script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Dr.Mahathir Gesa Jangan Calonkan Isa Samad

PUTRAJAYA - Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad meminta UMNO untuk tidak mencalonkan Isa Samad (foto) sebagai jagoan BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Dr Mahathir berkata imej UMNO akan tercalar sekiranya seseorang yang terbukti perasuah seperti Isa Samad dipilih. Beliau berkata demikian mengulas usul UMNO Bahagian Teluk Kemang supaya bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Beliau menjelaskan Isa Samad telah pun didapati bersalah bergelumang dalam politik wang. Dr Mahathir memberi amaran sekiranya perasuah ini dipilih - samada menang atau kalah - maka rakyat akan melihat UMNO tidak serius melawan politik wang. Isa di gantung enam tahun dari 24 Jun 2005 atas kesalahan politik wang dalam pemilihan UMNO 2004. Hukuman ini bagaimanapun dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan. Penamaan calon Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan hari pengudian pada 11 Oktober. Umno akan mengumumkan calonnya selepas Hari Raya Aidilfitri. Sementara itu, seorang lagi pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran Isa Samad atau mana-mana calon yang tercemar akan mengugat peluang BN. Razaleigh berkata sekiranya UMNO tidak mengambil iktibar dari kekalahann lampau, maka masyarakat akan buat kesimpulan bahawa kekalahan UMNO adalah baik untuk Malaysia.

[Tamparan hebat buat Isa Samad, biarpun disokong sebulat suara oleh AJK UMNO Bahagian Teluk Kemang namun Mahathir pula tidak mahu beliau dicalonkan. Soalya sekaran, apakah Najib akan mengikut nasihat Mahathir ini agaknya?. Sedangkan Najib tahu bahawa Isa telah menyelamatkan beliau dalam kes tangkapan khalwat dengan seorang artis terkenal suatu ketika dulu. Jika tiada Isa Samad, sudah pasti masa depan Najib akan musnah. Nampaknya BN bakal karam dek kerana calon dalam pilihanraya kecil kali ini. Dipilih slah tak pilih salah, akhirnya jadi serba salah. Teruskan usaha menggempur kubu mereka di Bagan Pinang!!]

ADUN Kerdau Cedera Akibat Kemalangan Di LPT

TEMERLOH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim (foto) cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 116.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat hentian rehat Lanchang, malam Khamis. Dalam kemalangan kira-kira 10.15 malam itu, Zaharuddin, 63, bersama seorang rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan melawat kawasan DUN Kerdau di Temerloh. Setiba di lokasi kejadian, kenderan jenis Perdana V6 yang dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Zaharuddin yang dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh menerima lima jahitan di kepala selain turut mengalami kecederaan ringan di bahagian badan, manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed mengesahkan kejadian berkenaan.

[Pahang Daily Online bersimpati dengan apa yang berlaku kepada ADUN Kerdau ini. Tambahan pula di saat menjelangnya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba. Semoga beliau akan cepat sembah dan dapat berkhidmat kepada rakyat seperti biasa. Diharap pihak LPT dapat memastikan jalan-jalan dil lebuhraya itu lebih elok dan tidak bergelombang serta membahayakan orang ramai hendaknya].

Anak Bekas SU Sulit Pak Lah Dituduh Miliki Bom

PETALING JAYA - Anak bekas Setiausaha Sulit Pak Lah mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan atas tiga pertuduhan termasuk memiliki sebutir bom tangan di rumahnya. Muhammad Ezra Rusli, 27, didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 1 petang, 8 September lalu di rumahnya di alamat C2-07, D'Shire Villa, Jalan Camar 4/1, Seksyen 4, Kota Damansara di sini. Pendakwaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibuat di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Aslam Zainuddin. Sementara itu di Mahkamah Majistret, Muhammad Ezra minta dibicarakan atas tuduhan mengugut membunuh bapanya, Rusli Abd. Malik, 61, menggunakan sepucuk pistol jenis Glock. Perbuatan itu dilakukan di antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 5 September lalu di alamat yang sama. Tertuduh didakwa di hadapan Majistret Aishah Hijriah Arshad mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Selain itu, pada masa yang sama tertuduh juga didakwa mencederakan bapanya. Timbalan Pendakwa Raya, Shah Rizal Abdul Manan mengemukakan sepucuk surat daripada Pusat Perubatan Sunway bertarikh 8 September lalu berhubung keadaan mental tertuduh.

[Apa yang berlaku ini, membuktikan kepada kita bahawa terdapat satu kelebihan besar kepada anak-anak orang besar di negara ini. Mereka bebas menyimpan bom dan pistol untuk kegunaan sendiri. Bukankah ia sesuatu yang amat berbahaya dan boleh menyebabkan huru-hara kepada negara. Namun, apakah orang-orang seperti ini akan ditahan ISA kerana perbuatan tersebut. Inilah bukti bahawa negera kita mempunyai dua undang-undang yang berbeza dan perlu diperbetulkan dalam piliharaya akan datang].

Mahathir Tegaskan Samy Vellu Liabiliti Buat BN

PUTRAJAYA – Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC. Dalam satu temu bual, Dr. Mahathir berkata, Samy perlu melepaskan jawatan Presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah. “Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri. “You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah,” katanya. Dr. Mahathir berkata, beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah, “Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?” Tindakan Dr. Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

[Kenyataan Mahathir ini jelas sekali membuatkan Samy Vellu menggelabah dan mncari helah. Malah beliau juga mengatakan pelan persaraannya sudah diatur, masalahnya bila?. Inilah dia harapan besar untuk kia melihat MIC terkuburdari kancah politik negara selepas ini. Samy Vellu jenis tidak tahu malu dan masih mahu berkuasa biarpun sudah ditolak rakyat. Mahathir juga sepatutnya mengundur diri selepas meletakkan jawatan. Beliau kini menjadi Penasihat Negara, Petronas, Proton dan sebagainya. Jika beliau menegur Samy, maka Samy juga boleh menegur supaya Mahathir berehat dan tidak mencampuri hal ehwal negara].

Share:

1 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

    p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.