script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Negeri: Gara-Gara Guna KPI, PM Najib Razak Akan Buat Perubahan Besar Untuk Menggantikan Adnan Yaakob Dari Terus Bergelar MB Di Pahang !

KUANTAN, 23 Nov - Senario politik di Pahang bakal menggegarkan, bilamana terdapat ura-ura satu angin perubahan akan berlaku dalam masa terdekat ini. Perkhabaran yang diterima daripada puak-puak UMNO Pahang, jelas menggambarkan bahawa kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang sedia ada bakal dirombak penghujung tahun ini. Ada kemungkinan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob (foto), bakal dihantar sekali lagi ke pusat, dan tempatnya akan digantikan oleh pemimpin baru bagi menerajui Pahang. Tindakan ini dikatakan berlaku berasaskan kepada prestasi yang dinilai melalui KPI Najib Razak, selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Sebelum ini memang terdapat laporan bahawa kepimpinan UMNO dibeberapa buah negeri akan ditukar. Ini kerana Najib melihat, banyak kepincangan dan kekurangan yang berlaku bakal menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Maka itulah juga yang berlaku kepada Adnan Yaakob di negeri ini. Selama 12 tahun mentadbir, negeri Pahang senantiasa diambang "kebangkrapan", malah bajet negeri juga tidak pernah keluar daripada istilah "defisit" saban tahun. Maknanya, tidak ada agenda perubahan besar yang dibawa untuk membangunkan negeri ini. Apa yang senantiasa kita dengar ialah kes-kes kehilangan hasil mahsul kerajaan yang dirompak secara "berhemah" oleh kroni-kroni UMNO itu sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan hasil hutan, tanah, bijih besi, emas pertanian dan banyak lagi yang digeladah sesuka hati oleh "lanun-lanun negara" ini. Mereka menggunakan kuasa untuk menghalalkan cara. Mereka fikir, segala khazanah dan kekayaan itu adalah "milik bapak mereka" agaknya. Inilah yang menyebabkan kredibiliti ketua negeri, iaitu MB Pahang sendiri dianggap telah gagal meyakinkan rakyat sebenarnya.

Terdapat desas-desus mengatakan nasib Adnan akan menjadi seperti Maznah Mazlan, yang dihantar ke pusat dan kini bergelar Timbalan Menteri. Ketika itu Maznah masih menawat jawatan Exco Kerajaan Negeri Pahang yang menjaga hal ehwal pelancongan. Nasib Adnan bakal ditentukan oleh Najib Razak sekarang ini. Najib dikatakan mahu menempatkan proksi beliau untuk menaerajui UMNO dan pentadbiran kerajaan negeri Pahang. Antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan Adnan ialah Sharkar Shamsuddin (ADUN Lanchang), Shafik Fauzan (ADUN Inderapura), Soffi Razak (Benta) dan Ishak Mohamad (ADUN Bebar). Mereka semua ini dikatakan menjadi perhatian Najib, sekiranya Adnan dihantar ke pusat. Ceritera Adnan dihantar ke pusat sebenarnya memang sudah lama berlaku di Pahang. Malah, setiap kali musim pilihanraya umum pasti desas-desus ini akan terpacul dari mulut pemimpin UMNO sendiri. Namun, hasrat untuk melihat "adengan" itu tidak kesampaian, bilamana Adnan masih terus kekal sebagai pemimpin UMNO Pahang dalam keadaan negeri yang aman dan makmur ini senantiasa dirundung malang dengan masalah hutang piutang. Malah, lebih teruk lagi, Adnan selaku pemimpin UMNO negeri juga telah dikenakan berbagai saman oleh pihak tertentu hingga mencecah ratusan juta ringgit. Rakyat melihat dan menilai ini semua. Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang bukan sahaja pandai mentadbir, malah menjaga hati rakyat. Adnan masih selamat kerana hubungan rapat beliau dengan "pihak istana". Beliau pandai menjaga keharmonian dan keakhrabannya dengan istana, justeru itulah nasibnya masih lagi selamat. Walhal, jika dinilai dari sudut prestasi pemimpin itu sendiri maka sememangnya beliau sudah tidak layak lagi untuk bergelar MB Pahang.

[Soalnya sekarang, apakah angin perubahan yang diperkatakan ini benar-benar akan berlaku sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti. Apakah Najib akan menggunakan kuasanya bagi menuakrkan Adnan berasaskan kepada KPI itu sendiri. Sebelum ini Najib berbangga menggunakan kuasa untuk melantik mantan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Menteri. Kini apakah beliau akan lakukan perkara yang sama terhadap Adnan Yaakob. Semua ini bakal terjawab menjelang akhir tahun 2009 ini. Apapun yang terjadi, bagi rakyat Pahang ini siapa sahaja yang memerintah selagi bernaung dibawah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional maka dasar dan pentadbirannya adalah tetap sama. Mereka hanya akan melayan puak-puak mereka dalam apa jua bentuk tindakan sekali pun hatta untuk memohon peruntukan rumah rakyat termiskin atau memohon biasiswa. Dasar inilah yang menyebakan rakyat Pahang semakin takut dan benci kepada UMNO BN].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Husam Nafi Beliau Mahu Meletakkan Jawatan

KOTA BHARU, 23 Nov [2.10 pm] - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa (foto) berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan malah akan meneruskan perjuangannya terhadap parti dan negeri. Beliau menafikan laporan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia bahawa beliau akan meletakkan jawatannya dalam parti dan sebagai Exco kanan kerajaan negeri Kelantan. Katanya beliau menyifatkan laporan media itu telah disalaherti kerana beliau sedang menjalani rawatan sakit pinggangnya di sebuah hospital di sini serta terpaksa mengambil cuti dan tidak hadir pada programnya. "Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. "Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?," katanya. Husam berkata laporan Utusan Malaysia tidak akan melemahkan beliau kerana sebelum ini telah banyak serangan telah dibuat terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas. "Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan. "Saya sebagai murid dan ''budak'' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba mengagendakan kami?," katanya. Mingguan Malaysia semalam melaporkan, Husam dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

[Sudah menjadi tradisi sejak zaman berzaman, Utusan Malaysia @ Utusan Meloya memang melaksanakan tugas dan agenda kerajaan UMNO dan BN sejak dulu kini dan selamanya. Oleh itu, mereka sanggup mengorbankan prinsip kewartawanan semata-mata untuk melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat dengan isu remeh-temeh seperti ini. Justeru itu, rakyat perlu disedarkan supaya mereka terus memboikot Utusan Meloya, terutamanya menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Jika tidak, sudah pasti minda dan jiwa mereka juga akan terpesong buat selamanya].


Nasharuddin Mat Isa Dimasukkan Ke IJN


KUALA LUMPUR, 23 Nov
[12.45 pm] - Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa (foto), dikejar dengan ambulan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadukan sakit dada. Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas, menghadiri sidang Parlimen pagi ini, sebelum dibawa ke klinik di situ. Nasharuddin dikejarkan ke IJN selepas doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya walaupun ujian electrocardiaogram (ECG) dilakukan. Nasharuddin diiringi oleh pembantu peribadi beliau ke IJN. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menemani beliau ke ambulan mengesahkan Nasharuddin berada dalam keadaan stabil. Katanya, Nasharuddin juga tidak menunjukkan tanda-tanda beliau mengalami masalah jantung. Mahfuz berkata, Nasharuddin di kejarkan ke IJN selepas doktor di klinik berkenaan menasihati beliau untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Saya lihat dari penglihatan saya tadi keadaan beliau tidaklah begitu serius, kerana apa yang telah dilakukan oleh doktor disini tidak menunjukkan tanda-tanda beliau mendapat serangan jantung atau masalah pada jantung beliau. Cuma disyaki kerana masalah pada otot beliau,doktor meminta beliau dirujuk ke IJN untuk rawatan lanjut" jelasnya.

Banjir Semakin Buruk Di Negeri Pantai Timur

KUALA LUMPUR 23 Nov [12.02 pm] - Keadaan banjir di pantai timur terutamanya di Kelantan semakin buruk apabila semakin ramai mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sejak awal pagi ini berbanding semalam. Jurucakap Pusat Kawalan Oparasi Banjir (PKOB) Negeri di Kota Darulnaim berkata, sehingga pukul 6 pagi tadi, seramai 3,019 orang dipindahkan di seluruh negeri berbanding 2,327 orang malam tadi. Seramai 1,488 adalah dari jajahan Pasir Mas, Kuala Krai (812), Tanah Merah (401), Jeli (247), Pasir Puteh (36) dan Machang (35), katanya hari ini. Jurucakap PKOB berkata, mangsa perlu dipindahkan kerana keadaan air di kebanyakan tempat menyukat banjir di negeri ini semakin meningkat dan berada di atas paras bahaya menyebabkan air melimpahi tebing. Sehingga 9 pagi ini, paras air di Tangga meningkat kepada 26.91 meter iaitu 1.91 meter di atas paras bahaya (25 meter). Sementara itu, hujan lebat serta angin kencang dengan kelajuan 70 kilometer sejam (kmsj) dijangka akan terus berlaku sehingga hari kedua sambutan Aidiladha, Sabtu ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Penolong Ketua Pengarah Pusat Ramalan Kaji Cuaca Jabatan Meteorologi, Amirzudi Hashim, berkata angin ribut tropika ini menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter. "Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa iaitu di paras kosong ," katanya.

[Kami sungguh bersimpati kepada semua mangsa banjir di seluruh negara. Tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik, marilah kita sama-sama membantu bagi meringankan segala bebanan mangsa terlibat. Pastikan tidak ada kecelakaan sepanjang musim banjir pada kali ini. Tabung kemanusian musibah banjir perlu ditubuhkan segera bagi membantu mangsa-mangsa yang berhadapan dengan masalah ini. Pakatan Rakyat perlu mendahului UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk menghulurkan bantuan kepada semua mangsa yang amat memerlukan].

Bola, Tiada Pilih Kasih Pahang Tidak Terkecuali

PETALING JAYA, 23 Nov [8.30 am] - Tidak akan ada layanan istimewa mahupun pilih kasih mampu diberikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (foto) walaupun kepada Pahang jika negerinya itu yang masih gagal memenuhi syarat-syarat asas penyertaan Liga Malaysia musim depan. Tegas baginda sempena mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam, FAM hanya mahu mengamalkan dasar meritokrasi kepada setiap pihak seperti mana yang terbukti dengan penurunan skuad Tok Gajah itu ke Liga Perdana 2010 setelah menduduki antara dua tempat tercorot Liga Super musim ini. "FAM telah memberikan tempoh sehingga 30 November ini iaitu tarikh akhir kedua untuk pasukan berkenaan memenuhi syaratnya. Kita harus menerima hakikatnya dan menegakkan pengurusan secara profesional. Saya tidak akan berganjak walaupun Pahang turut terlibat," titah baginda di Wisma FAM, Kelana Jaya. Sehingga kini, tiga pasukan dalam Liga Super masih belum memenuhi syarat penyertaan yang berkaitan tunggakan gaji pemain, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perkeso dan potongan cukai pendapatan ialah naib juara Piala Malaysia dan Piala FA - Kelantan, Perak dan Pulau Pinang sementara daripada Liga Perdana ialah Pahang, Shahzan Muda dan Melaka. Sekiranya semua pasukan itu masih gagal berbuat demikian, mesyuarat Majlis FAM dengan cadangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan pada 6 Disember ini akan menentukan format pertandingan yang sewajarnya sama ada untuk kekal dengan baki pasukan sekarang atau sebagainya.

[Apakah malangnya nasib bolasepak di Pahang ini agaknya?. Daripada sebuah pasukan yang bergelar juara dan tersenarai dalam kelompok elit, kini terperosok di tangga bawah malah terus terjunam ke tahap yang paling mengecewakan peminat bolasepak di negeri ini. Tiada lagi kenangan indah seperti dulu, Stadium Darul Makmur yang dulu riuh rendah dengan lautan manusia kini sepi setiap kali Pahang beraksi. Jika dulu peminat sanggup datang dari segenap pelusuk negeri untuk memberi sokongan, kini tiada lagi. Malah , peminat fanatik yang senantiasa memberikan sokongan juga sudah mula meminggirkan diri melihat prestasi negeri ini. Kehadiran Skuad Shahzan Muda yang disangka memberi sinar dan harapan baru juga tetap sama. Apakah ini bermakna, bolasepak bukan lagi pemangkin kejayaan dan kemasyuran Pahang dalam bidang sukan agaknya. Jika senario ini berterusan, maka akhirnya tiada siapa lagi yang berminat dan teringin untuk menabur bakti bersama skuad bolasepak negeri ini. Sesuatu harus dilakukan bagi mengenmbalikan semua keyakinan rakyat. Jika tidak, sampai bila-bila pun bolasepak akan terus tinggal sejarah yang sukar lagi untuk terpahat dalam ingatan setiap peminat bolasepak di negeri ini].

Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Bedah Siasat Kedua Teoh Bermula 12 Tengahari

KUALA LUMPUR, 22 Nov
[12.35 pm] - Bedah siasat kedua terhadap mendiang Teoh Beng Hock bermula jam 12 tengah hari tadi di Hospital Sungai Buloh dengan dianggarkan mengambil masa antara tiga hingga lima jam. Peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo ketika ditemui pemberita di hospital itu, berkata enam doktor terbabit, diketuai Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor. Mayat Teoh dijadual dikebumikan semula Selasa ini.
Share:

Aktiviti: Program Lawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr.Tan Kee Kwong Ke Pahang Berjaya Bakar Semangat Ahli !

KUANTAN, 21 Nov [4.15 pm] - Program lawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr.Tan Kee Kwong (foto), hari ini berjalan lancar biarpun dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Seramai 30 orang ahli baru telah menyertai PKR dalam perjumpaan Dr.Tan dengan penduduk Sg.Lembing. Selepas bersama rakyat di Sg.Lembing, Dr.Tan telah hadir di majlis Hi-Tea bersama masyarakat Cina di Restoran Tanjung, Jln Hj Ahmad Kuantan. Hampir 200 orang kaum Tionghua telah meluangkan masa hadir. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat turut bersama ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), serta lain-lain pemimpin seperti Saudara Sim, Saudara Siew, (Timbalan Pengarah PKR) Saudara Zaidi Ahmad (Pengarah Sekteriat), Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK), Saudara Mohd Raof (Wakil PAS) dan ramai lagi. Majlis telah dipengerusikan oleh Setiausaha Perhubungan PKR Pahang, Saudara Razali Alias. Majlis bermula sekitar pukul 3.30 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 petang. Sebelah malam pula, Dr.Tan telah dibawa ke Rompin dan Tg.Gemuk bagi bertemu rakyat dan merasmikan 3 ranting baru Parti Keadilan Rakyat (PKR).

[Lawatan Dr.Tan berjaya mengukuhkan lagi kekuatan PKR di Pahang. Masyarakat kaum Tionghua amat gembira dengan perubahan yang bakal dibawa oleh Pakatan Rakyat. Ternyata sokongan terus meningkat dan saban hari semakin ramai ahli UMNO dan BN yang menyertai Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat dikalangan generasi muda itu sendiri sebenarnya. Kehadiran Dr.Tan dilihat jelas berjaya membakar semangat rakyat untuk terus berjuang untuk melihat perubahan dalam PRU ke 13 akan datang].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Mayat Teoh Selesai Digali Untuk Bedah Siasat

KAJANG, 21 Nov
[2.30 pm] - Kerja menggali mayat mendiang Teoh Beng Hock untuk proses bedah siasat kali kedua seperti diarahkah Mahkamah Koroner Shah Alam, selesai dilakukan jam 10.40 pagi tadi.
Kerja mengeluarkan mayat itu bermula jam 9.20 pagi di tanah perkuburan Semenyih sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, esok. Pada 9 November lalu, Mahkamah Koroner memerintahkan mayat Teoh, pembantu kepada Exco Selangor, digali membolehkan bedah siasat kedua dijalankan. Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor dan dibantu Dr K Saravanan untuk mengambil gambar bedah siasat itu dan empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh. Empat pakar forensik itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

[Pasti ramai individu terutamanya yang berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, kini bagai cacing kepanasan. Apa tidaknya, mereka cuba membuat konspirasi dengan memberikan fakta-fakta yang berbeza sedangkan semua itu tidak masuk dek akal. Mereka cuba lari dari kenyataan sebenar bahawa Teoh memang telah dibunuh. Soalnya, siapakah tergamak membelasah mendian Teoh hingga beliau mati itu agaknya. Nama-nama suspek memang sudah ada dalam senarai. Tetapi, kenapakah pihak polis masih tidak mahu melihat kes ini adalah satu pembunuhan terancang yang dilakukan oleh mereka-mereka yang telah mendapat arahan daripada pihak atasan sebenarnya].


Bala Dedahkan Adik Najib Razak Temui Beliau


KUALA LUMPUR, 21 Nov
[7.30 am] - Penyiasat persendirian P Balasubramaniam (foto), menamakan Nazim Abdul Razak sebagai datuk berbangsa Melayu yang menemuinya di The Curve, Damansara pada 3 Julai tahun lepas. Dalam satu temubual seperti yang disiarkan di laman web Free Malaysia Today, Bala berkata adik kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak itu menemuinya bersama-sama isteri di luar ruang pameran Volkswagen. Balam mendakwa pertemuan itu diaturkan oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang disebut sebagai rakan kepada isteri Najib Abdul Razak. Dalam temubual sebelum ini, Nazim dikatakan meminta Bala supaya akur kepada arahan Deepak sekiranya Bala sayangkan keluarganya. Bala mendedahan bahawa Deepak telah membayar sejumlah RM750,000 kepadanya bagi menampung perbelanjaan beliau dan keluarga untuk meninggalkan Malaysia. Bala berkata pendedahan ini dibuat supaya ancaman terhadapnya tamat.

[Kenyataan terbaru Bala ini sungguh mengejutkan kita. Tambahan pula ia dikeluarkan dalam blog Malaysia Today yang dimiliki oleh Raja Petra. Sebelum ini juga Raja Petra dikatakan hilang selepas mendedahkan beberapa akuan sumpah tentang pembabitan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantunya. Soalnya sekarang, apakah undang-undang di Malaysia masih mahu memberi "imuniti" kepada beberapa kerat individu yang menjadi suspek utama kes ini?. Kenapa terlalu sukar pihak polis dan kerajaan Malaysia untuk menangkap Bala? Bukankah ini satu usaha untuk menghalang dan menggagalkan segalanya].

Keputusan Mahkamah Terhadap SPRM Wajar


KUALA LUMPUR, 21 Nov [7.00 am] - Keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) baru-baru ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak boleh lagi menyoal saiasat saksi selepas waktu pejabat disambut baik oleh semua pihak. Ramai yang menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tindakan wajar, dan berpendapat tindakan SPRM menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat merupakan tekanan ke atas individu berkenan. Mahkamah Tinggi sebelum ini mengisytiharkan penahanan Tan Boon Wah oleh SPRM lebih dari waktu pejabat iaitu 15 Julai jam 9.45 pagi hingga jam 2.53 pagi keesokan harinya adalah salah. Mahkamah juga memutuskan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti yang diamalkan sebelum ini. Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu. Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang. Sehubungan itu Boon Wah berhak menerima ganti rugi penahannya.

[SPRM sebenarnya telah dijadikan alat untuk pemimpin politik tertentu membalas dendam dan melempiaskan segala hawa nafsu jahat mereka. Tambahan pula bila melihat kepada apa yang berlaku di Selangor itu. Jelas sekali menggambarkan kepada kita bahawa memang ada tangan-tangan ghaib yang sedang berusaha dalam apa jua sekali pun untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu. Lantaran itulah, kita tidak hairan kes yang kecik tetapi siasatan SPRM begitu drastik seolah-olah ia kes yang besar dan melibatkan berjuta-juta ringgit. Justeru itu, SPRM perlu berubah mulai sekarang jika mereka mahu rakyat terus mempercayai kewujudan dan kewibawaan badan itu kelak].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

UMNO Bincang Sebelum Buat Persempadanan

KOTA KINABALU, 20 Nov [7.49 pm] - Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman (foto), berkata, UMNO negeri perlu berbincang dengan pelbagai pihak sama ada persempadanan semula kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dibuat atau sebaliknya.

[Soalnya sekarang, dengan siapakah UMNO mahu berbincang agaknya?. Sepatutnya, badan yang bertanggungjawab untuk memperkatakan soal persempadanan semlua kawasan ini ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Maka, sekarang sudah terbalik. Pemimpin UMNO pula mahu membuat sendiri persempadanan semula. Apakah makna semua ini agaknya?].

Polis Ambil Keterangan Guan Eng Dan Exco

GEORGETOWN, 20 Nov [6.35 pm] - Polis sudah mengambil keterangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng (foto), dan Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, bagi membantu siasatan kes penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa kerajaan negeri mengarahkan penyerahan bantuan kepada fakir miskin beragama Islam diadakan di tokong Cina. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata Guan Eng dan Phee memberi keterangan masing-masing, Rabu lalu. Kenyataan itu dirakam oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor M Ganesan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. "Siasatan masih dijalankan untuk mengesan individu yang sebenar yang menghantar kiriman SMS itu," katanya. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah. Kerajaan negeri membuat laporan polis Isnin lalu selepas tersebar SMS berkenaan. Kerajaan negeri turut menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas serta fitnah. SMS itu tersebar selepas kira-kira 20 penerima bantuan beragama Islam menghadiri majlis penyerahan sumbangan anjuran Pertubuhan Penganut Dewa Ling Hean Kong Hwa Kwong Tai Te di sebuah tokong Cina di Teluk Air Tawar, Butterworth, Ahad lalu.

[Pihak polis sebenar cukup mudah untuk mengetahui siapakah pengirim SMS itu sebenarnya. Bukankah setiap individu yang mengguna telefon akan berdaftar dengan syarikat telekomunikasi sama ada Celcom, Maxis atau Digi. Anehnya, jika kita lihat dalam isu SMS "Ugut Bunuh" di Terengganu dulu, hingga ke hari ini tiada siapa yang didakwa atau sebaliknya. Malah, jika sekalipun pengirim menggunakan sistem "Server blasting", bukankah nombor syarikat server terbabit berdaftar dengan pihak kerajaan sendiri. Namun, kenapakah terlalu sukar bagi pihak polis menjejaki individu terbbait. Jawapannya cukup mudah, kerana mereka adalah ahli UMNO. Mereka punyai "imuniti" untuk dilindungi?].

Hujan Lebat Di Pantai Timur Hingga Selasa


KUALA LUMPUR, 20 Nov [4.45 pm] - Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang melanda Pantai Timur dijangka berterusan hingga Selasa ini. Jabatan Meteorologi yang mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning dalam kenyataannya hari, menyatakan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai. Hujan lebat dari semasa ke semasa juga dijangka berterusan di seluruh negeri Kelantan dan Trengganu manakal daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin di Pahang yang boleh menyebabkan banjir. "Orang ramai diminta berhati-hati dan mematuhi arahan berpindah jika banjir berlaku di kawasan mereka," menurut kenyataan itu. Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa ini. Sementara itu, keadaan laut bergelora setinggi 3.5 meter dengan angin selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dijangka berlaku di perairan berhampiran Kelantan dan Terengganu dan juga di Terumbu Layang-Layang, Palawan dan utara Sabah dekat Kudat sehingga Ahad. Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil dan semua akiviti di laut.

[Nampaknya, banjir pada bila-bila masa sahaja akan berlaku. Malah maklumat yang kami terima di Kuantan sudah lebih 48 Jam hujan tidak berhenti. Justeru itu kepada seluruh rakyat yang berada di kawasan yang sering berlaku banjir, dinasihatkan supaya berhati-hati. Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Simpan segala dokumen dan barangan berharga ditempat yang selamat. Dalam keadaan sekarang, lupakan segala perbezaan agama, politik dan sebagainya. Saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk keselamatan semua].
Share:

Eksklusif: Penipuan Dalam Senarai Daftar Pemilih Untuk Pastikan PM Menang Selesa Di Pekan, SPR Di Gesa Segera Bersihkan Senarai Nama Pengundi

KUANTAN, 19 Nov - Timbalan Ketua AMK Pahang, Saudara Kamarul Hatta (foto), hari ini menggesa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), yang kononnya dikatakan "Cekap dan Telus" menyemak semula dan membersihkan senarai nama dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2009 (1 Julai - 30 Sept 2009) bagi Parlimen P085 (Pekan) dengan segera. Ini kerana terdapat bukti kukuh, ramai pengundi baru yang dipindahkan ke kawasan parlimen itu sejak akhir-akhir ini. Malah kebanyakan daripada mereka dilihat mempunyai alamat di utara semenanjung. Terdapat juga nama-nama pengundi yang amat diragui kesahihannya, termasuk yang didaftarkan bagi Peti Undi Sg.Miang. Sebelum ini, rakyat Malaysia pernah digemparkan dengan kewujudan satu penempatan eksklusif "orang luar" yang dibina di kawasan itu. Malah, tinjauan kami ke kawasan terbabit memang menunjukkan majoritinya daripada luar. Mereka diberikan tanah dan rumah untuk mendiami kawasan terbabit, yang dikawal ketat oleh pihak tertentu. Kehadiran mereka yang cukup ramai itu amatlah diragui dan mendapat cemuhan masyarakat setempat. Apa tidaknya, rakyat Pahang yang sudah sekian lama memohon tanah masih tidak diberi perhatian. Tiba-tiba ada orang luar dan rakyat asing terutamanya dari Myanmar dan Kemboja pula yang lebih diutamakan. Menurut penduduk setempat, kawasan penempatan itu memang sengaja diwujudkan bagi membantu undi Parlimen Pekan yang diwakili oleh Perdana Menteri, Najib Razak sendiri. Kebanjiran terlalu ramai pengundi luar yang kini berdaftar di Pekan, adalah perancangan rapi yang dibuat oleh kerajaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha memberi kemenangan besar kepada Presiden UMNO itu. Semakan daftar pemilih yang baru diedarkan itu, jelas sekali membuktikan perkara ini. Menurut Kamarul Hatta beliau amat terkejut dengan perkara ini. "Saya melihat perkara ini adalah serius. Ramai pengundi dipindahkan secara haram ke Parlimen Pekan. Malah majoritinya mempunya kad pengenalan 'o2' iaitu kod bagi negeri utara semenanjung. Malah ada juga yang mempunyai kad pengenalan kod '71' yang bermakna orang luar dan bukan rakyat Malaysia yang tulen. SPR harus memantau dan membersihkan daftar pemilih ini jika tidak mahu kewibaan mereka terus dipertikaikan oleh rakyat" katanya. Segala bukti tentang perkara ini akan didedahkan kemudian, selepas pihak kami mendapatkan dokumen yang berkaitan.

[Soalnya sekarang, dimanakah ketelusan dan kecekapan yang diperkatakan oleh pihak SPR itu sebenarnya. Ternyata SPR masih lagi bersikap "double standard" dan sengaja mahu memberikan kemenangan mudah kepada Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak dalam pilihanraya umum akan datang. Usaha yang dilakukan ini, jelas menggambarkan betapa kemaruknya SPR untuk memastikan pemimpin itu terus berkuasa hingga mereka tergamak melanggar segala amalan demokrasi berparlimen yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Menang dengan cara menipu amatlah "kejam dan zalim" buat rakyat, tambahan pula jika seseorang pemimpin itu memang sebenarnya telah ditolak bulat-bulat oleh rakyat itu sendiri. SPR tidak layak menjadi hakim pilihanraya , jika beginilah cara kerja mereka yang cukup jahat itu. Adalah lebih baik SPR dibubarkan terus dan digantikan dengan satu agensi lain yang lebih telus, adil dan lebih bertanggungjawab dalam memelihara keluhuran undang-undang negara].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Ambrin Dilantik Semula Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR 19 Nov
[12.40 pm] - Tan Sri Ambrin Buang (foto), telah dilantik semula sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb 2010 hingga 22 Feb 2012, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini. Dalam kenyataannya di sini, Mohd Sidek berkata pelantikan semula Ambrin telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ambrin telah dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006 hingga 22 Feb 2008 dan dilantik semula untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb 2008 dan perkhidmatan beliau akan tamat pada 22 Feb 2010. Pelantikan semula Ambrin adalah memandangkan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Audit Negara masih diperlukan, kata Mohd Sidek,

[Kami mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ambrin kerana terus dikekalkan sebaga Ketua Audit Negara. Namun, bagi mewujudkan keadilan, sepatutnya beliau harus digantikan dengan muka baru. Apakah tidak ada langusung pegawai yang layak menggantikan tempat beliau itu. Langkah mengekalkan orang lama di jawatan yang sama dalam mana-mana agensi kerajaan sebenarnya lebih kepada mahu menutup sesuatu. Bukanlah kerana kepakaran atau sebaliknya. Jika kepakaran diambilkira, sudah pastilah ramai lagi pegawai yang lebih muda dan mahir wajar diketengahkan. Namun, kenapa ini tidak berlaku dalam kes ini]

Pesawat Tentera Israel Terus Menyerang Palestin

GAZA, 19 Nov
[10.40 am] - Biarpun banyak rundingan damai Israel -Palestin diadakan, namun ternyata Rejim Zionis itu sebenarnya langusng tidak berniat ke arah perdamaian. Terbaru, Pesawat Israel dikatakan telah membedil dua terowong dan satu lapangan latihan tentera di Semenanjung Gaza semalam, kata pegawai Palestin. Jurucakap wanita tentera Israel mengesahkan serangan udara terhadap terowong itu. Beliau berkata, serangan juga disasarkan terhadap apa yang dinyatakan sebagai kemudahan pengeluaran senjata di Khan Younis. Dengan perkembangan ini, nampaknya rundingan damai pasti akan berhadpaan dengan jalan buntu. Ramai yang tertanya-tanya, dimanakah suara Presiden Amerika Barrack Obama yang dikatakan bakal menyelesaikan permasalahan yang berlaku sejak zaman berzaman di Tebing Barat itu. Jika beginilah keadaannya, sudah pasti masa depan rakyat Palestin akan kembali suram dan mereka bakal diburu ketakutan sepanjang masa.

[Israel tidak akan berdiam diri walau dalam seribu alasan sekali pun. Tiada gunanya dimeterai perjanjian damai selama ini. Apa yang jelas ialah, Israel tetap mahu menakluki Palestin. Mana perginya suara Barrack Obama, Presiden Amerika yang dikatakan bakal membawa perubahan baru dalam konfil Arab-Israel ini. Jawapannya tetap sama, siapa sahaja pemimpin Amerika yang dilantik maka sudah pasti akan tunduk kepada Zionis itu ].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Kerajaan Tahu Balasubramaniam Ada Di Mana

KUALA LUMPUR, 18 Nov [5.45 pm] - Sepasukan polis dari cawangan khas berjumpa dengan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (foto), selama tujuh jam pada 8 Julai tahun lalu, walaupun kerajaan dan polis mendakwa Bala sudah menghilangkan diri. Ketika mendedahkan butiran lanjut mengenai kes Altantuya Shaariibuu baru-baru ini, Bala berkata pasukan cawangan khas polis itu hanya berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas hubungan Perdana Menteri, Najib Razak dengan Altantuya seperti yang terkandung dalam akuan bersumpahnya yang dibuat pada 3 Julai. Bala memberitahu, ketua pasukan cawangan khas itu dikenali sebagai ACP Muniandy. Bala berkata, pada 7 Julai 2008, pegawai perhubungan cawangan khas di kedutaan Malaysia di Bangkok menghubunginya dan memintanya memberikan kenyataan pada keesokannya. Bala berkata, ini menunjukkan kerajaan memang mengetahui setiap pergerakannya. Di sebalik, soal siasat di Bangkok dan dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain yang dibuat dalam tempoh 24 jam, tidak ada sebarang arahan dibuat sama ada polis mahupun pejabat Peguam Negara supaya penyiasatan dibuat terhadap kes Altantuya. Akhbar arus perdana tidak langsung buat liputan pendedahan terbaru ini, berbeza dengan laman web yang memberi fokus utama sejak minggu lalu.

[Banyak kemusykilan yang timbul dalam kes ini sebenarnya. Sebelum ini ramai yang menyangka kehilangan Bala ada kaitan dengan kerana beliau mendapat ganjaran lumayan daripada pihak-pihak tertentu agar menarik balik akuan bersumpahnya terhadap Najib Razak dan Rosmah Mansor. Ramai yang mengatakan selepas mendapat habuan, maka Bala dihantar keluar negara untuk berehat seketika dan beliau dilarang balik ke Malaysia sehingga kesnya selesai. Namun, kini hakikatnya cukup jauh berbeza. Bala rupanya lari bagi melindungi dirinya dari sebarang musibah, selepas beliau enggan memberi kerjasama kepada pihak yang berkenaan. Makanya kes ini memang akan bertambah sensasi selepas ini].

Bicara Kes Dr.Asri Ditetapkan 5 Januari Depan

GOMBAK, 18 Nov
[11.30 am] - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebentar tadi menetapkan 5 Januari depan untuk perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (foto). Tarikh itu ditetapkan selepas Dr Asri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara atas pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Ampang, pada 1 November lalu. Sebelum itu, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam kerana alasan kurang munasabah. Asri sebelum itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah dan mohon ia dibicarakan. Bekas Mufti Perlis itu, tiba di Mahkamah awal pagi tadi untuk menghadapi pertuduhan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Pendakwaan dilakukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas jam 9 pagi. Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas MB Perlis dan Azwan Ali, Pengacara Sensasi dilihat adalah antara yang hadir bagi memberi sokongan.

[Kes yang cukup membingungkan rakyat sebenarnya. Namun, kita tidak hairan bilamana Shahidan Kassim dilihat bersama Dr.Asri. Ini kerana terdapat sumber mengatakan beliau adalah antara pengamal ajaran Wahabi "Tegar" yang dibawa oleh Dr.Asri. Malah dalam satu kes, beliau sanggup mengherdik tuan rumah semasa melawat satu kematian di Kuala Lumpur satu ketika dulu. Tatkala tuan rumah mengajak beliau makan selepas pengkebumian selesai, beliau dengan jelas mengatakan semua itu haram, termasuk bertahlil untuk si mati. Ini amat mengejutkan hadirin yang hadir ke situ. Sememangnya, ada kemungkinan Dr.Asri akan didakwa atas ajaran Wahabi yang dibawa itu sebenarnya. Beliau tidak boleh menafikan segalanya dan perlu menerima hakikat. Seperti kata Shahidan Kassim, hanya Dr.Mohd Asri Zainal Abidin itulah sahaja ulamak yang boleh dipercayai dan diterima pakai].

Share:

Eksklusif: Kepimpinan Dato' Fauzi Berjaya Bawa Perubahan Besar Ke Arah Merealisasikan Hasrat Pakatan Rakyat Menawan Pahang Dalam PRU-13

KUANTAN, 18 Nov - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, kini semakin diterima oleh segenap lapisan rakyat di negeri ini. Berbagai agenda telah dilaksanakan oleh kepimpinan PKR negeri, dalam usaha untuk membawa perubahan baru menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Pahang yang diakui antara kubu kuat UMNO BN sejak zaman berzaman. Malah, gelombang "Refromasi 98" dan "Tsunami Politik" yang melanda negara sebelum ini, ternyata masih belum dapat menggugat kerajaan negeri Pahang sebenarnya. PKR Pahang kini mengorak langkah yang lebih bersepadu dalam usaha untuk memastikan kejayaan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang. Kepercayaan yang telah diberikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang hujung tahun lalu tampak membuahkan hasil. Biarpun pada awalnya, kepimpinan Dato' Fauzi menimbulkan kontroversi, diragui sertamendapat kritikan dari pelbagai pihak terutamanya ahli PKR sendiri. Namun, kini ramai yang berbangga dengan gerak kerja yang dilakukan oleh Bekas Timbalan Menteri itu. Malah, PKR dilihat semakin kuat dan utuh serta diterima oleh berbagai lapisan kaum di negeri ini. Kini kelibat Dato' Fauzi cukup disegani oleh kawan dan lawan. Malah, saban hari semakin ramai ahli UMNO yang bertindak keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat samada PKR, PAS atau pun DAP di Pahang. Senario ini bukan sahaja dapat dilihat di kawasan bandar, malahan juga di tanah rancangan Felda dan penempatan orang asal (asli) seluruh Pahang. Penubuhan ranting (cawangan) baru terus digiatkan serta mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum.

Ketika ditemui oleh krew kami baru-baru ini, Dato' Fauzi menegaskan bahawa kejayaan sebenarnya sudah semakin hampir dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk melakukan kejutan dalam pilihanraya umum akan datang. Menurut beliau antara langkah yang diambil pada masa ini ialah terus memberi penerangan secara bersemuka dengan rakyat. Berbagai program dilaksanakan di seluruh negeri, bairpun ada sesetengahnya yang mendapat gangguan daripada pihak UMNO sendiri. "Kita terpaksa turun padang bertemu rakyat, setelah segala ruang yang ada dikawal oleh kerajaan. UMNO cuba mematikan amalan demokrasi dengan menganggu rakyat yang ingin mendapat penjelasan tentang isu-isu semasa. Mereka menyekat segala kemudahan, bersikap dengki dan sengaja menimbulkan provokasi murahan untuk menghalang rakyat mendapat maklumat yang lebih jelas dan tepat" kata Dato' Fauzi. "Tugas untuk memberi penerangan adalah penting, agar mereka dapat menerima perubahan bahawa pertukaran kerajaan sebenarnya lebih menguntungkan mereka dan bukannya membebankan seperti yang diwar-warkan. Pertukaran kerajaan senantiasa berlaku di negara maju seperti di Jepun, Britain malah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sendiri. Bila ada dua parti yang kuat sebenarnya rakyat yang akan mendapat untung. Hanya kerajaan UMNO BN sahaja yang takut dengan perubahan kerajaan. Bagi mereka, hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini buat selamanya. Inilah yang wajar diyakinkan kepada rakyat, agar mereka bersedia untuk menerima perubahan" katanya.

PKR Diterima Peneroka Felda Dan Orang Asli


Kenyataan beliau ini jelas bukan sekadar kata-kata atau omongan kosong semata-mata. Malah, Pakatan Rakyat terutamanya PKR sendiri sedang mengorak langkah ke arah itu. Kini semakin banyak ranting atau cawangan baru PKR telah tumbuh bagaikan cendawan di negeri ini. Jika dilihat di Parlimen Indera Mahkota iaitu salah satu kerusi parlimen yang dimenangi PKR dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, ternyata banyak ranting baru ditubuhkan. Malah, kubu kuat UMNO di Sg.Ular sendiri kini telah berpecah dan ranting baru diwujudkan. Menurut Dato' Fauzi jika dulu dikawasan Felda di Pahang ini, PKR begitu sukar untuk masuk tetapi kini ramai peneroka Felda telah mula berani dan sedar keperluan untuk melakukan perubahan. "Dulu, jika mahu cari 30 orang ahli pun ia cukup susah. Kini, perkara itu sudah tidak mustahil lagi. Malah di Felda Panching Selatan dan Utara dekat sini PKR mendapat keahlian antara 200 hingga 300 orang setiap ranting. Ia merupaka sesuatu yang amat mengejutkan dan tidak pernah diimpikan selama ini. Tambahan pula umum mengetahu bahawa peneroka Felda sering dicengkam dengan berbagai tindakan drastik yang cukup menegelirukan mereka" tambah beliau. Selain gugusan Panching, PKR juga telah berjaya menembusi gugusan Jengka, Mempaga, Keratong, Lepar dan banyak lagi. Cawangan ranting baru juga telah diwujudkan di Felda Kota Gelanggi di Jerantut dan Felda Jenderak Utara di Krau, Temerloh. Hasil gerak kerja yang kuat dan konsisten, kini PKR juga mula diterima di kawasan penempatan orang asal (asli) di negeri ini. Banyak ranting baru kini ditubuhkan, antaranya ialah Kg.Penderas, Kg.Pian, Kg.Sg Mai di Temerloh, Krau dan Jerantut. Manakala itu di kawasan Rompin pula terdapat juga ranting baru di penempatan orang asli Kg.Setajam. Kejayaan menubuhkan ranting-ranting baru di kawasan penempatan orang asli ini cukup membanggakan sebenarnya. Tambahan pula, umum memang mengetahui bahawa kawasan ini merupakan "kubu kuat BN" untuk memastikan mereka senantiasa menang dalam setiap kali pilihanraya.

Rakyat Berbilang Kaum Mahukan Perubahan

Selain daripada itu PKR juga telah berjaya melebarkan sayapnya ke kawasan penempatan Melayu, Cina dan India baik di desa mahupun di bandar. Di Sg.Lembing misalnya, ranting baru telah ditubuhkan oleh seorang ahli dan aktivis UMNO terkenal di kawasan itu iaitu Tengku Abdul Jalil. Sementara itu di Rompin pula sebanyak tiga ranting baru telah ditubuhkan baru-baru ini termasuk di Bandar Kuala Rompin sendiri. Banyak kawasan penempatan yang selama ini kubu kuat UMNO telah berjaya ditembusi. Manakala itu banyak juga ranting baru telah ditubuhkan melibatkan masyarakat Tionghua, seperti di Air Putih, Kuantan. Paling mengejutkan, sejak Dato' Fauzi mengambil alih tanpuk pimpinan PKR di Pahang, ramai pemimpin UMNO setempat telah bersama PKR. Terbaru di Temerloh, dimana beberapa orang AJK UMNO Bahagian itu telah menyertai PKR. Ini merupakan satu tamparan hebat buat UMNO dan BN di negeri ini. Cabang PKR Kuala Krau juga telah dirasmikan baru-baru ini, manakala satu ranting baru telah ditubuhkan di kawasan kubu kuat UMNO Temerloh iaitu Kg.Dato' Sharif Ahmad. Kekuatan jentera PKR ini telah dibantu oleh pemimpin seperto Tn.Hj Suhaimi Said yang bertanggung jawab untuk memastikan masyarakat Felda dan orang asal menerima perubahan yang mahu dibawa oleh Pakatan Rakyat terutamanya PKR itu sendiri. Rakyat berbilang kaum mula menerima kehadiran PKR sebagai parti alternatif yang dapat membela nasib mereka. Perubahan besar dijangka akan berlaku di negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang jika senario ini terus berkekalan di masa akan datang.

[Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Fauzi Abd Rahman dan kesemua kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah berjaya meyakinkan rakyat terhadap parti itu. Jika senario yang berlaku ini berterusan, nescaya harapan besar untuk melihat perubahan di Pahang akan terlaksana jua akhirnya. Dalam pada itu, kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang dibawah pentadbiran Dato' Seri Adnan Yaakob haruslah menerima hakikat ini dan perlu melakukan sesuatu jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Apa yang berlaku kepada Khir Toyo di Selangor haruslah dijadikan ikhtibar dan pengajaran yang berguna. Jika tidak mereka sudah pasti akan berputih tulang melihat Pahang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti].

[Artikel ini telah disiarkan di laman Tranungkite Online. Klik sini]
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Bekas ADUN Kota Seputeh Failkan Rayuan

KUALA LUMPUR, 17 Nov [5.30 pm] - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif (foto), hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang mengisytiharkan kerusi itu kosong dan beliau tidak lagi wakil rakyat kawasan itu. Abu Hassan memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1.35 tengah hari melalui peguamnya, Datuk Mohd Hafarizam Harun. "Salinan notis rayuan itu akan diserahkan kepada peguam yang mewakili Speaker Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, dan Pejabat Peguam Negara," kata Mohd Hafarizam ketika dihubungi hari ini. Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini. Berikutan keputusan itu, Abu Hassan dari Barisan Nasional, dilarang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini. Mahkamah juga memerintahkan pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan Kota Siputeh yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerlun di Kedah.

[Sungguh melucukan buat ADUN Kota Seputeh, selama ini beliau yang tidak hadir ke sidang DUN dan bukan salah orang lain. Kesalahan terletak diatas bahu beliau, akibat kegagalan tersebut. Maka itu, tidak perlulah beliau kini cuba untuk merayu dan mengharapkan simpati agar dirinya masih dikekalkan sebagai ADUN. Ia bakal menyusahkan rakyat sebenarnya. Adalah lebih elok, satu pilihanraya kecil di adakan untuk memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan. UMNO sebenarnya yang merayu kerana takut berhadapan dengan pilihnaraya, sedangkan ADUN terbabit memang sudah lama mahu melepaskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan itu sejak menang pilihanraya umum lalu].

Tidak Profesional, SPR Nyata Perlu Di Rombak

KUALA LUMPUR, 17 Nov [4.45 pm] - Kegagalan Suruhanjaya pilihan raya (SPR) menyelesaikan pelbagai kemelut berkaitan isu pilihanraya mendorong Pakatan Rakyat mendesak agar suruhanjaya berkenaan dirombak semula. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (foto), berkata rombakan perlu dibuat secara menyeluruh mencakupi aspek kepimpinan dan struktur suruhanjaya tersebut bagi mengelakkan ia dikuasai oleh kuasa eksekutif. “Keputusan mahkamah dalam isu Kota Siputeh sendiri yang menunjukkan bahawa SPR yang tidak rasional dan saya rasa sudah tentu penafsiran tidak rasional itu disebabkan oleh penguasaan eksekutif ke atas SPR,' katanya. Majkamah Tinggi semalam mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini. Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak rasional dan keputusan suruhanjaya harus dibatalkan. Meskipun tidak menolak SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, namun Alizatul berpendapat, kuasa yang dimiliki oleh SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker. "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama telah menepati syarat tersebut," tambahnya.

[SPR Memang ternyata telah lari dari matlamat penubuhannya. Sebelum ini, ramai yang melihat perlantikan Aziz Yusof bakal memulihkan kembali imej SPR. Namun, rupa-rupanya hanya indah khabar dari rupa, malah Aziz lebuh teruk dari Rashid. SPR kini bukan lagi bebas, tetapi sudah menjadi duri dalam daging buat rakyat untuk melihat amalan demokrasi di negara ini tetap subur buat selamanya. Jika beginilah cara SPR menangani isu Kota Seputeh, maka ternyata kami yakin Pilihanraya Umum ke-13 SPR akan diamanahkan supaya merampas semula negeri-negeri yang telah ditakluki Pakatan Rakyat terutamanyaNegeri Selangor Darul Ehsan].

Rahim Cadang Mahathir Dilantik Menteri Kanan

KUALA LUMPUR, 17 Nov [4.10 pm] - Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (foto), hari ini mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, pengalaman luas Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan sehingga menjadikan ekonomi negara ini kukuh perlu dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membantu Malaysia agar terus maju di samping untuk memajukan negara-negara Islam lain. "Tanpa jawatan ini pun Tun Mahathir sentiasa dijemput oleh negara-negara tertentu seperti Jepun, Mesir dan sebagainya untuk memberi pandangan dan berkongsi pengalamannya dari semasa ke semasa. "Jadi ada eloknya sedikit status ditimbangkan untuk Tun (Mahathir) bagi membolehkan beliau melawat negara-negara tersebut dan memberikan idea-ideanya tentang bagaimana untuk mempercekapkan sistem pembangunan sesebuah negara itu," katanya selepas majlis pengagihan buku Amanat Perdana Menteri kepada 113 pegawai kanan Risda, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

[Ternyata, telahan ramai pihak bahawa Mahathir pasti akan dijadikan Menteri Kanan Malaysia seperti Lee Kuan Yew di Singapura kini menampakkan petandanya. Jelas dapat dilihatr media arus perdana banyak memaparkan aktiviti dan kenyataan Mahathir berbanding PM selepasnya iaitu Pak Lah Badawi. Apakah ini bukti bahawa Najib Razak memang akan mengangkat sifunya itu sebagai Menteri Kanan seperti yang diwar-warkan. Apakah layak orang yang sudah nyanyuk dan rosak akhlak seperti Mahathir itu mahu diangkat ke tahap itu?]

SPR Akan Cabar Keputusan DUN Kota Seputeh

KUCHING, 17 Nov [3.25 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam di Mahkamah Persekutuan bagi membuktikan pihak SPR telah bertindak mengikut undang-undang ditetapkan dalam mengendalikan isu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (foto), berkata tindakan itu akan dilakukan secepat mungkin berikutan keputusan Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif, menghadiri dua persidangan DUN. "Hanya jika kita gagal di Mahkamah Persekutuan baru SPR akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan hari pengundian dan penamaan calon untuk membolehkan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh diadakan. "SPR bagaimanapun tetap menghormati keputusan mahkamah yang mengatakan berlaku kekosongan ke atas kerusi DUN Kota Seputeh dengan kita akan menggunakan saluran yang betul bagi mencabar keputusan itu," katanya.

[Sungguh mengejutkan tatkala mendengar kenyataan Pengerusi SPR ini sebenarnya. Kenapakah Aziz Yusof begitu takut untuk melaksanakan pilihanraya kecil di DUN Kota Seputeh agaknya. Walhal, beliau sepatutnya menerima keputusan itu dengan profesional. Sebelum ini beliau telah menolak kenyataan rasmi yang dibuat oleh Speaker DUN Kedah tentang kekosongan DUN itu. Kini ternyata Speaker lebih benar dari Pengerusi SPR. Maka itu, apakah kewajarannya untuk beliau cuba menggagalkan Pilihanraya Kecil itu agaknya. Beliau bertugas untuk siapa sebenarnya?]

Syed Hussin Ali Dipilih Jadi Ahli Dewan Negara

SHAH ALAM, 17 Nov [1.22 pm] - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali (foto) dan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), S Ramakrishnan dipilih sebagai Ahli Dewan Negara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini. Usul yang dikemukakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim itu bagi menggantikan dua Ahli Dewan Negara yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 6 Disember ini. Kuota Selangor di Dewan Negara kini diwakili oleh Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Datuk Yip Kum Fook. Usul pemilihan Syed Husin, yang juga ahli pengasas Suara Rakyat Malaysia (Suaram), disokong Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Ali; manakala pemilihan Ramakrishnan disokong Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari. Syed Hussin, lulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada London School of Economics and Political Science pada tahun 1972 dan sudah berkecimpung dalam bidang politik selama 50 tahun. Ramakrishnan yang menjadi ahli DAP selama 9 tahun, kini berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Metropolitan sejak 1997.

[PDO mengucapkan tahniah dan syabas kepada kedua-dua individu terbabit. Semoga suara rakyat akan lebih lantang berkumandang di Dewan Negara selepas ini. Kita tidak mahu menjadi Ahli Dewan yang "yes man" dan dia membisu tatkala cuba mempertahankan hak-haka rakyat yang terus dirompak sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. Teruskan perjuangan dan selamat menjalankan tugas buat mereka].

Anuar Buat Laporan Polis Terhadap Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Nov [12.35 pm] - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (foto), membuat laporan polis berhubung pemilikan saham berjuta ringgit membabitkan bekas ketuanya itu. Beliau mendakwa mempunyai dokumen pemilikan saham bernilai RM2 juta membabitkan Anwar; isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau membuat laporan itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sini jam 11.30 pagi tadi.

[Buat laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, bermakna Anuar Shaari memang telah mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu sebenarnya. Ia berikutan cabaran Anwar Ibrahim agar kerajaan membuktikan yang beliau memiliki aset dan wang berjumlah lebih RM13 bilion seperti yang didedahkan selama ini].

DUN Kota Seputeh, UMNO Akan Buat Rayuan

BANGI, 17 Nov [11.15 am] - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal (foto), berkata UMNO akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah, kosong. Shafie yang juga Naib Presiden Umno, berkata Umno akan mengemukakan rayuan supaya kes itu didengar semula. "Kita hormati keputusan mahkamah dan kita sudah pun maklumkan ahli DUN tersebut supaya hormati keputusan itu tapi dalam pada itu kita tegaskan bahawa kita akan merayu kepada pihak mahkamah supaya kes itu didengar semula," katanya. Dalam pada itu, katanya, Umno sentiasa bersedia sekiranya terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil berikutan keputusan mahkamah itu. "Dari peringkat awal lagi kita sudah pun susun atur setiap gerak jentera yang ada di semua bahagian di negeri Kedah dan kita dah membuat kerangka dan struktur persediaan termasuk bagi menghadapi sebarang pilihan raya kecil," katanya.

[UMNO sebenarnya tidak bersedia dan cukup terkejut denag keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Lantaran itulah kini mereka menggelabah dan sukar menerima keputusan berkenaan. Tambahan pula ketika senario politik negara yang kian meruncing mutakhir ini. Shafie Afdal amat risau, kewibaannya akan teruji bila pilihanraya kecil diadakan di Kota Seputeh. Apatah lagi jika BN tewas pada kali ini. Maka itulah mereka akan merayu dan merayu untuk memastikan pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh itu digagalkan].

BN Sedia Bertanding Di DUN Kota Seputeh

KUALA LUMPUR, 17 Nov [10.15 am] - Datuk Seri Najib Razak (foto), berkata Barisan Nasional (BN) sedia bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, namun perlu menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) akan menghormati keputusan mahkamah dan menghadapinya mengikut peraturan. "Jika kita boleh merayu, kita akan rayu. Apa saja mahkamah putuskan, kita akan terima semula," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Bio Malaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

[BN bakal menerima tamparan hebat di DUN Kota Seputeh kali ini. Jika di Bagan Pinang, mereka boleh mendabik dada dan bersuka ria dengan kemenangan besar Isa Samad kerana mempunyai undi pos yang cukup banyak. Kini di Kota Seputeh BN bakal bertemu "buku dengan ruas". Apakah BN sudah diterima rakyat? Atau sebaliknya, maka Kota Seputeh harus dijadikan landasan utama ke arah itu sebenarnya].

Sila Sign Buku Pelawat Pahang Daily Online Di Sini

Share:

Terkini: Sah, Editor Eksklusif Pahang Daily Online Di Soal Siasat Polis Berhubung Kes Saman Saiful Bukhari Di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan !!

KUANTAN, 16 Nov [3.00 pm] - Setelah tertangguh beberapa hari, akhirnya salah seorang Editor Eksklusif Pahang Daily Online iaitu Blogger Cucumatkilau (foto), telah disoalsiasat oleh pihak polis petang tadi. Siasatan dilakukan berhubung dengan kes Saman Fitnah Saiful Bukhari Azlan sebanyak RM2 juta terhadap blog ini beberapa bulan yang lalu. Cucumatkilau dan isteri selesai memberi keterangan sekitar jam 6.20 petang. Beliau yang tiba bersama isterinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 4.30 petang telah disoal siasat oleh dua orang anggota polis berpangkat Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Cucumatkilau, sebelum ini telah disoalsiasat selama lebih 6 jam berhubung dengan kes tersebut pada awal April lalu. Beliau dikatakan antara saksi utama kes berkenaan, susulan daripada 6 artikel berkaitan penyakit misteri Saiful yang disiarkan dalam blog ini satu ketika dulu. Menurut Cucumatkilau ketika ditemui, beliau amat berpuashati dengan perjalanan soalsiasat hari ini. "Saya dan isteri telah disoalsiasat berhubung siapakah pemilik blog Pahang Daily Online. Disamping itu juga pegawai terbabit turut menyiasat siapakah peguam yang akan membela saya seperti yang dimaksudkan dalam siasatan pertama dulu. Manakala isteri saya pula disabitkan dengan blog ini kerana akaun Maybanknya digunakan sebagai akaun bayaran urusan pengiklananyang diuruskan saya. Kedua-dua anggota polis terbabit juga telah membuat sesi siasatan secara berhemah dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang proses siasatan tersebut" katanya.

Menurut beliau lagi, pihak polis turut menanyakan tentang artikel berkenaan penyakit Saiful dan siapakah yang memberikan maklumat dan pengesahan tentang perkara tersebut. "Saya menerangkan bahawa artikel berkenaan adalah diperolehi melalui email pembaca dan selepas mendapatkan beberapa maklumat termasuk di Kg.Janda Baik sendiri tentang perkara berkenaan, maka barulah artikel itu disiarkan dalam blog Pahang Daily Online" tambah Cucumatkilau. Berdasarkan maklumat, kemungkinan besar beliau akan didakwa di mahkamah sekiranya pihak polis berpuas hati dengan hasil siasatan berkenaan. Ini kerana namanya sering dikaitkan dengan blog panas ini sejak awal-awal dilancarkan dulu. Sebelum ini, Saiful Bukhari dalam laporan polisnya mengatakan bahawa blog ini menfitnah beliau. Beliau telah menfailkan saman terhadap Pahang Daily Online, namun sehingga ke hari ini writ saman tersebut masih belum dihantar kepada sesiapa pun. Dalam pada itu, ketika dihubungi Cucumatkilau menyatakan bahawa beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku atas kes tersebut. Beliau juga akan memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dan amatlah berharap tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku. Sementara itu, minggu lepas kami dimaklumkan kediaman beliau bakal disita oleh mahkamah kerana beberapa kes kewangan yang masih tertangguh. Tidak dapat dipastikan apakah tindakan itu berkaitan dengan kes ini agaknya.

[Walau apapun yang berlaku, pihak kami sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Malah, kami amat yakin bahawa blogger terbabit akan didakwa atas kes ini. Apapun kami amatlah berharap sokongan daripada semua pihak untuk memastikan PDO terus unggul dan tidak menghadapi kesulitan atas perkara ini. Maklumat lanjut akan dilaporkan dari masa ke semasa selepas ini. Turut kelihatan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang tadi ialah Saudara Ram Ponnusamy (Timbalan Pengerusi III PKR Pahang), Saudara Razali Alias (Setiusaha Perhubungan PKR Pahang), Saudara Zaidi Ahmad (Pengarah Sekteriat PKR) , Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK PKR Pahang).
Share:

Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media

JBA Pahang Bakal Dikorporatkan Tahun Depan

KUANTAN, 16 Nov [7.15 pm] - Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa kerajaan Pahang bersetuju untuk mengkorporatkan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang namun masih ada beberapa perkara belum dimuktamadkan. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan, Datuk Ir Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak, berkata terdapat beberapa terma perjanjian pengkorporatan yang masih perlu dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan. "Rundingan mengenai terma perjanjian pengkorporatan tersebut meliputi perkara seperti pengurusan dan pengendalian kewangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), iaitu JBA yang dikorporatkan. "Di samping itu juga terdapat beberapa tuntutan kerajaan Pahang kepada Kerajaan Persekutuan mengenai geran tadahan air yang masih perlu dibincangkan bersama," katanya ketika menjawab soalan Datuk Pang Tsu Ming (BN-Semambu) mengenai perkembangan terkini pengkorporatan air di Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang.

[Masalah besar akan menimpa rakyat Pahang jika pengkopratan JBA ini berlaku sebenarnya. Sebelum ini PDO telah banyak mendedahkan penipuan yang berlaku kepada rakyat Pahang berhubung dengan "Subsidi Kerajaan Negeri" berhubung dengan isu air ini. Banyak kes yang berlaku dimana rakyat yang tidak berdosa terpaksa membayar lebihan berganda-ganda atas penggunaan air yang sama selepas menerima subsidi kerajaan. Malah ada peneroka Felda yang terpaksa membayar khidmat pengurusan air berdasarkan caj kolam renang. Semua kekeliruan ini dapat dilihat dalam bil air yang mereka terima setiap bulan. Namun, dek kerana tidak memahami bacaan caj bil air berkenaan, maka mereka terus membayar tanpa menyemaknya secara terperinci. Oleh itu, jika JBA dikopratkan maka sudah pasti caj yang akan melambung-lambung bakal dinikmatyi oleh seluruh rakyat Pahang selepas ini. Eloklah isu pengkopratan ini ditangani secara berhemah sebelum musibah melanda].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.