
SHAH ALAM, 2 Sept - Kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin dipertikaikan apabila saksi-saksi tampil mendedahkan bagaimana mereka ditampar, dibogel dan dipukul dengan batang besi oleh pegawai SPRM. Peguam keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo (foto), berkata saksi terbabit sudah membuat laporan polis yang akan dikemukakan pada inkues kematian Beng Hock yang bersambung pada 8 September ini. Jumaat lalu, Gobind memberitahu bahawa beliau akan turut mengemukakan bukti gambar kecederaan yang dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam. Gobind berkata antara yang dikaitkan dengan mendera saksi ialah Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus yang turut terbabit dalam menyoal siasat Beng Hock. Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind pada inkues itu boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor."Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan. Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini. tvantara
[Jika benar dakwaan saksi-saksi ini, maka ternyata apa yang dijangka oleh rakyat kian terbukti. Namun, soalnya kenapa terdapat dakwaan banyak laporan polis dibuat terdahap pegawai SPRM terbabit langsung tidak disiasat oleh pihak polis. Apakah mereka ini mendapat lampu hijau daripada pihak atasan untuk mendera saksi-saksi yang terdiri daripada individu yang rapat dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya hingga menyebabkan berlaku kematian. Apakah kita harus mendengar dan melihat segala perlakuan ini tanpa rasa simpati di hati. Jika sebelum ini terdapat dakwaan seorang pemimpin UMNO Pahang yang dizalimi oleh SPRM, maka itulah kita tidak hairan perkara yang sama berlaku kepada pihak pembangkang. Apa yang jelas, tindakan SPRM ini adalah mendapat arahan daripada pihak yang berkempentingan untuk mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri. Gara-gara kemaruk untuk terus berkuasa, maka mereka rela lakukan apa sahaja hatta sanggup mencederakan atau membunuh. Nafsu untuk berkuasa pasti bakal mengatasi segalanya!].
[Jika benar dakwaan saksi-saksi ini, maka ternyata apa yang dijangka oleh rakyat kian terbukti. Namun, soalnya kenapa terdapat dakwaan banyak laporan polis dibuat terdahap pegawai SPRM terbabit langsung tidak disiasat oleh pihak polis. Apakah mereka ini mendapat lampu hijau daripada pihak atasan untuk mendera saksi-saksi yang terdiri daripada individu yang rapat dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya hingga menyebabkan berlaku kematian. Apakah kita harus mendengar dan melihat segala perlakuan ini tanpa rasa simpati di hati. Jika sebelum ini terdapat dakwaan seorang pemimpin UMNO Pahang yang dizalimi oleh SPRM, maka itulah kita tidak hairan perkara yang sama berlaku kepada pihak pembangkang. Apa yang jelas, tindakan SPRM ini adalah mendapat arahan daripada pihak yang berkempentingan untuk mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri. Gara-gara kemaruk untuk terus berkuasa, maka mereka rela lakukan apa sahaja hatta sanggup mencederakan atau membunuh. Nafsu untuk berkuasa pasti bakal mengatasi segalanya!].







bila pr memrentah[jauh api dari panggang)GOBBIN akan jadi menteri dalam negri,kitika itu ,sprm akan diarah,semua suspect di beri makan steak dulu ,lepas tu siasat,berhenti,lepas tu beri jilat ais krim,lepas tu siasat ,sampai malam bagi tidor atas tilam tebal,kasi rehat(jangan berjubur dah ler)lepas tu gerak suspect ,terus siasat,tak bagi kerjasama bawa suspect tengok wayang,bla,bla,bal,kah ,kah kah,mana ada dalam dunia ini macam,kalau takut sama sprm jangan buat kerja jahat maaaaa
BalasPadammasalahnya apa pasal SPRM langsung tidak siasat bapak segala rasuah Khir Toyo dan kuncu2nya. SPRM lebih berselera siasat lembu, ADUN beli bendera, ADUN buat jamuan..mcm2 lagi..mata buta ker.. tak pun "jadi barua UMNO". Mcm ler rakyat tak boleh nampak segalanya. SPRM jadi "kudatunggangan" Khir Toyo di Selangor..sbb tu khir "gilababi" bila kena gantung DUN..terus menggila smpi Teoh Beng Hock mati dibuatnya.. rakyat dah tgok pemimpin UMNO yg rasuah..cuba pg tgok rumah Arwah Dato Zek kat Klang nun... mengalahkan istana raja...tak rasuah lagi ker tu?. Mujurlah Allah panggil sblum dpt tgok kerajaan negeri bertukar tgn.. lagi mau cakap ker...buat buat kerja jahat ker tuu.. blah lar geng2 umnokarat..asyik nak jadi pencacai umno jerkk..minyak naik harga..sapa yg susah?. keluarga n sedara mara korang jgak yg tanggung beban. sbb BN barang Naik..hahahah..padan muka ko..kot ada dpt diskuan 20% time beli minyak ok jgak sokong BN..tapi sama jer..penyokong Bn ngan penyokong pakatan rakyat..menangggung siksa 5 tahun akan datang..itu pun tak nak pok2 lagii.. kerr..dok sokong2 membuta tuli..ada hati, ada otak tak nak pakai...kesiannyer...
BalasPadamNajib kata 1Malaysia sama dengan Piagam Madinah. Cukup melalut dah Najib H1N1 kita sorang nie. Kalau betul Piagam 1Malaysia sama dengan Piagam Madinah, kenapa timbul kes-kes dera saksi macam ni? Kenapa tidak diberi keadilan yang sama rata? Ni tidak, kalau melibatkan PR, yg tak betul pun disiasat. Tapi kalau melibatkan BN, banglo RM24juta Khir Toyo sampai ke hari ni tak dengar kabar berita.
BalasPadamBetul la member cakap, SPRM ni parti komponen BN yang terbaru.
www.pemudakemehe1.blogspot.com
SPRM di ajar oleh umno utk menyiasat kes beli lembu, kes beli bendera, kes beli coklat. Itulah tahap kepakaran SPRM negara Malaysia.
BalasPadamKepada SPRM jika kamu rasa kerja kamu ni mulia dan berkat teruskanlah, Mungkin kerja kamu lakukan setakat ini blh dikira satu ibadah utk dibawa ke alam kubur kelak.
Nk siasat ke 24juta byk sangat tk reti nk kira wang terlalu banyak.
Itu saja resepi hati saya utk tatapan SPRM dan rakyat negara malaysia.
teruskan SPRM.. biar apa dia org nak melalak kata...kita jalankan tugas kita... org takut dan salah aja yg dok melalak
BalasPadamjangan kita peduli kan orang,jaga hal kita,kan sekarang pr dak perentah 4 negeri ha,tujuk pada rakyat jangan rasuah ,buat yang terbaik,apa nak takut kalau kita tak rasuah ,ni apa yang dah jadi bila SPRM cari ,ada yang patah kaki ,ada yang patah tangan, ada yang terguling2 macam orang gila,jangan patah bontut dah ler kah ,kah,kah,
BalasPadammemalukan aje tgk pemimpin2 dia org ni... nak kena siasat sikit dah macam org tak cukup akai... terguling la patah tangan.. isk.. camna nak jadi pemimpin kalau perangai mcm budak2.. yg satu tu mcm lotong kat tgh lautan batu... terduduk mcm budak2 mengamuk... kaki terkangkang sampai seluar pun boleh terlondeh... isk memalukan aje ada pemimpin mcm ni...
BalasPadam