BERA, 16 Sept - Orang ramai di sekitar kawasan ini amat kecewa dan musykil dengan projek "Bera Water Front" yang dilihat semakin kaku dan lesu. Projek yang dibina dengan kos mencecah RM2 juta sejak setahun lalu itu, ternyata menjadi satu lagi projek "gajah putih" yang dimonopoli oleh puak-puak UMNO terutamanya kroni-kroni Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekarang ini iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ternyata projek ini jelas sekali merupakan satu pembaziran yang amat nyata oleh puak-puak UMNO, dalam usaha untuk merompak wang rakyat sesuka hati mereka. Soalnya sekarang, apakah rasional Bera Water Front itu dibina, kiranya ia gagal dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh masyarakat setempat. Promosi yang kurang dan tidak jelas, bagi menarik perhatian pelancong ke situ juga menyebabkan keadaan di tapak terbabit begitu menyedihkan sama sekali. Inilah bukti kerakusan pihak-pihak berkenaan dalam melakukan sesuatu projek yang jelas hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Sedangkan hasilnya tidak ada, malah projek itu dilihat gagal berperanan akibat ketiadaan perancangan rapi untuk memajukan lokasi tersebut.


Amat menyedihkan, mercu tanda Bera yang kini semak samun tidak terjaga


Semakin rosak dan terbiar, keadaan jalan berhampiran Bera Water Front
Kini Bera Water Front yang kononnya bakal menjadi mercu tanda pelancong ke daerah terbabit, semakin tidak terjaga dan bakal musnah sedikit hari lagi. Kemusnahan yang membawa bersama jutaan wang rakyat bakal mengalir mengikut arus deras Sungai Pahang. Rakyat yang bijak sahaja dapat menilai Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati lampu-lampu yang pecah dan sejak dari awal lagi tidak bernyala dan berfungsi serta keadaan semak-samun yang jelas kelihatan disamping keadaan permukaan jalan (premix) yang telah mulai rosak sejak akhir-akhir ini. Manakala di Jeti pula masih kelihatan sebatang 'Concrete Pile' yang masih tertanam didasar sungai yang masih belum dikeluarkan. Keadaan ini amat mencacatkan pemandangan kita sama sekali. Turut menjadi kehairanan kita semua ialah ketiadaan papan tanda (Sign Board) Bera Water Front ini sejak awal lagi. Keadaan ini boleh dielakkan seandainya pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Bera (MDB) mengambil langkah-langkah segera bagi menyelenggara keadaan sedemikian. Bera Water Front ini yang terletak dilaluan utama Temerloh-Bera-Bahau di Mengkarak sentiasa disinggahi pemandu untuk berhenti rehat terutamanya di bulan ramadhan ini untuk berbuka puasa. Diharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan segera.
[Artikel ini dipetik dari blog pkrbera. Sememangnya projek yang dijalankan di tebing Sungai Pahang itu amat merugikan wang rakyat. Ia nyata menjadi punca dan alasan untuk puak-puak UMNO merompak wang rakyat. Mereka tidak langsung memikirkan masa depan projek itu, sebaliknya apa yang penting ialah hasil keuntungan tender yang dikaut oleh puak-puak mereka. Bayangkan dengan kos sehingga RM2 juta, projek berkenaan ternyata memberikan pulangan besar kepada puak-puak mereka. Lantaran itulah mereka tidak pedulikan kesudahan projek berkenaan, sama ada mendapat manfaat atau tidak, Inilah dia satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang telah membazirkan wang rakyat].
Amat menyedihkan, mercu tanda Bera yang kini semak samun tidak terjaga
Semakin rosak dan terbiar, keadaan jalan berhampiran Bera Water Front
[Artikel ini dipetik dari blog pkrbera. Sememangnya projek yang dijalankan di tebing Sungai Pahang itu amat merugikan wang rakyat. Ia nyata menjadi punca dan alasan untuk puak-puak UMNO merompak wang rakyat. Mereka tidak langsung memikirkan masa depan projek itu, sebaliknya apa yang penting ialah hasil keuntungan tender yang dikaut oleh puak-puak mereka. Bayangkan dengan kos sehingga RM2 juta, projek berkenaan ternyata memberikan pulangan besar kepada puak-puak mereka. Lantaran itulah mereka tidak pedulikan kesudahan projek berkenaan, sama ada mendapat manfaat atau tidak, Inilah dia satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang telah membazirkan wang rakyat].







Bera kat mana tu??
BalasPadamMalaysia Hits
bera kat pahang la ngok...baru rm2 juta.....
BalasPadamkat mana ada benda alah 2 kat bera? karut lah..
BalasPadamAleh, baru RM2 juta belum RM2,400 macam teoh beng hock beli bendera.
BalasPadamAku setuju sgt dgn pendedahan ini...kerana aku kerap sangat melalui kawasan itu utk balik kg di NS (Temerloh-Triang-Bahau)...amat mendukacitakan sekali tempat itu...tak terurus dan sgt merbahaya tempatnya...ada mendapan dan begitu terbiar sekali.....inilah jadinya bila dah dapat habuannya...lantaklah...sapa pun tak peduli...buat sakit mata memandang jer
BalasPadam