script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia, SPR Tiada Alasan Lagi Untuk Selamatkan UMNO Berhadapan Dengan Rakyat Dalam Pilihanraya !!

Ketakutan kerajaan UMNO dan BN pimpinan PM Najib Razak untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh, Kedah Darul Aman akhirnya hadir jua kini. Bagai sudah ditakdirkan oleh Allah, bahawa kepimpinan Najib kini sekali lagi bakal diuji oleh rakyat. Jika di Kota Seputeh baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekali lagi menjadi penghalang kepada "suara rakyat". Kini Pengerusi SPR, Aziz Yusof tiada alasan dan hak mutlak lagi untuk menidakkan pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh terdekat ini. Ini berikutan perkhabaran "panas" yang diterima hari ini berhubung dengan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang, Azman Mohd Noor (foto) dari Barisan Nasional meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban di sini jam 2.30 petang ini. Allahyarham adalah Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi. DUN Bagan Pinang adalah satu daripada lima DUN di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Empat lagi DUN ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson. Maka, nampaknya satu lagi pilihanraya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru. BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Pada pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).

Hikmah Disebalik Berlakunya Pilihanraya Ini

Dengan perkembangan terbaru ini, rakyat kini melihat apakah SPR akan menjadi hakim sekali lagi untuk menolak surat yang dihantar oleh Speaker DUN Negeri Sembilan. Jika sebelum ini Pengerusi SPR dengan sombong dan lantangnya, mempermain-mainkan rakyat berhubung dengan hak Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dalam isu ADUN lompat parti Osman Jailu dan Jamaluddin Razi. Kemudian yang terbaru ADUN Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Shariff di Kedah. Maka kini keangkuhan SPR untuk menyelamatkan maruah Najib One Malaysia bakal terjawab. Mereka tidak ada alasan lagi untuk menolak pilihanraya kecil diadakan. Tambah menyeronokkan rakyat ialah, jika di Kota Seputeh baru-baru ini kekosongan itu berlaku melibatkan kerusi BN, dan kini kekosongan di Bagan Pinang juga melibatkan kerusi BN. Maka sudah pasti rakyat Malaysia yang cintakan keadilan amat bersyukur dengan apa yang berlaku ini. Segalanya bagai sudah tersurat, seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat (foto) dalam kenyataannya sehari menjelang Pilihanraya Kecil Permatang Pasir baru-baru ini "Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya". Apakah dek kerana keberkatan Bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Allah memberi balasan terus kepada manusia yang cuba untuk menipu rakyat dengan kuasa yang ada padanya. Kini Pengerusi SPR tidak perlu meneliti lagi segala surat kematian ADUN terbabit. Apakah mungkin ada lagi alasan yang mahu diberikan untuk menggagalkan pilihanraya ini agaknya?.

[Segalanya bagai sudah tersurat, berkat doa alim ulamak dan rakyat yang kecewa dengan keputusan Pengerusi SPR mempermain-mainkan kuasa yang ada pada Speaker DUN Pakatan Rakyat selama ini. Maka kini, bagai buku bertemu dengan ruas akhirnya BN terpaksa berhadapan kembali dengan suara rakyat digelanggan terbuka seperti ini. Apakah SPR sekali lagi akan mengadakan pilihanraya pada hari Selasa bagi mengelakkan rakyat mengundi. Dan apakah bermula hari ini mereka telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftar pengundi baru "hantu" bagi menjadi pengundi berdaftar dalam pilihnaraya kecil yang bakal diumumkan nanti. Diharap petugas Pakatan Rakyat perlu cepat untuk mendapatkan buku daftar pemilih terbaru SPR bagi DUN terbabit. Tambahan pula hari ini ialah Jumaat dan ada dua hari untuk mereka melakukan kerja terkutuk ini sebenarnya. Harus diingat, BN kini benar-benar terdesak kerana kerusi itu adalah hak mereka. Jika di Terengganu mereka dimalukan, maka kini apakah mereka berjaya membuang aib itu. Sama-sama kita berarak ke Bagan Pinang untuk mencipta kemenangan].

Share:

11 ulasan:

  1. Saya, SPR,, sebagai pemegang mohor besar UMNO, dengan kuasa yang ada pada saya, menmgisytiharkan bahawa tiada kekosongan di DUN Bagan Pinang. Saya juga mengisytiharkan bahawa DUN Bagan Pinang kekal kepunyaan BN. Saya akan melantik seorang wakil rakyat atas nasihat PIEM. Sekian Timekacih.

    BalasPadam
  2. Nanti akan keluar kenyataan muhyidin minta belas kasihan spr.

    BalasPadam
  3. Apa-apa hal hadapilah PRK ini dgn tenang. Janganlah riak sangat dan mendakwa semua kejadian ini disebabkan musibah dari UMNO/BN. Janganlah sewenang-wenangnya mendakwa UMNO/BN telah melakukan dosa-dosa besar maka Allah telah menghukum mereka ini.Jangan sekali kali mentafsir dan mendakwa bahawa Allah hanya menyebelahi pihak PR sbb hanya PR yg berada dipihak yg benar, suci dan mulia walhal sebaliknya Allah memandang hina pada UMNO/BN. Itu semua tafsiran dari mereka yg berhasad dengki. Hentikan. Hentikanlah perbuatan keji ini. Takutilah pada Allah dgn perbuatan hangpa ini wahai PDO. Allah tahu apa sebenarnya yg berada jauh disudut hati hangpa..

    BalasPadam
  4. INI MASA KITA BUKTIKAN:

    "KERAJAAN RAKYAT DI PERAH, PENCAPAIAN PEMIMPIN UMNO KUMPUL HARTA DIUTAMAKAN"

    TERKENCING JUAK JUAK UMNO NK HADAPI PRK DUN BAGAN PINANG.

    PENYIMPAN MOHOR BESAR SPR KENA PEKELILING CARI AKTA YG MEMBOLEHKAN PRK TIDAK PERLU DIADAKAN DISINI....

    MASA NI KENA GUNA KHIDMAT AUSGUSTIM PAULI GERENTI UMNO BOLEH

    BalasPadam
  5. SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI..

    AL-FATIHAH KEPADA ARWAH....

    LAPAN PRK DLM MASA SINGKAT MEMBUKTIKAN SUATU KEAIJABAN DLM ILMU SERTA KEKUASAN ALLAH.

    CUKUPLAH SEGALA KEBOBROKAN MENYIMPAN MENGHALALKAN SEGALA KEJAHATAN KEBURUKAN YG AKAN MENJADI SEJARAH HITAM NEGARA BERSAMA BARISAN NASIONAL.

    KITA DISAJIKAN DENGAN SEJUTA KEJADIAN KEMATIAN KEBATILAN TANGISAN RAKYAT, KELUH KESAH RAKYAT DI PERINGKAT BAWAH DAHAGAKAN SEBUAH KEADILAN KELUHURAN HIDUP DLM SEBUAH NEGARA BERDAULAT NAMUN TIDAK MEREKA HIDUP 52THN SEUMPAMA BERADA DIBAWAH JAJAHAN KOLONI JEPUN BERWAJAH MELAYU.

    MARILAH SAMA SAMA KITA MENADAH DOA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH KERANA YG BATIL TIDAK AKAN SELAMANYA DIBERIKAN KEMENANGAN OLEH ALLAH KERANA DOA ORG YG DIZALIMI ITU SENJATA PALING UTUH MEMATIKAN SETIAP PEKERJAAN KONSPIRASI PERINGKAT ATASAN MENGHALALKAN KEJAHATAN MENGRHARAMKAN KEBAIKAN.

    SUBHANALLAH ENGKAU MAHA MENGETAHUI AKAN SESUATU YG KAMI TIDAK TAHU DAN KAMI TIDAK MAMPU MEMERANGI SELAIN DGN KUASAMU "YA ALLAH".

    BalasPadam
  6. Saya melihat kebangkitan rakyat dari berbagai kaum pada hari ini sama seperti kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan lebih setengah abad yang lalu. Cuma bezanya, dulu rakyat menentang British, tetapi kali ini mereka menentang anak didik Bristh.
    Dulu kita tuntut kemerdekaan supaya suara rakyat memerentah. Pada hari ini tujuan yang sama juga rakyat berjuang.
    Yakinlah perjuangan ini memakan masa yang lama. Untuk kemerdekaan mangambil masa liebih 10 tahun tahu. Kebangkitan rakyat kali ini mungkin mengambil masa yang sama juga.
    Semasa menuntut kemerdekaan dahulu, ras melayu berpecah ada yang menyokong untuk menghalau Inggeris dan ada pula yang menentang. Begitulah perjuangan. Jika tiada penentang dan penyokong tiadalah berjuangan.
    Kepada rakyat Malaysia yang berjuang untuk mengembalikan kuasa rakyat, jasa mereka akan dikenang. Kepeda pejuang suara rakyat, jangan diulangi kesilapan bapa atau datok kita semasa menuntut kemerdekaan. Datok dan bapa kita dulu memilih jalan menggunakan kekerasan, ketenteraan untuk mendapat kemerdekaan. Akhirnya perjuangan mereka tidak sampai ke mana. Kepada pejuang rakyat, teruslah berjuang menggunakan salur diplomasi dan demokrasi.Mungkin masa yang diambil agak lama untuk diterima oleh massa, oleh kesabaran, ketabahan dan kebijakan anda semua amat diperlukan.
    Tidak ada kuasa manusia yang dapat menghalang kuasa kebangkitan rakyat. Kennyatan ini diakui oleh semua manusia.

    BalasPadam
  7. Apa la PDO... JGN la nak tunjuk pandai tapi bangang... cuba merujuk pada statement tok guru untuk kepentingan politik, cara tok guru maklumkan adalah secara ilmiah dan keseluruhan, yg PDO merujuk secara khusus untuk pilihanraya, apa nak tahu hikmah ALLAH nak tgu pilihanraya ker!!!

    jgn la merosakkan kenyataan tok guru dengan andaiyan sendiri!!!

    untuk pengetahuan PDO segala yg berlaku sama ada baik atau buruk adalah baik disisi ALLAH swt, dan segalanya juga merujuk ada hikmah yg baik di sebaliknya.

    ini termasuk saya meninggal, Atau Admin PDO meninggal pun ada hikmahnya... bukan semata2 utk
    pilihanraya. jgn menghadkan Hikmah Allah pada sesuatu matlamat yg kita mahu... tetapi luaskanya kerana ALLAH swt.

    BalasPadam
  8. Rahmat Allah dan Kasihan Belas Allah pada hamba Anon 12:56 am semoga anda akan lebih berhikmah dalam menyampaikan dahwah islamiah kepada muslimin muslimat yg dihormati sekalian.

    ADapun sesungguhnya kuasa Allah itu amatlah luas sementara kita cuma hamba yg kudus, tiada sesiapa terlepas jangkauan kekuasanNYA.

    Hidup dan Mati ketentuan Allah. Yang mati pergi mengadap Allah yg hidup teruskan kehidupan dgn amanah dan jujur kerana Allah bukan kerana duniawi.

    BalasPadam
  9. Kepada Pemimpin UMNO dan ahli yang amat setia kepada parti UMNO....

    Sudah banyak pilihanraya kecil kita lalui namun kekalahan dan kegagalan jua yang kita terima.

    Mengapa parti UMNO tidak diterima rakyat yang bukan ahli...?

    Mengapa ahli UMNO dilihat tidak bermoral ketika memperjuangkan nasib melayu dengan menghina kuil tempat bangsa hindu bersembayang...?

    Mengapa pemimpin kerajaan khususnya dari kalangan pemimpin parti UMNO sekarang tidak tahu menyimpan rahsia kejahatan mereka sehingga rakyat boleh mengesan setiap fakta menjadi auta...?

    Mengapa percakapan atau kenyataan pemimpin UMNO keseluruhannya dibenci oleh rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional...?

    Mengapa harga minyak petrol naik selepas melaungkan slogan "Merdeka"....?

    Mengapa perwakilan UMNO tetap memilih Mohd. Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan dari awal lagi beliau sudah dikesan mempunyai skandal dan rasuah...?

    Walau apa pun persoalannya pemimpin UMNO dan ahli UMNO yang amat setia pada parti.... kita anggap saja cerita pilihanraya kecil seperti drama hindustan. Hero kalah dulu menang kemudian.

    Biar kita kalah selalu dalam pilihanraya kecil tapi kita menang dalam pilihanraya UMNO yang ke13 nanti..?

    BalasPadam
  10. Al Fatihah 2 Allahyarham Azman Mohd Noor
    May Allah shower his soul wit rahmat during this holy month of Ramadhan

    Perhaps this is divine intervention in light of the recent controversial n unlawful decision regarding the Kota Seputeh seat which is clearly contradicts the state constitution

    The ruling is another irrefutable proof that SPR is UMNO's whore

    Thanx,PDO 4 the recent display of the state constitution laws in one of ir previous article

    After all that by election in PR held states,finally PR gets 2 take the fight 2 BN in their own backyard

    Postal voting aside,InsyaAllah, I foresee a repeat of Kuala Terengganu where we kick their asses n left them reeling in their hometurf

    BalasPadam
  11. godbless ,allahyarham,hopes his soul will rest in peace,even pr supporters praises allahyarham,means that he is goods assembly man,so no way pr ,can win,moreover pr must be crazy,or their hearts must be full of worms or filty ,the mans as been good representative,but ofcos pr will not consided all these,its ok to waste the public funds for pr cause,anyway its bn hometurf,anyway the past prk has been pr hometurf ,and they yell lound off their victory to manupilate the rakyat ,now is the real test, ,this bn backyard,sees ,if victory cames to pr,cos if bn can enlarged the majority,pr will be in trouble

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Serbu Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.