script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Tahanan ISA, Manoharan Fail Saman Ganti Rugi

KUALA LUMPUR, 11 Sept - Bekas Tahanan ISA M Manoharan memfailkan saman ganti rugi RM100 juta terhadap Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara dan Kerajaan Malaysia kerana menuduh beliau mempunyai kaitan dengan pengganas. Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 10 pagi tadi yang menamakan ketiga-tiga pihak berkenaan sebagai defenden. Manoharan berkata, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara telah bertindak kejam dengan memfitnahnya dan mengatakan beliau sebagai seorang pengganas yang terlibat dengan pergerakan pengganas Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE) di Seri Lanka. “Itu adalah sesuatu fitnah yang kejam dibuat oleh Ketua polis Negara dan Peguam Negara secara bertubi-tubi untuk mengadakan satu kes terhadap saya agar ditahan di bawah ISA. Benar mereka menggunakan fitnah tersebut untuk menahan saya di bawah ISA selama 514 hari di Kemunting. “Akan cuba percepatkan kes ini supaya didengar secepat mungkin dan mereka dikenakan bayar ganti rugi terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap saya,” katanya. Manoharan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13 Disember 2007 kerana dikatakan memainkan peranan aktif dalam pertubuhan Hindraf. Beliau yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan berkata, sehingga ke hari ini pihak berkenaan gagal mengemukakan sebarang bukti penglibatannya.

[Tuduhan dan fitnah besar seperti ini sebenarnya memang sudah menjadi mainan hidup kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk menutup kelemahan dan menjatuhkan lawan secara ridak profesional. Namun, sesuatu harus diingat bahawa rakyat melihat apa yang berlaku di depan mata mereka. Rakyat lebih bijak menilai dan pastinya kerajaan yang ada hari ini akan jatuh satu persatu tidak lama lagi. Samalah dengan apa yang berlaku di negara lain termasuk Jepun baru-baru ini. Apabila rakyat sudah mula jelek dan bosan dengan kerajaan sedia ada, maka pasti mereka akan membuat perubahan sebenarnya. Oleh itu kes yang berlaku kepada Manoharan jelas sekali satu cara jahat untuk menafikan sokongan rakyat dan masyarakat kaum India kepada beliau. Namun, takdir menentukan dan akhirnya beliau tetap juga menang dalam pilihanraya umum lalu, biarpun masih berada dalam tahanan ISA].

Mahkamah Tinggi Tolak SPRM Ketepi Saksi


PETALING JAYA, 10 Sept - Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menolak permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak keputusan koroner inkues kematian Teoh Beng Hock (foto) berhubung kebenaran memanggil saksi bagi mendedahkan dakwaan penderaan pegawai suruhanjaya itu. Semalam, Koroner Azmil Munthapa Abas membenarkan, Sivanesan sebagai saksi kepada Gobind Singh Deo yang mendakwa didera ketika disoalsiasat oleh SPRM. Ini kerana saksi penderaan tersebut adalah releven untuk memberikan keterangan dalam inkues menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Yeoh Wee Siam, berkata: "Tidak ada apa-apa yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar pada perintah koroner membenarkan saksi ke-20 memberikan keterangannya,". Beliau turut menolak permohonan peguam SPRM yang ingin mendapatkan perintah menangguhkan inkues, sementara menunggu rayuan terhadap semakan itu di Mahkamah Rayuan. Di luar mahkamah, Peguam wakil keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata. tuduhan SPRM atas tindakan memanggil saksi penderaan untuk menjatuhkan imej mereka, adalah tidak benar. “Tuan koroner telah membuat sebuah keputusan yang adil selepas mendengar semua keterangan saksi-saksi dalam inkues, apa yang dinyatakan oleh MACC bahawa tindakan kita berniat jahat untuk menjatuhkan imej MACC itu tidak benar,” kata Gobind.

[Saksi-saksi yang tampil sudah pasti akan memperjelaskan keadaan yang sebenar. Inilah yang amat ditakuti oleh pihak terbabit. Namun, anehnya kenapa pula beberapa orang pegawai SPRM membuat laporan polis terhadap saksi berkenaan?. Bukankah ia akan mengganggu inkues yang sedang dijalankan. Melihat kepada jawapan beberapa kerat kakaitangan kerajaan di Selangor ketika Selcat baru-baru ini, jelas sekali mereka menyembunyikan sesuatu fakta yang sebenarnya. Mereka seolah-olah takut untuk mendedahkan siapakah yang memberi arahan kepada mana-mana tindakan yang didapati menyalahi undang-undang. Samalah dengan apa yang berlaku terhadap kes Teoh Beng Hock ini. Pegawai-pegawai SPRM seolah-olah mendapat arahan untuk menutup dan memutar belit fakta supaya ada pihak yang akhirnya akan terlepas dalam kes ini].

Share:

10 ulasan:

  1. Yg ini mesti PDO puji punyer...adil, bijaksana, bagus, tiada tangan ghaib, tak dibeli oleh UMNO, mcm2 pujian melangit..

    Tunggulah nanti keputusannya. Kalau tak memihak pada TBH, siaplah Kroner tu...berbuihlah mulut PDO dan para jemaah ahli syurga memaki hamun..tunggu je la!

    BalasPadam
  2. Tak percaya langsung Pegawai Penyiasata SPRM tak guna kekerasan pada OTK. Walaupun aku tak pernah bekerja dengan SPRM tapi sebagai seorang Pesara Polis aku tahu sangatlah kerja2 Pegawai Penyiasat. Polis cara Polis SPRM cara SPRM...kadang2 OKT tak salah pun jadi salah kerana dah tak taha didera.

    BalasPadam
  3. UMNO bukan saja dera OKT tapi dera seluruh rakyat dengan macam macam cukai, sehinggakan nak berak pun kena bayar. Incometax kutip juga. Negara barat kutip cukai pendapatan dan diagihkan kepada rakyat yg memerlukan dan beri pelajaran percuma,kesihatan bermutu percuma Malaysia just the opposite.

    BalasPadam
  4. Anon ahli neraka 8:43 siap siaplah diri anda untuk mandi dlm api neraka kerana anda tidak lg punya saksi utk membela diri di mahkamah ALLAH maha berkuasa seluruh pancaindera anda mengatakan anda keji dan hina tidak satu pun memihak kepada kebaikan nescaya ini akan mempercepatkan lg proses kemasukan anda ke lubang neraka jahanam yg rakus membakar tubuh tubuh keji dan hina

    BalasPadam
  5. anon 5.44 dah mcm malaikat la pula..tahu pula si anon tu ahli neraka. apakah engko tahu engko ahli syurga walaupun engko menuduh org ikut sedap engko aje... Ya Allah engko org ni sedap mulut ya utk menjatuhkan org tu org ni masuk neraka... jaga diri sendiri dulu anon sebelum mengata org.. cukupkan dulu iman di dada tu

    BalasPadam
  6. disebabkan cina kafir sekor ni engko org berbalah sesama sendiri.. melayu ngan melayu pula tu..yg cina2 tu semua senyum aje

    BalasPadam
  7. Itulah dia org sekarang.. bela habis-habisan sikafir laknatullah.. sedangkan saudara seislam sendiri di nerakakan..

    BalasPadam
  8. hanpa ni semuanya jangan jadi bodoh piak pulak. kita tak perlu pertahankan bangsa sapa-sapa. apa yang penting keadilan perlu dipetahankan. kalau bangsa sendiri kianat,merosakkan bangsa, nak pertahankan jugak ke?

    BalasPadam
  9. OOOOIIIII ANON Friday, September 11, 2009 9:03:00 AM

    AKU BUKAN MALAIKAT DAN AKU BUKANLAH HAMBA YG TERLEBIH DARI KAMU TAPI AKU ADALAH HAMBA ALLAH YG MAHA KUDUS LG HINA YG KERJA MENYAMPAIKAN KEBENARAN MENOLAK KEMUNGKARAN.

    JIKA ANON NK TAHU SESIAPA YG MENYOKONG KERAJAAN ZALIM RASUAH PEMBELIT PENIPU PENYANGAK ITU DIKIRA SEBAGAI MANUSIA KEJI DAN HUKUMAN MANUSIA KEJI BERGELUMANG DOSA TIDAK LAIN SELAIN NERAKA. TKKN ALLAH NK MASUK SYURGA PULA MANUSIA KEJI.

    AKHIRAT HANYA ADA 2 TEMPAT JIKA TIDAK KE SYURGA MAKA NERAKALAH TEMPAT BERSEMADI PUAK PUAK CELAKA YANG MENG IYA KAN KEJAHATAN MENYOKONG KEMUNAFIKAN MENGUNDI PUAK PUAK PENDOKONG RASUAH NEGARA.

    SEKIAN ANON UNTUK KALI INI. HARAP FAHAM DAN AMIK IKTIBAR. YG BAIK ITU DTG DARI ALLAH YG BURUK ITU ANA

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Serbu Kediaman, Sita Hot Wheels Disyaki Tiruan

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah menyerbu sebuah rumah kediaman di Jalan Gambang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.