script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Masalah Dan Isu-Isu Rakyat

Kes Kartika Tidak Beri Kesan Pun Buat Rakyat

KUANTAN, 1 Sept - Susulan isu hukuman sebat seorang peminum arak iaitu Kartika Sari Dewi Sukarno (foto), yang kini kecoh dan menjadi topik perbualan ramai pihak, maka kita menyangka masalah ini akan menakutkan individu lain yang mengamalkan tabiat tersebut. Namun, segalanya bagai "masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan" sama seperti kes Kartika yang kini terumbang-ambing akibat camputtangan pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Keputusan yang sudah dibuat oleh Mahkamah Syariah Kuantan itu disanggah oleh ramai pihak termasuk pemimpin politik UMNO yang tidak faham apa-apa tentang jenayah syariah ini. Namun anehnya, masih ramai rakyat Pahang yang dilihat masih tanpa segan silu meneguk "air haram jadah" itu biarpun mengetahui hukuman yang bakal mereka terima kelak. Apakah kerana tidak takut bila melihat ramai pemimpin dan ulamak UMNO menghalang perlaksanaan hukuman terhadap Kartika, maka aktiviti ini diteruskan biarpun di bulan Ramadan yang mulia ini. Tinjauan kami ke pusat-pusat hiburan sekitar bandar Kuantan jelas membuktikan bahawa kes Kartika tidak langsung menjadi halangan untuk puak-puak ini minum arak. Malah disekitar kawasan pusat hiburan dangdut, pub, karaoke dekan Jalan Wong Ah Jang di sini, suasana tetap seperti biasa. seolah-olah kes Kartika tidak berlaku, maka para remaja dan golongan tua berbangsa Melayu yang beragama Islam masih meneguk minuman tersebut. Begitu juga dengan kawasan Bistro & Bar berhampiran Sri Dagangan. Kelihatan anak-anak muda berpesta meminum arak tanpa segan silu atau takut kepada penguatkuasa agama. Semoga pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dapat memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak-pihak terbabit.

[Terkadang kita tidak faham dengan konsep Negara Islam yang diamalkan di Malaysia ini. Bulan Ramadan hanya sekadar nama, sebaliknya aktiviti hiburan dan maksiat tetap seperti biasa. Anehnya mereka yang terlibat pandai pula "berpuasa". Namun, malamnya buat maksiat termasuk minum arak dan berjudi. Adalah lebih elok, bersesuaian dengan bulan Ramadan Al-Mubarak pihak terbabit meniru kerajaan Islam di Palembang (Acheh) yang mengarahkan semua pusat-pusat hiburan di tutup sebulan di bulan Ramadan. Di Malaysia ia tidak berlaku?. Maka itulah remaja Melayu yang beragama Islam sanggup melakukan perbuatan maksiat walaupun di bulan yang mulia ini. Siapakah harus dipersalahkan?].

Isu Air, Rakyat Ditipu Oleh Subsidi Kerajaan

KUANTAN, 1 Sept - Ramai rakyat Pahang kini keliru dan hairan dengan isu subsidi Kerajaan Negeri terhadap perkhidmatan air di negeri ini. Malah sebahagian besar dari mereka terkejut dengan "isu subsidi" yang tiba-tiba diwar-warkan, sedangkan sudah berpuluh-puluh tahun mereka menggunakan air perkara itu tidak timbul langsung. Apakah kerajaan BN Pahang, pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob kini semakin terdesak untuk "membayar hutang saman" lantaran menjadikan rakyat sebagai mangsa. Tambah mengejutkan ialah, sejak isu subsidi itu diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri BN Pahang melalui Jabatan Bekalan Air (JBA) itu, bayaran bil caj perkhidmatan air setiap rumah meningkat berkali-kali ganda. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Ketika tiada isu subsidi, rakyat dapat hidup selesa dengan perkhidmatan tersebut. Namun, bila subsidi datang kenapa pula mereka harus terbeban. Bil melambung-lambung malahan ada yang mencecah dua tiga kali ganda dari bil yang asal. Masalahnya yang timbul, ialah penggunaan air masih tetap sama tetapi bil meningkat begitu tinggi. Apalah gunanya subsidi jika rakyat akhirnya tertipu dan didera dengan masalah ini. Oleh itu, rakyat Pahang diseru bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Tanpa mengira perbezaan fahaman politik, mereka harus berani membangkitkan isu ini. Jika tidak mereka akan terus diperbodoh-bodohkan oleh sebuah kerajaan negeri yang hampir "muflis" seperti Negeri Pahang Darul Makmur ini.

[Kerajaan Negeri Pahang harus belajar daripada cara Kerajaan Negeri Selangor memberi subsidi dan membantu rakyat. Sepatutnya subsidi yang diberi itu harus menyelesaikan masalah yang dihadapi, ini berbeza dengan Pahang bila subsidi yang diberi menekan rakyat. Bukankah ini zatu kezaliman sebebanrnya. Sudahlah sebelum ini kepala paip yang selama ini percuma dikenakan sewa antara RM1 hingga RM2. Kini rakyat terus terbeban dan dibelenggu dengan masalah air pula. Sedangkan janji Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini, bahawa mereka berusaha untuk menjualkan air ke Selangor dan bakal memperolehi RM80 juta sebulan. Makanya wang itu mahu dijadikan modal untuk membangunkan prasarana air di Pahang. Anehnya apa yang berlaku, malasah air ini terus berlaku malah amat kritikal di tanah rancangan Felda di seluruh negeri. Apa yang pasti, Hari Raya yang bakal tiba ini bakal menjadi saksi segalanya].

Isu Pencemaran Udara Di Taman Tas Ria Selesai


KUANTAN, 1 Sept - Susulan pendedahan panas yang dibuat oleh PDO berkenaan dengan masalah penecemaran udara akibat asap kilang batu-bata di Taman Tas Ria dekat sini beberapa bulan lalu, maka maklumat terbaru diterima mengatakan kes tersebut telah ditangani oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan terbabit (DUN Panching) iaitu YB Zaili Besar (foto). Menurut sumber, susulan daripada pendedahan itu juga telah menyebabkan YB serta pihak yang terbabit bagai "cacing kepanasan". Mahu dibiarkan, ia akan terus menjadi isu politik dan bakal menghilangkan sokongan rakyat terhadap beliau. Maka itu, jalan terbaik ialah menyelesaikan masalah yang telah bertahun-tahun mendatangkan masalah kepada penduduk setempat. Dalam laporan kami terdahulu, PDO telah memaparkan beberapa gambar tentang situasi sebenar di kawasan terbabit. Biarpun ada yang menganggap kami menfitnah, namun besar harapan kami bahawa segala pendedahan itu adalah untuk rakyat. Malah PDO tidak mendapat apa-apa pun hasil pendedahan tersebut melainkan ianya untuk keselesaan penduduk setempat. Maka itu, atas dasar kemanusian maka PDO mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB terbabit atas keprihatinan beliau menyelesaikan masalah rakyat ini. Difahamkan satu pertemuan dan sesi dialog telah diadakan antara YB berkenaan, polis, Majlis Perbandaran Kuantan dan beberapa agensi lain yang terlibat dengan penduduk setempat. Hasil daripada pertemuan itu maka kilang batu-bata yang telah sekian lama beroperasi di tapak tersebut diarahkan berpindah sehingga akhir tahun ini. Bagi tidak menyusahkan pihak kilang, tempoh enam bulan diberikan tahun depan untuk mereka memindahkan barangan berkaitan. Apapun, perkembangan ini memberi seribu erti buat para penduduk setempat yang sudah sekian lama menderita akibat pencemaran itu.

[Biarpun YB Zaili adalah dari UMNO dan BN, namun atas dasar kemanusian PDP tetap mengucapkan tahniah atas tindakan beliau itu. Tambahan pula masalah yang ditanggung oleh rakyat setempat selama ini langsung tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan, hingga ia berlarutan bertahun-tahun lamanya. Semoga selepas ini para penduduk dan rakyat setempat dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selamat dan selesa tanpa pencemaran udara seperti sebelumnya].

Share:

7 ulasan:

  1. Tak apa lah umno hanya bolih tipu penyokong dia aja sebab hanya yang bodoh sokong umno, yang cerdik semua dah tak sokong umno sebab tu 7-0 tapi penyokong umno kata bn kukuh lagi, he he he nak tergelak aku.

    BalasPadam
  2. apahal nak sibut teNtang ayer haram jadah tu,kita jangan tegok dahlah,jaga keluarga masing3,ini dugaan ALLAH NAK TENGOK IMAN MIKA SEMUA,BEB DUNIA NI ORANG KAPIR PUN HIDUP SAMA ,JANJI KITA JANGAN IKUT MEREKA DAH LAH,SEBAT TETAP SEBAT,JANGAN KITA KENA SEBAT DAHLAH,APA HAL NAK SALAH KERAJAAN,IMAN ADA JAGALAH

    BalasPadam
  3. yang tujoh dun tu, lubuk hantu mika,otak rakyaat marhaen dah dipraaak di biul olih nik ajis,tak menang pun tak pa buang boras jer

    BalasPadam
  4. pelik ya dengan 6 siaran Tv,berpulu-puluh stesyen rdio dan berpuluh akhbar yang siang malam berkempen untuk calon BN, tapi masih mampu kalah, kalau bagi satu stesyen TV untuk PAS dan Pakatan aku percaya semua calon BN akan hilang wang pertaruhan tk caya cuba bagi tengok,dengan buku katun pun takut ha,ha,ha

    BalasPadam
  5. kalau dah kubu hantu turun temurun,tepat marhaen,jumud,obama kemping pun kalah ,taliban pun lari,kah kah kah

    BalasPadam
  6. Tan Sri Mosses Hitam pernah berkata," UMNO ini umpama get rich quick club." masa tu dia TPM. Jadi yang betul betul sokong umno ada lah orang bodoh dan gila, yang satu golongan lagi ialah golongan kroni yang kaya raya, golongan ini sokong umni ketika bolih ambil kesempatan untuk menjadi kaya sahaja, bila peluang tersebut tiada, mereka akan lari.

    BalasPadam
  7. BODOH LAH PR KALAU BERKUASA BAGI PROJECT PADA ORANG BN,TAKKAN UMNO NAK BAGI PROJECT KAT PENYONKONG PR TU GILA BABI NAMA NYA

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.