Bahang pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semakin hangat diperkatakan. Malah pilihanraya yang dijangka bakal diadakan selepas sahaja umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri itu, pastinya amat mendebarkan semua pihak. Terdapat ramai pemerhati, baik dari kalangan pro-BN atau pun pro-Pakatan Rakyat merasakan bahawa kerusi DUN tersebut akan berjaya dipertahankan oleh BN kali ini. Ia berikutan jumlah pengundi pos yang begitu ramai dan dilihat menjadi pemangkin ke arah itu. Terdapat juga suara-suara sumbang yang mengatakan, sepatutnya calon BN Parlimen Teluk Kemang S.Sothinatan menang dalam pilihanraya umum ke-12 tahun lalu. Namun dek kerana undi pos tentera yang berada dalam kawasannya itu telah dibawa keluar oleh Khairy Jamaluddin yang amat terdesak ketika itu di parlimen Rembau. Maka akhirnya calon BN tersebut tewas dan kerusi itu dimenangi oleh calon PKR. Semua ini menunjukkan bahawa kekuatan undi pos bakal memastikan kemenangan mutlak BN di Bagan Pinang. Apapun, hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal memaklumkan tarik pilihanraya dan hari pencalonan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. Semua pihak pasti akan tertumpu kepada pengumuman yang bakal dibuat oleh Pengerusi SPR, Aziz Yusof itu nanti. Soalnya sekarang, apakah BN terlalu kuat untuk dikalahkan di DUN Bagan Pinang?. Jika benar undi tentera yang berjumlah melebihi 4,000 itu berpihak kepada BN, kenapa majoriti yang dimenangi oleh calon BN ketika itu dibawah angka 3,000 undi?. Ke mana hilangnya undi anggota tentera terbabit? Bukankah ini sesuatu yang cukup misteri untuk diperkatakan sebenarnya. Apakah undi pos itu juga memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu?. Semua ini hanya pengundi yang bakal menentukan.
Keputusan Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada PAS meletakkan calon mereka di DUN Bagan Pinang harus dihormati oleh semua. Atas dasar ukhwah dan keutuhan persefahaman antara kesemua pihak, maka secara tradisinya kerusi DUN Bagan Pinang milik PAS kerana merekalah yang meletakkan calon ketika pilihanraya umum lalu. Namun, anehnya ada juga pihak terutaman dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kecewa dengan keputusan ini. Terdapat maklumat bahawa ia timbul daripada desakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahukan PKR bertanding di kawasan tersebut. Ini kononnya PAS sudah berjaya menang di Permatang Pasir Pulau Pinang baru-baru ini. Maka sudah tiba masanya memberi ruang agar calon PKR pula bertanding, untuk menyuntik semangat anak-anak muda AMK ini yang dilihat bermati-matian berjuang untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Apapun, keputusan telah dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerusi DUN Bagan Pinang tetap akan ditandingi oleh calon PAS. Ini menyebabkan bahawa pihak yang berharap PKR bertanding di situ agak kecewa dengan keputusan tersebut. Namun begitu, apakah mereka akan memboikot bagu membantu jentera Pakatan Rakyat di sana nanti?. Harapan kita agar mereka ini dapat berkerjasama bagi menjatuhkan BN di situ demi survival politik akan datang. Jatuhnya BN di Bagan Pinang, bakal memberi impak yang cukup besar kepada kepimpinan Najib Razak sebenarnya. Oleh itu, mahu atau tidak maka pemimpin UMNO BN rela melakukan apa sahaja untuk kemenangan. Biarpun pengumuman tarikh belum dibuat oleh SPR, projek-projek kebajikan dan pembangunan masyarakat telah mula datang mencurah-curah. Apakah strategi yang sama bakal digunakan oleh UMNO BN pada kali ini?
Persoalan juga timbul sekarang ini, apakah BN bakal sekali lagi tumbang dengan pukulan TKO pada kali ini seperti yang berlaku dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini?. Maklumat yang diterima menyatakan bahawa ramai penyokong BN terutamanya dari UMNO akan menolak calon lain sekiranya diletakkan bertanding di kawasan itu. Malah, sebelum ini dilaporkan bahawa semua 33 ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan ketua mereka iaitu Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN pada pilihanraya kecil itu. Isa adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri dan pemimpin kanan UMNO yang dikenakan tindakan displin gara-gara politik wang sebelum ini. Masa depan politik Isa, dilihat semakin malap bila mana namanya juga tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Apapun, Isa bernasib baik kerana beliau masih menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang. Susulan daripada itulah, AJK UMNO bahagian itu sebulat suara menyokong beliau sebagai calon BN. Masalahnya apakah cadangan nama Isa itu dapat diterima oleh Menteri Besar sekarang iaitu Muhammad Hassan?. Wajarkah mantan MB itu diberi tempat semula dalam politik negeri, sedangkan nama beliau kini semakin luntur di mata rakyat?. Kedudukan Mat Hassan juga bakal tergugat jika memilih Isa Samad. Ini kerana jika Isa menang, ada kemungkinan kedudukan beliau sebagai MB juga pasti akan tergugat. Apakah Mat Hassan rela perkara ini berlaku?
Isa Samad Pasti Turut Menjadi Pilihan Najib
Sebagai Perdana Menteri, Najib juga berhak menentukan siapakah calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini. Kemungkinan besar, jika Mat Hassan selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan MB Negeri Sembilan menolak nama Isa Samad, namun Najib tetap akan menerima pencalonan nama itu dan menolak nama-nama lain. Ini berdasarkan kepada Mat Hassan adalah proksi kepada mantan PM, Abdullah Badawi. Maka itu, sudah pasti Najib tidak mahu proksi Pak Lah berada dalam kepimpinan beliau. Sama seperti beliau menolak Khairy Jamaluddin ke dalam kabinet barunya itu. Apakah Mat Hassan bakal menerima nasib yang sama kiranya beliau menolak nama Isa Samad sebagai calon BN yang dikehendaki oleh majoriti AJK Bahagian Teluk Kemang itu?. Inilah dia kemelut yang pasti akan memusnahkan UMNO BN di Bagan Pinang nanti. Harus diingat, Isa Samad punya jasa besar terhadap Najib Razak. Beliaulah yang telag menggunakan kuasanya untuk membebaskan Najib daripada tangkapan khalwat dengan seorang artis terkenal tanahair di sebuah hotel dekat Port Dickson satu ketika dulu. Isa Samad dikatakan menggunakan kuasanya untuk memaksa pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk membebaskan Najib dan pasangannya itu. Jika tidak sudah pasti masa depan Najib akan terus hancur gara-gara insiden tersebut. Berita ini tidak dapat ditutup lagi, kerana ia heboh diperkatakan di jabatan agama negeri itu sendiri. Malah, ramai rakyat di Negeri Sembilan tahu kes tersebut. Najib diselamatkan oleh Isa Samad. Maka, sebagai membalas jasa Isa yang telah menyelamatkan maruahnya, sudah pastilah Najib bersetuju menerima pencalonan Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil itu nanti.
Maka itu, kemelut calon BN ini pasti akan membolehkan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Samalah dengan kesilapan memilih calon di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir baru-baru ini. Calon yang mempunyai latar belakang yang buruk akhirnya ditolak oleh rakyat. Memilih Isa Samad, biarpun nanti dipersetujui oleh Najib dan AJK UMNO Bahagian Teluk Kemang, tetapi tetap akan ditolak rakyat. Ini kerana Isa dipinggirkan selepas didapati bersalah kerana politik wang dalam pemilihan agung UMNO ketika itu. Malah, sudah pasti orang-orang Mat Hassan akan menolak pencalonan mantan Menteri Besar itu nanti. Akhirnya akan timbul undi protes yang pasti memihak kepada calon PAS di situ nanti. Malah, andainya Mat Hassan berkeras untuk memilih calon pilihan beliau sendiri, sudah pasti ia bakal menimbulkan masalah yang lebih besar. Ini kerana sudah pasti AJK UMNO Bahagian Teluk Kemang yang sebulat suara berdiri teguh di belakang Isa Samad akan menolak calon pilihan MB itu sendiri. Akhirnya mereka pula yang akan boikot dan membuat undi protes. Namun, semua ini adalah bergantung kepada "wang dan kemewahan". Sudah menjadi tradisi UMNO BN, dengan wang segalanya boleh diselamatkan dan terjadi. Apapun, sama-sama kita tunggu dan saksikan kemelut pemilihan calon BN ini nanti. Harapan untuk melihat kerusi DUN Bagan Pinang bertukar tangan nampak cerah jika kemelut ini gagal ditangani dengan betul oleh puak-puak mereka.
[Kenyataan ini hanya analisa PDO semata-mata. Andainya ia berlaku, sudah pasti harapan besar untuk Pakatan Rakyat menerusi PAS menang di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang bakal tercapai jua akhirnya. Biarlah undi pos seramai mana sekali pun, namun jika berlaku "swing" undi protes daripada pihak terbabit maka sudah pasti ia akan berlaku sebaliknya. Apa yang penting, teruskan perjuangan untuk memastikan kemenangan besar di satu lagi kerusi milik BN seperti di Kuala Terengganu bakal tercapai. Semoga dengan ini, ia akan memberi gambaran sebenar bahawa kerajaan BN pimpinan Najib Razak sebenarnyan telah ditolak secara total oleh rakyat. Hanya mereka sahaja yang terkinja-kinja masih mengaku mendapat sokongan majoriti rakyat. Justeru itulah kita tidak hairan Najib Razak terpaksa menagih simpati daripada rakyat Sabah dan Sarawak untuk memastikan mereka terus menang di kerusi parlimen. Lakukan tugas mulai sekarang, jika ingin melihat Bagan Pinang tumbang ke tangan Rakyat!!].
Keputusan Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada PAS meletakkan calon mereka di DUN Bagan Pinang harus dihormati oleh semua. Atas dasar ukhwah dan keutuhan persefahaman antara kesemua pihak, maka secara tradisinya kerusi DUN Bagan Pinang milik PAS kerana merekalah yang meletakkan calon ketika pilihanraya umum lalu. Namun, anehnya ada juga pihak terutaman dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kecewa dengan keputusan ini. Terdapat maklumat bahawa ia timbul daripada desakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahukan PKR bertanding di kawasan tersebut. Ini kononnya PAS sudah berjaya menang di Permatang Pasir Pulau Pinang baru-baru ini. Maka sudah tiba masanya memberi ruang agar calon PKR pula bertanding, untuk menyuntik semangat anak-anak muda AMK ini yang dilihat bermati-matian berjuang untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Apapun, keputusan telah dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerusi DUN Bagan Pinang tetap akan ditandingi oleh calon PAS. Ini menyebabkan bahawa pihak yang berharap PKR bertanding di situ agak kecewa dengan keputusan tersebut. Namun begitu, apakah mereka akan memboikot bagu membantu jentera Pakatan Rakyat di sana nanti?. Harapan kita agar mereka ini dapat berkerjasama bagi menjatuhkan BN di situ demi survival politik akan datang. Jatuhnya BN di Bagan Pinang, bakal memberi impak yang cukup besar kepada kepimpinan Najib Razak sebenarnya. Oleh itu, mahu atau tidak maka pemimpin UMNO BN rela melakukan apa sahaja untuk kemenangan. Biarpun pengumuman tarikh belum dibuat oleh SPR, projek-projek kebajikan dan pembangunan masyarakat telah mula datang mencurah-curah. Apakah strategi yang sama bakal digunakan oleh UMNO BN pada kali ini?
Persoalan juga timbul sekarang ini, apakah BN bakal sekali lagi tumbang dengan pukulan TKO pada kali ini seperti yang berlaku dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini?. Maklumat yang diterima menyatakan bahawa ramai penyokong BN terutamanya dari UMNO akan menolak calon lain sekiranya diletakkan bertanding di kawasan itu. Malah, sebelum ini dilaporkan bahawa semua 33 ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan ketua mereka iaitu Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN pada pilihanraya kecil itu. Isa adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri dan pemimpin kanan UMNO yang dikenakan tindakan displin gara-gara politik wang sebelum ini. Masa depan politik Isa, dilihat semakin malap bila mana namanya juga tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Apapun, Isa bernasib baik kerana beliau masih menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang. Susulan daripada itulah, AJK UMNO bahagian itu sebulat suara menyokong beliau sebagai calon BN. Masalahnya apakah cadangan nama Isa itu dapat diterima oleh Menteri Besar sekarang iaitu Muhammad Hassan?. Wajarkah mantan MB itu diberi tempat semula dalam politik negeri, sedangkan nama beliau kini semakin luntur di mata rakyat?. Kedudukan Mat Hassan juga bakal tergugat jika memilih Isa Samad. Ini kerana jika Isa menang, ada kemungkinan kedudukan beliau sebagai MB juga pasti akan tergugat. Apakah Mat Hassan rela perkara ini berlaku?
Isa Samad Pasti Turut Menjadi Pilihan Najib
Sebagai Perdana Menteri, Najib juga berhak menentukan siapakah calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini. Kemungkinan besar, jika Mat Hassan selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan MB Negeri Sembilan menolak nama Isa Samad, namun Najib tetap akan menerima pencalonan nama itu dan menolak nama-nama lain. Ini berdasarkan kepada Mat Hassan adalah proksi kepada mantan PM, Abdullah Badawi. Maka itu, sudah pasti Najib tidak mahu proksi Pak Lah berada dalam kepimpinan beliau. Sama seperti beliau menolak Khairy Jamaluddin ke dalam kabinet barunya itu. Apakah Mat Hassan bakal menerima nasib yang sama kiranya beliau menolak nama Isa Samad sebagai calon BN yang dikehendaki oleh majoriti AJK Bahagian Teluk Kemang itu?. Inilah dia kemelut yang pasti akan memusnahkan UMNO BN di Bagan Pinang nanti. Harus diingat, Isa Samad punya jasa besar terhadap Najib Razak. Beliaulah yang telag menggunakan kuasanya untuk membebaskan Najib daripada tangkapan khalwat dengan seorang artis terkenal tanahair di sebuah hotel dekat Port Dickson satu ketika dulu. Isa Samad dikatakan menggunakan kuasanya untuk memaksa pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk membebaskan Najib dan pasangannya itu. Jika tidak sudah pasti masa depan Najib akan terus hancur gara-gara insiden tersebut. Berita ini tidak dapat ditutup lagi, kerana ia heboh diperkatakan di jabatan agama negeri itu sendiri. Malah, ramai rakyat di Negeri Sembilan tahu kes tersebut. Najib diselamatkan oleh Isa Samad. Maka, sebagai membalas jasa Isa yang telah menyelamatkan maruahnya, sudah pastilah Najib bersetuju menerima pencalonan Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil itu nanti.Maka itu, kemelut calon BN ini pasti akan membolehkan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Samalah dengan kesilapan memilih calon di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir baru-baru ini. Calon yang mempunyai latar belakang yang buruk akhirnya ditolak oleh rakyat. Memilih Isa Samad, biarpun nanti dipersetujui oleh Najib dan AJK UMNO Bahagian Teluk Kemang, tetapi tetap akan ditolak rakyat. Ini kerana Isa dipinggirkan selepas didapati bersalah kerana politik wang dalam pemilihan agung UMNO ketika itu. Malah, sudah pasti orang-orang Mat Hassan akan menolak pencalonan mantan Menteri Besar itu nanti. Akhirnya akan timbul undi protes yang pasti memihak kepada calon PAS di situ nanti. Malah, andainya Mat Hassan berkeras untuk memilih calon pilihan beliau sendiri, sudah pasti ia bakal menimbulkan masalah yang lebih besar. Ini kerana sudah pasti AJK UMNO Bahagian Teluk Kemang yang sebulat suara berdiri teguh di belakang Isa Samad akan menolak calon pilihan MB itu sendiri. Akhirnya mereka pula yang akan boikot dan membuat undi protes. Namun, semua ini adalah bergantung kepada "wang dan kemewahan". Sudah menjadi tradisi UMNO BN, dengan wang segalanya boleh diselamatkan dan terjadi. Apapun, sama-sama kita tunggu dan saksikan kemelut pemilihan calon BN ini nanti. Harapan untuk melihat kerusi DUN Bagan Pinang bertukar tangan nampak cerah jika kemelut ini gagal ditangani dengan betul oleh puak-puak mereka.
[Kenyataan ini hanya analisa PDO semata-mata. Andainya ia berlaku, sudah pasti harapan besar untuk Pakatan Rakyat menerusi PAS menang di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang bakal tercapai jua akhirnya. Biarlah undi pos seramai mana sekali pun, namun jika berlaku "swing" undi protes daripada pihak terbabit maka sudah pasti ia akan berlaku sebaliknya. Apa yang penting, teruskan perjuangan untuk memastikan kemenangan besar di satu lagi kerusi milik BN seperti di Kuala Terengganu bakal tercapai. Semoga dengan ini, ia akan memberi gambaran sebenar bahawa kerajaan BN pimpinan Najib Razak sebenarnyan telah ditolak secara total oleh rakyat. Hanya mereka sahaja yang terkinja-kinja masih mengaku mendapat sokongan majoriti rakyat. Justeru itulah kita tidak hairan Najib Razak terpaksa menagih simpati daripada rakyat Sabah dan Sarawak untuk memastikan mereka terus menang di kerusi parlimen. Lakukan tugas mulai sekarang, jika ingin melihat Bagan Pinang tumbang ke tangan Rakyat!!].








isk punya pasal la umno nak letak sapa pun... apa ko org sibuk...ko org cari aje la calon ko rang.. tgk yg baikkkkkkkkk.. kalau baik nnt ko rang akan menangggggggggggggg
BalasPadamCalun tu biar lah yang terbaik,jujur,amanah dan berilmu..bukan senang nak jadi pemimpin...banyak kriteria dan neraka syurga ni tidak tanya pun kita dari parti mana...yang penting ape batang tubuh kita lakukan dari umur 7 tahun sampai akhir hayat...semuanya berpunca dari hati kita...jauhilah dari mempunyai hati yang kotor dan hasad dengki....
BalasPadam