script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Para Pemimpin Pakatan Rakyat Kecewa Kerana Najib Menyambung Kontrak Ketua Polis Negara Yang Paling Bermasalah Iaitu Musa Hasan

Para pemimpin Pakatan Rakyat menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara bermasalah, Tan Sri Musa Hassan (foto). Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin tindakan menyambung kontrak Musa disebalik tuduhan terbabit dalam sindiket kongsi gelap, pemalsuan bahan bukti serta kegagalan mencantas indeks jenayah kebangsaan adalah amat memalukan. Badrul berkata demikian merujuk kepada tindakan kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Musa untuk setahun kepada September 2010. Musa dijadualkan bersara pada 13 September tahun ini. Ini adalah kali kedua perkhidmatannya dilanjutkan. Kali pertama adalah semasa di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007. “Bagaimana terdapat koleksi akuan bersumpah bukan sahaja dari orang awam tetapi anggota PDRM sendiri yang mengaitkan musa dengan kegiatan kongsi gelap dan ia lebih memarahkan lagi dalam keadaan negara berdepan dengan indeks kadar jenayah negara yang semakin meningkat.

“Bermakna amat diragui intergritinya ia amat memalukan dan amat menggusarkan seluruh rakyat dalam negara dan rasa amat malu selaku pimpinan dalam parti mengecam dan kesal dengan tindakan Najib mencadangkan pada Yang DiPertuan Agong untuk Musa dipanjangkan kontrak,”
katanya. Badrul turut menyifatkan hari ini sebagai hari malang bagi negara dengan pengumuman penyambungan kontrak Musa yang merupakan Ketua Polis Negara paling bermasalah. “Musa ini bukan sahaja diragui lantikannya terhadap jawatan berkenaan pada peringkat awalnya adalah hasil daripada kesungguhan beliau memalsukan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini telah dibuktikan dan disebut tetapi tidak dicabar pembuktian tersebut,” katanya. Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu berasa hairan kerana penyambungan kontrak itu kerana Musa mempunyai prestasi buruk dalam mengendalikan pasukan polis. Menurutnya, ramai lagi anggota polis yang lebih layak untuk dilantik sebagai Ketua Polis Negara. “Kita amat tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyambung khidmat ketua polis yang kita boleh mengambil mana-mana pemimpin polis lebih berwibawa. “Kalau mahu jadi yang berwibawa tentu ada tetapi Najib mungkin perlu ketua polis seperti ini untuk menjaga Umno dan Barisan Nasional,” katanya. sumber tvantara

[Apa yang pasti, keputusan kerajaan menyambung kontrak Musa Hassan kerana beliaulah Ketua Polis Negara yang paling berjaya membentuk satu "bala tentera" untuk menggempur parti pembangkang di negara ini. Kerana Musa Hassan, pilihanraya kecil dijadikan "medan tempur" antara rakyat dengan kerajaan. Musa berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap polis. Jika dulu, rakyat hanya tidak suka kepada polis. Kini rakyat menjadi benci dan meluat-luat kepada polis. Musa berjaya membentuk polis yang menakut-nakutkan rakyat. Malah mereka juga menjadi musuh kepada rakyat, bukan lagi pelindung keselamatan mereka. Apa yang dilindungi oleh mereka ialah, kuasa yang ada pada pemimpin UMNO dan BN semata-mata. sebab itulah polis digunakan untuk membuat huru-hara dalam Sidang DUN Perak hingga tergamak membawa keluar Speaker secara tidak bermaruah. Polis juga memburu sesiapa sahaja pemimpin atau penyokong pembangkang yang didapati boleh menggugat kerajaan BN. Anehnya, jenayah terus meningkat di zaman Musa Hassan. Apakah kerana beliau adalah anak tokoh ugama terkenal di negara kita iaitu Ustaz Hassan Azhari. Sedih rasanya melihat beginilah caranya anak kepada tokoh agama menjalankan kerja. Semoga rakyat akan menjatuhkan kerajaan yang sudah tidak mengutamakan mereka ini !].
Share:

16 ulasan:

  1. sebab apa masaalah,nak tahu ke,sebab dulu tan sri musa adalah pegawai yang menyiasat kes buntut dsai itu ajer kah kah kah

    BalasPadam
  2. penyamun tentu berkawan dengan penyamun

    BalasPadam
  3. kaki bontut tentu berkawan dengan kaki jubur

    BalasPadam
  4. Penyamun Kawan Kepada Penyangak. dah eloklah dua dua akan membawa negara mencapai kegemilangan yg lbh cemerlang.

    "Rakyat Diperangi, Pencapaian Diutamakan"

    BalasPadam
  5. kaki buntut dan jubur kawan pada peliwat dua2 akan membawa kepada negara terbalik macam zaman nabi luth,tan sri musa ,buka satahun ,seribu tahun pun kontrak bolih disambung ,demi menangkap ,rakyat2 durjana ,yang bersidang bawah pokok,dalam hotel,lepas ni dalam jamban pula.kah kah kah

    BalasPadam
  6. naper kalut sgt jika dia disambung... ada ganggu hidup dia org ke? kaco sungguh

    BalasPadam
  7. BUKAN KALUT SHBT TP SEDIH....DLM NEGARA KITA YG SUBUR LG MAKMUR INI DIKETUAI OLEH ORG ORG YG KAKI MERAPU KAKI SONGLAP KAKI SEBAYAN DAN MCM2 LAGI. KAU FAHAM AKU CAKAP NI ANON SEPARUH AKAL.

    SESUNGGUHNYA TELAH JELAS DAN NYATA DALAM QURAN AKHIR ZAMAN PEMIMPIN PEMIMPIN AKAN LAHIR DARI KALANGAN YG KEJI...KEJAHATAN AKAN NAMPAK BAIK, MANAKALA KEBAIKAN ITU AKAN JAHAT. KAMU FAHAM BUDAK. CTH NYA KELUARGA 69

    KALAU TK FAHAM SILA TANYA OK...

    SEKIAN PENERANGAN UTK ANON AKAL SEPARUH 9:03AM menjawab persoalan (KALUT)

    BalasPadam
  8. awat awak tu ada bukti ke semua ni yg dok kata kat hamba Allah tu... awak tu maksum sgt ke? dah cukup bekal ke? or awak ni dato' mana erk... pandai dok berhujah... awak jadila pemimpin... tgk sikit mata duitan ke idak bila dak berkuasa... jgn dok mengata org nanti terbalik kat diri sendiri. akal separuh pun tak pa... asalkan tak tabur fitnah merata rantau

    BalasPadam
  9. Ok la tu...penyabungan kontrak untuk musa hasan , tak nak suruh anuar berahim pulak yang jadi ketua polis lagi haru biru tanah melaya ni...

    BalasPadam
  10. "SESUNGGUHNYA TELAH JELAS DAN NYATA DALAM QURAN AKHIR ZAMAN PEMIMPIN PEMIMPIN AKAN LAHIR DARI KALANGAN YG KEJI...KEJAHATAN AKAN NAMPAK BAIK, MANAKALA KEBAIKAN ITU AKAN JAHAT. KAMU FAHAM BUDAK. CTH NYA KELUARGA 69" kata anon 9.34.

    ayat kat atas ni memang betul pun. tapi kalau tgk keadaan sekarang.. pemimpin yg tgh lahir ni, pemimpin PR sebab katanya BN dah nak hancur. so, sape dia pemimpin yg keji tu yg tengah dok lahir sekarang ni..?

    BalasPadam
  11. ........MUSANG BERBULU AYAM.........

    BalasPadam
  12. .....MUSANG BERJUBUR AYAM......

    BalasPadam
  13. Oh Moses Hassan
    Soon u will realize ur mishandling of the ever rising crime rate in this country will further hasten BN's descent 2 hell
    GE 13 can't come soon enough

    BalasPadam
  14. "SESUNGGUHNYA TELAH JELAS DAN NYATA DALAM QURAN AKHIR ZAMAN PEMIMPIN PEMIMPIN AKAN LAHIR DARI KALANGAN YG KEJI...KEJAHATAN AKAN NAMPAK BAIK, MANAKALA KEBAIKAN ITU AKAN JAHAT. KAMU FAHAM BUDAK. CTH NYA KELUARGA 69" kata anon 9.34.

    jangan pandai cakap ajer, cuba tunjukkan surah mana dalam quran...

    sudah jadi lumrah alam kepada sesiapa yang menjalankan tugas dengan baik akan dibenci, dituduh macam2, difitnah. Tapi kalau orang yg selalu memihak kepada diri sendiri pasti disanjung dan dipuji... dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan memang banyak cabaran, dan ini merupakan satu cabarannya.. teruskan Tan Sri Musa kerana segala apa yang dilakukan hanya Allah SWT sahaja yang akan mengetahui buruk dan baiknya..

    BalasPadam
  15. Tahniah Tan Sri Musa kerana khidmat masih diperlukan bagi menangani masalah kekalutan politik, demonstrasi haram,rasuah dan peningkatan jenayah.. masalah ini bukan masalah Tan Sri sendiri sebaliknya masalah masyarakat yang sudah hilang pertimbangan akal disebabkan kerakusan merebut kuasa, kekayaan dan tanggungjawab kepada jiran tetangga. Masyarakat kini sudah mula menabik dada, ego, hipokrit serta saling menuduh terhadap orang lain, pada masa yang sama hanya mereka dan kabilah mereka sahaja yang betul sebetulnya. Justeru adalah tidak adil kalau mahu menyalahkan Tan Sri sendiri dan sesungguhnya perbuatan orang yang munafik.

    Perkembangan ini sudah ditakdirkan Allah SWT, pandanngan orang tuan suddah tidak dihargai kerana merasa dirinya sudah cerdik , sebaliknya menyifatkan mereka sudah tidak relevan lagi, apa yang mereka tahu pasal IT. Pengorbanan mereka sudah tidak dihargai kerana disebabkan termakan dakyah pemimpin dan individu yang berkepentingan.

    Dulu semasa honda mahu mencari wakil menjual motornya di Malaysia pun orang Melayu sudah tidak berkeyakinan sehingga Boon Siew sanggup menerimanya, sebaliknya orang Melayu hanya pandai bercakap dan mendabik di kedai kopi saja.
    Sepatutnya ketika dan saat ini orang Melayu perlu bersatu bersama-sama membantu menangani masalah yang sedang dihadapi bukannya mencari salah saja. Maka segala apa kebaikan yang diterima atau dilakukan orang dianggap negatif walaupun kandangkala sebaliknya.

    Cuba kita renung dan tanya diri sendiri, apakah kebaikan yang telah aku buat dan sumbangkan kepada negara, masyarakat setempat, apakah aku kenal semua jiran setempat, benarkah aku sememangnya tidak hipokrit, berbohong pada diri diri sendiri.apakah aku pernah menegur remaja yang berpeleseran, menagih dadah, mengajak mereka ke masjid atau surau. sudah pasti tidak kerana kita sudah hilang rasa tanggungjawab, hilang identiti dan budaya melayu sebaliknya akan terus menyalahkan orang lain khususnya polis kerana sememangnya sudah dibayar gaji...renungkanlah

    BalasPadam
  16. NAMPAKNYA ,KERAJAAN TERSILAP,AMBIL ANAK MUDA YANG PANDAI ,HANYA BELAJAR TAPI KURANG AJAR SELEPAS DAPAT BIASISWA,BERJAYA ,LULUS MENGAJI,DAH DAPAT KERJA KEJI KERAJAAN YANG TANAM BUDI,INI LAH ANAK MELAYU CELAKA LAGI DURJANA

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.