script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah: Peguam Ambiga, SPR Telah Bertindak Diluar Bidang Kuasa Enggan Adakan Pilihanraya Kecil Tiga Kerusi Dewan Undangan Negeri Perak !!

KUALA LUMPUR, 4 Sept [6.31 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, hari ini. Peguam Datuk S Ambiga (foto), menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V Sivakumar. "Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar. Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu; Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan SPR sebagai responden. Dalam hujahnya, Ambiga berkata, bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Februari 2009, SPR sudah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketiga-tiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya. "Selepas menetapkan yang ia tidak dapat memastikan bahawa kekosongan berlaku, SPR sudah membuat keputusan bercanggah bahawa ketiga-tiga kerusi itu masih disandang oleh responden pertama hingga ketiga," katanya. Sivakumar, 38, memohon perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan SPR itu dan mengarahkan suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu. Beliau juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah injuksi bagi menghalang ADUN terbabit menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing. Mahkamah menetapkan 9 September ini bagi mendengar hujah balas SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said.

[Nampaknya, dari segi undang-undang pun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah secara terang-terangan melanggar peranan mereka. Maka, apakah lagi jawapan yang mahu diberikan kepada rakyat berhubung dengan perkara ini. Kenapa SPR terlalu takut untuk mengadakan pilihanraya kecil di kawasan terbabit. Ini kerana Pengerusi SPR meminta pandangan daripada pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak sendiri. Selepas mendapat persetujuan, barulah diumumkan. Soalnya kenapa mereka takut, kerana jika diadakan pilihanraya kecil di ketiga DUN terbabit besar kemungkinan BN akan kalah dan dimalukan. Malah ketiga-tiga "mangkuk hayun" pengkhianat itu jika mereka bertanding sekali pun, kemungkinan besar akan hilang wang pertaruhan. Akhirnya "yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran". Maka itulah, jalan terbaik jangan benarkan pilihanraya kecil diadakan. Akhirnya, mudahlah untuk ketiga-tiga itu buat keputusan lompat parti dan membawa kepada rampasan kuasa di Perak. Semua yang berlaku ini sememangnya sudah dapat dibaca oleh sekalian rakyat Malaysia seantero dunia sebenarnya].

Share:

2 ulasan:

  1. SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI..

    AL-FATIHAH KEPADA ARWAH....

    LAPAN PRK DLM MASA SINGKAT MEMBUKTIKAN SUATU KEAJAiBAN DLM ILMU SERTA KEKUASAN ALLAH.

    CUKUPLAH SEGALA KEBOBROKAN MENYIMPAN MENGHALALKAN SEGALA KEJAHATAN KEBURUKAN YG AKAN MENJADI SEJARAH HITAM NEGARA BERSAMA BARISAN NASIONAL.

    KITA DISAJIKAN DENGAN SEJUTA KEJADIAN KEMATIAN KEBATILAN TANGISAN RAKYAT, KELUH KESAH RAKYAT DI PERINGKAT BAWAH DAHAGAKAN SEBUAH KEADILAN KELUHURAN HIDUP DLM SEBUAH NEGARA BERDAULAT NAMUN TIDAK MEREKA HIDUP 52THN SEUMPAMA BERADA DIBAWAH JAJAHAN KOLONI JEPUN BERWAJAH MELAYU.

    MARILAH SAMA SAMA KITA MENADAH DOA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH KERANA YG BATIL TIDAK AKAN SELAMANYA DIBERIKAN KEMENANGAN OLEH ALLAH KERANA DOA ORG YG DIZALIMI ITU SENJATA PALING UTUH MEMATIKAN SETIAP PEKERJAAN KONSPIRASI PERINGKAT ATASAN MENGHALALKAN KEJAHATAN MENGRHARAMKAN KEBAIKAN.

    SUBHANALLAH ENGKAU MAHA MENGETAHUI AKAN SESUATU YG KAMI TIDAK TAHU DAN KAMI TIDAK MAMPU MEMERANGI SELAIN DGN KUASAMU "YA ALLAH".

    BalasPadam
  2. Peguam Ambiga, SPR Telah Bertindak


    sama ertinya
    dengan

    Peguam Ambiga dan SPR Telah Bertindak


    Jadi hati-hatilah menggunakan tanda baca...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.