script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Kemelut Isu Politik UMNO Terengganu Makin Parah, Majoriti ADUN BN Tolak Muhyiddin Yassin Jadi Orang Tengah Selesaikan Sengketa !!

Kemelut UMNO Terengganu yang berlarutan sejak pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar semakin parah sehingga memaksa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto), menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut berkenaan. Campurtangan Muhyiddin ini juga sekaligus memperlihatkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Timbalannya Ahmad Said gagal mengatasi kemelut itu. Bagaimanapun Muhyiddin sekali lagi dilihat cuba menyembunyikan kegagalan dengan mendakwa senario kemelut berkenaan semakin baik berdanding sebelum ini. "Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkaraperkara tertentu yang perlu dibereskan. "Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar...lepas hari raya atau bila masa yang sesuai," katanya. Namun malang bagi Muhyiddin apabila usahanya mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat UMNO Terengganu di pulaukan 15 wakil rakyat BN. Muhyiddin turut mengakui memang wujud krisis dalaman parti itu di Terengganu dan ia perlu diselesaikan dengan segera. Kenyataan dan tindakaan Muhyiddin ini secara jelas memperlihatkan kegusaran pimpinan tertinggi UMNO terhadap desas desus adengan wakil rakyat dari parti itu akan lompat parti.

[Inilah dia padahnya buat UMNO dan Barisan Nasional ini sebenarnya. Mereka tidak habis-habis dilanda masalah yang lebih besar daripada Pakatan Rakyat. Jika di Perak, ia dianggap normal kerana kemelut yang melanda adalah antara kerajaan dan pembangkang. Namun, lain pula ceritanya di Terengganu bila krisis politik berlaku sesama UMNO dan Barisan Nasional. Ini adalah bukti jelas bahawa mereka tidak boleh bersatu dan senantiasa ada sikap dengki dan khianat antara satu sama lain. Malah terdapat juga unsur ugutan dan protes yang amat menakutkan pemimpin UMNO pusat. Apakah benar kesemua ADUN yang menolak Mat Said bakal membentuk kerajaan baru bersama PAS di Terengganu dalam masa terdekat ini?. Gambaran itu nampak akan ketara sekiranya mereka semua melompat dan menjadi ADUN bebas seperti yang dilakukan oleh tiga ADUN di Perak dulu. Inilah dia bala yang datang balik buat Najib Razak, selaku dalang utama dalam kes rampasan kuasa di negeri Perak itu].




Share:

2 ulasan:

  1. hoi pencacai umno, adun umno pun boikot umno, mung nin apebenda, bodoh dooh lalu. kecik kecik tak nak mampus, dah besar menyusah ke irang.

    BalasPadam
  2. naper nyusahkan ko ke anon... nyusah sebab ko susah nak dpt kesenangan? sepatutnya ko yg mampus kecik2 dulu ada ko tak susah bila dah bangka ni///

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.