Bekas Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR 25 Sept - Bekas Menteri Besar Pahang yang juga Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Bakar (foto) meninggal dunia di kediamannya, Jalan U-Thant di sini, pada pukul 7.45 malam semalam dipercayai akibat sakit jantung. Kami mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, kerana beliau merupakan salah seorang MB Pahang yang paling "bermaruah" dan diyakini oleh rakyat daripada pemimpin UMNO lain di Pahang sebelum ini. Beliau sangat terkenal di seluruh Pahang pada tahun 1979 itu setelah beliau berkrisis dengan Sultan Pahang berkaitan kawasan balak dimana beliau dikatakan enggan menandatangani bagi meluluskan beberapa kawasan balak untuk Sultan, akibatnya beliau berdepan dengan kemurkaan Sultan. Beberapa bahagian UMNO diseluruh negeri Pahang menyokong beliau didalam krisis tersebut, namun apalah sangat dengan sokongan dari golongan bawahan tersebut, akhirnya beliau terpaksa akur dengan kehendak Presiden parti, lantas beliau berundur dari kerusi Menteri Besar Pahang dengan digantikan oleh Datuk Abdul Rashid Abd.Rahman sebagai MB yang baru. Semasa menjadi Menteri Besar beliau cukup terkenal dengan keberaniannya merampas kawasan perkebunan sawit haram di Triang, Pahang, yang beribu-ribu ekar luasnya dan diusahakan oleh taukeh-taukeh Cina dari Singapura. Diatas keberaniannya itulah maka wujudnya rangkaian Felda Triang, Mayam, Purun dan lain-lain, adalah diyakini jika beliau tidak berani bertindak merampas tanah-tanah haram tersebut ketika itu, mungkin tanah tersebut masih menjadi milik taukeh-taukeh Cina itu sampai hari ini.
[Rakyat Pahang mengetahui bahawa Allahyarham adalah antara MB yang paling singkat berkhidmat, dek kerana beliau tidak sebulu dengan pihak istana. Malah, kepentingan rakyat yang amat diutamakan telah menyebabkan beliau terhumban lebih awal dari kerusi panas MB Pahang itu. Kelibatnya amat berbeza dengan Menteri Besar yang terkemudian terutamannya Khalil Yaakob dan Adnan Yaakob. Di zaman merekalah bermulanya aktiviti "rompakan berhemah" hasil mahsul rakyat terutamanya hutan balak di bumi Pahang ini. Al-Fatihah buat Allahyarham, semiga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta mendapat rahmat dariNya].
KUALA LUMPUR 25 Sept - Bekas Menteri Besar Pahang yang juga Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Bakar (foto) meninggal dunia di kediamannya, Jalan U-Thant di sini, pada pukul 7.45 malam semalam dipercayai akibat sakit jantung. Kami mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, kerana beliau merupakan salah seorang MB Pahang yang paling "bermaruah" dan diyakini oleh rakyat daripada pemimpin UMNO lain di Pahang sebelum ini. Beliau sangat terkenal di seluruh Pahang pada tahun 1979 itu setelah beliau berkrisis dengan Sultan Pahang berkaitan kawasan balak dimana beliau dikatakan enggan menandatangani bagi meluluskan beberapa kawasan balak untuk Sultan, akibatnya beliau berdepan dengan kemurkaan Sultan. Beberapa bahagian UMNO diseluruh negeri Pahang menyokong beliau didalam krisis tersebut, namun apalah sangat dengan sokongan dari golongan bawahan tersebut, akhirnya beliau terpaksa akur dengan kehendak Presiden parti, lantas beliau berundur dari kerusi Menteri Besar Pahang dengan digantikan oleh Datuk Abdul Rashid Abd.Rahman sebagai MB yang baru. Semasa menjadi Menteri Besar beliau cukup terkenal dengan keberaniannya merampas kawasan perkebunan sawit haram di Triang, Pahang, yang beribu-ribu ekar luasnya dan diusahakan oleh taukeh-taukeh Cina dari Singapura. Diatas keberaniannya itulah maka wujudnya rangkaian Felda Triang, Mayam, Purun dan lain-lain, adalah diyakini jika beliau tidak berani bertindak merampas tanah-tanah haram tersebut ketika itu, mungkin tanah tersebut masih menjadi milik taukeh-taukeh Cina itu sampai hari ini.[Rakyat Pahang mengetahui bahawa Allahyarham adalah antara MB yang paling singkat berkhidmat, dek kerana beliau tidak sebulu dengan pihak istana. Malah, kepentingan rakyat yang amat diutamakan telah menyebabkan beliau terhumban lebih awal dari kerusi panas MB Pahang itu. Kelibatnya amat berbeza dengan Menteri Besar yang terkemudian terutamannya Khalil Yaakob dan Adnan Yaakob. Di zaman merekalah bermulanya aktiviti "rompakan berhemah" hasil mahsul rakyat terutamanya hutan balak di bumi Pahang ini. Al-Fatihah buat Allahyarham, semiga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta mendapat rahmat dariNya].






alfatihah buat datuk rahim bakar.
BalasPadamAL FATIHAH BUAT BIG BOS KU
BalasPadam