BENTONG, 15 Sept - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), tidak akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini kerana bimbang dengan penularan selesema babi atau influenza A (H1N1) yang disifatkannya kini berada di tahap serius. Adnan berkata, beliau tidak mahu membiarkan orang ramai terdedah kepada bahaya penyakit berkenaan. "Kita tidak boleh memandang ringan wabak influenza A atau H1N1 ini kerana mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ia akan memasuki gelombang kedua pada pertengahan bulan depan. "Mengikut laporan WHO itu, lebih ramai penduduk dunia akan menjadi mangsa gelombang kedua H1N1," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rahmat Ramadan di masjid Felda Sungai Kemahal, dekat sini, hari ini. Pada majlis itu beliau menyampaikan bonus hari raya kepada peneroka Felda Wilayah Mempaga dan bantuan raya kepada golongan miskin.[Satu tindakan yang tepat dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Langkah ini haruslah disokong dan wajar dituruti juga oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Ini kerana masalah H1N1 adalah bersifat global dan tidak mencakupi fahaman politik kepartian. Justeru itu, seluruh rakyat digesa untuk mengambil perhatian dengan saranan yang dibuat oleh MB Pahang ini, tidak kira mereka daripada penyokong kerajaan mahupun pembangkang. Semoga dengan ini kita dapat terus hidup selesa dan selamat dari sebarang malapetaka yang cukup berbahaya itu].
Tol Percuma Di Lebuhraya LPT Dan KL-Karak
KUALA LUMPUR, 15 Sept - Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan menikmati laluan tol percuma sempena Aidilfitri pada awal pagi Jumaat dan Khamis depan. Tawaran itu adalah bagi perjalanan mulai jam 12 tengah malam hingga 5 pagi pada dua hari berkenaan. Presiden dan Ketua Pegawai Operasi MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata kemudahan itu diberikan untuk menggalakan pegguna merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan.
[Tahniah diucpkan kepada pengurusan kedua-dua lebuhraya itu. Nampaknya, warga Pantai Timur yang berada di Lembah Kelang bakal mendapat faedah yang cukup menarik ini. Sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh pihak terbabit selama ini. Cuma harapan kita agar pihak pengurusan dapat memastikan keadaaan lebuhraya terabit lebih selesa dan terjamin, bagi mengelakkan lagi berlakunya kemalangan pada masa akan datang. Orang ramai juga diharap lebih berhati-hati untuk pulang ke kampung. Ingatlah formula "Biar Sampai Lambat Tapi Jangan Tak Sampai Langsung" di sepanjang perjalanan menjelang hari raya ini.].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan