script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Najib Bakal Terjerat Lagi Di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Apabila UMNO Teluk Kemang Tetap Mahukan Mantan MB Isa Samad Jadi Calon

SEREMBAN, 24 Sept - Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto), sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini. Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah, namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang. "Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya. Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa. "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.

[Ternyata kini, UMNO dan BN sekali lagi bakal berhadapan dengan masalah calon dalam pilihanraya kecil. Apakah, senario di Permatang Pasir bakal berlaku di Bagan Pinang pula selepas ini. Biarpun DUN Bagan Pinang dikatakan "kubu kuat BN", namun hakikatnya adalah tidak sama. Ini kerana BN hanya kuat atas "ehsan undi pos" yang jelas amat dipertaikaikan oleh semua pihak. Oleh itu, BN tidak kuat sebenarnya di Bagan Pinang. Lantaran itulah masalah calon dijangka bakal menjerat parti karat itu untuk berdepan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat. Atas kertas, kemenangan sudah pasti berpihak kepada BN. Namun, jika masalah calon ini tidak selesai maka harapan untuk melihat perubahan besar pasti akan berlaku jua akhirnya. Isa Samad tidak disenangi oleh MB Negeri Sembilan hatta Penasihat UMNO iaitu Mahathir Mohamad. Tetapi, beliau pasti menjadi pilihan Najib Razak selaku PM. Jika ini berlaku, sudah pastilah gelombang protes akan terjadi. Begitu juga jika MB memilih calon beliau, sudah pasti juga penyokong Isa Samad dan UMNO Teluk Kemang pula akan membuat protes. Akhirnya BN pasti akan terkubur bersama "labu-labunya" di DUN Bagan Pinang nanti].

Share:

3 ulasan:

  1. Salam sejahtera pembaca budiman.

    Atas kertas Dun Bagan Pinang adalah kubu kuat Umno/BN itu pun atas ihsan undi Pos yang terdapat dalam Dun tersebut. Memandangkan Umno/BN menghadapi masalah memilih calon untuk bertanding maka peluang Pakatan Rakyat untuk memenangi Dun Bagan Pinang adalah cerah.

    Umno Bahagian Telok Kemang mahukan Isa Samad menjadi calon manakala MB Negri Sembilan mahukan calon lain mewakili BN didalam PRK Dun Bagan Pinang. Sesiapa yang terpileh akan membawa perpecahan dalam BN.

    Bagi Pakatan Rakyat soal pemilehan calon tiada masalah. Siapa jua yang terpileh untuk menjadi calon akan diterima oleh pengundi Bagan Pinang. Berkat kerjasama diantara pemimpim DAP, PKR, dan Pas akan membawa kejayaan 8-1 bagi Pakatan Rakyat. Insya Allah.

    BalasPadam
  2. tunggu je la beb... Untung Sabut Timbul.. Kalau Jadi Batu..alamatnye tenggelam.. Whatever Buat masa ni Isa Samad adalah calon terbaik... Kalau Isa Samad jadi Calon.. PR kena bawak bala tentera yang besar untk kempen.. Isa Samad punya pengaruh yang cukup kuat kat situ..sama macam anwar di Permatang Pauh..so Fikir2 kan le..

    BalasPadam
  3. apa salah,isa di calon,dia pun telah di hukum,lagi pun dsai masuk penjara bolih di terima, ni kan pula isa salah tapi tak masuk penjara,jangan lah di buat issue,syarat rakyat terima

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Serbu Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.