script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Sept - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tudu mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin membuat keputusan tersebut di kamar hakim hari ini. Anwar pada 11 Ogos lalu memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes Anwar II. Tujuh individu terbabit adalah Peguamcara I Datuk Idrus Harun, Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwaraya Datuk Nordin Hassan, Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Samsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin. Permohonan ini dibuat berdasarkan tindakan prejudis Peguam Negara Gani Patail dalam pendakwaan, dengan merujuk kepada insiden 'mata lebam' 1998 yang mendapati Gani bertindak merekacipta bukti terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dalam afidavitnya, Anwar berkata pihak pendakwaraya yang terbabit bersekongkol dalam komplot Gani. Pemimpin reformasi ini mahu Mahkamah Tinggi melucutkan pembabitan mereka kerana beliau percaya pasukan pendakwaraya turut prejudis dalam pendakwaan. Antara faktanya adalah dokumen-dokumen dari pihak pendakwaan yang mengesampingkan bukti menyokong pembelaan Anwar Ibrahim. Ini termasuk laporan perubatan dari empat doktor pakar yang mendedahkan Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat. Sekiranya mahkamah menyabitkan kesalahan pada Anwar, kerjaya politiknya akan berakhir.

[Satu keputusan yang nyata tidak berpijak di bumi yang nyata dan sengaja dibuat-buat, sedangkan rakyat majoritinya tahu penglibatan Gani dan Musa dalam kes mata lebam Anwar dulu. Malah, media juga telah melaporkan bahawa Anwar mencederakan dirinya sendiri bagi menagih simpati rakyat. Namun, selepas siatan Suruhanjaya Di Raja di buat maka terbukti bahawa ia dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor. Soalnya, kenapa Musa dan Gani menipu rakyat?. Bukankah ini membuktikan adanya komplot jahat antara mereka. Maka itu, adalah wajar Gani tidak terlibat dalam kes terbaru Anwar ini demi keadilan dan kepentingan perbicaraan tersebut. Namun, jika ini keadaannya maka kita tidak hairan dan yakin bahawa Anwar pasti akan kembali ke penjara].


Share:

12 ulasan:

  1. bagus.. teruskan perbicaraan jgn hentikan

    BalasPadam
  2. betul..al juburi ni dah lama sangat putar belit pusing sana sini..dakwalah si pengkhianat ni secepat mungkin. rakyat teramat bosan dgn tingkah laku si al juburi nih..

    BalasPadam
  3. moga lepas ni tak ada lagi tipu helah yg lain... jika tak salah teruskan perbicaraan kerana semuanya telah ditetapkan oleh Allah swt samada salah atau tidak ... mengapa nak larikan diri aje. jika anwar benar2 insan Islam yg sejati yg meletakkan Allah sebagai tuhannya, jgnlah mereka berbagai alasan lagi utk menidakan perbicaraan dijalankan... jika si saiful tu bersalah mengapa dia beria2 hendakan perbicaraan ini berjalan dngan segera... fikir2 la...

    BalasPadam
  4. Lembu umno, nasib badan lsh melayu. Jawa cakap melayu tu bangsa lari, tolol

    BalasPadam
  5. Musa dan Gani bukan pokok persoalannya...pokoknya penjuburan memang dah berlaku...tak reti reti ke kamu

    BalasPadam
  6. secara tak sedar, anwar sendiri yg menarik gani masuk lebih dlm pasal kes dia kali ni dgn laporan polis yg dia buat.. jika kepenjara sekali pun, kalau anda rasa anda itu benar, mengapa mahu takut.. biarlah didunia ini anda difitnah dan dipenjara, yg penting akhirat kelak anda bahagia. kenapa perlu takut dibicara?

    BalasPadam
  7. Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin membuat keputusan menolak permohonan Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau kerana dilihat berat sebelah...?

    Bagus, mahkamah dan Anuar tolak menolak sehingga akhirnya hakim kena liwat...

    Kita sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menangguhkan perbicaraan kes untuk sekian kalinya.

    Peguam, hakim dan mahkamah yang membicarakan kes liwat Datok Seri Anuar perlu dilayan seperti orang bodoh. Kalau ada peluang cari alasan dan tangguh lagi biar mereka tunggu sehingga hakim mati kerana sakit jantung.

    Jangan diberi peluang penonton kaki liwat melihat perbicaraan yang tidak ada kes...

    BalasPadam
  8. lepas ni suruh anuar bakar semua mahkamah lagi bagus,terus kes tak bolih bicara kah kah kah

    BalasPadam
  9. Kes liwat antara Anuar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan adalah kes sex yang paling bodoh pernah didakwa dalam mahkamah Malaysia.

    Simangsa liwat, Polis, pendakwa, Peguam Negara, hakim dan mahkamah cuba memperbodohkan rakyat Malaysia kerana mencipta kes yang tidak pernah berlaku.

    Ini cuma salah satu perang saraf yang digunakan oleh UMNO untuk melemahkan semangat perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

    Biar pun Anuar dapat dikalahkan oleh konspirasi Najib, UMNO tetap ditentang dan ditumbangkan. Tanpa Anuar, kami ada Nik Aziz untuk teruskan perjuangan.

    "Patah akan tumbuh, hilang akan berganti"

    BalasPadam
  10. hahaha anuar mempermainkan penyokongnya... pulun nak suruh tutup kes..takut terbongkar... rupanya penakut juga anuar ni...cakap aje berdengar2 tapi habuk pun tak ada...apa yg dia kata nak buat satupun tak jadi.. cmna nak pimpin malaysia... ada juga org mcm ni...

    BalasPadam
  11. anwar buat semua ni cuma nak lambatkan masa je.. bia sampai PRU13 sampai.. pastu pakatan menang..dia pun jadi PM, case close la.. habis cerita.. tu je tujuan dia.. kalu nak kira berat sebelah, memang kena berat pun.. peguam nuar pun berat sebelah nuar.. abih, kalau pendakwa nanti berat sebelah nuar jugak.. sape yg nak dakwa betul2? akai tadak ka?

    BalasPadam
  12. NIK AJIS PUN DAH NAK NYANYOK ,BOLIH HARAP KE,UUOOOP.JAGAN TAKUT GUAN ENG DAN GOBINB SING ADA UNTUK MENEGAKKAN ISLAM,JANGAN SIBEDUL DUA NI TUKAR TAKBIR KE TAKEBEER DAH LAH .

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Serbu Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.