Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Tn. Hj Suhaimi Said (foto), telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Biro Felda PKR Pusat baru-baru ini. Perlantikan telah dibuat dalam satu mesyuarat Biro Felda PKR Pusat yang telah diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Jalan Tengku Antah, Seremban pada 12hb September lalu. Beliau yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Kuala Krau Pahang adalah merupakan aktivis masyarakat yang cukup disegani oleh kawan mahu pun lawan. Pengalaman yang luas dalam mendekati masyarakat Felda telah menyebabkan dirinya diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab tersebut. Manakala itu Tuan Hj Zahari Mamat selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar pula dilantik sebagai Naib Presiden Biro Felda Pusat dan Saudara Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Berkenaan. Dengan perlantikan ketiga-tiga pemimpin PKR Pahang ini, maka diharap ianya dapat memberi kesan positif bagi menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat di kawasan tanah rancangan Felda di Pahang khasnya dan Malaysia amnya.[Perlantikan Hj.Suhaimi bakal memberi tamparan hebat kepada PM Najib Razak yang ditugaskan menjaga Felda. Difahamkan, Felda kini sudah menjadi badan korporat yang menzalimi para peneroka. Harga yang lebih rendah manakala kos penyelengaraan yang tinggi jelas sekali menekan rakyat. Peneroka Felda diberikan bonus raya, yang sebenarnya merupakan duit mereka sendiri yang dirompak dari hasil keringat mereka selama ini. Akhirnya para peneroka tertipu dan terlalu seronok dengan hadiah raya tersebut, walhal mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah ditipu oleh kerajaan UMNO dan BN. Oleh itu, diharapkan agar masyarakat Felda akan lebih terbuka minda mereka selepas ini, dalam membawa arus perubahan negara secara keseluruhannya pada masa akan datang].






Tuan, saya tidak berapa bersetuju dengan komen tuan mengenai Felda sbb sebagai petugas Felda kami lebih arif mengenainya. Jadi mintalah pihak tuan berhenti memainkan isu Felda menginayai Peneroka. Saya bukan nak membela Felda tetapi mana yang betul janganlah dijadikan bahan retorik. Apa yang dibuat oleh Pengurusan Felda semua tak betul semua tak kena.
BalasPadamJadi mintalah pihak tuan jangan terlalu negatif sangat dengan Felda. Mana yang baik yang dilaksanakan oleh Felda kenalah juga `highlight'kan. Barulah tuan boleh berlaku adil. Tuan juga cakap Islam adalah agama yang adil. Jadi mintalah pihak tuan berlaku adil disini.
Kami petugas Felda dengan tidak mengenal penat dan lelah untuk memajukan Felda dan peneroka. Jadi mintalah pihak tuan jangan main tuduh tuduh dan dengar cerita dari orang lain yang sememangnya bersikap skeptikal dengan Felda. Seharusnya jelaskan isu isu ini dengan fakta dan minta penjelasan dari Pengurusan Felda sebelum membuat sesuatu ulasan.
Sekian, terima kasih.