Pemimpin Pakatan Rakyat diminta bertegas dalam isu undi pos dalam setiap kali pilihanraya di negara ini. Ini kerana secara logiknya, undi pos adalah menjadi penyelemat kepada mana-mana pemimpin BN yang nasib mereka tinggal nyawa-nyawa ikan. Oleh itu, desakan supaya undi pos dibatalkan terutamanya bagi kalangan anggota tentera dan polis adalah penting jika kita mahu melihat kesinambungan pilihanraya yang adil dan saksama terlaksana. Pakatan Rakyat perlu mendesak dan membawa memorandum kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai jalan penyelesaiannya. Mereka tidak harus berjuang sekerat jalan sahaja jika mahu melihat keadilan dapat ditegakkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelangnya pilihanraya umum akan datang. Rasionalnya undi pos ini perlu dihapuskan ialah kerana zaman ini adalah satu era teknologi maklumat dan bukannya zaman nenek moyang kita dahulu kala yang memerlukan undi pos bagi mengelakkan anggota polis dan tentera membuang undi secara biasa untuk mengawal keselamatan negara. Kini, mereka boleh mengundi tanpa halangan dan masalah, makanya adalah lebih elok undi awam dilaksanakan segera untuk mengelakkan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selama-lamanya.
Rakyat terus ditipu dengan satu kemenangan yang "tidak adil" sebenarnya. Ramai pemimpin UMNO yang menang hasil "manipulasi" undi pos sebenarnya. Malah, Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah diselamatkan oleh undi pos pada pilihanraya umum ke-10 dulu. Beliau yang tewas dengan kiraan asal kepada calon PAS di Parlimen Pekan ketika itu, akhirnya menang dengan kelebihan 241 undi selepas satu peti undi pos tiba lewat malam hari pengiraan tersebut. Bukankah ini sesuatu yang cukup memusykilkan sebenarnya. Tambah mengejutkan SPR pula didapati telah bersekongkol dengan Najib bagi memastikan pemimpin itu menang dalam setiap kali pilihanraya selepas ini. Modus operandi yang digunakan ialah dengan mengadakan persempadanan semula kawasan pilihanraya. SPR telah memasukkan kawasan undi pos tentera di Kem Batu 10, Kuantan ke dalam Parlimen Pekan. Kawasan itu jelas terletak dalam daerah Kuantan dan berada dalam Parlimen Paya Besar yang diwakilik oleh Siti Zaharah Sulaiman ketika itu. Tindakan SPR ini menyebabkan Najib akan menang selesa dalam setiap kali pilihanraya diadakan, kerana kawasan tentera itu mempunyai lebih dari 10 ribu pengundi pos yang berdaftar. Bagi menghalalkan kaedah mereka, SPR telah mewujudkan satu lagi DUN dalam Parlimen Pekan yang dikenali sebagai DUN Pulau Manis. Bukankah ini semua bukti jelas satu pakatan licik SPR untuk memastikan kemenangan besar Najib Razak yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.
Tindakan yang dilakukan oleh SPR ini adalah jelas sekali satu perbuatan khianat terhadap pemimpin yang sudah ditolak rakyat sebenarnya. Undi pos berjaya memastikan Najib Razak terus berkuasa di Parlimen Pekan, biarpun beliau sebenarnya sudah ditolak secara total oleh rakyat di kawasan itu. Apakah kita harus melihat perkara ini terus berlaku tanpa satu tindakan serius untuk menghalangnya. Banyak lagi kawasan tentera yang memenangkan pemimpin UMNO yang sudah "tidak laku" sebenarnya. Malah, kemenangan Khairy Jamaluddin terhadap Chegu Bard di Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum ke-12 dulu pun juga ada dikhaitkan dengan pengaruh undi pos tentera. Sebagai status "menantu PM" ketika itu, Khairy difahamkan telah mengarahkan SPR memasukkan undi pos tentera yang dicuri dari kawasan parlimen Teluk Kemang ke Rembau. Hasilnya calon BN di Teluk Kemang telah tewas biarpun ada undi pos sebanyak 5,000 dan Khairy menang di Rembau. Maka itu, hari ini disaat pilihanraya kecil DUN Bagai Pinang yang terletak dalam Parlimen Teluk Kemang itu bakal kita saksikan. Maka, sudah pastu undi pos tentera sekali lagi akan menjadi cabaran besar buat Pakatan Rakyat. Ini kerana terdapat maklumat bahawa undi pos, sama ada polis atau tentera sebenarnya telah dibuat secara tidak telus dan penipuan semata-mata. Kebanyakan undi pos telah dibuat oleh pegawai tertinggi kem-kem terbabit dan bukan pengundi berdaftar berkenaan. Malah mereka tiada hak untuk membuat sebarang bantahan atau sebagainya. Justeru itu jugalah kita melihat bahawa banyak undi pos tentera berpihak kepada BN sepenuhnya. Ini kerana bukan pengundi pos terbabit yang mengundi, tetapi telah ada pegawai hantu yang melakukan tugasan tersebut untuk mereka. Apakah ini satu keadilan dan ketelusan yang diperkatakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selama ini sebenarnya?.
[Susulan daripada itu, bagi membuktikan ketelusan SPR ini maka pemimpin Pakatan Rakyat perlu melakukan sesuatu bagi memastikan undi pos dibatalkan dalam amalan pilihanraya di Malaysia. Jika tidak, rakyat akan terus syak wasangka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Pengerusi SPR yang baru tidak perlu bermain dengan kata-kata untuk menidakkan apa yang berlaku. Jika undi pos dibuat dengan telus, banyak kawasan BN akhirnya tumbang kepada Pakatan Rakyat. Antara yang jelas ialah Parlimen Indera Mahkota di Pahang. Kerusi itu dimenangi oleh calon PKR, Azan Ismail dengan majoriti melebih satu ribu undi. Difahamkan 90% undi tentera di Kem Tg.Gelang Kuantan telah beralih arah kepada Pakatan Rakyat menyebabkan kemenangan itu berlaku. Tambah menarik difahamkan pegawai tertinggi tentera di kem itu, membenarkan anggota mereka membuang undi seperti orang awam. Ini menyebabkan berlaku "swing" undi tentera di situ. Malah difahamkan pegawai terbabit diarah bertukar serta merta akibat kecuaian ini].

Maka Al Juburi akan menganjurkan satu demonstrasi jalanan utk memaksa pindaan akta bagi menghapuskan sistem undi pos...
BalasPadamSatu lagi perancangan utk menjahanamkan negara ini mengikut kehendak si Al Juburi..
anon 4.14 ni dah kena jubur tapi tak dapat bayaran kot. tak patut lah cam ni, siannnnn dia.
BalasPadamSalaaam.
BalasPadamBukankah undi pos itu adalah satu yang meragukan?
Diberitakan, mereka yang biasa mengundi melalui saluran tersebut, terpaksa menempuh orang-orang atasan mereka...pelbagai tekanan serta ugutan dikenakan terhadap mereka yang ingin membuang undi.
Tidak bolehkah kita perangi habis-habisan untuk mansuhkan "Undi Pos"?
..atau berbincang untuk mencari alternatif lain yang boleh menggantikan undian melalui pos?
Walau apa jua sekali pun, "Undi Pos" ini terlalu KUNO! Patut di NYAH kan lama dahulu!
Jika undi pos dibuat dengan telus, banyak kawasan BN akhirnya tumbang kepada Pakatan Rakyat. Antara yang jelas ialah Parlimen Indera Mahkota di Pahang. Kerusi itu dimenangi oleh calon PKR, Azan Ismail dengan majoriti melebih satu ribu undi. Difahamkan 90% undi tentera di Kem Tg.Gelang Kuantan telah beralih arah kepada Pakatan Rakyat menyebabkan kemenangan itu berlaku. Tambah menarik difahamkan pegawai tertinggi tentera di kem itu, membenarkan anggota mereka membuang undi seperti orang awam.
BalasPadamKalau undi pos tak telus kenapa YB Azan menang, janganlah nak cari alasan nak buat demonstrasi jalanan sebab nak mansuhkan undi pos.. kan lagi senang kalau minta polis dan tentera tak perlu ngundi,laghi pun mereka tidak amalkan demokrasi.. nak cari alasan apa pulak agaknya..
Masa PRU12 dulu diKelantan terdapat banyak undi pos tapi PAS menang juga. Tiada bantahan, tiada rungutan dan tiada apa-apa sbb dah menang.
BalasPadamKemungkinan PR telah menghidu akan kekalahan mereka di Bagan Pinang jadi sbg strategi utama ialah mencari kesalahan dan kelemahan sistem iaitu sistem undi pos.
Inilah amalah keji pihak PR. Awal-awal lagi sudah menimbulkan masaalah dgn menabur fitnah dan tuduhan melulu. Amalan ini biasanya dipraktikan oleh DSAI AL Juburi ketika menghadapi masaalah yg mungkin memakan dirinya spt kes liwatnya sekarang.
Amalan ini sudah menjadi trend bagi PR ketika menghadapi sesuatu PRU atau PRK. Inilah strategi dan muslihat mereka melalui provokasi dan "reverse psychology" yg akan menonjol dan menampakkan keburukan kerajaan. Objektifnya tiada lain utk mendapat undi dari kalangan mereka yg mudah terpengaruh dgn putar belit dan tipu muslihat kotor dan keji.
Anonymous 8:35:00,
BalasPadamUndi pos adalah undi penyelamat jumlah undi yang dimiliki oleh seseorang calon. Kalau calon PAS mendapat 100 undi dan calon UMNO pun medapat 80 undi maka undi pos itu yang menyelamatkan calon dari UMNO.
Kalau anda katakan diKelantan terdapat banyak undi pos tapi PAS menang juga. Itu menunjukkan bahawa pengaruh UMNO-BN tidak kuat disana oleh kerana itu undi pos tidak dapat membantu menambah jumlah undi untuk calon UMNO menang.
Pada kebiasaannya undi pos memainkan perananya apabila calon BN dengan calon PR bersaing sengit diantara satu sama lain dengan jumlah undi yang hampir sama banyak.
Sebenarnya sebelum ini memang undi pos yang banyak memberi kemenangan palsu pada calon UMNO-BN. Tapi ketika itu pemimpin PAS dan DAP tidak mampu membuktikan penipuan tersebut.
Suasanya sudah berubah. Ahli UMNO yang dulunya muda kini sudah tua. Kalau dulu rakyat hanya mengikut kata saja tanpa mempedulikan pemimpin UMNO itu bercakap berpandukan fakta atau auta saja. Tapi hari ini rakyat bukan mahu mendengar kata-kata saja tetapi mahu melihat bukti "kata di kota".
Zaman ini rakyat sudah nampak bahawa undi pos adalah undi hantu yang boleh bertukar pada penipuan. Nama pengundi pos ini juga telah dibuktikan mempunyai lebih dari satu dan mempunyai dua alamat yang berbeza.
Apa bila SPR tidak mahu menerima teguran dari pihak yang membantah atau memansuhkan undi pos ini menunjukkan bahawa SPR memang bersubahat dalam penipuan dalam kiraan undi. Mereka berusaha berbagai cara untuk memenangkan calon dari Barisan Nasional.
Kita percaya pilihanraya di Bagan Pinang akan datang UMNO memang mengharapkan undi pos untuk memberi kelebihan kepada calon mereka.
Walau bagaimana pun pemimpin PAS berserta rakannya yang lain dalam Pakatan Rakyat jangan biarkan isu undi pos ini menjadi sejuk dan senyap begitu saja.
Setiap kali bercakap dengan rakyat ungkit pekara ini. Jadikan ia sebagai isu panas sehingga kita boleh lihat cara undi pos dikendalikan dengan lebih telus dan bebas.
Dah agak dah. Bila dah rasa nak kalah mulalah panik. Mulalah cari alasan utk menyalahkan itu dan ini.
BalasPadamBegitulah sikap tamak haloba, dengki khianat dan busuk hati yg ada pada PR. Namun sikap demikian dikaburi dgn ayat-ayat suci Al Quran, menuduh dan memfitnah akan penipuan dan macam-macam lagi hina nista pada pihak kerajaan.
Tapi rakyat yg beriman dan rasional telah sedar betapa agama telah dipergunakan utk menghalal dan meng'amin'kan perilaku dan perbuatan keji mereka ini. Semuga rakyat akan terus sedar dan bertekad utk menolak para pemimpin dan ahli dari parti ahli jemaah syurga yg mana kuncinya dipegang oleh mursyidul amnya.
Rakyat mesti tolak ekstrimis agama ini yg telah sekian lama memecah belahkan orang-orang islam dinegara ini. Jangan biarkan mereka ini menghancurkan Islam.
Kita memang setuju apa yang dikatakan oleh anonymous 6:38:00 AM.
BalasPadamOrang yang terlibat dalam Demonstrasi kepala lembu juga bersikap tamak haloba, dengki khianat dan busuk hati yg ada pada BN.
Namun sikap demikian dikaburi dgn ayat-ayat suci Al Quran, menuduh dan memfitnah akan penipuan dan macam-macam lagi hina nista pada pihak kerajaan negeri Selangor.
Kita memang setuju dengan apa yang dikatakan oleh anonymous 6:38:00 AM.
Kumpulan kepala lembu mesti ditangkap, dihukum dan Rakyat mesti tolak ekstrimis agama ini yg telah sekian lama memecah belahkan orang-orang islam dinegara ini. Jangan biarkan mereka ini menghancurkan Islam.
Kita memang setuju dengan apa yang dikatakan oleh anonymous 6:38:00 AM.
Penipuan yang dilakukan oleh SPR untuk memenangkan BN mesti dibongkar kerana rakyat yg beriman dan rasional telah sedar betapa agama telah dipergunakan utk menghalal dan meng'amin'kan perilaku dan perbuatan keji mereka ini.
Walau bagaimana pun pemimpin PAS berserta rakannya yang lain dalam Pakatan Rakyat jangan biarkan isu undi pos ini menjadi sejuk dan senyap begitu saja.
Setiap kali bercakap dengan rakyat ungkit pekara ini. Jadikan ia sebagai isu panas sehingga kita boleh lihat cara undi pos dikendalikan dengan lebih telus dan bebas.
puak pakatan nmpak depa nak kalah mulala buat citer yg bukan2.. itu la sikap depa dari dulu sampailah nak kiamat... apapun dia org yg betul.. semua ni kerana gila kuasa...tamak sampai tak sedar betul ke yg dia org buat... tapi walaupun tau depa tetap buat juga sebab otak dan perut depa dah hijau... mcam jepun zaman dulu2 tu...perut hijau...
BalasPadamapa kata adun yang bertanding tu nanti jadi pemerhati semasa undi pos dilaksanakan dan kemudian ikut beg tu sampai ditempat penjumlahan, sama2 tolong kira.. lepas tu buatlah komen..
BalasPadamjangan jadi mcm sekarang semua dengar cakap orang,, aku ni dah undi pos sejak pru 1978 lagi sampai sekarang, tak rasa pun berlaku penyelewengan, kalau aku rasa nak undi pas aku pangkah, kalau aku rasa nak undi bn aku pangkah juga.. tak ada pun ugutan dari sesiapa, kertas yang dilampirkan tu sebagai bukti bahawa aku sudah mengundi jer, nanti kalau tidak kertas undi lebih yang mengundi kurang, jadi tak sama.. bukan pasal ada paksaan. kalau dipaksa kenapa undi pos tu ada pas,ddap,dan bn juga, kadangkala semua tak undi bn..
orang tua pernah berpesan kita jangan jadi macam cerita katak oh katak,, selalu nak salahkan orang walau pun hakikatnya perkara itu benar, kerana yang benar itu tidak menyebelahi kita..
Barakah, Salaaamah...
BalasPadam..gua paste ni dari biaqpila.blogspot.com...
Kewajaran untuk undi pos dihapuskan mungkin berasas. Baca komen dipetik daripada pengunjung blog Mutaligat (Sofi Wahab) yang mendedahkan penyelewengan yang berlaku tentang undi POS.
Salam Bang Sofi…
Pasal undi Pos Polis Aku tak tau… Tapi Kalau undi Pos tentera aku pernah buat kerja tu. Pihak atasan tentera tidak akan memberi arahan kepada anggota bawahan utk undi Umno/BN.
Sebaliknya kami anggota 3 Div dan 10 Bgd Para(salah sorangnya aku anggota 10Bgd Para sbg petugas SPR) diarahkan menukarkan semua kertas undi yg telah dibuang oleh anggota tentera kepada undi yg dipangkah dgn calon BN (ada anggota yg ditugaskan memangkah kertas undi BN).
Bukti kertas undi yg ditukarkan (dikeluarkan dr peti undi asal) pada pilihanraya 199X masih kami simpan di satu stor rahsia di kem terendak dan masih elok lg. kes terbaru ..pilihanraya baru2 ni… kertas undi ditulis nombor tentera… undi apa tu…
Oleh itu saya yakin PR mesti mendesak SPR supaya membuat perubahan drastik terhadap undi pos ini. Antara langkah yang mesti diambil serta merta ialah membenarkan pihak pengundi pos membuang undi di tempat pengundian biasa bersama-sama dengan pengundi biasa.
UNDI POS MESTI DIHAPUSKAN!
-Sumber: Mutaligat
detikdaily
Kpd JimAlifSiin/Mutaligat,
BalasPadamHangpa berdua dicabar supaya mendedahkan tentang perkara yg berlaku semasa pengundian pos di 3 Div dan 10 Briged kpd SPR dan SPRM utk disiasat. Kita tengok nanti samaada dakwaan hangpa ada asas atau ada kebenaran. Jika terbukti penyelewengan berlaku, hebahkan kpd seluruh rakyat Malaysia. Biar rakyat nilai sendiri dan tentukan masa depan negara ini.
Hangpa berdua mesti bertidndak sekarang jika hangpa rasa tiada lagi keadilan di negara ini. Hangpa berdua dicabar sekali lagi.
Tapi AWAS, jika siasatan didapati tiada bukti tentang berlakunya penyelewengan, hangpa berdua mesti bertanggung jawab diatas perbuatan dan tindakan hangpa dan jangan pusing cerita dan belit sana sini mengata dan menuduh SPR/SPRM tak adil, telah dibeli oleh UMNO, dah jadi anjing kerajaan, blah, blah, blah....
Ayuh, mulakan sekarang!
Anonymous 11:44:00,
BalasPadamCabaran anda disambut... tunggu !!
kepada jimalifsin,, kalau anak jantan dan berjuang menegak kebenaran sambut cabaran tu kami semua nak dengar bahawa sprm akan siasat kes itu, kalau tidak lebih baik awak bertaubat,,
BalasPadammodal pilihanraya je ni..
BalasPadam