak dunia naik, maka kita akan membincangkan perkara itu dalam Majlis Ekonomi Negara" katanya. Beliau juga berkeyakinan penuh sehingga ke akhir tahun ini, tiada lagi kenaikan harga minyak baru sebagaimana yang dinyatakan beliau ketika hadir di majlis pelancaran RON95 seluruh negara di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint baru-baru ini.Amatlah menghairankan kita kenapa pihak kerajaan tidak memikirkan langsung keperitan rakyat negara ini dengan kenaikan harga minyak ini lebih-lebih lagi disaat umat Islam terutamanya yang akan balik ke kampung bagi merayakan hari raya puasa tidak lama lagi? Dengan kos tol lebuhraya yang telah sedia maklum amat mahal, kini beban pada kos petrol akan turut bertambah juga kesan daripada kenaikan ini. Disamping itu juga keperitan penduduk di pendalaman sepatutnya turut diambil kira yang rata-rata antara mereka hanyalah bekerja sebagai petani, penorah getah, pekebun sayaur, penanam padi serta para peneroka yang sentiasa menggunakan bahan api petrol ini pada pengangkutan atau peralatan mesin mereka. Sepatutnya Ismail Sabri mengambil kira semua faktor ini lebih-lebih lagi beliau yang juga Wakil Rakyat di kawasan yang boleh dikategorikan luar bandar iaitu Parlimen Bera sepatutnya terlebih dahulu mengkaji kesusahan rakyat dikawasannya yang majoritinya merupakan golongan berpendapatan rendah sebelum meluluskan kenaikan seperti ini. Adalah diharapkan beliau dapat memahami perkara ini dan jangan terlalu mengambil kira kenaikan ini amat perlu disebabkan untuk memenuhi desakan pihak yang berkepentingan bagi menjaga periuk nasi masing-masing sahaja. Beliau sebagai seorang menteri seharusnya mengemukakan pandangan yang sewajarnya berdasarkan kepentingan rakyat bawahan dengan mengemukakan contoh yang terbaik ialah akan nasib penduduk di kawasannya terlebih dahulu, kalau pun tidak mengambil contoh ditempat lain kerana sebab-sebab yang dinyatakan.
[Artikel diatas adalah tulisan sahabat Setiausaha PKR Bera, Saudara Rizan Ali, ikuti lain-lan tulisan beliau disini. Sesungguhnya tindakan kerajaan UMNO BN tiba-tiba menaikkan harga minyak jelas sekali mencabuli laungan keramat PM Najib Razak dalam retorik 1Malaysia bahawa "Rakyat Didahulukan". Apa yang berlaku sekarang ini, jelas sekali rakyat dipinggirkan dan tindakan menaikkan minyak ketika menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri jelas sekali satu perbuatan khianat kerajaan kepada rakyat. Maka itu, rakyat harus mengajar kerajaan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Kerana mereka jelas tidak mahu menjaga kebajikan rakyat dengan membuat sesuatu tindakan yang amat membebankan. Apa yang pasti, kenaikan harga minyak ini pasti akan menyebabkan harga barangan lain akan turut naik selepas ini. Ia bermakna rakyat akan terus menanggung derita akibat tindakan ini sebenarnya].







itu minyak punyal hal dunia control maaa.apa kena megena sama 1 malaysia maaa,ambil kepala lembu biking minyak sendiri maa,jagan kasi runtuh kampong buah pala itu buah bolih biking minyak maaaa,
BalasPadamFuyyoooo anon anak merdeka umno 9:40 am
BalasPadamKo ni orang ke lembu. tk tahu apa ke jadah nk menulis. Baik ko balik kampung tanam ubi itu lbh elok bg kamu anon.
Org cakap pasal petrol ko ni hanya layak ckp pasal ubi kayu dah la.
Baso bodo tkleh nk ajar. rakyat anon didahulukan
Ah yes!!!!
BalasPadamHappy Merdeka!!!!!
Another fuel price hike!!!!!
Hooray!!!!!!!
Thank u Jibby Mongolia 4 this auspicious gift!!!
1Malaysia!!!!!!
Kroni didahulukan!!!!!Pembebanan rakyat diutamakan!!!!!!
IDUP ZEKWAN.......
BalasPadambiar naik... tentang k'jaan tapi semua nak free... sendiri bikin la kalau nak minyak free
BalasPadamHidup 1 Malaysia.. Rakyat didahulukan untuk membayar kenaikan minyak..
BalasPadam