KUANTAN, 3 Sept - Rakyat Pahang yang terpaksa menanggung dua saman sebelum ini berjumlah hampir RM300 juta kini dibebankan dengan tiga lagi saman baru daripada dua buah syarikat dengan nilai yang sama. Ini bermakna dalam tempoh antara bulan April dan Ogos tahun ini sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Adnan Yaakob disaman lebih RM600 juta oleh empat buah syarikat. Yang lebih mengemparkan, keseluruhan saman yang dihadapi oleh kerajaan negeri Umno-BN kini dalam lingkungan RM5 bilion, termasuk jumlah yang dituntut oleh pelbagai pihak ketika Pahang dipimpin oleh Khalil Yaakob. Ketika mendedahkan perkara ini , Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), berkata kerajaan BN telah mengambil sikap tidak bertanggungjawab sama sekali dengan mengadai masa depan Pahang dan rakyatnya. "Kesemua kes saman terhadap kerajaan negeri Pahang adalah disebabkan amalan rasuah, kronisma, penyelewengan dana dan salah urustadbir sepanjang sejarah negeri ini diperintah oleh Umno dan BN. "Hak dan nasib rakyat Pahang diketepikan tetapi yang lebih penting bagi pemimpin UMNO-BN ialah kekayaan yang mereka kaut melalui kontrak diagihkan sesama mereka.
Apabila berlaku masalah rakyat Pahang yang terpaksa menanggungnya," jelas Azan. Sekiranya jumlah saman RM5 bilion dibahagikan dengan jumlah penduduk Pahang seramai 1,483,600 orang, setiap rakyat negeri itu termasuk bayi yang baru lahir dan masih dalam buaian terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370. Saman terbaru berjumlah lebih RM100 juta difailkan oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd sementara Asia Chart Sdn Bhd mengemukakan dua saman berasingan yang bernilai hampir RM200 juta. Kedua-dua syarikat tersebut dipercayai telah memfailkan saman mereka berhubung dakwaan mengingkari perjanjian pembalakan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu lalu. Seruan Gemilang Makmur juga April lalu telah berjaya mendapatkan perintah "mandamus" (untuk memaksa) daripada mahkamah bagi Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepadanya kerana melanggar syarat perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan. Selang tiga bulan kemudian, kerajaan negeri tersebut disaman sekali lagi oleh dua buah syarikat, bernilai lebih RM200 juta. Spag'n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd masing-masing memfailkan saman berjumlah RM209 juta dan RM24 juta yang juga melibatkan kes pembalakan. Kedua-dua syarikat berkenaan juga menyaman Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana mengingkari janji.
Pahang Bankrap Sejak Zaman Khalil Yaakob
Fenomena dakwaan salahlaku dan penyelewengan yang dihadapi oleh kerajaan negeri Pahang bukanlah perkara baru. Pada 2001 Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) yang pada masa itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah telah membuat laporan polis terhadap Khalil selaku Menteri Besar ketika itu kerana salah urus hasil negeri berhubung konsesi pembalakan yang melibatkan ratusan juta ringgit. Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ketika itu Badan Pencegah Rasuah) tidak mengambil sebarang tindakan. Khalil kemudian diangkat menjadi Yang diPertua Negeri Melaka. Saman lain terhadap kerajaan negeri termasuk oleh penduduk Bukit Koman, Raub berhubung projek perlombongan emas dan peneroka Felda Lembah Klau. Fauzi yang kini menerajui Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang ketika dihubungi berkata rakyat Pahang perlu sedar bahawa mereka dan generasi masa depanlah yang bakal menanggung segala kebobrokan yang dibawa oleh Umno dan BN. "Apabila kerajaan negeri sudah tidak ada wang untuk menanggung operasi pentadbiran negeri rakyat akan menjadi mangsa. Contohnya cukai tanah akan dinaikkan dan termasuk juga cukai pintu dan tarif air. Semuanya akan naik dan rakyat terpaksa menanggung kesannya. "Kalau kerajaan negeri tidak ada duit untuk membayar sub-kontraktor ia akan membayar menggunakan tanah dan aset negeri yang lain. Akhirnya rakyat juga yang rugi," kata mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan itu. Beliau yakin jika diberi peluang mentadbir Pahang, Pakatan Rakyat mampu memastikan kedudukan kewangan negeri kukuh dan rakyat tidak akan sengsara berbanding sekarang. Suara Keadilan
[Rakyat Pahang harus lakukan peubahan jika mahu hidup mereka tidak terus dirundung malang dibawa pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Sudah lebih 50 tahun kuasa berada di tangan mereka, namun kehidupan rakyat bukan semakin lebih selesa. Malah rakyat kini ditekan dengan berbagai masalah yang menyebabkan mereka terpaksa membayar satu harga yang tidak wajar berlaku. Sedangkan dalam masa yang sama, khazanah dan hasil mahsul negeri terus dirompak oleh sebuah kerajaan dari parti yang mengaku membela nasib orang Melayu dan rakyat. Walhal mereka sebenarnya lupa dengan pengorbanan rakyat yang memberi peluang kepada mereka untuk terus berkuasa biarpun di negeri lain gelombang Tsunami politik melanda hingga menyebabkan kerajaan bertukar. Oleh itu rakyat Pahang diminta bersedia untuk menerima arus perubahan yang bakal berlaku dalam pilihanraya umum akan datang. Pastikan masa depan mereka dan generasi akan datang terus selamat, aman dan makmur. Bukan sekadar retorik politik seperti yang dilaungkan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sejak sekian lamanya itu].







SURUH LAH FUAZI GILA TU JADI MD PAHANG ,NANTI, HABIS PAHANG DI JUALNYA
BalasPadamsatu gila kat perak,satu gila kat pahang,betullah tu kah kah kah
BalasPadampauzi mmg giler sbb tu masa jadi ADUN Beserah BN lagi dia dah report pasal Khalil Yaakob..MB rompak balak tuu...kah kah kah..skrg MB Adnan yaakob plak..rompak lagii....mana lagi giler..yg merompak dgn yg nak halau org rompak....hehehhe...bil air melambung2 naik...kepala paip kena bayoo..sbb adnan nak bayar hutang lerr tuu kah kah kahh..sapa yg giler tu gamaknyer....
BalasPadamI agree wit the previous comments
BalasPadamLet's give this "crazy" Fauzi the job as MB
One term only
Then the rakyat can see whether he can perform as good(or as bad) as MB Adnan
pakatan takkan dapat perbaiki segala yg dah rosak dek tangan bn sejak 50 tahun. tapi kami bermula hari ini untuk memulihkannya supaya generasi akan dtg hidup sejahtera dan sempurna tanpa tekanan. pikir la... bukan kita je nak idup kat sini
BalasPadamUMNO semua giler. Alif mim nun wau. Alif tendang wau...., sarkes.
BalasPadamUMNO memang giler. Beranak 26 tahun lalu tapi sambut harijadi ke 62 tahun, ni bukan takat gila, haramjadah terus.Dulu Lee Kuan Yew nak ambil Singapura, Pemuda UMNO kata," Langkah mayat Pemuda UMNO dulu." poooorah. PENGKHIANAT UMAT MALAYSIA, ISLAM DAN NEGARA
Yang UPAYA PADU saman tu memang Denan Yakult pakat suruh saman. Upaya Padu tu Tengku Wong punya, jadi bila saman dia bayau lah dengan kawasan balak lagi, dia amik lah 30%, sianu tu 40% yang belen tu Upaya Padu punya....... barang free.
BalasPadamItu lah kejer umno pun, dulu kini dan selamanya sahingga lah tamat riwayat.
kalau fauzi jadi mb aku rasa lagi teruklah pahang ni,, sebab dia tak berupaya memimpin , tengoklah masa dia jadi wakil rakyat dulu apa yang dia buat. orang negeri sembilan kata ngabis boras yo. jadi pemimpin bukan boleh dibuat percubaan, kalau mampu takpe kalau tak mampu terpaksa tunggu 5 tahunlah rakyat sengsara... aku kira pr ni memang giler kuasa,tek terima kenyataan bahawa dah takde majoriti tetap nak buat sidang dun ,, apa yang bagi perkenan pun tak tahu.
BalasPadamPelik juga penyakit org umno ni, org dah bagi fakta bahawa hutang yg terpaksa rakyat tanggong dah banyak, kesan segera
BalasPadamcukai tanah akan dinaikkan sebanyak 300 %
bil air akan dinaikkan.
Agaknya meke ingat org bergurau agaknya,
Yg gi kutuk Fauzi Rahman tu buat ape....
kutuklah pemimpin Umno ngok tu...
Payah jenis bodoh yg tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut ni......
sokong umno ni sama macam tanam kacang rebus, kerja siasia. TV3 suku dalam beritanya mengatakan hanya 5% rakyat yang kibar bendera sepanjang sambutan merdeka.
BalasPadamPRU 13 mungkin umno hanya dapat kurang dari 5% undi sahaja Insyaallah.
NGOK ANON 4.46 ,FAUZI YANG BANYAK MELALAK DI PAHANG PATU LAH DIA KENA BAHANG JANGAN MAKAN KACANG REBUS ,NANTI BEDEBUS KELAUR KENTUK KAT JUBUR,KAH KAH KAH
BalasPadamORANG PAHANG KHASNYA UMNO NI BG LA FAKTA KE APA KE MEREKA NI BUTA HURUF TK SEKOLAH JD KESIAN PD MEREKA YG TAK BACA DN MENULIS.
BalasPadamHIDUP MEREKA HARAPKN IHSAN RINGGIT BOS MEREKA DPTLAH RM50 SEKALI MENYALAK BUKIT.
KADANG AKU SEBAK DAN PILU DGN ANAK PAHANG UMNO KAIS PG MKN PG KASI MLM TK CUKUP NK MKN.
BIARKAHLAH PARIA PARIA UMNO NI NK CAKAP APA KRN MEREKA SAH BUTA HURUF BODOH TK BLH DI AJAR.
TUGAS KITA RAKYAT YG SEDAR HUMBANKAN KERAJAAN YG DOK PERABIH KHAZANAH NEGERI INI KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YG DILAHIRKN SEMATA MATA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT.
ANON Thursday, September 03, 2009 11:22:00 AM
BalasPadamAnon ni terlepas dari wad psikiari htaa agaknya. bahaya jika org gila babi ni berkeliaran dibimbangi akan menggigit org ramai.
Kepada sesiapa yg jumpa pesakit ini sila lapurkan pada polis atau jabatan psikiatri htaa dgn segera.
Sekian harap maklum.
dah dapat tangkap ,anon 7.12 adalah puak2, fauzi gila kuasa tu,mereka ni sama2 akan jual pahang jika berkuasa,awas lapor kan pada kerajaan,gila kuasa lebih bahaya dari gila biasa,tanjung rambutan pun tak mampu menerima mereka,yang elok buang negri ajer
BalasPadamkesian aku pada pesakit bernama gila bin babi ni meracau siang malam tk kira masa.
BalasPadamkat mana la ko ni ada skrg aku nk masuk dlm guni nk pi jual kat besi buruk.
kesian aku tengok ko ni melalak menyalak mcm .....
tu tangkaplah anon 7.12,masuk kat guni ,menyalak bagi tulang ajer, kalau puazi berkauasa bagi kayu balak jer diam lah dia
BalasPadam