script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah: Isu Dokumen Perbicaraan Kes Liwat, Mahkamah Rayuan Tetapkan 23 Oktober Ini Bagi Mendengar Rayuan Daripada Pihak Pendakwaan

PUTRAJAYA, 2 Sept - Mahkamah Rayuan di sini semalam menetapkan 23 Okt untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi untuk membekalkan dokumen yang diminta Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memudahkannya membuat persediaan pembelaan dalam kes liwatnya. Mahkamah juga menetapkan hari yang sama untuk mendengar rayuan balas Anwar terhadap keputusan mahkamah yang sama yang tidak membenarkan permohonannya bagi mendapatkan sampel spesimen daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Jumirah Marjuki semasa pengurusan kes itu hari ini. Pada 16 Julai lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan ketua pembangkang itu untuk mengarahkan pihak pendakwaan membekalkan kepada mereka kenyataan para saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari PUSRAWI, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid dan kenyataan tiga saksi lain dan dokumen lain. Bagaimanapun, mahkamah yang sama pada pada 24 Julai membenarkan penangguhan perintah itu sementara menunggu rayuan pihak pendakwaan diputuskan Mahkamah Rayuan. Anwar, 62, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, di sini pada 26 Jun, tahun lepas. Kes liwatnya ditetapkan untuk sebutan hari ini. Permohonan Anwar bagi semakan kehakiman bagi menggugurkan kenyataan bertulis yang dikeluarkan pihak pendakwaan yang mengisytiharkan tiada "fakta munasabah" dalam pembelaan Anwar terhadap pertuduhan liwat yang dihadapinya juga akan disebut. Permohonan Anwar bagi kebenaran semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan tujuh pendakwa raya daripada mengendalikan perbicaraan itu akan bersambung pada Khamis.

[Perbicaraan yang semakin hari semakin menimbulkan keraguan. Kes yang tiada kes tapi dek kerana Saiful Bukhari Azlan manusia yang "paling istimewa" maka kes ini dilayan dengan seadanya. Walhal, laporan perubatan daripada tiga doktor pakar hospital kerajaan (HKL) jelas membuktikan secara klinikal yang beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun. Namun, anehnya di Malaysia ini ialah biarpun laporan perubatan sudah mengesahkan bahawa tidak berlaku kejaduan tersebut namun kenyataan mulut pengadu diterima pakai oleh pihak polis dan mahkamah sebagai bukti. Malah, pihak pendakwa pula telah bersedia menggunakan DNA pula sebagai barang kes. Soalnya sekarang, apakah relevan cara yang digunakan ini? Selepas mangsa disahkan tidak diperlakuan sedemikian rupa oleh sesiapa?. Bukankah akhirnya yang dituduh akan tetap menjadi mangsa bila DNA itu disalahgunakan oleh mereka untuk sabitkan tertuduh].


Share:

1 ulasan:

  1. meluat,meluat,meluat dah bosang dengan hang ni dsai,takut kerana salah,berani kerana benar

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Serbu Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.