script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Isu Pilihanraya Kecil DUN Kota Seputeh, Kerusi Kosong Atau Pun Tidak Ianya Keputusan Dewan Undangan Negeri Dan Bukannya Oleh SPR

Hari ini keputusan sama ada pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh Kedah bakal diadakan atau tidak telah diketahui. Namun, nampaknya SPR semacam bercelaru apakah mereka harus menjalankan satu lagi pilihanraya kecil dalam tempoh terdekat dalam keadaaan Kerajaan UMNO BN yang semakin ditolak rakyat sekarang ini. Tambahann pulla, kerusi kosong kali ini adalah hak milik BN. Melihat kepada kenyataan TPM Muhyiddin Yassin bahawa SPR perlu kaji bahawa ADUN Kota Seputeh sakit ketika tidak hadir sidang DUN sebelum membuat keputusan, maka ia memungkinkan satu keputusan yang smaa di Perak akan berlaku. Masih kita ingat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, memaklumkan kepada SPR bahawa terdapat kekosongan dua kerusi DUN di negeri itu. Namun, anehnya SPR menjadi hakim pula dengan mengkaji dan membuat keputusan yang tidak sewajarnya hingga menyebabbkan Kerajaan Negeri Perak ditumbangkan secara tidak hormat. Keputusan ini jelas sekali mengecewakan rakyat sebenarnya. Malah, tindakan SPR yang menkaji pula surat dari dua ADUN terbabit adalah bercanggah dengan udang-undang dan perlembagaan itu sendiri. SPR sepatutnya hanya menjalankan pilihanraya selepas ia dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri terbabit. Dalam kes ini, apakah SPR akan termakan dengan kata-kata pemimpin BN seperti Muhyiddin Yassin itu lantaran enggan undang-undang yang telah sedia termaktub dalam perlembagaan itu sendiri?.

Justeri itu dibawah ini kami siarkan satu artikel yang dipetik dari laman blog Setiausaha Politik MB Pahang, yang dikenali sebagai Dato' Shamsuddin Nawawi. Dalam blognya www.dongtalk.blogspot.com antara lain beliau menyatakan bahawa keputusan samada mana-mana kerusi dalam Parlimen (atau Dewan Undangan Negeri) itu kosong atau tidak adalah diputuskan oleh Parlimen (atau Dewan Undangan Negeri)dan keputusan itu adalah muktamad. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya bertanggungjawab menjalankan pilihanraya dan bukannya badan untuk menentukan samada perlu ada pilihanraya atau tidak ! Baca peruntukan Bab 4 Perlembagaan Malaysia terutamanya Perkara 52 dan 53.
Bagi Negeri Pahang terdapat peruntukan yang sama dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang iaitu dalam Perkara 24 dan 25

[Kenyataan yang dibuat oleh Dato' Sam iaitu seorang yang begitu pakar dalam hal undang-undang ini berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari bahawa status quo kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kekal di tangan Barisan Nasional. Keputusan SPR itu jelas sekali membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara sebenarnya. Mana mungkin ADUN yang sudah dua kali tidak hadir sidang DUN masih dibenarkan memegang jawatan tersebut. Apakah SPR takut untuk melaksanakan pilihanraya di Kota Seputeh kerana gusar BN akan tewas disitu nanti. Nampaknya, kini terbukti benar bahawa SPR melaksanakan pilihanraya mengikut arahan pemimpin UMNO sendiri. Dengan keputusan ini bermakna BN kekal kerusi itu dan ia menyebabkan rakyat di kawasan Kota Seputeh kini terpaksa mempunyai wakil rakyat "bangkai hidup" yang tidak boleh berfungsi apa-apa untuk membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri. Apakah ini caranya yang dimahukan oleh BN?. Bayangkan jika kes ini berlaku kepada ADUN pembangkang?. Sudah pasti keputusan adalah sebaliknya. Semoga rakyat akan mencari jalan terbaik untuk menguburkan SPR dan juga BN dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya. SPR adalah komponen BN dulu, kini dan selamanya].

Share:

17 ulasan:

  1. nasib baik party SPR gerun nak adakan PRK kota siputeh, Party Benawe selamat, kalau tidak mesti hancussss punya. tapi tak apa kamu hanya ada tiga tahun lagi untuk melanggar undand undang, lepas tu kamu akan dihukum Insyaalah.

    BalasPadam
  2. bn masih tegoh dan utuh.kepala lembu dan kampong buah pala,akan hancusss kan pr

    BalasPadam
  3. UMNO ni kartun pun dia takut. ish ish ish. Sudin cakap, Alif mim nun wau, alif tendang wau, SERKAS.

    BalasPadam
  4. alamak ayat koran pun bolih main2,tendang sana,tendang sini,aku dengar ayat koran,jangan kata nak main2,aku cabut lari

    BalasPadam
  5. setan zindagi tak boleh bezakan huruf JAWI dengan Al-Quran???
    ..setan ni betul buta huruf...

    BalasPadam
  6. Semasa PRK PPasir isu pengundi hantu ditimbulkan dan lapuran polis juga dibuat. SPR bertegas tiada pengundi hantu dan pengundian berjalan lancar. Kemenangan memihak kpd. PAS. Tiada bantahan. Tiada kutukan, penghinaan. Pujian utk SPR pun tiada.

    Hari ini lain pula. SPR dikutuk, dihina, dimaki hamun dicerca, hanya disebabkan keputusan tentang tiada kekosongan diDUN Kota Seputih.

    Dpd kedua-kedua kejadian, amat nyata dan jelas betapa rendahnya moral dan kematangan berfikir dikalangan ahli-ahli PR/PAS. Mereka sentiasa mahu semua perkara memihak kpdnya. Jika tidak, dunia ini akan terbalik dibuatnya. Mereka sewenang-wenangnya menuduh tentang pencabulan undang-undang, SPR, Polis, Mahkamah dan semua agensi kerajaan menjadi barua UMNO. Inilah hakikat dan kebenaran pada puak2 PR/PAS.

    Sepertimana mereka pernah berkata rakyat tidak lagi bodoh utk menilai yg mana benar dan yg mana salah, begitu juga sebaliknya. Rakyat juga tidak bodoh utk menerima bulat-bulat apa yg dicaci dan dimaki hamun oleh sesetengah kaum PR/PAS. Mereka juga tahu menilai dgn matang tentang sesuatu perkara.

    Adalah disarankan jika keputusan SPR tidak boleh diterima, bawalah perkara ini ke mahkamah untuk menuntut keadilan. Tetapi ingatlah, jika keputusan mahkamah tidak memihak kpd PR/PAS, terimalah dgn hati terbuka. Jangan tuduh itu dan ini....

    BalasPadam
  7. Boleh belah la CMK....takde keje lain asyik ngutok orang je...

    BalasPadam
  8. biasalah bila mahkamah tak berpihak pada mereka ,maki hamun akan diberi,pimimpin gila ,gila kuasa,kah kah kah

    BalasPadam
  9. bukan masalah boleh belah..masalahnya kenyataan tentang perkara ini dibuat oleh setiausaha politik MB Pahang sendiri..itu bukan dari pembangkang..tak kan benda mcm tu pun tak boleh terima

    BalasPadam
  10. kalau keputusan belah demo.. pasti puji melangit la .. tapi sebaliknya kutuk rapat... itula pembangkang yg punya otak beku...belum berkembang .. mcm mana nak perintah rakyat malaysia no... hancus jadinya

    BalasPadam
  11. buta huruf tak pa jangan buta hati dan buta ilmu,nabi pun buta huruf dan tak pandai membaca,bab islam aku takut nak main2,biarlah orang yang paham ugama yang berhujah ,aku tak mampu,jangan pulak lawak sudin,jadi ukuran,takut aku ,takut dengan peragai manusia sekarang,ingat setan jer yang pandai pusing cakap,tu memang kerja setan,tapi aku tak pusing cakap,aku dah mula cakap betul ,takut ,takut

    BalasPadam
  12. BN dah make their move..kini giliran korang plak buat move..jom buka buku dan akta yang membolehkan pilihanraya gak..begitula suasana politik Malaysia yang penuh warna warni....hahahh!!

    BalasPadam
  13. Memang lah setan takut ayat koran, mesti lari punya.

    BalasPadam
  14. As expected from the flip flop known as SPR
    Don't think BN can afford 2 lose another seat in Kedah

    Pakatan Kedah needs 2 exercise constant vigilance n extreme caution on this matter
    This illogical decision followed by the resignation of that potential turncoat from Lunas

    Wit people's power against BN's momentum,u can bet ur najib is desperate 2 cling 2 power he'll do whatever it takes 2 turn Malaysia into a pariah state

    Oh n that setan guy
    Can't tell the diff btw jawi n Quranic words?
    Guess he's the product of UMNO's perverted view of Islam n their racist approach

    Maybe he can't tell the diff btw cow n pig
    He must hav ate pig's meat all this time
    He better stop or else he'll die of trichinosis

    BalasPadam
  15. waduh ,jahat ahlak sungguh tuduh orang makan babi,si zakwan ni,tuduh orang yahudi,kesian, belajar tinggi tapi budi perkerti teramat rendah,aku tidak marah malah amat berterima kaseh,aku setan baik ,AKU RASA ZAKWAN TERASA PEDAS KOT,AKU TAK AKAN BERKATA UNGKAPAN YANG TAK ELOK,TERIMA KASEH KERANA KEJI AKU

    BalasPadam
  16. ala zindagi...mgkn si zakwan tu yg dah terbiasa makan babi...sebab tu dia dok kata kat org... belajar tinggi pun tapi belajar kat negara kafir tu.. sebab tu pangai tu tak ada budi pekerti yg bagus... kalau belajar pondok mgkn lebih baik budi pekerti tu

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.